Berita
47 Individu Dikompaun RM1,000 Langgar SOP Dalam Pusat Hiburan, 39 Daripadanya Positif Dadah
KUALA LUMPUR – Oleh kerana mempedulikan prosedur operasi standard (SOP) di dalam sebuah pusat hiburan di sini tengah malam tadi, 47 individu telah menerima akibatnya apabila dikompaun RM1,000. Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, majoriti daripada mereka bukan hanya mabuk sahaja tetapi juga telah menghisap dadah di kelab malam itu. […]
Polis, Tentera Indonesia Siasat Sindiket Seludup Pati Ke Malaysia
JAKARTA, Jan 2 – Polis dan tentera Indonesia telah membuka kertas siasatan berhubung sindiket membawa pendatang tanpa izin (PATI) warganya ke Malaysia melalui perairan Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor termasuk pembabitan dua anggota tentera. Menurut portal rasmi berita Polis Sumut, beberapa orang daripada 18 orang yang ditahan telah dituduh berperanan sebagai ejen perjalanan termasuk menguruskan […]
Lionel Messi Disahkan Positif Covid-19
Pemain bola sepak terkenal, Lionel Messi adalah salah seorang daripada empat pemain Paris Saint-Germain (PSG) yang telah diuji positif Covid-19, kata kelab itu dalam satu kenyataan pada Ahad. Tiga pemain lain ialah Juan Bernat, Sergio Rico dan Nathan Bitumazala. “Semua pemain telah diasingkan dan tertakluk kepada protokol kesihatan yang sesuai,” kata pasukan itu. PSG dijadualkan […]
BANJIR: 9 Kes Baharu Positif Covid-19 Melibatkan Mangsa
KUALA LUMPUR – Sembilan kes baharu positif Covid-19 telah direkodkan pada hari ini melibatkan mangsa banjir. Jumlah tersebut menjadikan keseluruhan kes positif dalam kalangan mangsa berjumlah 460 kes. Namun begitu, tiada kes baharu direkodkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dan menjadikan jumlah keseluruhan kes di PPS kekal hanya 15 kes sahaja. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, […]

Awas, MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat Berterusan Tahap Bahaya Di Pahang Dan Johor
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya (merah) terhadap dua negeri di Semenanjung Malaysia, sehingga esok. Menurut kemaskini MetMalaysia setakat jam 6.20 petangi tadi, kawasan-kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat berterusan kategori merah (bahaya) hingga 3 Januari 2022 ialah daerah Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang serta seluruh […]

“Dah Tak Tergantung Lagi Dah,” Ini Keadaan Terkini Jambatan Gantung Di Gemas Yang Tenggelam Akibat Banjir
Susulan hujan lebat berterusan yang berlaku di beberapa negeri seluruh Malaysia sejak kebelakangan ini, beberapa daerah di negeri terlibat dilaporkan telah dinaiki air. Hari ini, tular video rakaman warga net yang menunjukkan keadaan terkini sebuah jambatan gantung di Negeri Sembilan, tepatnya di Kampung Pasir Besar, Gemas yang runtuh akibat kenaikan paras air di kawasan berkenaan. […]
7,527 Anggota dan 438 Aset Bomba Dikerah Ke Enam Buah Negeri Bagi Membantu Mangsa Banjir
KUALA LUMPUR – Seramai 7,527 anggota dan 438 aset Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah digerakkan ke enam negeri yang terjejas teruk akibat banjir setakat pukul 8 pagi tadi. Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, sebanyak 4,878 operasi telah dilakukan sebagai kesiapsiagaan JBPM sepanjang musim Monsun Timur Laut […]

(Video) Kg Morten ‘Tenggelam’, Aras Sungai Melaka Membimbangkan
Kampung tradisi Melayu, Kg Morten terancam banjir apabila paras Sungai Melaka semakin meningkat. Berdasarkan perkongsian orang ramai di media sosial, kelihatan air semakin menghampiri tebing dan nyaris melimpah. Malah, kawasan perumahan berhampiran juga dilihat sudahpun digenangi air. Difahamkan menurut Bernama, jumlah mangsa banjir di Melaka semakin meningkat pada hari ini, menjadikan jumlah 1,225 mangsa daripada 313 […]

Air Pasang Besar, Limpahan Sungai Melaka Punca Banjir Di Kampung Morten
MELAKA, 2 Jan – Kejadian banjir di Kampung Morten di sini ketika ini berpunca daripada fenomena air laut pasang besar dan limpahan air Sungai Melaka berikutan hujan berterusan sejak beberapa hari lepas, kata Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka Abd Hakim Hamzah. Beliau berkata walaupun hujan sebenarnya tidak terlalu lebat di Melaka apabila merekodkan […]
Jeritan Anak Selamatkan Keluarga Anggota Bomba Dari Banjir Yang Baru Pulang Dari Operasi SAR Mangsa Banjir
PUTRAJAYA, 2 Jan (BERNAMA) – Jeritan anak kecil mengejutkan seorang anggota bomba daripada tidur apabila rumahnya mula dinaiki air selepas pulang daripada operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa banjir di sekitar Klang, Selangor pada 18 Dis lepas. Penguasa Kanan Bomba Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Malaysia, Ahmad Zaidi Safuan, 50, seakan tidak percaya rumah yang […]

