Berita

Luar Negara
Tasik Aksehir Di Turki Kering-Kontang, Sehingga Boleh Jadi Laluan Kenderaan
Sebuah tasik utama di wilayah Konya, Turki dilapor telah kering-kontang hingga membolehkan kereta lalu di dasarnya seakan di atas jalan raya. Tasik Aksehir yang berkeluasan 350 kilometer persegi itu pada asalnya merupakan sumber air bersih yang penting untuk kegunaan penduduk di beberapa wilayah. Malah pakar turut berpendapat, tasik berkedalaman enam meter itu juga mempunyai ekosistem […]
Kesihatan
Ibu Meninggal Dunia, Tinggal Anak 9 Tahun Dan Suaminya Yang Berkerusi Roda
DAMANSARA : Melihat ayahnya yang hanya mampu berada di kerusi roda, tanpa mampu berjalan bagi mencari rezeki itu sudah cukup memilukan. Apatah lagi beliau kini terpaksa menjaga ayahnya seorang diri selepas ibunya meninggal tiga bulan yang lalu. Itu juga kepiluan yang dihadapi oleh si ayah, Wong Kon Foo, yang terpaksa menggunakan kerusi roda bagi bergerak […]
Berita
Malindo Air Terbang 6 Kali Sehari Ke Langkawi Bermula 16 September
Susulan pembukaan semula sektor pelancongan secara gelembung perjalanan ke Langkawi, syarikat penerbangan Malindo Air menawarkan penerbangan setiap hari ke pulau tersebut mulai 16 September ini. Menurut Ketua Eksekutif Malindo Air, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri, Malindo turut menawarkan 15 kilogram percuma bagasi sempena sambutan Hari Malaysia. Tambah Mushafiz, ia akan diberikan kepada semua pemegang tiket ‘Super […]
Berita
MPIC Fokus Strategi Korporat Untuk Hidupkan Semula Sektor Perladangan, Pertanian Dan Komoditi
Pada masa ini Kementerian saya sedang mengatur strategi untuk menyusun semula dan memperkemaskan agensi-agensi dalam sektor ini supaya Kementerian ini dapat menjimatkan perbelanjaan. Antara perkara pertama ialah untuk meningkatkat nilai produk-produk komoditi hiliran dan menyelesaikan kempen anti-komoditi, terutamanya di kalangan EU dan Amerika Syarikat. Saya juga akan melaksanakan strategi korporat untuk memberdayakan ekonomi jangka-masa panjang […]
Berita
Empat Sekeluarga Rentung Dalam Kebakaran Rumah Di Penampang
PENAMPANG, 7 Sept (Bernama) — Empat sekeluarga terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan, ditemukan rentung dalam sebuah rumah teres dua tingkat yang terbakar di Taman Hungap, di sini awal pagi tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Misran Bisara berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.52 pagi, sebelum berjaya mengawal […]
Berita
Kanak-kanak Lelaki Enam Tahun Hilang Dari Kawasan Perumahan Di Gopeng
IPOH, 6 Sept (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dipercayai hilang dari kawasan perumahannya di Taman Kinta Baru di Gopeng sejak petang tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan bagi membantu pihak polis mencari mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Fayyafh Ukasyah Abd Wahid pada kira-kira 10.29 malam. “Mangsa merupakan […]
Berita
(Video) Seram, Lelaki Gelabah Terus Patah Balik Lepas Nampak ‘Sosok Misteri’ Berdiri Tepi Jalan Gelap
Bayangkan anda sedang menunggang motosikal pada waktu malam, tiba-tiba ternampak satu kelibat berdiri kaku di tepi jalan gelap. Pasti terkejut, bukan? Silap hari bulan, boleh terbabas motosikal dibuatnya. Itulah yang dialami seorang lelaki dipercayai di Indonesia apabila terlihat kelibat misteri di tepi jalan. Dalam video dikongsikan sebuah laman Instagram, lelaki tersebut dipercayai sedang menunggang motosikal […]
Berita
Mayat Kedua Kereta Dihanyutkan Arus Ditemukan Di Inanam
KOTA KINABALU, 6 Sept (Bernama) — Mayat seorang lelaki iaitu mangsa kedua kejadian sebuah kereta Perodua Myvi dihanyutkan arus deras Jumaat lepas ditemukan orang awam di tebing sungai Kampung Dambai, Inanam, di sini petang tadi. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata mayat Simon Sange Tupe, 68, ditemukan kira-kira satu kilometer dari […]
Berita
“Tiada Siapa Nampak,” Gadis Cerita Detik Hitam, Dakwa Dirogol Di Hadapan Ribuan Pengunjung Pantai
Seorang remaja berusia 15 tahun di Bournemouth mengalami detik ngeri dalam hidupnya apabila ditarik seorang lelaki tidak dikenali sebelum diperkosa di hadapan ribuan pengunjung pantai Julai lalu, lapor Daily Mail. Menurut portal itu, mangsa telah ditarik suspek ke kawasan air yang lebih dalam selepas bola yang dimainnya bersama rakan-rakan mendarat berhampiran lelaki itu. Biarpun ramai […]
Berita
Pemandu Lori Rempuh Lima Kenderaan Positif Dadah
KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) — Polis menahan seorang pemandu lori yang didapati positif dadah selepas kenderaan yang dipandunya merempuh lima kenderaan dalam kemalangan jalan raya di Jalan Ipoh, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira 2.40 petang itu, seorang pemandu kereta jenis Perodua Myvi berusia 45 tahun yang turut terlibat dalam kemalangan itu terperangkap […]
Berita
