Berita

‘Give Up’ Cari Pasangan, Lelaki Tekad Kahwini Robot Mampu Bercakap & Senyum Berharga RM18 Ribu
Gara-gara sudah mengalah mencari pasangan hidup, seorang lelaki di Queensland, Australia yang hidup sunyi akhirnya tekad mahu mengahwini robot, lapor Oddity Central. Lelaki berkenaan, Geoff Gallagher mendedahkan, dia hanya bertemankan anjingnya bernama Penny dan berasa begitu sunyi sejak kematian ibunya kira-kira 10 tahun yang lalu. Bagaimanapun, kesunyiannya berakhir apabila dia terbaca satu artikel di internet […]

Lelaki Orang Asli Maut Dibaham Harimau Di Gua Musang
Gua Musang, 7 Jan – Seorang lelaki Orang Asli maut dibaham harimau dalam kejadian di Kampung Sau dekat Pos Bihai, di sini, jam 9 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata mangsa dikenali sebagai Anek Bin Along berusia 59 tahun. Beliau berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam […]

Warga Emas Lemas Jatuh Tali Air Di Segamat
SEGAMAT, 7 Jan (Bernama) — Seorang lelaki warga emas yang dipercayai terjatuh ke dalam tali air ketika dalam perjalanan ke kebun di Kampung Sarakek, di sini pada 3 petang semalam, ditemukan lemas petang tadi. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat Penolong Penguasa Bomba Muhd Hazim Abdul Razak berkata mayat Gan Ai Boon, 63, ditemukan kira-kira […]

6 Maut Akibat Banjir, Tanah Runtuh Di Papua, Indonesia
JAKARTA, 7 Jan (Bernama) — Sekurang-kurangnya enam orang maut dan lebih 500 penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka selepas banjir teruk dan tanah runtuh di Wilayah Papua, menurut Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB). Ibu kota wilayah itu, Bandar Jayapura, menjadi antara kawasan yang paling teruk dilanda banjir, termasuk daerah Jayapura Utara, Jayapura Selatan, Abepura, Heram dan Muara Tami. “Hujan renyai […]

TERKINI: Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN
Mantan Perdana Menteri, Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir bin Mohamad dilaporkan telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini. Menerusi kenyataan IJN yang dimuat naik di Twitter rasmi Tun Mahathir, beliau dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif. Jelas kenyataan itu, sebarang pelawat tidak dibenarkan buat masa ini berikutan pelaksanaan prosedur operasi […]

Pemilik Kenderaan Yang Rosak Akibat Banjir Boleh Tebus Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia – Tengku Zafrul
Semua pemilik kenderaan yang rosak akibat banjir kini boleh menarik nafas lega apabila mereka boleh menebus baucar diskaun automotif Keluarga Malaysia. Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, baucar diskaun tersebut boleh ditebus di pusat servis atau pengedar sah syarikat automotif terlibat. Jelas beliau, hampir 20 syarikat automotif dengan rangkaian lebih daripada […]

Varian Omicron Cetus Kluster Baharu, Meningkat Kepada 18 Kes
LABUAN, 7 Jan (Bernama) — Jumlah kes baharu membabitkan varian Omicron yang mencetuskan kluster OKK Awang Besar Saudi di sini, meningkat daripada 13 kepada 18 kes setakat semalam (6 Jan), kata Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari. Beliau berkata pihaknya kini bersiap sedia sepenuhnya untuk kemungkinan berlaku lonjakan kes baharu melibatkan varian tersebut, di […]

