Berita

Kerani Didenda RM4,500 Miliki Gambar, Video Lucah
KANGAR, 28 Jan (Bernama) — Seorang kerani jualan sebuah syarikat swasta didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki gambar dan video lucah dalam telefon bimbitnya tahun lepas. Majistret Kamaliza Md Zain menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas lelaki berusia 26 tahun itu selepas dia mengaku bersalah ketika sebutan kes hari ini. […]

CIMB Raih 11 Pengiktirafan Di Anugerah Alpha Southeast Asia 2021
KUALA LUMPUR — CIMB Investment Bank Bhd, CIMB Islamic Bank Bhd dan CIMB Thai Bank PCL meraih 11 pengiktirafan dalam Anugerah Tawaran & Penyelesaian Terbaik Tahunan Alpha Southeast Asia 2021. Ia merupakan jumlah pengiktirafan terbanyak yang diraih berbanding kalangan kumpulan perbankan di ASEAN. Dalam kenyataan pada Rabu, CIMB menjelaskan ia bukti terhadap keteguhan francais perbankan […]
Wan Azizah Dipanggil Ke Bukit Aman Petang Ini
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada pukul 3 petang ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata Wan Azizah dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan […]

Malaysia Terima Bekalan Pertama Vaksin COVID-19 Untuk Kanak-Kanak
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman Twitter rasmi sebentar tadi memaklumkan bahawa Malaysia telah menerima bekalan pertama vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak. Menurut KKM, bekalan vaksin jenis Pfizer tersebut bakal digunakan untuk pemberian vaksin kanak-kanak di bawah Program Pemberian Vaksin Kanak-kanak (PICKids) bermula bulan hadapan. “Malaysia telah menerima bekalan pertama vaksin Pfizer kanak-kanak yang akan digunakan bagi […]

(Video) Baitul Maqdis Dilanda Ribut Salji Lebat
Salji lebat dilaporkan turun di Baitul Maqdis dan fenomena tersebut dikatakan jarang berlaku di sana, berkemungkinan hanya terjadi sekali dalam tempoh musim sejuk. Menurut laporan Independent, lebuhraya, laluan-laluan utama, sekolah serta premis perniagaan dikatakan ditutup untuk memberi ruang kepada kerja-kerja pembersihan jalan di Baitul Maqdis yang dilitupi salji sejak semalam. Lapor Arab News, ribut salji […]

Mengamuk Nak Bakar Motosikal Ibu, Kisah Derita Wanita Besarkan Lima Anak Seorang Diri
Menjadi seorang ibu bukanlah perkara mudah, apatah lagi ibu tunggal yang terpaksa membanting tulang seorang diri untuk menyara keluarga. Begitulah nasib wanita cekal yang dikenali sebagai Puan Sintia Nasution. Bergelar ibu tunggal kepada lima orang cahaya mata setelah kematian suami, liku kehidupan Puan Sintia tak hanya berhenti di situ. Salah seorang anaknya turut jatuh sakit […]
TERKINI: Mark Zuckerberg Umum Facebook Messenger Ada Update ‘Feature’ Baru
Facebook memperkenalkan beberapa kemas kini terbaru di aplikasi Messenger untuk kemudahan penggunanya, umum pengasasnya Mark Zuckerberg. Menurut Zuckerberg di laman Facebooknya, ciri-ciri baharu itu termasuklah notifikasi mesej hilang, GIFs dan lain-lain. “Kemas kini terbaru untuk mesej perbualan end-to-end encrypted di Messenger jadi anda akan terima notifikasi jika ada seseorang yang menangkap layar (screenshot) mesej-mesej yang […]

(Video) 13 Rumah Terjejas Akibat Hujan Lebat, Ribut Di Shah Alam
SHAH ALAM, 27 Jan (Bernama) – Tiga belas rumah penduduk di Lorong Bunga Raya 3, Jalan Kampung Bunga, Seksyen 22 di sini adalah antara yang terjejas susulan hujan lebat dan ribut di beberapa kawasan di Shah Alam petang tadi. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian ribut […]
PKPD Di Felda Chehomoi, Bentong, Pahang Mulai Esok – MKN
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Chemomoi di Mukim Sabai, Bentong, Pahang akan dilaksanakan mulai esok hingga 10 Feb ini. Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad, dalam kenyataannya berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan mengenai penilaian risiko dan trend […]

