Berita

“Saya Berbesar Hati Terima Pelantikan Ini Tanpa Apa-Apa Imbuhan” – Muhyiddin
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berbesar hati menerima pelantikan sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri, pada hari ini. Beliau berkata, tanggungjawab yang diberikan itu akan dijalankan secara sukarela tanpa sebarang imbuhan. ”Alhamdulillah, saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Jemaah Menteri, khususnya Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin […]

KKM Fokus Persiapan Hadapi Endemik, Mula Vaksin Remaja Minggu Depan – Khairy Jamaluddin
PUTRAJAYA, 4 Sept (Bernama) — Berbekalkan jangkaan situasi COVID-19 di Malaysia bakal memasuki fasa endemik menjelang Oktober ini, Kementerian Kesihatan (KKM) menggariskan lebih 20 petunjuk prestasi utama (KPI) sebagai sasaran untuk dicapai dalam tempoh 100 hari. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata KPI itu, yang kebanyakannya berkisar kepada usaha menangani ancaman pandemik COVID-19, adalah bagi memastikan […]

Abdul Latif Romly Raih Emas Ketiga Buat Malaysia Di Paralimpik Tokyo
Jaguh lompat jauh para negara, Abdul Latif Romly berjaya menghadiahkan emas ketiga buat Malaysia dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020, sebentar tadi. Atlet kelahiran Kangar Perlis yang berusia 24 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang dalam acara akhir lompat jauh (T20) dengan melakukan lompatan sejauh 7.45 meter (m) pada percubaan kedua di Stadium Olimpik Tokyo. Latif yang juga […]

Mayat Warga Emas Ditemukan Dalam Rumah
GEORGE TOWN, 4 Sept (Bernama) — Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, terpaksa bertindak memecahkan pintu sebuah rumah di Flat Kampung Melayu, Ayer Itam di sini bagi mengeluarkan mayat warga emas yang ditemukan meninggal dunia di rumah itu, hari ini. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong Yusri Zakaria berkata, […]

Tiada Keperluan Absahkan Pelantikan Perdana Menteri – Peguam
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) — Tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan yang telah dibentuk mengikut lunas undang-undang, kata Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun. Kenyataan beliau hari ini memaklumkan langkah mengabsahkan pelantikan perdana menteri adalah tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan menidakkan kuasa Seri Paduka […]

”Di Atas Dunia Lagi Allah Telah Memuliakannya..” Kisah Perjalanan Terakhir Pemuda Maut Kemalangan
Dalam Islam, setiap kematian seseorang yang berakhir dengan kebaikan disebut sebagai husnul khatimah atau maknanya, pengakhiran yang baik. Pasti semasa hayatnya, arwah begitu menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Begitulah seperti yang diceritakan oleh Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) hari ini apabila berpeluang menguruskan jenazah seorang individu berusia 19 tahun yang diambil dari Hospital […]

