Berita
Viral ‘Seantero’ Media Sosial Resepi Mak Cun Tak Guna Dapur Gas Semua Pakai Air Fryer Ni Je
Pernah mencetuskan fenomena, Mak Cun menjadi salah satu siri drama komedi yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Bukan saja terhibur dengan watak-watak yang menuturkan loghat Kedah tapi nilai kekeluargaan yang kuat di dalam drama itu juga membuatkan ia disukai ramai. Dah berapa tahun berlalu, pasti ada yang rindu nak tengok keletah dan celoteh Mak […]
Ini Senarai Penuh Kelonggaran SOP Fasa 1 Untuk Industri Kreatif, Bermula 9 September
Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) fasa 1 bagi industri kreatif di Malaysia. Keputusan tersebut diputuskan selepas perbincangan bersama Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 diadakan. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, kelonggaran yang telah dipersetujui ini hanyalah tertakluk kepada syaat SOP yang diluluskan oleh […]

(Video) 9 Juta Tontonan, Pekerja Hairan Temui ‘Makhluk Pelik’ Seakan Belut Ketika Menggali Tanah
Seorang pengendali kapal korek telah menemukan seekor haiwan pelik seperti belut gergasi ketika menggali tanah. Menerusi rakaman dikongsikan The Sun, kelihatan haiwan itu bergerak-gerak ketika cuba diangkat oleh pengorek berkenaan. Rakaman tersebut pada asalnya telah dikongsikan oleh @peterdangermat1 di TikTok dan telah mendapat lebih 9 juta tontonan setakat ini. Builder unearths bizarre-looking creature buried deep […]
TERKINI: Aktiviti Panggung Wayang Dibenar Dengan Kapasiti 50% Individu Lengkap Vaksinasi Di Dewan Tayangan – PM
Kerajaan sebentar tadi menerusi Kenyataan Media Perdana Menteri telah mengumumkan kelonggaran SOP Fasa Satu bagi penggiat industri kreatif lengkap dos vaksin COVID-19 mulai 9 September ini. Antara aktiviti yang dibenarkan adalah aktiviti panggung wayang kepada individu yang telah lengkap vaksin dengan kapasiti 50% di ruang dewan tayangan pawagam. Walau bagaimanapun, aktiviti ini hanya dibenar beroperasi […]
Azzez Rahim Belum Dibebas Daripada Pertuduhan – SPRM
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) — Bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim belum dibebaskan daripada pertuduhan rasuah serta pengubahan wang haram, dan perbicaraan kes berkenaan masih berjalan di mahkamah. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini berkata laporan media yang memetik hujahan peguam bela Amer Hamzah Arshad, seolah-olah menggambarkan Abdul Azeez telah bebas daripada kesemua […]
Tak Perlu ‘Install’ Aplikasi Tambahan, Ini Cara Cepat Nak Buka MySejahtera Kat Telefon Android
Setiap kali nak masuk ke kedai atau premis perniagaan, mesti kena scan MySejahtera supaya maklumat kita dapat direkodkan telah mengunjungi premis berkenaan. Tapi kadang-kadang, nak cari aplikasi MySejahtera agak susah di sebalik aplikasi-aplikasi lain yang banyak di dalam telefon pintar. Sebelum ni, ramai pengguna Iphone tunjuk cara buka MySejahtera dengan hanya menggunakan back tap. Tetapi […]
Awas, Amaran Ribut Petir & Hujan Lebat Di 7 Buah Negeri Sehingga Jam 9 Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa negeri termasuklah Sabah dan Sarawak. Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 6:05 petang tadi, beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu dijangka dilanda ribut petir dan hujan lebat sehingga jam9 malam, manakala lima negeri lagi dijangka sehingga jam 7 malam. […]
(Video) Dijangka ‘Terbang’ Hujung Tahun Ini, Indonesia Dedah Drone Ciptaan Anak Tempatan
Sebuah pesawat tanpa pemandu atau drone buatan Indonesia dijangka akan dapat terbang untuk pertama kalinya pada akhir tahun ini. Difahamkan, proses pembuatan drone yang dinamakan sebagai Puna Elang Hitam itu telah dijalankan oleh PT Dirgantara Indonesia (PTDI) dan sebuah syarikat konsortium. Menurut Karosatuklik, ia juga adalah jenis Medium Altitude Long Endurance. Ketua Pengarah PTDI, Elfien […]
Pemberian Vaksin COVID-19 Kepada Pelajar Sekolah Dimuktamad Khamis Ini – Khairy
SEMPORNA, 7 Sept (Bernama) — Keputusan mengenai pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada pelajar sekolah akan dimuktamadkan pada satu mesyuarat penyelarasan melibatkan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan Khamis ini. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata sebaik keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat itu, ia akan dibawa kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk tindakan seterusnya. “Saya ada mesyuarat dengan pengurusan […]

Hujan, Banjir Di Beberapa Kawasan Disebabkan Monsun Barat Daya Melemah
PETALING JAYA, 7 Sept (Bernama) — Keadaan hujan dan banjir di beberapa kawasan ketika ini disebabkan negara sedang mengalami tempoh Monsun Barat Daya yang melemah (monsoon break), kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah. Beliau berkata keadaan itu berlaku apabila terdapat perubahan tiupan angin memasuki kawasan negara, sekali gus menggalakkan pembentukan awan […]

