Berita

Fadillah Pegang Jawatan Sama Dalam Pembentukan Tiga Kerajaan Terakhir
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) — Naib Yang Dipertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Datuk Seri Yusof yang dilantik semula sebagai Menteri Kanan Kerja Raya dalam Kabinet baharu yang diumumkan hari ini, memegang jawatan sama dalam tiga pembentukan kerajaan terakhir. Fadillah, 57, Ahli Parlimen Petra Jaya menyandang jawatan itu semasa kerajaan Barisan Nasional […]

Idris Ahmad, Muka Baharu Dalam Kabinet Galas Jawatan Menteri
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) — Naib Presiden PAS Senator Idris Ahmad merupakan antara muka baharu dalam Kabinet pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dengan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Anak jati Kampung Sungai Petai, Bukit Gantang, Perak, yang berusia 58 tahun itu bukan nama asing dalam arena politik […]

Sembilan Pemimpin Wanita Ini Barisi Kabinet Baharu, Dua Bertukar Portfolio
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) — Jumlah pelantikan pemimpin wanita bagi menganggotai Kabinet di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyamai bilangan Kabinet sebelum ini iaitu sembilan Ahli Parlimen. Ismail Sabri ketika mengumumkan barisan Kabinetnya hari ini berkata lima Ahli Parlimen yang diberi kepercayaan menjawat jawatan menteri ialah Datuk Seri Rina Mohd Harun (Menteri […]
Kayda Aziz Melancarkan Video Muzik Bertemakan Merdeka Bersama Shopee
KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Penyanyi rap Malaysia Kayda Aziz bakal melancarkan video muzik baharu bersama Shopee pada Hari Merdeka sebagai sebahagian daripada kempen #ShopeeSapotLokal platform e-dagang tersebut. Rakyat Malaysia dan juga peminat-peminat Kayda boleh mengunjungi halaman Facebook dan Instagram Shopee Malaysia, atau saluran YouTube pada 31 Ogos untuk menonton video muzik tersebut. Kayda Aziz […]

Tiga Bekas Menteri Buat ‘Come Back’
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) — Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Naib Presiden PAS Senator Idris Ahmad merupakan muka baharu yang diberi kepercayaan menganggotai Kabinet di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ismail Sabri ketika mengumumkan barisan Kabinetnya hari ini berkata Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun dilantik […]

Menteri Kesihatan KJ Bagi ‘Salam’ Kepada Pegawai Halang Lelaki Rakam Video Di PPV
Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah dilantik menjadi Menteri Kesihatan dalam Kabinet baharu yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada hari ini. BACA: Ini Senarai Penuh Jemaah Kabinet Baharu yang Diumumkan PM, Angkat Sumpah Pada Isnin Bagaimanapun selepas pengumuman tersebut, Khairy melakukan ‘penampilan’ pertama selaku Menteri […]

Setiap Kementerian Perlu Bukti Pencapaian Dalam Tempoh 100 Hari – PM
Setiap kementerian yang dilantik dalam Kabinet baharu hari ini perlu membuktikan pencapaian awal masing-masing dalam tempoh 100 hari pertama. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelantikan barisan Kabinet tersebut diharap memberi keyakinan baharu untuk negara bangkit dan bersatu dalam melawan Covid-19 serta membebaskan Keluarga Malaysia daripada kesengsaraan hidup akibat pandemik ini. “Saya akan […]

Ini Senarai Penuh Jemaah Kabinet Baharu yang Diumumkan PM, Angkat Sumpah Pada Isnin
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara rasminya mengumumkan barisan jemaah Kabinet baharunya pada hari ini. Dalam pembentukan Kabinet kali ini, tiada jawatan Timbalan Perdana Menteri yang dinamakan, sebaliknya didukung oleh 31 menteri dan 38 timbalan menteri, termasuk empat menteri kanan. Justeru, berikut di bawah adalah senarai jemaah Kabinet baharu yang diumumkan PM setelah […]

Kali Kedua Dalam Sejarah, Tiada Timbalan Perdana Menteri Dilantik
Buat kali kedua dalam sejarah, sekali lagi tiada jawatan Timbalan Perdana Menteri yang dinamakan dalam barisan jemaah Kabinet baharu pada kali ini. Sebaliknya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, jawatan kedua tertinggi selepasnya dalam Kabinet baharu ini didokongi oleh empat menteri kanan. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kekal menjawat Menteri Kanan merangkap Menteri […]

TERKINI: Dari Bidang Kesihatan Ke Sains, Adham Baba Dipilih Sebagai Menteri Sains, Teknologi & Inovasi
Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba kini dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang baharu, disusuli timbalannya Datuk Haji Amzad Mohamed @ Hashim. Pelantikan tersebut bagi menggantikan menteri terdahulu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang bertukar portfolio sebagai Menteri Kesihatan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Dalam pembentukan […]

TERKINI: Idris Ahmad Dilantik Sebagai Menteri Agama
Naib Presiden PAS, Senator Idris Ahmad dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), disusuli timbalannya Datuk Ahmad Marzuk Shaary. Pelantikan tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi siaran langsung pengumuman senarai Jemaah Kabinet baharu hari ini. Dalam pembentukan Kabinet baharu, terdapat 31 menteri serta 32 timbalan menteri yang […]

