Berita

Berita
Dos Penggalak Sinovac Aktifkan Imuniti Selular Terhadap Varian Omicron
KUALA LUMPUR 1 Jan (Bernama) — Keputusan awal kajian yang dijalankan Universiti Katolik Pontifikal di Chile (UC) menunjukkan dos penggalak vaksin COVID-19 Sinovac boleh mengaktifkan imuniti selular terhadap varian Omicron, ke atas subjek yang menerima dua dos vaksin primer yang sama sebelum ini. Objektif kajian yang diketuai Pengarah Institut Milenium Imunologi dan Imunoterapi Prof Dr. […]
Berita
Berang Makan ‘Sedap-sedap’ Tapi Taknak Bayar, ‘Tokey’ Restoran Ugut Nak Sebar Wajah 4 Pelanggan Di Facebook
Gara-gara tidak membayar selepas makan, sekumpulan lelaki dilaporkan telah dimalukan oleh pemilik restoran di Liverpool secara terbuka di laman Facebook. Memetik laporan Daily Star, pemilik restoran Los Amigos Steakhouse memberikan amaran yang ‘lembut’ itu kepada empat lelaki tersebut untuk kembali ke restoran itu dan membayar makanan yang telah dimakan oleh mereka. Mereka diberikan masa selama […]
Berita
Dua Jalan Raya Di Segamat Ditutup Susulan Banjir
JOHOR BAHRU, 1 Jan (Bernama) — Dua jalan raya di daerah Segamat ditutup kepada semua jenis kenderaan selepas ia dinaiki air susulan hujan berterusan sejak semalam, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohd Solihan Badri. Beliau berkata jalan tersebut ialah Jalan Jabi di Kampung Bukit Tempurong melibatkan penutupan jalan sepanjang kira-kira satu […]
Berita
Gara-gara Bekas Isteri Failkan Penceraian, Lelaki Australia ‘Terperangkap’ Di Israel Selama 8,000 Tahun
Seorang lelaki warga Australia berkemungkinan akan menghabiskan sisa umurnya di Israel selepas undang-undang negara itu tidak membenarkannya keluar untuk tempoh 8,000 tahun. Noam Huppert, 44, ‘terperangkap’ di sana sejak 2013 disebabkan tindakan bekas isterinya, warganegara Israel, menfailkan penceraian di mahkamah. Menurut undang-undang, Huppert tidak dibenarkan meninggalkan negara tersebut sehingga 31 Disember 9999, kecuali dia menjelaskan […]
Berita
(Video) Ular Sawa Besar Ditangkap Kekenyangan, Viral ‘Tersadai’ Selepas Telan Kambing
Ular sawa sememangnya tidak berbisa namun ancamannya terhadap manusia dan haiwan-haiwan lain tidak boleh diambil ringan. Dengan kekuatannya membelit mangsa, ular sawa sentiasa digeruni oleh penternak-penternak haiwan seperti kambing dan ayam kerana ia boleh memakan haiwan itu dengan rakus dan sekelip mata sahaja. Bercakap mengenainya, hari ini satu video di media sosial yang memaparkan seekor […]
Berita
Banjir Diramal Landa Daerah Lipis Bermula 3 Januari, Jam 3 Pagi – JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dalam satu Hebahan Amaran Banjir Negeri Pahang memaklumkan daerah Lipis di negeri tersebut diramal akan dilanda banjir bermula 3 Januari ini, jam 3 pagi. Perkara berkenaan dikongsikan melalui laman facebook jabatan tersebut sebentar tadi. Antara kawasan-kawasan yang mungkin terjejas Sungai Jelai, Kampung Bukit Betong, Kampung Demik, Kampung Kuala Telang, Kampung […]
Berita
Kumpulan Teknikal KKM Sedang Kaji Pemberian Satu Lagi Dos Penggalak-Khairy
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kumpulan teknikalnya sedang mengkaji mengenai pemberian satu lagi dos penggalak kepada rakyat Malaysia. Menurutnya, pihak kumpulan teknikal akan mencadangkan kepada Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) sama ada mereka yang telah diberi vaksin Sinovac dan Pfizer boleh mendapatkan satu dos lagi. “Kita […]
