Berita

Berita
Tinggi Berbanding Semalam, Kes COVID-19 Melonjak Hampiri Angka 6K
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 5,806 kes COVID-19 baharu pada hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kian meningkat kepada 2,644,027 kes setakat ini. Dalam masa sama, angka bagi kes sembuh serta kematian baharu akan dimaklumkan dalam laporan selanjutnya. Segala maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman sesawang COVIDNOW. Sumber: […]
Berita
BNM, Semua Bank Di Kuala Lumpur Beroperasi Seperti Biasa Esok – BNM
Bank Negara Malaysia (BNM) serta semua bank termasuk cawangan-cawangannya di Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur akan dibuka dan beroperasi seperti biasa pada Jumaat esok. Dalam masa sama, segala urus niaga pasaran kewangan dalam pasaran pertukaran asing, pasaran wang dan pasaran bon melalui kaunter juga akan terus beroperasi pada esok. BNM memaklumkan kenyataan sedemikian menerusi satu […]
Berita
Pindaan Umur Kelayakan Pengundi 18 Tahun & Pendaftaran Pemilih Secara Automatik Berkuatkuasa 15 Disember – SPR
Susulan pindaan perlembagaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik yang telah diwartakan semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melalui kenyataan media hari ini membuat hebahan tarikh penguatkuasaan pindaan berkenaan. Menurut Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, pindaan di bawah Seksyen 3(a) dan (b) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 itu akan berkuatkuasa mulai 15 […]
Berita
Amerika Syarikat Merupakan Pencemar Plastik Terbesar Di Dunia
WASHINGTON: Setakat ini, Amerika Syarikat merupakan penyumbang terbesar kepada sisa plastik global di dunia. Menurut laporan baharu yang dikemukakan kepada kerajaan persekutuan pada hari Rabu (1 Dis) yang menggesa strategi nasional untuk menangani krisis yang semakin meningkat ini. Menurut analisis yang telah dibuat, AS secara keseluruhannya telah menyumbang kira-kira 42 juta tan sisa plastik pada […]
Luar Negara
Wanita Maut Ditembak Depan Rumah Di Tak Bai
NARATHIWAT, 2 Dis (Bernama) — Seorang suri rumah maut selepas terkena tembakan di depan rumahnya di Tak Bai, Narathiwat dalam kejadian pada kira-kira pukul 10.20 pagi (waktu tempatan) pada Rabu. Timbalan Ketua Polis (Siasatan) Tak Bai Kapt Pol Phutida Nitichart berkata wanita yang berusia 44 tahun itu maut di tempat kejadian dengan beberapa kesan tembakan pada bahagian dada. […]
Berita
Varian Omicron: Arab Saudi Sahkan Kes Pertama Dikesan Pada Pelancong Datang Dari Afrika Utara
Arab Saudi sahkan kes pertama varian baharu Covid-19, Omicron pada Rabu Lalu. Memetik daripada laporan Arab News, kes berkenaan dikesan daripada seorang pelancong dari negara Afrika Utara yang tiba di negara tersebut. Individu tersebut telah mendapat vaksinasi sepenuhnya dan sedang menjalani kuarantin. Justeru, orang yang pernah berjumpa dengan wanita ini juga sedang menjalani kuarantin kendiri. […]
Tragedi
Dua Beradik Temui Ajal Bersama, Motosikal Terlanggar Lori Mengundur
Dua beradik dilapor maut selepas motosikal mereka melanggar belakang lori yang sedang berundur dalam satu kejadian di Hulu Terengganu pada petang Rabu, lapor Sinar Harian. Merujuk laporan itu, kejadian tersebut berlaku di Jalan Kampung Pelandan – Cheting pada 2.45 petang melibatkan dua beradik, iaitu Muhammad Haiqal Abdullah, 18, dan adiknya, Muhammad Izman Hamidi Abdullah, 16. […]
Berita
Kes Positif Sekolah Seri Puteri Meningkat 73 Kes – Khairy
Sebanyak 73 kes positif COVID-19 dikesan di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya setakat ini, umum Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Menurut perkongsian Khairy di Twitter, 71 kes positif daripadanya adalah pelajar, manakala dua lagi melibatkan guru. Difahamkan, 65 pelajar telah dipindahkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS, Serdang. Menurutnya lagi, semua kes adalah daripada […]
Berita
Dakwa Adik Kena Pukul Dengan Senior Dalam Kem Bujang Askar, Hishammuddin Minta ‘Individu’ Hubunginya Segera
Budaya membuli ini harus diakui memang sering berlaku dalam kalangan pelajar yang tinggal di asrama, baik di peringkat sekolah rendah mahupun menengah sehingga ke peringkat tertiari. Sudah banyak kisah-kisah tragis ini berlaku, paling sedih sehingga menyebabkan kematian. Tular di media sosial tentang satu pesanan ringkas yang mendakwa bahawa adiknya yang sedang menuntut di sebuah kem […]
Berita
97 Peratus Populasi Dewasa Negara Lengkap Divaksin
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) — Sebanyak 97 peratus atau 22,698,593 individu dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi. Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 98.4 peratus atau 23,034,278 individu dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sementara itu, 86.2 peratus atau 2,712,550 populasi […]
Berita
Harga Alat Ganti Motosikal Naik Tiga Kali Sekitar Tahun Ini, Kenaikan Dari 5% Hingga 10%
