Berita
TERKINI: 10,915 Kes COVID-19 Baharu Yang Dilaporkan Hari Ini, Sarawak Catat Kes Paling Tinggi
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa sehingga 2 Oktober 2021, 12:00 Tengah Hari, sebanyak 10,915 kes baharu COVID-19 dilaporkan. Sehingga 2 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 10,915 kes (2,268,499 kes). Pecahan setiap negeri (Kumulatif):Selangor – 1,386 (680,616)Sarawak – 2,121 (214,158)Sabah – 784 (199,629)Johor – 1,124 (198,186)WPKL – […]
Gempa Bumi Kuat 7.2 Skala Richter Dilapor Gegar Kepulauan Vanuatu Sebentar Tadi
Satu gempa bumi dengan kekuatan 7.2 skala Richter dilaporkan telah berlaku di Rantau Kepulauan Vanuatu pada jam 2.29 petang tadi. Menurut Perth Now, gempa itu berlaku pada kedalaman 528km dan terletak sekitar 1750km dari Australia utara Bagaimanapun, tiada sebarang amaran tsunami yang dikeluarkan. NO TSUNAMI THREAT FOR AMERICAN SAMOA from a 7.2 magnitude earthquake near […]
(Video) Kenyang Telan Kambing, Ular Sawa Seberat 70kg Berjaya Ditangkap APM
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menangkap seekor ular sawa seberat 70 kilogram (kg) selepas ianya kekenyangan menelan seekor kambing di Jalan Besar, Behrang Stesen di sini semalam. Seorang pekerja kandang kambing yang berusia 39 itu telah menemui ular sawa tersebut sewaktu dia sedang membersihkan kandang berkenaan. Pegawai APM Daerah Mualim, Kapten (PA) Shahrizal Hussin […]
Pertahanan TFC Terlepas Aksi Antarabangsa Kerana Turun Ke Laut
SEPANG, 2 Okt (Bernama) — Pemain pertahanan Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni tidak melaporkan diri bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Jordan, kerana turun ke laut. Pengesahan itu dibuat Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merangkap pengurus skuad Harimau Malaya Datuk Mohd Yusoff Mahadi. Mohd Yusoff berkata beliau […]
Azalina Dilantik Penasihat Khas Kepada Perdana Menteri
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Undang-undang dan Hak Asasi Manusia). Perkara itu dikongsikan Azalina menerusi hantaran di akaun Facebooknya hari ini, yang turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan itu. “Terima kasih […]
COVID Beri Banyak Pengajaran, Rakyat Lebih Bersatu, Berdisiplin – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Pandemik COVID-19 memberi banyak pengajaran kepada semua dan rakyat kelihatan lebih bersatu serta berdisiplin dalam menghadapi musuh yang sama. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dari segi ekonomi, ramai yang dahulunya berniaga secara tradisional termasuk orang kampung telah beralih kepada kaedah terkini, secara dalam talian yang semakin popular sekarang. “Pandemik ini kita dapat […]
(Video) “Hina Sangat Ke Jadi Security?,” Diminta Tukar Kerja Yang Lebih Baik, Wanita Jawab ‘Asalkan Duit Masyuk’
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Selagi masih ada kudrat, selagi itulah kita perlu berusaha untuk mencari rezeki dengan melakukan apa jua jenis pekerjaan yang halal. Tambah-tambah lagi dalam keadaan getir pada ketika ini yang memperlihatkan ramai yang telah kehilangan pekerjaan. Justeru, mereka melakukan apa saja kerja yang berada di depan mata walaupun terpaksa […]
Tinggal Lagi 4 Peratus Sebelum Kita Tarik Semula Larangan Merentas Negeri- KJ
Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa sebanyak 86% populasi dewasa di negara ini dilaporkan sudah lengkap divaksinasi. Menerusi ciapan akaun Twitter rasmi beliau, hanya 4% sahaja lagi diperlukan bagi membolehkan larangan aktiviti rentas negeri dapat ditarik semula. “86% populasi dewasa telah lengkap divaksinasi. Tinggal 4% sahaja lagi untuk kami menarik semula larangan merentas negeri,” […]
“Sudah Tapau Ayam Penyet…”, Chong Wei ‘Basah’ Ketiak Lagi, Tengok Malaysia Kali Pertama Tewaskan Indonesia Di Piala Sudirman
Skuad badminton negara melakar kejutan apabila berjaya menewaskan Indonesia 3-2 dan mara ke pusingan separuh akhir Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland, awal pagi tadi. Kemenangan itu menamatkan kemarau terkandas di suku akhir sebanyak tiga kali sebelum ini. Bangga dengan pencapaian pasukan Malaysia, bekas pemain nombor 1 negara, Datuk Lee Chong Wei mengucapkan tahniah dan […]
Tinggal 3.2 Peratus Untuk Capai 90 Peratus Vaksinasi Populasi Dewasa
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Sebanyak 3.2 peratus lagi diperlukan untuk mencecah angka 90 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap divaksinasi. Berdasarkan perincian yang dikongsi menerusi portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan setakat pukul 11.59 malam tadi (1 Okt), seramai 20,317,843 individu atau 86.8 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah […]
Tersalah Ambil Picagari Kosong Ketika Proses Vaksinasi Seorang Remaja
