Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Harga Alat Ganti Motosikal Naik Tiga Kali Sekitar Tahun Ini, Kenaikan Dari 5% Hingga 10%

Kredit: Utusan Malaysia

Kenaikan harga barang pada masa kini sangatlah membimbangkan ramai pihak termasuklah para peniaga itu sendiri. Lihat sahajalah berapa banyak barangan keperluan yang sudah bertukar harga kepada yang lebih mahal. Para peniaga juga tidak mempunyai sebarang pilihan sehingga terpaksa menjual barang dagangannya demi mencari sesuap nasi. Terbaharu, harga alat ganti motosikal juga dikatakan sudah naik sebanyak tiga kali pada kadar sekitar lima hingga 10 peratus sepanjang tahun ini.

Beberapa peniaga alat ganti motosikal serta pemilik bengkel memaklumkan situasi kenaikan harga pada kali ini adalah pa­ling ketara sejak Januari lalu. Sekatan pergerakan yang dibuat oleh pihak berkuasa berikutan perintah kawalan berkurung sebelum ini telah menyebabkan pemilik bengkel dan kedai alat ganti berhadapan dengan kekura­ngan bekalan sehingga terpaksa menaikkan beberapa harga barangan alat ganti motosikal.

Seorang peniaga alat ganti motosikal di Kota Kemuning, Nor Sherryl memberitahu bahawa penjualan alat ganti motosikal berdepan masalah kenaikan harga menjelang hujung tahun ini atau Januari hadapan. Tambahnya lagi, kenaikan harga yang dijangka berlaku lagi beriringan dengan perniagaan yang mula merosot sejak Julai lalu ekoran laporan peningkatan harga barang.

Pemilik bengkel di Jalan Kebun, Ismail Mat pula memaklumkan bahawa dirinya telah menerima notis daripada pembekal yang memaklumkan kenaikan harga barangan seperti tayar, rantai dan alat ganti lain tidak lama lagi.

Infografik:

Tinjauan harga alat ganti motosikal di sekitar Shah Alam

Tayar motosikal saiz 80 / 90: Harga kedai alat ganti: RM53 – RM58 (harga baharu) / RM49 – RM54 (harga lama) Harga bengkel: RM75 – RM125 / RM65 – RM70

Tayar motosikal saiz 70 / 90: Kedai alat ganti: RM43 – RM48 / RM40 – RM45 Bengkel: RM65 – RM115 / RM55 – RM80

Minyak hitam mineral 1 liter Kedai alat ganti: RM10 – RM20 / RM7.00 – RM15 Bengkel: RM15 hingga RM18 / RM15 – RM18

Minyak hitam sintetik penuh / separa 1 liter Kedai alat ganti: RM30 – RM35 / RM23 – RM33 Bengkel: RM38 – RM42 / RM29 – RM38

Rantai motosikal biasa Kedai alat ganti: RM15 – RM20 / RM12 – RM17 Bengkel: RM48 – RM78 / RM45 – RM75

Pelapik brek Kedai alat ganti: RM4 – RM8 / RM3 – RM7 Bengkel: RM14 – RM25 / RM8 – RM20

Sumber: Utusan Malaysia