Berita

Berita
(Video) Muak Tunggu Jalan Raya Rosak Tak Dibaiki, Penduduk Nekad Tanam Padi Atas Jalan Sebagai Tanda Protes
Gara-gara sudah muak tunggu jalan raya yang rosak teruk tidak dibaiki, sejumlah penduduk di Dusun Sumberejo, Desa Glundengan, daerah Wuluhan, Indonesia telah bertindak menanam padi pada jalan tersebut sebagai tanda protes ke atas pihak berwajib. Video tindakan penduduk tersebut menanam padi itu lantas menjadi tular selepas ianya dikongsikan di media sosial. Dalam video itu, dapat […]
Berita
(Video) Pindah Sang Bedal Guna 4×4, Abang Bomba Nyaris ‘Terpelanting’ Kena Libas Dengan Ekor Buaya
Baru-baru ini tular satu video di Facebook yang memaparkan beberapa anggota bomba sedang mengangkut buaya besar yang ditangkap oleh mereka. Menerusi video yang dimuatnaik oleh Amlek Hms itu, anggota bomba di Brunei itu dilihat telah dilibas oleh ekor buaya semasa haiwan tersebut berada di dalam trak pikap. Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei berkata bahawa buaya […]
Berita
(Video) Kelaku Budak Jadi Bidan, Tolong Tarik Kaki Anak Kambing Dari Ibu Nak Beranak Bikin Ramai Terhibur
Satu video yang memaparkan aksi menakjubkan seorang kanak-kanak perempuan jadi bidan untuk menyambut kelahiran seekor bayi betina di sebuah ladang telah menjadi tular di media sosial. Kanak-kanak yang lengkap dengan kasut but berwarna merah jambut itu dapat dilihat dengan penuh usaha dan tenaga menarik kaki bayi kambing berkenaan keluar daripada perut ibunya. Pertolongan yang dihulurkan […]
Berita
Mayat Lelaki Tanpa Identiti Ditemukan Terapung Di Sungai Linggi – Polis
SEREMBAN, 6 Jan (Bernama) — Mayat seorang lelaki tanpa identiti berusia lingkungan 30-an ditemukan terapung di Sungai Linggi, Kampung Linsum, dekat sini, petang tadi. Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan oleh seorang lelaki berhubung kejadian itu kira-kira 1.50 tengah hari. “Siasatan awal bahagian jenayah Ibu Pejabat […]
Hiburan
Hidang Ayam Periuk Tanah Liat Dan Ais Kacang Pada Juri, Chef Kelahiran Malaysia Ini Juara Masterchef CoTC
Chef kelahiran Malaysia, Ping Coombes telah membawa kebanggaan negara terhadap makanan ke tahap yang lebih tinggi dengan merampas mahkota daripada pertandingan MasterChef Champion of The Champions dengan masakan asli Malaysia! Sebagai rakyat Malaysia, kesemua rakyat berbangga dengan Ping apabila berjaya membawa hidangan dan masakan tempatan ke tahap yang lebih tinggi. Pada hujung minggu lalu, akaun […]
Berita
Boleh Ke Majikan Bayar Gaji Guna E-Wallet? Ini Jawapan HR
Sebenarnya banyak kegunaan teknologi dompet digital termasuklah dalam urusan pembayaran gaji pekerja. Mesti ramai yang pelik kan, gaji bulanan di bayar pakai ‘e-wallet’? “Ada tak kat sini dibayar gaji melalui e-wallet? Menyusahkan ke menyenangkan?” Menerusi penjelasan daripada pemilik akaun Tiktok Kerjajer, sebenarnya majikan boleh membayar gaji pekerja menerusi e-wallet kerana sekarang banyak aplikasi bayaran yang […]
Berita
Kes Harian Dijangka Cecah 30,000 Jika Omicron Tidak Dibendung – Khairy
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan kes harian COVID-19 mencecah 30,000 sekiranya langkah bagi membendung gelombang varian Omicron tidak diambil. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata justeru, keputusan menangguhkan ibadah umrah buat sementara waktu merupakan antara langkah yang terpaksa diambil bagi mengekang penularan varian itu. “Berdasarkan simulasi KKM, sekiranya kita tidak ambil […]
Berita
Long Tiger Kini Direman Di Penjara Sungai Udang
JOHOR BAHRU, 6 Jan (Bernama) — ‘Long Tiger’, lelaki etnik Rohingya kini menjalani reman dan kuarantin di Penjara Sungai Udang, Melaka bermula semalam sehingga 18 Jan ini. Pemangku Ketua Polis Johor Datuk Khaw Kok Chin berkata Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, direman untuk disiasat mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana […]
Berita
Bermula Sebagai Pembantu Dapur Kini Usahawan Berjaya, Kisah Kejayaan Wanita Ini Jadi Inspirasi Ramai
Kisah berkenaan pengasas butik dalam talian dan fizikal, Sellection, Nor Rafidah Khairuddin yang cukup menginspirasikan pernah menjadi tular pada sebelum ini. Kisah kejayaan yang amat menginspirasikan itu dimulai dengan penghijrahannya ke Montreal, Kanada pada tahun 2014. Ketika disana, beliau pernah melakukan pelbagai kerja. Ianya termasuklah menjadi pembantu dapur, bekerja di hotel “housekeeping job”. Demi niatnya […]
Berita
JPN Sahkan Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra Kekal Nama Terpanjang Di Malaysia
PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan bahawa nama Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra Mohd. Suffian masih menjadi pemilik nama terpanjang di Malaysia buat masa ini. Pada dua hari lalu, media sosial termasuk Facebook telah dikecohkan mengenai satu hantaran yang dibuat oleh pemilik akaun bernama “Mohd Sholihin” yang berkongsi nama […]
