Berita

“Dahulu Kata 80% Boleh Merentas Negeri Kenapa Tiba-Tiba Jadi 90%?” PM Perjelaskan Sebabnya
Mungkin ada yang mempersoalkan mengenai sasaran peratusan populasi dewasa yang lengkap divaksin untuk kebenaran rentas negeri. Jika sebelum ini sasarannya adalah 80 peratus, namun sasaran itu dinaikkan hingga ke 90 peratus seperti yang sedang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia sekarang. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ada menjawab persoalan ini menerusi satu kenyataan dalam siaran […]

Pengasuh Ditahan Disyaki Dera Kanak-kanak Autisme – Polis
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) — Seorang pengasuh wanita ditahan kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) autisme di sebuah pusat asuhan di Ampang, di sini semalam. Dalam kejadian pada 1.50 tengah hari itu, pihak polis telah menerima satu laporan daripada bapa kepada kanak-kanak berusia enam tahun berkenaan pada Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah Ampang […]
“Saya Percaya Masa Untuk Rentas Negeri Sudahpun Hampir, Saya Akan Segera Umumkan..” – PM
Kerajaan bakal membenarkan perjalanan rentas negeri tidak lama lagi. Menurut kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, beliau faham keadaan rakyat Malaysia yang tidak dapat berjumpa ibu bapa di kampung. Dalam temubual khas malam ini, beliau berkata, masa untuk merentas negeri akan tiba sebaik 90 peratus rakyat dewasa mencapai 90 peratus lengkap vaksinasi. “Kita tidak […]

Lelaki Panik, Hubungi Polis Setelah Temui Objek Seakan ‘Tulang Manusia’ Dalam Dinding Rumah, Rupa-rupanya..
Seorang lelaki dilaporkan menemui ketulan tulang seakan tulang manusia di dalam dinding rumahnya, lapor Daily Star. Menurut portal itu, lelaki tersebut telah terlihat bentuk yang pelik di antara bata dinding sebelum meneliti dengan lebih dekat. Dia kemudiannya mendapati objek itu menyerupai tulang manusia sebelum menghubungi pihak polis. “Ini tulang manusia ke? Saya pun tak tahu. […]
Semakin Hari Semakin Baik, Oktober Bermulanya Peralihan Fasa Endemik
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) — Semakin hari semakin baik, kes jangkitan COVID-19 menyaksikan penurunan dan Oktober menjadi bulan yang paling penting kerana banyak aktiviti kembali dibuka, dengan kadar vaksinasi penuh golongan dewasa mencapai sasaran 90 peratus dan bilangan remaja divaksin terus meningkat. Rentas negeri, pembukaan pusat pelancongan, pembukaan institusi pengajian tinggi, pembelajaran di sekolah […]

(Video) Terus Naik Seri, Wanita Kongsi Cara Kreatif Tampal Tudung Saji Berlubang, Guna Teknik Decoupage
Bagi individu yang sukakan seni, mungkin ramai yang pernah terdengar mengenai teknik ‘decoupage’. Seni yang menggunakan teknik potong dan tampal sesuatu motif pada permukaan objek ini bukan sahaja boleh mencantikkan barang tersebut, tapi mungkin boleh menyelamatkannya daripada terus dibuang. Menurut Modpodgerocksblog.com, hampir kesemua permukaan boleh digunakan untuk menghasilkan projek decoupage ini antaranya kayu, tin, kadbod […]

Remaja Hilang Dikhuatiri Lemas Di Pantai Sungai Miri, Labuan
LABUAN, 3 Okt (Bernama) — Seorang remaja hilang dikhuatiri lemas selepas mandi-manda di sebuah pantai Sungai Miri dekat Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) di sini hari ini. Mangsa dikenali sebagai Al Saeif Manahan, 17, dipercayai berenang di pantai itu bersama abang tirinya Al Faiez Rizal Adnan, 23, kira-kira pukul 1 tengah hari tadi. Pengarah Jabatan Bomba […]

Universiti Awam Perlu Patuh Arahan Kurangkan Yuran 20 Peratus – Noraini
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) — Semua universti awam (UA) perlu mematuhi arahan mengurangkan yuran pengajian sebanyak 20 peratus kepada pelajar bagi semester pertama sesi 2021/2022. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata arahan itu telah dikeluarkan kepada semua UA terlibat sebelum ini. “Langkah ini selaras dengan usaha KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) untuk […]
Jika Kita Bersatu Hati Dengan Sinar Cahaya ‘Noor’ Di Hujung Terowong, InsyaAllah – DG Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham dalam hantarannya di laman Twitter menyuarakan harapannya agar Keluarga Malaysia berganding bahu untuk mengurangkan kes Covid-19 di Malaysia. “Harapan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) ialah kita semua bersatu padu dari peringkat akar umbi sehingga ke kepimpinan tertinggi untuk bersama mengurangkan kes Covid-19 dan menyelamatkan negara kita,” tulis Dr […]
TERKINI: Terus Catat Penurunan, 9,066 Kes Positif Dilaporkan Hari Ini
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 9,066 kes positif COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,227,565 kes. Pun begitu, jumlah kes positif harian hari ini menunjukkan pengurangan berbanding 10,915 kes semalam. Sarawak masih mencatatkan kes harian tertinggi dengan jumlah 1,418 kes. Kes positif harian […]
Pengunjung Pantai Di Port Dickson Terkejut, 46 Ekor Anak Penyu Tiba-Tiba Keluar Dari Sarang
Pengunjung di pantai peranginan Port Dickson semalam dikejutkan dengan sekumpulan anak penyu yang tiba-tiba keluar dari sarang, dikatakan menuju ke laut Bagan Pinang. Menurut Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Halimi Abu Hanip, orang awam menemui anak-anak penyu karah itu pada jam 11 pagi, dipercayai baru saja menetas. Halimi turut memuji tindakan orang awam yang segera menyelamatkan […]
Mantan Ketua Pengarah MSN, Zolkeples Embong Meninggal Dunia
Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkeples Embong dilaporkan meninggal dunia pagi ini. Berita duka kehilangan Allahyarham turut disampaikan pengulas sukan, Hafizal Hamad di laman sosialnya sebentar tadi. Takziah diucapkan buat keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah. Salam semua, untuk makluman mantan KP […]

