Berita

Berita
Hotel Terkemuka Di Langkawi Henti Operasi Selepas 59 Pekerja Positif COVID-19
ALOR SETAR, 4 Okt (Bernama) — Sebuah hotel terkemuka di sini menghentikan operasinya buat sementara waktu selepas 59 pekerjanya disahkan positif COVID-19. Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo berkata jumlah mereka yang positif itu dikesan susulan ujian saringan COVID-19 ke atas 249 pekerja hotel serta anggota keluarga mereka. “Mereka yang positif ini ada yang kuarantin diri di […]
Berita
11 Bulan Menabung Hasil Berniaga, Lelaki Kongsi Berjaya Simpan Hampir RM49k Penuh Satu Tong
Siapa yang berusaha, dia akan mendapat. Itulah pepatah yang sesuai dengan seorang lelaki yang bersungguh-sungguh menyimpan wang hasil perniagaannya sehingga tabungannya mencecah sekitar 167 juta rupiah (anggaran RM48,904). Memetik CNN Indonesia, peniaga makanan bergoreng di Bulukumba, Sulawesi Selatan bernama Eril itu mendakwa telah menyimpan wang keuntungan berniaga sejak Oktober 2020 yang lalu. Tambah portal itu, […]
Berita
Gelembung Pelancongan Langkawi: 149 Kes Positif COVID-19 Dikesan
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) — Sejumlah 149 kes positif COVID-19 dikesan hasil saringan di pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi sejak Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik bermula pada 16 Sept lepas. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu direkodkan sehingga 12 tengah hari tadi melibatkan saringan seramai 40,458 orang […]
Berita
JKM Diminta Sediakan Latihan Khusus Kepada Petugas Pusat Jagaan Kanak-kanak OKU
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) — Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diminta untuk menyedia dan mewajibkan latihan khusus kepada petugas pusat jagaan kanak-kanak berkeperluan khas atau Orang Kurang Upaya (OKU) terutamanya melibatkan kanak-kanak autisme. Presiden Persatuan OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata setakat ini tiada kursus yang diwajibkan untuk kakitangan di pusat autisme dan […]
Berita
Majlis Sosial Dalam Tempat Tertutup Mungkin Antara Sektor Terakhir Untuk Dibuka – Khairy
Majlis sosial di tempat tertutup mungkin antara sektor terakhir akan dibuka, ujar Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu kicauannya hari ini. Kenyataan ringkas menerusi laman Twitter itu adalah bagi menjawab persoalan yang diutarakan oleh seorang pengguna Twitter mengenai kebenaran mengadakan majlis sosial sekiranya rentas negeri telah dibenarkan. Dalam kenyataan itu, beliau menjelaskan perkara tersebut adalah […]
Berita
Polis Tahan Ibu Dan Anak Perempuan Selepas Terima Aduan Dari Pekerja Warga Asing
SHAH ALAM, 4 Okt (Bernama) — Polis menahan seorang wanita dan anak perempuannya sekitar Klang selepas menerima laporan pembantu rumah warga India yang mengadu tidak dibayar gaji selama beberapa bulan sejak bekerja di rumah mereka, semalam. Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S.Vijaya Rao berkata wanita warga India yang melarikan diri dari dari rumah berkenaan ditemui orang awam […]
Berita
Indeks Nilai Seunit Eksport & Import Malaysia Terus Mencatatkan Pertumbuhan Positif 1.4 Peratus Dan 0.9 Peratus Pada Ogos 2021
PUTRAJAYA, 4 OKTOBER 2021 – Indeks nilai seunit eksport dan import bulanan Malaysia kekal mencatatkan pertumbuhan positif pada Ogos 2021, masing- masing pada 1.4 peratus dan 0.9 peratus, sebagai mana dipaparkan oleh laporan INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI (2010=100), OGOS 2021 pada hari ini. Penerbitan ini memaparkan statistik indeks nilai seunit dan indeks volum mengikut seksyen […]
Politik
Kerajaan Negeri Melaka Dijangka Tumbang Selepas 4 ADUN Umum Hilang Kepercayaan
Keadaan politik di Melaka kembali hangat apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengumumkan hilang kepercayaan terhadap tampuk pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali. Pengumuman tersebut dibuat dalam satu sidang media yang dihadiri oleh keempat-empat ADUN Melaka. Empat ADUN yang terlibat adalah mantan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk […]
Kebajikan
Program Dapur It’am 6.0 Beri Insentif Tanpa Henti Sehingga Mac 2022
KUALA LUMPUR, 4 Oktober 2021 – Program Dapur It’am 6.0 kembali diaktifkan bermula hari ini sehingga 6 Mac 2022. Pelancaran program tersebut telah disempurnakan oleh YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Surau Al-Hikmah, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin Jinjang Utara. Turut hadir Datuk Dr. […]
Gaya hidup
Ini Cara Mudah Untuk ‘Halang’ Gambar & Video Dari Whatsapp ‘Save’ Dalam Galeri
Sehingga bulan Mei 2020, lebih kurang 98.7 peratus responden dalam kalangan rakyat Malaysia memilih aplikasi Whatsapp sebagai medium utama untuk mereka berhubung dengan kenalan mereka. Tapi ada satu hal di aplikasi Whatsapp ini yang menjadi masalah kepada kita iaitu setiap gambar dan video yang dihantar akan terus disimpan ke dalam galeri telefon pintar kita. Jika […]