Berita
KKM Siasat 17 Kes Jangkitan Omicron Tiada Rekod Vaksinasi
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sejumlah 17 daripada 122 individu yang dijangkiti varian Omicron setakat 4 Jan lepas didapati tidak mempunyai rekod vaksinasi COVID-19. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pihaknya sedang menyiasat rekod pengembara dari luar negara yang tidak mempunyai sejarah vaksinasi sama ada mereka memiliki masalah kesihatan atau sebab […]
Luar Negara
Bintang Tiktok Popular Ditemui Mati, Sempat Kongsi Video Terakhir Sedang Memasak
Bintang Tiktok terkenal berusia 36 tahun ditemui mati secara mengejut, beberapa jam selepas mangsa berkongsi beberapa video di laman sosial berkenaan menunjukkan dia sedang memasak makan malam dan beberapa kucing miliknya. Memetik laporan Daily Mail, punca kematian isteri dan ibu kepada seorang anak ini masih belum diketahui, namun beberapa hari sebelum itu mangsa didapati memuat […]
Berita
Pulau Pinang Kini Menubuhkan Unit Pengurusan Bencana
GEORGE TOWN, 6 Jan – Kerajaan Negeri Pulau Pinang menubuhkan unit pengurusan bencana di negeri itu bagi menguruskan sebarang insiden bencana alam akibat krisis iklim yang melanda negeri itu pada masa hadapan. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata keputusan untuk menubuhkan unit baharu itu dibuat pada mesyuarat Exco kerajaan negeri semalam dan unit tersebut akan […]
Luar Negara
Youtuber Cari Empat Lagi Pengasuh Untuk Jaga Patung ‘Roh Anak-anak’ Miliknya
JAKARTA – Seorang peniaga dan juga dikenali sebagai seorang youtuber sedang mencari pengasuh untuk menjaga kesemua patung puaka dibawah jagaannya. Menurut sumber, youtuber yang dikenali sebagai Rizki Nasution telah menawarkan Rp10 juta setiap bulan kepada sesiapa sahaja yang sanggup menjadi pengasuh tersebut. Selain itu, pengasuh tersebut juga akan mendapat makanan dan tempat tinggal percuma kerana […]
Berita
Penduduk Kesal Penyebaran Gambar Kampung Morten Jadi Pulau
MELAKA, 6 Jan – Penduduk Kampung Morten di sini terutama peniaga makanan, kesal dengan penyebaran di media sosial gambar banjir yang berlaku di kampung itu yang dilihat seolah-olah menjadi sebuah ‘pulau’ pada Sabtu lepas (1 Jan). Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Morten Jalina Mahmood berkata tindakan itu dianggap tidak bertanggungjawab kerana gambar […]
Berita
Perlis Jadi Negeri Pertama Benarkan Amalan Rapatkan Saf Solat Berjemaah Secara Bersyarat
Setelah mengambil kira perkembangan semasa COVID-19 di negeri Perlis, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah memperkenankan amalan merapatkan saf solat berjemaah secara bersyarat di masjid-masjid seluruh Perlis. Menurut kenyataan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini, kebenaran tersebut berkuatkuasa bermula […]
Berita
Polis Melaka Tahan Lelaki Jual Senapang Angin
MELAKA, 6 Jan – Polis menahan seorang pemandu kren yang disyaki terlibat dengan aktiviti penjualan senjata tiruan dalam Op Laras di Kuala Sungai Baru pada Selasa lepas. Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Ali Abdul Majid berkata suspek berusia 37 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 1.15 tengah hari hasil risikan pihak polis. “Suspek itu dipercayai […]
Berita
Ada Keputusan Ujian Pra-Pelepasan Pengembara Dari Arab Saudi Negatif, Tiba Di Malaysia Disahkan Positif- KJ
Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi kemaskini tentang keputusan ujian COVID-19 yang dilakukan oleh pengembara dari Arab Saudi. Menurutnya, daripada 1 Disember 2021 hingga 4 Januari 2022, ujian hari pertama yang positif daripada Arab Saudi ialah 1,303. Ketika ujian pra-pelepasan, mereka negatif tetapi apabila tiba di lapangan terbang Malaysia, mereka disahkan positif. “Kita […]
Berita
Polis Kesan Kanak-kanak Bukan Warganegara Tular Minta Sedekah
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) — Polis sedang mengesan kanak-kanak yang dipercayai bukan warganegara meminta sedekah di jalanan, ekoran beberapa video tular di media sosial, baru-baru ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Saiful Annuar Yusoff berkata berdasarkan video berkenaan, ia dipercayai berlaku di ibu negara. Beliau berkata beberapa peruntukan undang-undang boleh diambil, antaranya […]
Selera
Tingkatkan Kegembiraan Tahun 2022 Dengan ‘Bowls Of Joy’ Jack ‘N Jill Calbee
KUALA LUMPUR, 6 Januari 2021 – Dua tahun kebelakangan ini sememangnya mencabar untuk kebanyakkan rakyat Malaysia. Justeru, atas semangat #KitaJagaKita, JACK ‘n JILL Calbee ingin menjadikan Tahun Baru 2022 sebagai detik kebangkitan dan lebih bermakna untuk orang ramai dengan anjuran kempen ‘Bowls of Joy’ yang berlandaskan semangat kekitaan dan keraian. Inisiatif unik ini akan menyaksikan jenama snek […]