Doktor Temui Nokia 3310 ‘Tertanam’ Dalam Perut, Lelaki Dilapor Menelannya
Seorang lelaki di Kosovo terpaksa menjalani rawatan selepas menelan sebuah telefon bimbit jenis Nokia 3310, lapor Mirror UK. Menurut portal itu, lelaki tersebut telah menuju ke hospital apabila mengalami rasa sakit selepas menelan peranti berkenaan. Lantaran itu, pasukan perubatan telah mengeluarkan peranti itu melalui prosedur endoskopi tanpa membedah lelaki berusia 33 tahun berkenaan. Mereka turut berkongsi […]
Berita
(Video) Myvi Kuning Remuk Teruk Dirempuh Lori, Pemandu Dilapor Selamat Dirakam Keluar Dari Kereta
Satu kemalangan melibatkan sebuah lori dan lima kenderaan lain dilaporkan berlaku di Jalan Ipoh, Sentul pada 2.34 petang tadi, lapor Bernama. Dalam kejadian itu, sebuah lori yang dipercayai mengalami masalah brek telah hilang kawalan sebelum melanggar lima kenderaan lain termasuk sebuah Myvi yang remuk teruk. Dalam rakaman orang awam yang dikongsikan oleh Bernama, seorang lelaki […]
Berita
(Video) Tak Perlu Cuba Satu-Satu, Ini Cara Nak Bezakan Bateri Ada ‘Power’ Atau Kosong
Penggunaan bateri sememangnya sangat dominan terutamanya di dalam alatan elektronik yang berkuasa rendah. Antaranya ialah alat kawalan jauh, jam dinding, dan pelbagai lagi. Walau bagaimanapun, perlulah diakui bahawa setiap bateri mempunyai kuasa yang terhad, jadi pengguna perlu menggantikan dengan bateri yang baru. Bercakap mengenai bateri, mungkin anda pernah berada di dalam situasi di mana bateri […]
Berita
Hujan Lebat & Ribut Petir Dijangka ‘Membadai’ 11 Buah Negeri Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di 11 negeri dan wilayah di Malaysia sehingga 8 malam ini. Menurut MetMalaysia, antara negeri yang diramal terlibat ialah Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Berikut adalah senarai negeri, wilayah dan kawasan yang dijangka terlibat: Perak (Batang Padang dan Muallim) Terengganu (Hulu […]
Berita
Polis Pulau Pinang Tumpaskan Sindiket Pelacuran Berselindung Di Sebalik Salon Rambut
NIBONG TEBAL, 6 Sept (Bernama) — Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket pelacuran yang berselindung di sebalik perniagaan salon rambut unisex selepas tertangkapnya tujuh orang termasuk tiga wanita warga asing dalam serbuan di Jalan Nibong Tebal, di sini, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Rahimi Ra’ais berkata serbu pada 4.30 petang oleh pasukan dari […]
Luar Negara
Tahan Presiden Alpha Conde,Tentera Rampas Kuasa, Ambil Alih Pemerintahan Negara Guinea
Pasukan khas tentera Guinea melancarkan rampasan kuasa semalam serta menahan Presiden Republik, Alpha Conde. Rampasan kuasa tersebut turut disusuli penguatkuasaan darurat tanpa tempoh khusus di negara Afrika Barat itu. Menurut AFP, sebuah video turut dihantar kepada agensi itu, menunjukkan Presiden Conde yang duduk di sofa dan dikelilingi para tentera. “Dalam video tersebut, Presiden yang berusia […]
Berita
“Saya Yakin Kami Sampai Tepat 5.55 Petang,” Ziyad Akhirnya Buka Mulut ‘Al Kesah’ Penjelasan 2 Minit
Jaguh lontar peluru negara, Ziyad Zolkefli tampil memberi penjelasan tentang situasinya yang lewat dua minit ke Call Room dalam saingan akhir di Paralimpik Tokyo baru-baru ini. “Saya pun keliru bila ada orang bertanya kenapa jurulatih saya tidak mengaku sahaja saya lewat sedangkan saya sendiri telah mengaku kepada isteri saya yang saya lewat dua minit seperti […]
Berita
TERKINI: 17,352 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini, Selangor Hanya Catat 2,126 Kes Sahaja
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa hari ini kes positif Covid-19 di negara semakin berkurang menjadi 17,352 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 1,862,187 kes. Menerusi perkongsian daripada laman Twitter Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia menunjukkan penurunan kes harian di beberapa negeri termasuk di Selangor iaitu 2,126 kes. Selain itu, Johor (2,101), Sabah (1,844), Kedah (1,599), […]
Berita
4 Menteri Bincang Kelonggaran SOP Menuju Fasa Endemik, Termasuk Kebenaran Rentas Negeri
KUALA LUMPUR, 6 Sept – Perbincangan secara terperinci mengenai penyesuaian prosedur operasi standard (SOP) serta bentuk kelonggaran dalam negara menuju ke fasa endemik akan melibatkan tiga lagi menteri lain. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata menteri berkenaan ialah Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan […]
Berita
Bapa Tiri, Ibu Kandung Didakwa Dera Anak
KUALA PILAH, 6 Sept – Sepasang suami isteri yang juga bapa tiri dan ibu kandung seorang kanak-kanak lelaki berusia 16 bulan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mendera kanak-kanak itu, bulan lepas. Tiada pengakuan direkodkan daripada Muhammad Afiq Abdullah, 23, dan isterinya berusia 17 tahun, sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Saiful Sayoti kerana kes itu di bawah […]