TERKINI: 18,547 Kes Baharu, Sarawak Catat Lebih 3,000 Kes Melebihi Selangor
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 18,547 kes positif COVID-19 dilaporkan hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kian meningkat kepada 1,880,734 kes setakat ini. Berdasarkan statistik KKM, Sarawak mencatatkan angka harian tertinggi dengan 3,200 kes, diikuti Selangor dengan 2,407 kes dan Johor 2,174 kes. Terdapat lapan negeri yang merekodkan kes […]
MAQIS Tahan Seekor Kucing British Shorthair Dari Rusia
SEPANG, 7 Sept (Bernama) — Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor menahan seekor kucing baka British Shorthair dari Rusia di kawasan kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Ahad lepas setelah nombor mikrocip pada haiwan berkenaan didapati berbeza daripada dokumen sijil kesihatan yang diisytiharkan. MAQIS Selangor menerusi kenyataan memaklumkan, haiwan itu kini dikuarantin. […]

“Ramai Yang Tiada Dokumen Pengenalan Rasmi Tapi DG Hisham Terus Cucuk Vaksin” – KJ
Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin melalui sebuah ciapan di laman Twitter memaklumkan perkembangan lawatannya ke Semporna, Sabah hari ini. Khairy bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sementara di Sekolah Kebangsaan Pulau Larapan. Tulis Khairy dalam ciapannya, “Ramai yang tiada dokumen pengenalan […]

Exabytes & EasyWork Melancarkan AdaKerja.My, Portal Kerja Percuma Bantu Pencari Kerja & Majikan
Exabytes, pembekal teknologi eDagang dan digital serta teknologi perniagaan berasaskan awan terkemuka di Asia Tenggara, dengan kerjasama Easywork, melancarkan portal pekerjaan percuma AdaKerja.My untuk memenuhi keperluan pencari kerja dan memudahkan majikan untuk mengambil pekerja. Sebagai sebuah syarikat yang mengendalikan sistem pengurusan sumber manusia (HRM) mudah alih dan berpengalaman membekalkan teknologi dalam sektor digitalisasi, Exabytes membangunkan […]

(Video) Bagaikan ‘Prison Break’, Enam Warga Palestin Berjaya Lolos Dari Penjara Israel Guna Terowong
Enam warga Palestin yang dipenjara di Penjara Gilboa di Israel dilapor berjaya meloloskan diri melalui terowong rahsia yang digali mereka pada awal pagi Isnin. Jurucakap polis, Eli Levi berkata, kehilangan mereka dikenal pasti setelah beberapa kesan yang ditinggalkan ditemui di sekitar kawasan penjara berkawalan keselamatan tinggi berkenaan pada pukul 3.30 pagi. “Malam semalam, kami menerima […]
Kanak-Kanak Ditemukan Terapung Di Lombong Selepas Hilang Sejak Semalam
IPOH, 7 Sept (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun dipercayai hilang petang semalam selepas keluar dari rumahnya di Lorong Jaya, Taman Kinta Baru, Gopeng dekat sini ditemukan terapung di tepi sebuah lombong, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kampar Supt Hasron Nazri Hashim berkata mayat Muhammad Fayyadh Ukasyah Abdul Wahid ditemukan pasukan operasi […]

Tidak Buat Pilihan Konkrit Atas Tawaran UPSI, Mahu Fokus Olimpik 2024 – Datuk Azizulhasni Awang
Jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang berpendirian untuk tidak membuat pilihan tetap atas tawaran yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) buat masa ini. ‘The Pocket Rocketmen’ itu sebelum ini diberikan beberapa tawaran menarik termasuk jawatan dalam akademik di universiti berkenaan berikutan kejayaannya yang berjaya membawa pulang pingat perak dari Olimpik Tokyo baru-baru […]
39 Tahun Koma Selepas Pembedahan Lutut, Bekas Pemain PSG Ini Akhirnya Meninggal Dunia
Bekas pemain bola sepak Perancis, Jean-Pierre Adams meninggal dunia semalam setelah koma selama 39 tahun berikutan pembedahan lututnya pada tahun 1982. Adams dilaporkan tidak pernah sedarkan diri daripada tidur selepas dibius untuk pembedahan lutut di sebuah hospital di Perancis. Memetik laporan AFP, doktor anaestetik Adams ketika itu perlu menangani lapan pesakit lain dan menyerahkan Adams […]

Tasik Aksehir Di Turki Kering-Kontang, Sehingga Boleh Jadi Laluan Kenderaan
Sebuah tasik utama di wilayah Konya, Turki dilapor telah kering-kontang hingga membolehkan kereta lalu di dasarnya seakan di atas jalan raya. Tasik Aksehir yang berkeluasan 350 kilometer persegi itu pada asalnya merupakan sumber air bersih yang penting untuk kegunaan penduduk di beberapa wilayah. Malah pakar turut berpendapat, tasik berkedalaman enam meter itu juga mempunyai ekosistem […]
Ibu Meninggal Dunia, Tinggal Anak 9 Tahun Dan Suaminya Yang Berkerusi Roda
DAMANSARA : Melihat ayahnya yang hanya mampu berada di kerusi roda, tanpa mampu berjalan bagi mencari rezeki itu sudah cukup memilukan. Apatah lagi beliau kini terpaksa menjaga ayahnya seorang diri selepas ibunya meninggal tiga bulan yang lalu. Itu juga kepiluan yang dihadapi oleh si ayah, Wong Kon Foo, yang terpaksa menggunakan kerusi roda bagi bergerak […]