Berita
TERKINI: 20,396 Kes Dilaporkan Hari Ini, 8 Negeri Catat Ribuan Kes
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa sehingga 5 September 2021, terdapat 20,396 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia. Jumlah kumulatif kes positif di Malaysia kini meningkat kepada 1,844,835 kes sementara lapan negeri mencatat ribuan kes positif hari ini. Lapan negeri yang mencatat ribuan kes hari ini ialah: Selangor […]

Jeti Kuala Kedah Tutup, Ini Jadual Feri Jeti Kuala Perlis Untuk Anda Yang Perlu Ke Langkawi
Keputusan kerajaan membenarkan aktiviti perlancongan ke Pulau Langkawi bermula pada 16 September ini terbatas apabila jeti Kuala Kedah termasuk dalam kategori zon Mukim Kuala Kedah akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bermula 6 September ini. Justeru itu, para pengguna akan menggunakan perkhidmatan feri di Kuala Perlis. Menerusi laman Facebook Jetty Point Complex Langkawi telah mengemaskini […]
Bayi Mangsa Dera Ibu Bapa Di Tampin Dibenar Keluar Wad Semalam
SEREMBAN, 5 Sept – Bayi lelaki berusia 16 bulan yang dipercayai didera ibu dan bapa tirinya di Felda Bukit Jalor, Air Kuning Selatan, Tampin pada 25 Ogos lepas sudah dibenarkan keluar dari wad Hospital Tengku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah semalam. Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab berkata bayi itu sebelum ini menerima rawatan di Klinik Kesihatan […]
Pesawat TUDM Terbang Rendah Semasa Eksesais Ababil 2021 Di Ruang Udara Borneo Mulai 7 September
KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) — Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan Eksesais Ababil 2021 di Pangkalan Udara Labuan dan Kota Belud mulai 7 hingga 17 Sept ini melibatkan ruang udara Borneo serta perairan sekitarnya. TUDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan eksesais itu bertujuan menilai kecekapan juruterbang-juruterbang TUDM, anggota-anggota Pasukan Khas TUDM serta pasukan […]
Lelaki Dakwa Kematian Anggota Keluarga Akibat COVID-19 Raih Derma Hingga RM91,000 – Polis
JOHOR BAHRU, 5 Sept (Bernama) — Pekerja kepada kontraktor di Kompleks Bersepadu Pengerang yang mendakwa 14 anggota keluarganya meninggal dunia akibat COVID-19, telah berjaya meraih simpati orang ramai hingga mengumpulkan derma berjumlah RM91,000 sejak Jun lepas. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata lelaki berusia 45 tahun yang dipercayai menyebarkan berita palsu kematian […]
Kit Ujian Kendiri: Peniaga Diberi Tempoh Seminggu Patuhi Harga – Nanta
KUCHING, 5 Sept – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memberi masa seminggu bermula hari ini kepada para peniaga untuk mematuhi harga maksimum RM19.90 untuk kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian kendiri). Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pasukan penguat kuasa akan melakukan pemantauan namun tidak akan mengeluarkan denda tetapi sebaliknya akan memberi […]
Air Sinki Keruh Lepas Gangguan Bekalan Air, Selamat Ke Nak Guna? Ini Jawapan Dan Tips Dari Air Selangor
Pernah tak berlaku di rumah korang, air yang keluar dari paip tetiba menjadi warna keruh atau warna seperti berkarat? Mesti korang akan rasa was-was untuk menggunakan air tersebut kan? Jadi, kalau situasi ini berlaku di rumah korang, apa tindakan yang korang akan buat? Selalunya ia akan berlaku ketika ketiadaaan air seharian di kawasan kediaman anda. […]
600 Anggota Taliban Di Panjshir, Afghanistan Disingkirkan
KABUL, 5 Sept – Kira-kira 600 anggota Taliban berjaya disingkirkan di wilayah Panjshir di timur laut Afghanistan pada Sabtu, lapor Sputnik memetik tentera Afghanistan. “Kira-kira 600 anggota Taliban di beberapa daerah di Panjshir telah disingkirkan. Lebih 1,000 anggota kumpulan itu disingkirkan atau menyerah diri,” kata jurucakap tentera Afghanistan, Fahim Dashti. Anggota Taliban itu menghadapi masalah untuk […]

Pekerja Di Kompleks Bersepadu Pengerang Ditahan Berhubung Dakwaan Palsu
JOHOR BAHRU, 5 Sept (Bernama) — Seorang pekerja kepada kontraktor di Kompleks Bersepadu Pengerang dekat Kota Tinggi ditahan pihak berkuasa berhubung dakwaan palsu kehilangan ramai anggota keluarga disebabkan jangkitan COVID-19. Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menerusi kenyataan memaklumkan pekerja itu turut didakwa menerima sumbangan. “Kami (Petronas) ingin mengesahkan bahawa seorang pekerja kepada kontraktor di Kompleks Bersepadu […]