Kenaikan harga barang pada masa kini sangatlah membimbangkan ramai pihak termasuklah para peniaga itu sendiri. Lihat sahajalah berapa banyak barangan keperluan yang sudah bertukar harga kepada yang lebih mahal. Para peniaga juga tidak mempunyai sebarang pilihan sehingga terpaksa menjual barang dagangannya demi mencari sesuap nasi. Terbaharu, harga alat ganti motosikal juga dikatakan sudah naik sebanyak […]
Berita
Isu Perkahwinan Bawah Umur Bakal Dikupas Dewan Rakyat Hari Ini
KUALA LUMPUR, 2 Dis – Isu berhubung usaha membanteras perkahwinan bawah umur dalam negara dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, soalan itu akan dikemukakan Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) kepada Kementerian Belia dan Sukan pada Waktu Pertanyaan Menteri. Pada sesi itu juga, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) akan […]
Berita
Patutlah Air Laut Rasa Masin, Ternyata Ini Sebabnya
Pernah tak anda tertanya-tanya mengapa air laut itu masin? Sekurang-kurangnya semasa anda kecil mesti perasaan ingin tahu anda itu membuak-buak. Malah ada juga yang bertelatah semasa ditanyakan soalan mengapa air laut itu masin dan jawapannya mengatakan air masin sebab air kencing ternyata sebenarnya tidak. Bagi individu yang gemar mandi laut mesti anda tahu betapa masinnya […]
Berita
(Video)”Ada Yang Nampak,” Seram, Tular Rakaman Seakan ‘Sosok Putih’ Di Celah Semak Ketika Pendaki Turuni Gunung
Perkara berkaitan mistik yang kadangkala terjadi di sekeliling kita sememangnya boleh menimbulkan rasa seram. Gangguan berupa bunyi pun sudah cukup meremangkan bulu roma, apatah lagi jika ianya tiba-tiba muncul depan mata. Lebih menakutkan, apabila terdapat bukti yang jelas seperti rakaman video yang menampakkan kewujudan entiti misteri. Menerusi satu video yang dikongsikan di laman Instagram misteriduadunia, […]
Berita
65 Pelajar SBP Di Cyberjaya Dijangkiti COVID-19
PUTRAJAYA, 1 Dis (Bernama) — Seramai 65 pelajar tingkatan satu dan dua Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya didapati dijangkiti COVID-19. Perkara itu dimaklumkan menerusi ciapan di laman Twitter Radzi Jidin Comms @DRJComms iaitu laman Twitter rasmi pasukan komunikasi Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin. Menurut ciapan yang dikeluarkan malam ini, Radzi telah hadir ke sekolah berkenaan bagi meninjau situasi […]
Berita
Bom Lama Meletup Gegarkan Stesen Kereta Api Di Jerman, Empat Dilapor Cedera
Empat orang dilaporkan telah cedera dalam kejadian letupan yang disebabkan oleh bom pesawat lama berhampiran sebuah stesen kereta api di bandar Munich, Jerman. Memetik laporan CNN, letupan tersebut telah berlaku sejurus selepas penggerudian ketika kerja pembinaan berhampiran kawasan itu dijalankan. Pihak polis berkata bahawa tiada bukti kesalahan jenayah yang terlibat di dalam kejadian itu. “Setakat […]
Berita
8 Tahun Anak Jadi Mangsa Cabul Si Ayah Durjana, Wanita Tak Tahan Akhirnya Lapor Polis Perbuatan Keji Suami
Unit Siasatan Jenayah Polis Ponorogo telah menahan seorang lelaki dari daerah Ngebel, Kabupaten Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia berhubung dakwaan penderaan seksual terhadap dua anak kandungnya sendiri, lapor portal Kompas. Hasil daripada siasatan pihak polis, suspek yang berusia 58 tahun itu dilaporkan telah mencabul dua anak kandungnya sejak dari lapan tahun yang lalu. Ketua Unit Siasatan […]
Berita
Polis Lupus Pelbagai Barang Kes Bernilai RM1.5 Juta
IPOH, 1 Dis (Bernama) — Sebanyak 1,604 barang kes termasuk perjudian bernilai keseluruhan RM1.5 juta membabitkan 414 kertas siasatan yang telah diselesaikan dilupuskan di lapang sasar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah hari ini. Pelupusan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tapah itu melibatkan 944 kotak rokok pelbagai jenama, 185 mesin bitcoin, 125 barang kes […]
Berita
Kerajaan Galak Pegawai Perkhidmatan Awam Pakai Batik Setiap Khamis
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) — Kerajaan menggalakkan pegawai perkhidmatan awam Persekutuan memakai pakaian batik Malaysia sebagai pakaian bekerja pada setiap Khamis termasuk bagi menghadiri majlis rasmi dalam atau luar negara seperti persidangan antarabangsa atau perjumpaan pelawat asing. Menurut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2021 yang diedarkan hari ini, yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam […]
Berita
Pernah Minta Kerja Tapi Kena “Reject”, Lelaki Nekad Amal Diet Ini & Hilang 118kg, Kini Tampil Lebih Bergaya
Setiap kali ada yang berkongsikan mengenai kejayaan menurunkan badan, mesti ramai di antara kita yang turut terinspirasi dan berhasrat untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Namun, mungkin ramai juga yang ‘kecundang di tengah jalan’ dan tidak mendapatkan hasil seperti yang diinginkan terutama bagi yang mempunyai berat badan yang dikategorikan sebagai obesiti. Manakan tidak, bukan mudah […]