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Seorang petugas kesihatan (penyuntik) tersalah mengambil satu picagari kosong ketika proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun yang videonya tular baru-baru ini. Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata siasatan awal oleh ProtectHealth mendapati kejadian tersebut berlaku di pusat pemberian vaksin (PPV) Universiti Malaya (UM) pada […]
Calon Guru Kantoi, Guna Selipar Dilengkapi “Bluetooth” Untuk Meniru Dalam Peperiksaan
Seramai 10 orang dilaporkan telah ditangkap di India kerana merancang untuk menipu dalam peperiksaan dengan menggunakan peranti Bluetooth yang disembunyikan di dalam selipar mereka. Difahamkan, Peperiksaan Kelayakan Rajasthan untuk Guru (REET) itu telah berlangsung pada Ahad lalu dan melibatkan 1.6 juta pelajar. Polis dikatakan mempunyai kebenaran untuk merampas akses internet mudah alih ketika peperiksaan itu […]
(Video) Gunung Berapi Kilauea, Antara Paling Aktif Di Dunia Dilapor Meletus, Pakar Bimbang Letusan Mungkin Berlaku Berbulan Lamanya
Gunung berapi Kilauea di Hawaii dilaporkan kembali meletus pada Rabu dan memuntahkan lava di Taman Nasional Gunung Berapi Hawaii. Menurut CNN, keadaan gunung berapi itu kini dipantau walaupun ia tidak menimbulkan bahaya kepada penduduk terdekat di Pulau Besar Hawaii. “Peningkatan aktiviti gempa dan perubahan pola bentuk tanah di puncak Kilauea mula berlaku pada kira-kira tengah […]
COVID: Hanya 13 Kes Kategori Tiga Hingga Lima Direkodkan Di Sabah Hari Ini
KOTA KINABALU, 1 Okt (Bernama) — Hanya 13 daripada 872 kes COVID-19 direkodkan di Sabah hari ini adalah dalam kategori tiga hingga lima, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Masidi Manjun. Jurucakap COVID-19 Sabah itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan daripada jumlah tersebut, kategori tiga mencatat lima kes manakala kategori empat dan lima […]
Jendela: 33 Menara Komunikasi Dijangka Dibina Di Limbang, Sarawak
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) — Sebanyak 33 menara komunikasi baharu dijangka dibina di Limbang, Sarawak di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa Satu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. “Susulan masalah ketiadaan capaian Internet di Kg Ulak, Limbang, kerja-kerja baik pulih pada peralatan pemancar di Kg Meritam & Kg Binjai, […]
(Video) Bedal Je Apa Ada Depan Mata, Tular Lelaki Berani Tangkap Buaya Guna Tong Sampah
Baru-baru ini tular satu video mengenai seorang lelaki yang berani berhadapan dengan seekor buaya kecil yang dipercayai telah ‘melawat’ kawasan rumahnya di Florida. Lelaki yang dikenali sebagai Eugene Bozzi itu dilihat memerangkap buaya tersebut ke dalam tong sampah. Walaupun dilihat tidak masuk akal, namun taktiknya itu berjaya memerangkap reptilia tersebut. Pada awalnya, buaya itu dilihat […]
Tak Dibenar Makan & Minum, Jurugambar Kelaparan Nekad Padam Semua Gambar Depan Pengantin & Tinggalkan Majlis
Seorang jurugambar nekad memadam semua gambar dalam kameranya tepat di hadapan pengantin lelaki selepas dia tidak dibenarkan berehat sebentar untuk makan dan minum ketika bertugas di majlis perkahwinan tersebut. “Saya sebenarnya bukan seorang jurugambar, saya hanya menguruskan anjing. Saya ambil banyak gambar anjing untuk dimuat naik ke dalam Facebook dan Instagram saya, ianya adalah ‘perkara […]
Kepung Tokong Untuk Buat Tangkapan, Polis Cheras Maklumkan Kesemua Suspek Terlibat Rusuhan Ketika Pembinaan Jalan Telah Ditahan
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Muhammad Idzam Hj. Jaafar hari ini mengeluarkan kenyataan mengenai perkembangan kes bersabit kejadian rusuhan bagi menghalang pembinaan jalan bersebelahan tokong yang tular beberapa hari yang lalu. Menurutnya, pihak polis telah mengepung kawasan tokong itu pada 30 September yang lalu untuk membuat tangkapan, namun pihak tokong telah menyerah diri serta menyerahkan […]
Gelap & ‘Menakutkan, Warga Cyberjaya ‘Gempar’ Formasi Awan Tebal Muncul Di Langit Petang Tadi
Indah tetapi menakutkan, itulah yang dapat digambarkan apabila melihat foto-foto keadaan awan di Cyberjaya yang tular di media sosial sejak petang tadi. Menerusi beberapa kiriman yang dimuatnaik di Facebook dan Twitter, rata-rata penduduk di Cyberjaya terkejut melihat keadaan awan yang gelap dan tebal itu. Namun, keadaan itu juga dirasakan normal kerana menandakan bahawa hujan akan […]
Berjaya Lari Dari Penjara Tanpa Dikesan, Lelaki Serah Diri Semula Selepas 30 Tahun
Seorang lelaki Australia yang berjaya melarikan diri dari penjara selama hampir tiga dekad menyerah diri selepas dilaporkan kesempitan kerana kehilangan tempat tinggal dan sukar untuk mendapatkan pekerjaan gara-gara wabak pandemik COVID-19. Pada suatu malam 1 Ogos 1992, selepas 13 bulan menjalani hukuman penjara yang ditetapkan selama tiga tahun setengah kerana menanam ganja, lelaki itu berjaya […]