TERKINI: Tengku Zafrul Kembali Dilantik Menteri Kewangan, Tuan Ibrahim Kekal Menteri Alam Sekitar
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz kembali dilantik semula menjadi Menteri Kewangan, umum Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada hari ini. Jawatan tersebut didukung oleh dua timbalannya, iaitu Timbalan Menteri I, Mohd Shahar Abdullah dan Timbalan Menteri II, Yamani Hafez Musa. Dalam masa sama, jawatan Menteri Alam Sekitar juga kekal dipegang oleh Tuan Ibrahim […]

TERKINI: Khairy Jamaluddin Dilantik Menteri Kesihatan
Khairy Jamaluddin secara rasminya dilantik menjadi Menteri Kesihatan, umum Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Posisi Khairy didukung oleh dua timbalannya, iaitu Timbalan Menteri Satu, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali dan Timbalan Menteri Dua, Datuk Aaron Ago Dagang. Ismail mengumumkan sedemikian dalam siaran langsung pengumuman barisan jemaah Kabinet baharu kerajaan hari ini. Dalam jemaah […]

TERKINI: Azmin Ali Dilantik Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa & Industri
Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dilantik menjadi Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada hari ini. Ismail berkata, jawatan Timbalan Menteri MITI pula akan dipegang oleh Datuk Lim Ban Hong yang akan bergandingan bersama Azmin untuk menerajui kementerian ini. Dalam masa […]

Nantikan Siaran Langsung Pengumuman Barisan Jemaah Kabinet Bermula 10.30 Pagi Ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara rasminya akan mengumumkan barisan jemaah Kabinet baharu kerajaan pada hari ini. Pengumuman rasmi tersebut akan diumumkan secara langsung bermula pukul 10.30 pagi ini dan boleh ditonton menerusi saluran Facebook Live dan Youtube Bernama TV, Astro Awani, RTM (TV1) dan agensi berita lain. Pada Khamis, Yang di-Pertuan Agong, […]
Kalau Dah Jodoh, Perkahwinan Atuk 79 Tahun Dengan Wanita 36 Tahun Jadi Perhatian, Sebelum Ini Duda & Janda
Baru-baru ini telah beredar sebuah berita seorang lelaki berusia 79 tahun menikahi wanita blasteran China-Arab yang 43 tahun lebih muda daripadanya. Lelaki yang dikenali sebagai M Yakub itu berasal daripada Lingkungan Kandai Satu Kelurahan Kandai Satu Kecamatan Dompu telah mempersunting isterinya yang berusia 36 tahun. Mereka merupakan pasangan yang dahulunya merupakan seorang duda dan janda. […]
Siti Nurshuhaini, Zhing Yi Kekal Aksi Tanpa Kalah, Sebelum Bertembung Esok
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) — Siti Nurshuhaini Azman dan Tan Zhing Yi berjaya mengekalkan aksi tanpa kalah dalam kejohanan badminton Ranking Dalaman Remaja BAM sehingga kini, bagi mengesahkan kedudukan dua tempat teratas mereka dalam kumpulan. Dengan hanya tinggal satu lagi perlawanan, Siti Nurshuhaini dan Zhing Yi sudah menempah tiket mereka untuk kedudukan dua teratas selepas […]
(Video) Tunjuk Hebat, Gelagat Cimpanzi Buat ‘Push Up’ Jadi Perhatian, Siap Berlagak Depan Orang Ramai
Terdapat sebuah kejadian lucu di mana seekor cimpanzi telah meniru gelagat seorang pengunjung yang sedang melakukan aktiviti tekan tubi atau push-up di sebuah zoo. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Kota Chongqing, China, 23 Ogos lalu. Pada waktu itu, seorang pengunjung lelaki telah melakukan push-up di sebalik cermin kaca zoo berkenaan. Cimpanzi jantan yang berusia 20 […]
Petugas Tempuh Perjalanan Mencabar Bawa Vaksin CanSino Ke Pedalaman Kalabakan
KALABAKAN, 26 Ogos (Bernama) — Petugas program vaksinasi ‘outreach’ terpaksa menempuh perjalanan mencabar dan berliku hampir dua jam mengharungi jalan tidak berturap, berbukit dan dilitupi hutan bagi melaksanakan program pemberian vaksin COVID-19 jenis dos tunggal CanSino di pedalaman iaitu Kampung Serudung Laut dekat sini. Jalan sejauh 70 kilometer dari Kampung Kalabakan ke Kampung Serudung Laut […]
(Video) Detik Cemas Van Hampir Rempuh Budak Sedang Lintas Jalan, Hanya Selang Beberapa Inci
Sebuah kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakamkan detik-detik cemas seorang kanak-kanak yang nyaris dirempuh sebuah van yang sedang laju. Kejadian itu berlaku ketika kanak-kanak tersebut sedang melintasi jalan menggunakan laluan pejalan kaki. Kanak-kanak tersebut bernasib baik apabila pemandu van berkenaan berjaya memberhentikan kenderaannya selang hanya beberapa inci daripada kanak-kanak itu. Semasa kejadian, kanak-kanak yang berusia […]