Berita
Amaran Hujan Berterusan Peringkat Jingga, Kuning Di Kebanyakan Negeri
KUALA LUMPUR, 1 Jan (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan peringkat jingga (buruk) di Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor hingga Isnin ini (3 Jan). MetMalaysia menerusi kenyataan yang dikeluarkan 1 tengah hari tadi memaklumkan hujan lebat berterusan itu membabitkan Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di […]
Berita
Mangsa Banjir Dapat Baucar Tunai RM 500 & RM 1000, Untuk Beli Barang Elektrik & Baiki Kenderaan Rosak
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan mengenai Bantuan Banjir Keluarga Malaysia dalam perutusan khas sempena tahun baharu, malam tadi. Menurutnya, kerajaan akan menyalurkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah, berbanding RM500 sebelum ini. “Bantuan Wang Ihsan tersebut telah mula diberikan sejak 27 Disember yang lalu, iaitu 10 […]
Berita
Jalan Tampin-Gemas Berdekatan Kampung Tengah & Hadapan Pusat Komersial Satria Ditutup Akibat Banjir – MB Negeri Sembilan
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun memaklumkan penutupan Jalan Tampin-Gemas akibat banjir. Lokasi pentupan tersebut berdekatan dengan Kampung Tengah dan Hadapan Pusat Komersial Satria Gemas. Berita penutupan tersebut dikongsikan oleh beliau melalui laman Twitternya sebentar tadi. Penutupan jalan Tampin- Gemas disebabkan banjir. Lokasi di Kampung Tengah dan Hadapan Pusat Komersial […]
Berita
Suami Anita Baharom Meninggal Dunia Awal Pagi Ini
Pelakon, Anita Baharom berkongsi berita duka awal pagi tadi apabila suaminya, Ismadi Ismail dilaporkan meninggal dunia. Menerusi perkongsiannya di Instagram, Anita memohon orang ramai mendoakan arwah suaminya itu, namun dia juga tidak berkongsi lebih lanjut mengenai kematian tersebut. “Dukacita saya memaklumkan bahawa suami tercinta, Ismadi Bin Ismail telah menghembuskan nafas terakhirnya awal pagi tadi, 1 […]
Berita
Umrah Tangguh: Bakal Jemaah Dapat Bayaran Balik Atau Dijadual Semula Perjalanan
KUALA LUMPUR, 1 Jan (Bernama) — Bakal jemaah umrah yang tidak dapat mengerjakan ibadah itu susulan kerajaan menangguhkan sementara kebenaran perjalanan mengerjakan umrah bermula 8 Jan ini, akan mendapat bayaran balik atau dijadualkan semula perjalanan mereka. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata Kementerian Kesihatan (KKM) sedang berbincang dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Persatuan […]
Berita
Covid: Kebenaran Perjalanan Mengerjakan Umrah Ditangguh Mulai 8 Jan – Khairy
KUALA LUMPUR, 1 Jan (Bernama) — Kerajaan memutuskan untuk menangguhkan sementara kebenaran perjalanan mengerjakan ibadah umrah bermula 8 Jan ini bagi membendung penularan varian Omicron COVID-19. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ia susulan kebimbangan terhadap penularan varian berkenaan akibat ketidakpatuhan jemaah umrah kepada prosedur kuarantin di tempat kediaman yang menyebabkan berlakunya jangkitan dalam kalangan ahli […]
Gaya hidup
Selebriti & Aktivis Terkenal, Heliza Helmi Selamat Melangsungkan Pernikahan