Tanah Runtuh Dilapor Berlaku Berdekatan Kawasan Perumahan Di Kota Tinggi, Susulan Hujan Berterusan Tengah Hari Tadi
Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku berhampiran sebuah kawasan perumahan di Taman Bukit Pelali, Pengerang, Kota Tinggi, lapor Bernama, memetik kenyataan pihak polis. Menurut pihak polis, kejadian itu dipercayai berlaku akibat hujan berterusan sejak tengah hari tadi. Maklumat lanjut menyusul. #Johor: Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku berdekatan kawasan perumahan di Taman Bukit Pelali di Pengerang, […]
Begini Rupanya Fenomena Air Pasang Besar Boleh Berlaku & Ini Senarai Lokasi Yang Berisiko Di Seluruh Malaysia
Kejadian air pasang besar bukanlah satu fenomena yang asing di negara kita. Namun begitu, mungkin ramai antara kita yang masih tidak tahu bagaimana air pasang besar boleh berlaku. Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dan Institut Jurutera Malaysia seperti dikongsikan Bernama menerusi Twitter ada menerangkan mengenai bagaimana air pasang besar ini […]
TERKINI: Gempa Bumi ‘Gegar’ Yunnan, China Sebentar Tadi
Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Ritcher dikesan berlaku di Yunnan, China pada 3:02 petang tadi Menurut laporan Jabatan Meteorologi, pusat gempa tersebut terletak di latitud 27.8 utara dan 100.6 timur, kira-kira 335 kilometer (km) timur laut dari Baoshan, China. Gempa itu dicatatkan pada kedalaman 64 km. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan kepada […]
TERKINI: 2,882 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini, Jumlah Kumulatif 2,764,354 Kes
Sebanyak 2,882 kes baru COVID-19 dilaporkan sehingga hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Angka ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia sebanyak 2,764,354 kes. Untuk mendapatkan maklumat terperinci yang dikemaskini setiap hari, anda boleh melayari laman sesawang COVIDNOW di sini. Pada 2 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan […]
Mayat Wanita Reput Ditemukan Di Dalam Tasik
PUTRAJAYA, 2 Jan (Bernama) — Mayat wanita yang sudah reput dan busuk ditemukan di dalam sebuah tasik berhampiran Sky Ride Presint 2 di sini semalam. Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata pihaknya menerima panggilan orang awam yang menjumpai mayat itu kira-kira 6.55 petang. “Pemeriksaan awal pasukan forensik mendapati keadaan mayat telah […]

(Video) Bijak, Rupanya Ini Cara Burung Belatuk Buat Persiapan Musim Sejuk, Setiap Lubang Ada Saiz Sempurna
Setiap haiwan mempunyai cara dan kebolehan tersendiri untuk meneruskan hidup. Malah, ciri serta keupayaan fizikal mereka juga diciptakan khas untuk hidup di kawasan atau suasana unik habitat mereka. Bagi haiwan yang tinggal di kawasan yang mengalami musim sejuk, mereka kebiasaannya akan menyimpan stok makanan yang mencukupi sehingga habis musim. Sebagai contoh, burung belatuk Acorn akan […]
Amaran Hujan Berterusan Di Beberapa Negeri
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat bahaya, buruk dan waspada yang dijangka berlaku di kebanyakan negeri sehingga Selasa ini (4 Jan). MetMalaysia dalam kenyatan hari ini memaklumkan negeri-negeri itu adalah Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah, Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Amaran hujan […]
Fenomena Air Pasang Besar Dijangka Bermula Hari Ini, Empat Negeri Berisiko Banjir
Berikutan fenomena air pasang besar melanda negara, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah mengeluarkan notis kepada penduduk di pesisir pantai khususnya di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia agar lebih berwaspada. Menerusi kenyataan dari Jabatan Pengairan dan Saliran yang dikongsikan Bernama TV, fenomena air pasang besar ini dijangka berlaku dalam tempoh empat hari bermula pada […]

(Video) Lelaki Nampak Selamba Riba Singa, Ngaumannya Buat Meremang Bulu Roma
Bukan kucing, arnab mahupun anjing. Tapi pempengaruh TikTok ini memelihara singa dan harimau. Dikatakan seorang hartawan di UAE, @humaidalbuqaish seringkali berkongsi rakamannya bersama haiwan peliharaan yang digeruni orang ramai. Dalam salah satu video dikongsinya, lelaki ini telah meriba seekor singa jantan sambil duduk di atas sofa. Tampak bersahaja, dia bahkan tidak menggelabah semasa haiwan pemangsa […]
TERKINI: Aras Air Di Beberapa Stesen Bagi Negeri Pahang, Johor Dan Negeri Sembilan Berada Dalam Status Bahaya
JPS Malaysia telah mengeluarkan status aras air semasa bagi negeri Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Perak dan Selangor sebentar tadi. Menerusi ciapan yang dikongsikan, status aras air semasa di Pahang menunjukkan status bahaya di enam stesen, lapan stesen dalam status amaran manakala 7 lagi stesen berada dalam status waspada. Bagi negeri Johor […]