Imam, Bilal Enggan Divaksin Akan Diberi Kaunseling – Ahmad Marzuk
KOTA BHARU, 4 Sept (Bernama) — Kumpulan imam dan bilal yang enggan menerima suntikan vaksin COVID-19 akan dipanggil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam masa terdekat untuk menjalani sesi kaunseling. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata sesi kaunseling itu bagi menjelaskan tentang kepentingan pengambilan vaksin serta memberi penerangan […]
TERKINI: Muhyiddin Yassin Dilantik Sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Bertaraf Menteri
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri. Perkara itu telah dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Dato’ Seri Mohd Zuki Ali menerusi kenyataan media sebentar tadi. Menurutnya, keputusan pelantikan telah dibuat oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 1 September lalu. Pelantikan tersebut juga telah disembah maklum kepada […]
Myvi Dihanyut Arus: Mayat Penumpang Ditemukan Dalam Kereta
KOTA KINABALU, 4 Sept (Bernama) — Mayat seorang lelaki ditemukan dalam kereta Perodua Myvi yang dihanyutkan arus deras di Jalan Kionsom Lama, Inanam di sini lewat petang semalam, selepas kenderaan itu berjaya dikeluarkan dari dalam air pada 11.28 pagi tadi. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan terbaru memaklumkan, mangsa yang ditemukan merupakan […]
Stor Simpanan Ubat KKM Musnah Dalam Tanah Runtuh Di Kampung Kopungit
KOTA KINABALU, 4 Sept (Bernama) — Sebuah stor simpanan ubat-ubatan Kementerian Kesihatan (KKM) musnah dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Kopungit di sini malam tadi. Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan tiga kenderaan dan sebuah motosikal kakitangan KKM, serta tiga kenderaan orang awam turut tertimbus dalam kejadian itu. “Kejadian berlaku […]
(Video) TERKINI: Cheah Liek Hou Gondol Emas Untuk Malaysia, Negaraku Berkumandang Kali Kedua Di Bumi Tokyo
Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou berjaya memenangi pingat emas kedua untuk Malaysia selepas menewaskan lawannya daripada Indonesia di dalam saingan akhir badminton perseorangan SU5 Sukan Paralimpik Tokyo 2020. TAHNIAH CHEAK LIEK HOU, EMAS KEDUA BUAT MALAYSIA!! ANDA LUAR BIASA!! — KBSMalaysia (@KBSMalaysia) September 4, 2021 Cheah Liek Hou berjaya menjinakkan Dheva Anrimusthi yang […]
Ada Yang Kebuluran, Lebih 1,000 Ekor Kucing Comel Ditemui Terabai Di Pulau, Dipercayai Ditinggalkan Tuan
Lebih dari 1,000 ekor kucing dilaporkan hidup terbiar di Koh Phi Phi, iaitu pulau kecil yang merupakan sebahagian daripada wilayah Krabi. Difahamkan, kucing-kucing itu telah ditinggalkan oleh pemiliknya selepas COVID-19 menjejaskan sektor pelancongan di pulau itu. Menurut The Thaiger, pemilik kucing-kucing itu bekerja di pulau tersebut atau merupakan pengusaha yang perlu meninggalkan tempat itu kerana […]
TERKINI: 19,057 kes COVID-19 Baharu Dilaporkan, 4 Negeri Catat Kes Atas 2000
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa sehingga 4 September 2021, terdapat 19,057 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia. 19,057 kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 1,824,439 kes. Sehingga 4 September 2021 Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 19,057 kes (1,824,439 kes) […]
Wanita Ketua Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir Ditahan Polis
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) — Polis menahan seorang wanita yang merupakan ketua ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) di kediamannya di Shah Alam, awal pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Basri Sagoni berkata wanita berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira 1.10 pagi dan pihaknya turut merampas lima telefon bimbit pelbagai jenama, sekeping […]
COVID-19: Pesakit Kategori 3 Ada Rekod Komobid Dimasukkan Ke Hospital, PKRC – Khairy
TAMPIN, 4 Sept (Bernama) — Pesakit COVID-19 kategori tiga yang mempunyai rekod komobid akan dimasukkan ke hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) bagi mendapat rawatan serta pemantauan daripada doktor dan petugas kesihatan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata bagi kes tertentu seperti melibatkan wanita hamil, warga emas dan keadaan rumah […]
Nenek Berusia 54 TahunAntara 17 Individu Ditahan Serta Parti Liar
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) — Seorang nenek kepada dua orang cucu berusia 54 tahun dan seorang remaja lelaki berumur 13 tahun antara 17 individu ditahan kerana disyaki sedang leka berpesta liar termasuk menghisap dadah di sebuah di sebuah apartmen di Jalan Sultan Ismail, di sini, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur ACP Sahar Abd Latif […]
Guru Enggan Divaksin Diberi Tugasan Lain, Tak Dibenarkan Mengajar Secara Bersemuka Dalam Kelas
YAN, 4 Sept (Bernama) — Seramai 2,500 guru yang enggan menerima suntikan vaksin COVID-19 akan diberi tugasan lain di sekolah semasa sesi persekolahan dibuka nanti, berikutan mereka tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka dalam kelas. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata terdapat banyak tugasan lain di sekolah yang boleh dilakukan guru berkenaan. “Pada masa […]
(Video) Tak Perlu Nak Gunting Satu-satu, Ini Cara Mudah Buang Biji Cili Kering
Cili kering menjadi salah satu bahan masakan yang sangat penting terutama untuk membuat hidangan sambal atau tumis. Ia juga mempunyai tahap kepedasan yang berbeza mengikut jenisnya. Tapi walau apa pun jenisnya, ada sesetengah cili kering yang mempunyai biji yang sangat banyak sehingga terkadang perlu mengambil masa yang lama untuk membuangnya. Disebabkan itu juga, mungkin ramai […]
Tak Perlu Ke Bank, Ini Cara Nak Tukar Kad ATM Maybank Yang Rosak & Tamat Tempoh Secara “Online”
Seperti yang diketahui, kad bank perlulah ditukar mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh bank masing-masing. Kebiasaannya, pihak bank akan beberapa kali memberi notis peringatan kepada pengguna mengenai tempoh luput kad tersebut. Justeru, pengguna perlu menukarnya kerana ia mungkin tidak dapat digunakan lagi selepas tempoh tersebut. Tidak cuma itu, kad yang rosak juga perlulah ditukar dengan […]
Melaka Benarkan Kehadiran 500 Jemaah Di Masjid Bermula Esok
MELAKA, 4 Sept (Bernama) — Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membenarkan kehadiran maksimum 500 jemaah di tujuh masjid kerajaan di negeri ini bermula esok (5 Sept), selaras bermulanya negeri Melaka berada di Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) hari ini. Pengarahnya, Datuk Che Sukri Che Mat berkata bagi masjid kariah dan institusi pula, maksimum kehadiran adalah […]