Selebriti tanah air yang terkenal dengan penglibatannya dalam kerja-kerja amal dan kemanusian, Heliza Helmi dilapor selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya, Dato` Seri Mahadi BZ, Presiden AUF BMZ. Berita gembira berkenaan dikongsikan oleh rakan-rakan beliau di media sosial termasuklah jurugambar terkenal, Aqoimran dan pendakwah terkemuka tanah air, Prof. Madya Dato’ Dr Mohd Izhar […]
Berita
JKNPP Jalankan Siasatan Dalaman Kejadian Wanita Bersalin Dalam Kereta
GEORGE TOWN, 31 Dis (Bernama) — Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) menjalankan siasatan dalaman berhubung kejadian seorang wanita terpaksa melahirkan bayinya dalam sebuah kereta gara-gara tidak sempat tiba di hospital di negeri itu pada 27 Dis lepas. Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Dr Ma’arof Sudin berkata siasatan itu akan dibuat segera bagi menambah baik penyampaian […]
Berita
Orang Ramai Banjiri Perkarangan Pavilion Sambut Ambang Tahun Baharu
Beberapa minit lagi kita akan mula beranjak ke tahun baharu, tahun 2022. Berikutan itu, orang ramai dilaporkan mula membanjiri perkarangan Pavilion Kuala Lumpur bagi menyambut ambang tahun baharu. Menerusi foto-foto yang dikongsikan oleh Bernama, orang ramai tidak kira bangsa berkumpul di situ dengan memakai pelitup muka. Orang ramai mulai membanjiri pekarangan Pavilion Kuala Lumpur bagi […]
Berita
Masyarakat Malaysia Berbilang Agama Sambut 2022 Doakan Kesejahteraan Negara
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) — Masyarakat Malaysia berbilang agama malam ini menyambut tahun baharu 2022 dengan mendoakan kesejahteraan negara serta menghormati mangsa bencana banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini. Rata-rata masyarakat akur dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam agar sambutan tahun baharu kali ini dibatalkan sebaliknya diganti dengan solat […]
Berita
(Video) “Saya Masih Di Tadika Ketika Suami Jadi Pegawai Polis”, Wanita Dedah Beza Umurnya Dengan Pasangan, Curi Tumpuan Netizen
Baru-baru ini tular di Indonesia mengenai satu video yang memaparkan perbezaan umur yang ketara di antara pasangan suami isteri. Menurut Tribun News, video yang dimuatnaik oleh @Jennypuspita_11 di TikTok itu memperlihatkan foto seorang kanak-kanak memakai baju sekolah, seorang anggota polis dan foto pernikahan. Menurut keterangan di video itu, wanita tersebut berkata dia masih lagi di […]
Berita
Semata-mata Nak Bina Hidup Baru Dengan Teman Wanita, Bapa Tergamak Campak Anak Sendiri Dari Tingkat 15
Seorang lelaki dan teman wanitanya dilaporkan telah dijatuhi hukuman mati di China selepas dia membuang dua anaknya dari bangunan pangsapuri dengan alasan teman wanitanya tidak mahu menjaga anak dari perempuan lain. Menurut Daily Mail, kedua-dua mangsa dicampak dari tingkat 15 blok menara di perbandaran Chongqing, China pada 2 November tahun lalu. Anak pertama yang berusia […]
Luar Negara
Ikan Jerung Gergasi Ditemui Dengan Kesan Gigitan Besar Pada Badan, Cetus Tanda Tanya “Benda Apa Gigit?”
Seorang penyelam membuat penemuan yang menggemparkan apabila berjaya merakam foto seekor ikan jerung putih gergasi dengan kesan gigitan besar pada badannya. Foto-foto berkenaan dirakam oleh Jalil Najafov, 40, ketika dia menyelam di kawasan Isla Guadalupe di Mexico. Menurutnya, dia melihat ikan jerung berkenaan menyelam di kawasan berdekatan pulau berkenaan sebelum menyedari kesan gigitan misteri pada […]