Orang Ramai Boleh Buat Aduan Di MySejahtera Jika Ada Individu Atau Premis Langgar SOP
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman sosial rasmi memaklumkan, MySejahtera akan melancarkan butang ‘Aduan’ untuk laporan pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) di aplikasi tersebut. Orang ramai boleh membuat aduan pelanggaran SOP oleh individu atau premis kepada pihak berkuasa menerusi aplikasi MySejahtera. Butang ‘Aduan’ akan diaktifkan membolehkan orang ramai menggunakan kemudahan itu. Aduan yang boleh dibuat […]
Tak Tahu Punca Dari Mana, Lebih 400 Orang di 35 Negeri Di AS Dilapor Dijangkiti Bakteria Salmonella
Lebih daripada 400 orang di 35 negeri di Amerika Syarikat dilaporkan telah dijangkiti wabak jangkitan Salmonella. Menurut portal Al.com, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), kini sedang menyiasat insiden tersebut dan mengatakan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 419 kes yang disahkan dengan 66 orang telah dimasukkan ke hospital. Bagaimanapun, tiada kes kematian yang dilaporkan. Alabama merupakan antara […]
(Video) Tanpa Disuruh, Anjing Bijak Ini ‘Lari’ Ambil Tali & Tolong Tarik Kereta Sorong Tuannya Yang Tersangkut
Anjing adalah sejenis haiwan peliharaan yang sangat terkenal dengan sifat kesetiaan serta keterujaannya. Tak hanya itu, anjing juga dikatakan antara haiwan yang pintar dan patuh kepada arahan sekiranya dilatih. Seperti yang ditunjukkan dalam satu video tular di Twitter ini. Video tersebut dikongsikan menerusi akaun Twitter bernama @se_lancelot. Dalam video itu tampak bahawa seorang lelaki sedang […]
Turun Berentap Dengan Jepun, Netizen Minta Skuad Badminton Pakai Jersi Merah, Baru Ada “Ong”, Ini Respon BAM Seakan Terhibur
Pertembungan diantara pasukan badminton negara dengan pasukan badminton Jepun pastinya amat dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia. Perlawanan di peringkat separuh akhir ini dijangka akan bermula seawal jam 9 malam ini. Sekiranya pasukan negara berjaya menundukkan pasukan Jepun, Malaysia bakal mara ke perlawanan akhir bagi memburu Piala Sudirman. Perlawanan pertama bakal dimulakan dengan pemain beregu negara iaitu […]
Skuad Piala Dunia England Hadapi ‘Krisis’, 5 Pemain Enggan Divaksin, Dakwa Diri Terlalu Sihat Untuk Dijangkiti Covid-19
Skuad bola sepak England dihimpit krisis selepas lima orang pemain dalam pasukan tersebut tidak mahu divaksin, lapor Daily Mail. Tiga daripada pemain pasukan tersebut dilaporkan percaya bahawa mereka terlalu sihat untuk dijangkiti dengan virus COVID-19 sementara ada yang dihalang oleh isteri mereka. Salah seorang daripada mereka dikatakan dengan beraninya menyatakan bahawa dirinya terlalu ‘muda dan […]
Di Usia 76 Tahun, Presiden Filipina, Duterte Umum Bersara Dari Politik, Tak Bertanding Pilihanraya Akan Datang
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, 76, telah mengumumkan bahawa beliau akan bersara dari politik selepas penarikan diri dari pencalonan naib presiden bagi pilihan raya tahun hadapan, lapor ABS CBN. Pada akhir bulan Ogos, Duterte mengatakan bahawa beliau akan mencalonkan diri sebagai naib presiden. Tindakannya itu ternyata mendapat pelbagai kritikan dari rakyat Filipina. Susulan itu, Duterte pada […]
Rasa Manis Daging Tak Hilang, Wanita Kongsi Tips Simpan Barang Basah Dalam Plastik Ziplock, Lagi Mudah Nak “Defrost”
Barang basah seperti daging, ayam, dan makanan laut merupakan bahan yang wajib ada di dapur. Namun, agak mustahil untuk membeli kesemua bahan tersebut setiap hari kerana kekangan waktu yang dihadapi terutama bagi golongan ibu atau wanita yang bekerja. Disebabkan itu, bahan-bahan tersebut kebiasaannya akan diletakkan di dalam bekas dan disimpan di dalam peti sejuk. Bagaimanapun, […]
TERKINI: 10,915 Kes COVID-19 Baharu Yang Dilaporkan Hari Ini, Sarawak Catat Kes Paling Tinggi
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa sehingga 2 Oktober 2021, 12:00 Tengah Hari, sebanyak 10,915 kes baharu COVID-19 dilaporkan. Sehingga 2 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 10,915 kes (2,268,499 kes). Pecahan setiap negeri (Kumulatif):Selangor – 1,386 (680,616)Sarawak – 2,121 (214,158)Sabah – 784 (199,629)Johor – 1,124 (198,186)WPKL – […]