Kemasukan Pengembara Positif Omicron: KDN Akui Timbul Kekhilafan Dengan Agensi Lain – Hamzah
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui timbul kekhilafan dengan agensi lain dalam urusan kemasukan pengembara positif Omicron serta tidak mempunyai rekod vaksinasi COVID-19. Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dilaporkan Bernama sebentar tadi. Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini mengesahkan terdapat sejumlah kes positif Omicron dikesan melibatkan jemaah umrah yang baru […]
Petronas Catat Penemuan Gas Ketiga Di Perairan Cetek Balingian
KUALA LUMPUR, 7 Jan — Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) berhasil menemukan gas dalam telaga cari gali ‘wildcat’ Hadrah-1 di Blok SK411 yang terletak di perairan cetek wilayah Balingian, kira-kira 170 kilometer barat laut dari persisir Sarawak. Telaga ‘wildcat’ bermaksud yang belum terbukti wujudnya minyak atau dieksploitasi sepenuhnya dan […]
Kerajaan Cari Mekanisme Tangani Kenaikan Harga Ayam Segar, Telur
JASIN, 7 Jan (Bernama) — Harga ayam segar dan telur ayam mungkin naik selepas Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia tamat pada 4 Feb ini namun kerajaan akan mencari mekanisme bagi menanganinya demi kepentingan semua pihak. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kerajaan akan mengkaji semula harga siling ayam bagi mengimbangi […]
Apa Yang Jadi Pada Enjin Kereta Biasa & Mewah Bila ‘Sport Mode’ Diaktifkan? Ini Jawapan Pakar
Kenderaan khususnya kereta telah banyak melalui penambahbaikan mengikut arus pemodenan zaman. Setiap kereta yang dikeluarkan dan dipasarkan sehingga ke hari ini pastinya akan mempunyai berberapa penambahbaikan daripada spesifikasi dan model mengikut permintaan dan keperluan pengguna. Contohnya adalah Eco mode yang terdapat pada kebanyakan kereta-kereta baru pada ketika ini. Pasti ramai yang telah ketahui bahawa kesan […]
Ritual Tolak Banjir: Siasatan Belum Selesai, Raja Bomoh, Puteri Zaleha Dibebas Dengan Ikat Jamin
IPOH, 7 Jan (Bernama) — Ibrahim Mat Zin atau digelar ‘Raja Bomoh’ yang ditahan atas dakwaan mencela dan menghina agama Islam, dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini. Ibrahim, 71, dan ‘Puteri Zaleha’ atau nama sebenarnya, Suliaha Abdul Hamid, 62, tiba di perkarangan mahkamah pada 10 pagi sebelum dibawa masuk ke bilik bicara. Pendakwa Syarie Negeri Perak Suhaili Ishak memaklumkan […]
Kaji Faktor Geologi Dalam Persiap Langkah Hadapi Bencana – Pakar
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) — Bah besar luar jangka yang melanda Lembah Klang, khususnya di Taman Sri Muda dan juga Hulu Langat baru-baru ini, berpotensi untuk berulang di kawasan terbabit kerana kriteria fizikal yang mempengaruhi bencana itu sudah dipenuhi, kata pakar geologi. Malah, menurut seorang pakar, bencana serupa boleh berlaku di kawasan-kawasan lain, dan […]
“Saya Trauma Dan Takut,” Tertekan Sering ‘Didatangi’ Pegawai Kerajaan, Nelayan Mohon Disuntik Mati
Seorang nelayan di Indonesia dilaporkan telah meminta pihak berkuasa menyuntiknya sehingga mati. Memetik laporan Kompas TV, warga emas yang tinggal di Desa Pusong, Kecamatan Banda Sakti, Aceh itu telah mengajukan permohonan suntikan maut kepada mahkamah daerah setempat dan ia telah pun didaftarkan. Difahamkan, dia bertindak sedemikian kerana tertekan dengan dasar pemerintah Bandaraya Lhokseumawe yang memindahkan […]
(Video) “Kami Datang Nak Swab…”, Tak Sedar, Ayah Layan Je Anak Dah 2 Tahun Tak Jumpa, Balik Buat Kejutan Menyamar Jadi “Frontliner
Berada berjauhan dari insan tersayang dalam tempoh yang lama sememangnya agak berat untuk dilalui oleh sesiapa saja. Walaupun dapat bertegur sapa melalui panggilan telefon, ia tetap tidak sama dengan bersua muka. Keadaan itu dilalui oleh kebanyakan dari kita ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa tahun yang lalu. Bila perintah tersebut telah ditamatkan pada tahun lalu, […]
Pil Antiviral COVID-19 Tiba Di Korea Selatan Minggu Depan: PM
SEOUL, 7 Jan (Bernama) — Pil antiviral COVID-19 dijangka tiba di Korea Selatan minggu depan, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan Perdana Menteri Kim Boo Kyum pada Jumaat. “Kami akan memastikan ubat oral in akan diperkenalkan dengan cepat dalam bidang perubatan,” kata Kim ketika mesyuarat respons COVID-19 di Seoul. Kerajaan setakat ini telah menempah ubat […]
Tawar Khidmat Seks, Enam Wanita Afrika Ditahan – Imigresen
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) — Menawarkan khidmat seks menerusi media sosial pada kadar mencecah RM500 hingga RM600 untuk satu malam, itu taktik dikesan digunakan enam wanita warga Afrika dalam kegiatan pelacuran di kondominium mewah di beberapa lokasi di sini. Dalam serbuan yang dijalankan lewat malam tadi di sebuah kondominium mewah di sini, kesemua mereka yang berusia lingkungan 20-an didapati merupakan […]
Pertahan Maruah Isteri Dari Diganggu, Pemain Bola Sepak Maut Diracun Sepupu Sendiri
Pemain bola sepak Ivory Coast, Oussiu Konan dilaporkan telah meninggal dunia kerana didakwa telah diracun ketika bercuti. Memetik laporan portal Kingfut, penyerang berusia 32 tahun itu telah menghembuskan nafas terakhir di kampung halamannya di Yopougon dan suspek utama yang menjadi dalang kematiannya itu adalah sepupunya sendiri. Difahamkan, Konan pada ketika itu sedang menghabiskan masa dengan […]
(Video) Mungkin Ramai Tertanya, Lelaki Ni Buat Eksperimen Isi Petrol Dalam Kereta Enjin Diesel & Ini Yang Berlaku
Seperti yang diketahui, kebanyakan kereta di negara ini menggunakan minyak petrol untuk berkuasa dan berfungsi dengan baik. Kebiasaannya, pam petrol ‘dilabelkan’ dengan warna hijau (RON 97) dan kuning (RON 95). Selain itu terdapat juga minyak diesel yang dilabelkan dengan warna hitam. Mungkin kita tidak akan tersilap memasukkan bahan api tersebut apabila ia sudah dilabelkan, namun […]
Tinggal 2.3 Peratus Untuk Capai 100 Peratus Populasi Dewasa Lengkap Vaksinasi
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) — Sebanyak 2.3 peratus sahaja lagi diperlukan negara untuk mencapai angka 100 peratus populasi dewasanya lengkap divaksinasi. Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman COVIDNOW, setakat 11.59 malam tadi, seramai 22,876,224 individu atau 97.7 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19. Setakat semalam juga, […]