Perkhidmatan Feri Kuala Kedah Ke Langkawi Ditutup Dua Minggu Bermula Esok
Berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Kedah bermula esok, perkhidmatan feri Kuala Kedah-Langkawi akan ditutup sementara. Memetik laporan Awani, Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures, Kapten Baharin Baharom berkata, penutupan terminal feri Kuala Kedah berkuatkuasa esok hingga 19 September ini. “Penumpang yang berurusan keluar masuk Langkawi boleh menggunakan perkhidmatan […]
Bekalan Air Di 463 Kawasan Lembah Klang 92.2 Peratus Pulih – Air Selangor
KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) — Bekalan air di 463 kawasan terjejas berikutan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dihenti tugas akibat insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih telah mencapai tahap 92.2 peratus pulih setakat pukul 7 pagi ini. Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata daripada lima wilayah Air […]

(Video) Pandu Lawan Arus Hingga Jadi Punca Kemalangan, Polis Buru Pemandu Myvi Kelabu
Polis sedang mengesan kenderaan yang dipandu secara lawan arus di Lebuhraya MEX yang berjaya dirakam oleh slaah seorang kru Astro Awani pada Sabtu lalu. Menerusi satu kenyataan media dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa kenderaan jenis Myvi berwarna kelabu dari arah Wangsa Maju menghala ke arah Putrajaya telah dipandu secara melawan arus sehingga mengakibatkan […]

Selalu Kes Rumah Sewa Bersepah, Bekas Penyewa Ini Tinggalkan 19 Ekor Labah-Labah Dan Ular Sawa
Sebelum ini banyak kejadian atau idsu di mana penyewa melarikan diri dan meninggalkan sampah sarap di dalam rumah yang disewa mereka. Namun kali ini, di sebuah pangsapuri di Auburn, Maine telah menemui 19 ekor labah-labah dan seekor ular sawa yang berbahaya ditinggalkan oleh bekas penyewa. Pemilik pangsapuri tersebut terkejut besar apabila mendapati haiwan berbahaya ini […]

Kitty’s Foodbank Bantu Penjaga Kucing Terjejas Akibat Pandemik Covid-19
PUTRAJAYA, 5 Sept- Berpegang kepada prinsip ‘berbakti kepada semua makhluk ciptaan Tuhan’, pemilik Klinik Haiwan dan Surgeri Kitty’s Care Dr Muhammad Naim Md Kasim terpanggil untuk mewujudkan inisiatif bank makanan Kitty’s FoodBank untuk penjaga atau pemilik kucing yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Dr Muhammad Naim berkata pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak dua tahun lepas […]
CDM Sangkal Dakwaan Muhammad Ziyad Lewat 28 Minit
TOKYO, 5 Sept – Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan jaguh lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli lewat ke venue pertandingan 28 minit, Selasa lepas. Megat D Shahriman berkata dakwaan seperti dilapor sebuah akhbar tempatan Jumaat lepas yang memetik sumber kontinjen negara itu tidak tepat selain tidak pernah […]
Ngeri, Mak Ayah Tergamak Cungkil Mata Anak Usia 6 Tahun Sebab Dengar Bisikan Ghaib
Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun terpaksa dikejarkan ke hospital setelah mata kanannya mengalami pendarahan teruk akibat dicungkil keluarganya sendiri. Kejadian ngeri yang berlaku di wilayah Gowa, Indonesia pada Jumaat semalam itu disaksikan oleh bapa saudaranya, Bayu yang kebetulan berada di luar rumah mereka. “Kami baru pulang dari majlis pengebumian dan berada di di depan […]

Bekalan Air Di 463 Kawasan Lembah Klang Dijangka Pulih Isnin – Air Selangor
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) — Bekalan air di kesemua 463 kawasan yang terjejas berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih akan diterima secara berperingkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada 6.00 pagi, Isnin ini. Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata bekalan air terawat yang bersih dan selamat telah […]

(Video) Raih 12 Juta Tontonan, Aksi Kura-Kura Seronok ‘Lari’ Laju Timbul Tanda Tanya Ramai
Jika dulu-dulu semasa di sekolah rendah, mesti kita pernah terdengar cerita rakyat tentang si arnab berlumba dengan kura-kura, kan? Dalam cerita itu, arnab tersebut dikatakan terlalu angkuh dengan kelajuannya apabila sengaja memandang rendah kemampuan si kura-kura yang bergerak perlahan. Disebabkan terlalu yakin pasti menang, arnab itu pun sempat berehat sebentar setelah berlari laju dan terlelap, […]

KKM Nafi Grafik Tular Denda RM1,500 Jika Tidak ‘Check-Out’ MySejahtera
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan grafik tular menerusi media sosial mengenai denda RM1,500 akan dikenakan kepada individu sekiranya tidak klik ‘check-out’ atau waktu mendaftar keluar pada aplikasi MySejahtera sebagai indikator daftar keluar meninggalkan mana-mana lokasi atau premis. Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam kenyataan memaklumkan tiada denda RM1,500 dikenakan kepada individu yang tidak […]
Jumlah Kenderaan Semakin Banyak Di KL Pada Malam Hujung Minggu
Suasana malam hujung minggu di ibu kota Kuala Lumpur yang sebelum ini sedikit suram kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini dilihat seakan sudah kembali ‘hidup’ dan meriah seperti dahulu. Tinjauan wartawan foto Bernama pada malam ini mendapati, keadaan lalu lintas di Jalan Bukit Bintang dipenuhi dengan kenderaan orang awam yang dilihat semakin banyak berbanding sebelum […]