40 Rumah Di Kampung Kebun Bunga Rosak Akibat Ribut, Hujan Batu
SHAH ALAM, 27 Jan (Bernama) – Kira-Kira 40 rumah di Kampung Kebun Bunga, Seksyen 22 di sini rosak akibat hujan lebat dan ribut yang disertai hujan batu di kawasan itu petang tadi. Pemangku Ketua Kampung Batu 3 Mohd Syafiq Ali Bajunid Omar berkata hujan lebat, yang bermula pada 5.30 petang, turut disertai pusaran angin kecil […]
AirAsia Buat Penghantaran Susu Ibu Untuk Bayi Ke Seluruh Thailand
BANGKOK, 27 Jan (Bernama) – Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Thailand mula menghantar susu ibu sejuk beku untuk bayi di seluruh negara melalui rangkaian domestiknya di Thailand bermula hari ini. AirAsia Thailand dan Jabatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Awam menandatangani Memorandum Persefahaman untuk menyokong “Association to Send Love, Delivering Breast Milk from Mothers to Children” dalam […]
Berang Diberi Notis, Pemilik Premis Makanan Acu Kapak Terhadap Anggota KKM
LUMUT, 27 Jan (Bernama) – Berang diberi notis tidak mematuhi amalan kebersihan, seorang pemilik premis makanan bertindak mengacukan dua batang kapak terhadap anggota penguatkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), di sebuah pusat perniagaan makanan di Kampung Koh dekat sini, pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam, lelaki berumur 56 tahun itu turut menghamburkan kata-kata kesat […]

Mayat Wanita Tidak Berseluar Ditemukan – Polis
SHAH ALAM, 27 Jan (Bernama) – Polis menemukan mayat seorang wanita dalam keadaan tidak berseluar di perangkap sampah kunci air Sungai Kandis, dekat sini, pada Selasa (25 Jan), 10.40 pagi. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata pihaknya menerima maklumat tersebut daripada penjaga kunci pintu air berkenaan. Katanya wanita itu dipercayai berusia […]
Mayat Lelaki Ditemukan Dalam Keadaan Kaki, Tangan Terikat Di Sebuah Rumah Di Tampin
TAMPIN, 27 Jan (Bernama) – Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan tangan dan kaki terikat di sebuah rumah di Jalan Cenaga Baru, Kampung Repah, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab berkata polis menerima laporan mengenai penemuan mayat lelaki berusia 26 tahun itu, pada pukul 3.02 petang tadi yang terbaring […]

Tiga Maut, Empat Cedera Nahas Elak Motosikal Keluar Secara Tiba-Tiba
KUANTAN, 27 Jan – Tiga wanita maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah van milik syarikat keselamatan di Kilometer 84 Jalan Lipis-Merapoh di Lipis hari ini. Ketua Polis Daerah Lipis Superintenden Azli Mohd Noor berkata nahas yang berlaku pada 2.30 petang itu menyebabkan dua mangsa meninggal dunia di tempat […]
Adakah Terdapat Larangan Memakan Ikan Bersama Susu? Ini Jawapan Mufti Wilayah
Ramai di antara kita yang sering perkata sajian yang mengandungi ikan tidak sesuai untuk dimakan bersama air yang bersusu. Hal ini membuatkan ada dakwaan yang mengatakan ianya beracun jika dimakan bersama. Namun, ada juga sesetengah orang yang keliru dengan kenyataan ini dan mempersoalkan sajian ini dengan larangan dalam Islam. Justeru itu, bagi mengelak sebarang kekeliruan […]

743 Pelajar Di Negeri Sembilan Positif Covid-19 – MB
SEREMBAN, 27 Jan – Seramai 743 pelajar sekolah dan institusi pendidikan di Negeri Sembilan positif COVID-19 membabitkan 11 kluster pendidikan di negeri itu setakat semalam, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun. Beliau berkata 11 kluster aktif di negeri itu melibatkan lapan institusi pendidikan berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, manakala tiga lagi membabitkan institusi […]

10 Kenderaan Rosak Dalam Kejadian Hujan Lebat, Angin Kuat Di Seksyen 13
SHAH ALAM, 27 Jan (Bernama) — Sepuluh kenderaan dilaporkan rosak susulan hujan lebat dan angin kuat yang melanda kawasan Seksyen 13, dekat sini petang tadi. Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan laporan berkenaan sebatang pokok telah tumbang dan menghempap dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah […]
McDonald’s Malaysia Diiktiraf Majikan Terbaik Antara Yang Terbaik Oleh Kincentric
Restoran khidmat segera kegemaran ramai dianugerahkan Majikan Terbaik buat kali ketujuh KUALA LUMPUR, 27 Januari 2022 – McDonald’s Malaysia telah diiktiraf dengan dua anugerah sumber manusia oleh Kincentric iaitu Anugerah Majikan Terbaik Antara Yang Terbaik 2021 dan Anugerah Majikan Terbaik 2021 baru-baru ini. Ini merupakan kali pertama restoran khidmat segera tersebut diiktiraf sebagai Majikan Terbaik […]

(Video) “Hujan Batu, Hujan Batu…” Orang Ramai Cemas Hujan Batu & Ribut Melanda Shah Alam Sebentar Tadi
Penduduk di beberapa kawasan di Selangor dikejutkan dengan kejadian hujan batu pada Khamis. Ini berikutan beberapa rakaman yang tular di media sosial. Kejadian sekitar jam 5.30 petang itu berlaku dipercayai di kawasan Shah Alam. Fenomena itu menjadi tular di laman media sosial apabila ramai warganet berkongsi perihal hujan batu tersebut. Difahamkan menerusi satu video yang […]