Kesihatan
TERKINI: Terus Catat Penurunan, Hanya 8,075 Kes Positif Dilaporkan Hari Ini
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 8,075 kes positif COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,285,640 kes. Kes positif harian di Malaysia terus menunjukkan penurunan beberapa hari kebelakangan ini. Sarawak masih mencatatkan kes harian tertinggi dengan jumlah 1,189 kes. Kes positif harian di Sarawak […]
Sukan
Borhan Che Rahim Minta Maaf Kerana ‘Posting’, Dakwa Tiada Niat Nak Jatuhkan Sesiapa
Sempat menerima kecaman kerana memuatnaik hantaran berunsur perkauman, Naib Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pasir Puteh, Borhanuddin Che Rahim membuat permohonan maaf secara terbuka. Permohonan maaf secara bertulis lengkap tandatangan Borhanuddin beredar di laman sosial dan turut diunggah laman Facebook Parti Pribumi Bersatu Bahagian Pasir Puteh. Dalam isi surat tersebut, Borhanuddin telah menawarkan diri […]
Gaya hidup
“Rezeki Tak Salah Alamat,” Berniaga Sambil Bersedekah, Peniaga Ini Jual Nasi Ayam RM1.90 Je
BACHOK, 4 Okt (Bernama) — Ingin berkongsi rezeki selain memberi peluang kepada orang ramai untuk mencuba keenakan nasi ayam membuatkan seorang peniaga di Kampung Bukit Marak di sini, menawarkan hidangan itu dengan harga RM1.90 sahaja. Wan Roslina Roslan, 43, berkata harga rendah itu ditawarkan kerana prihatin dengan nasib penduduk yang terkesan akibat pandemik COVID-19 serta […]
Travel
Hanya 18 R&R PLUS Ini Sahaja Yang Dibenarkan Untuk Pelanggan ‘Dine-In’
PLUS Berhad melalui laman sosial rasmi hari ini memaklumkan, aktiviti dine-in di premis makanan hanya dibenarkan untuk pelanggan yang telah lengkap vaksin sahaja. Hanya beberapa lokasi pusat Rehat dan Rawat (R&R) terpilih dibuka untuk aktiviti ini. Pusat R&R terpilih yang dibuka untuk aktiviti dine-in termasuk: Hentian Sebelah Simpang Pulai (S) R&R Tapah (U&S) R&R Ulu […]
Luar Negara
(Video) Pesawat Persendirian Bawa Penumpang Dilapor Rempuh Bangunan, 8 Termasuk ‘Pilot’ Terkorban
Sebuah pesawat peribadi dilapor telah terhempas di Milan, Itali hingga mengakibatkan tujuh penumpang dan seorang juruterbang terkorban. Difahamkan, pesawat Pilatus PC-12 itu pada asalnya baru sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Linate untuk menuju ke Pulau Sardinia. Bagaimanapun menurut BBC, pesawat berkenaan dilapor terhempas dan merempuh sebuah bangunan pejabat di bandar tersebut tidak lama kemudian. Rai […]
Berita
Bomba Selamatkan PUI Wanita Yang Terperangkap Ketika Cuba Lari Dari Hospital
KOTA KINABALU, 3 Okt (Bernama) — Cubaan seorang pesakit dalam siasatan (PUI) COVID-19 yang ingin melarikan diri dari Hospital Keningau gagal selepas dia terperangkap di luar tingkat tiga hospital itu pagi tadi. Insiden pada kira-kira 6 pagi itu menyaksikan wanita berumur 24 tahun tersebut kemudian diselamatkan oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) […]
Kesihatan
Tiada Keperluan Untuk Terus Buka PPV Mega – Khairy
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) — Tiada keperluan untuk pusat pemberian vaksin (PPV) mega meneruskan operasi pemberian vaksin COVID-19 berikutan majoriti rakyat telah menerima vaksin lengkap, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata justeru, PPV yang mencapai liputan vaksinasi yang baik akan mula ditutup. “Bila kebanyakan penerima vaksin telah menerima vaksin, jadi kita tak perlu […]
Berita
Lelaki Dilapor Pukul Doktor Dipercayai Kerana Puji Kulit Isterinya Cantik
Seorang lelaki di Siberia dilaporkan memukul seorang ahli dermatologi yang dipercayai memuji kecantikan kulit isterinya, lapor Daily Star. Menurut portal itu, mangsa mendakwa dirinya telah meminta wanita tersebut untuk menunjukkan bahagian siku, perut dan belakangnya ketika rawatan. Selepas pemeriksaan, dia mengaku telah memberitahu kulit wanita itu tidak mempunyai masalah dan cantik. Ujarnya, dia hanya memberi […]
Berita
“Dahulu Kata 80% Boleh Merentas Negeri Kenapa Tiba-Tiba Jadi 90%?” PM Perjelaskan Sebabnya
Mungkin ada yang mempersoalkan mengenai sasaran peratusan populasi dewasa yang lengkap divaksin untuk kebenaran rentas negeri. Jika sebelum ini sasarannya adalah 80 peratus, namun sasaran itu dinaikkan hingga ke 90 peratus seperti yang sedang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia sekarang. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ada menjawab persoalan ini menerusi satu kenyataan dalam siaran […]
Pengasuh Ditahan Disyaki Dera Kanak-kanak Autisme – Polis
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) — Seorang pengasuh wanita ditahan kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) autisme di sebuah pusat asuhan di Ampang, di sini semalam. Dalam kejadian pada 1.50 tengah hari itu, pihak polis telah menerima satu laporan daripada bapa kepada kanak-kanak berusia enam tahun berkenaan pada Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah Ampang […]