Berita
Utara Semenanjung Dijangka Berjerebu Sehingga 29 Januari Ini – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan bahawa bahagian utara semenanjung Malaysia diramal akan dilanda jerebu sehingga 29 Januari ini. Jabatan tersebut memaklumkan sedemikian menerusi satu kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun Twitter rasmi hari ini. “Berdasarkan Trajektori asap jerebu didapati kebakaran hutan yang berlaku di Cambodia akan menyebabkan keadaan berjerebu di utara semenanjung. “Berdasarkan permodelan […]

Lima Penarik Kereta Ditahan Terlibat Pergaduhan
GEORGE TOWN, 27 Jan – Polis menahan lima penarik kereta yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan membabitkan 20 individu di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata kesemua mereka yang berusia 26 hingga 50 tahun itu, ditahan di sekitar George Town selepas kejadian itu yang […]
Pemberian Vaksin Covid-19 Untuk Kanak-kanak Bermula 3 Februari Ini Di Lembah Klang
Dalam sesi sidang media Program Imunisasi Kanak-kanak (PICKids) sebentar tadi, Timbalan Menteri Kesihatan 1, Dato’ Dr Haji Noor Azmi Ghazali memaklumkan bahawa pemberian vaksin untuk kanak-kanak akan dilaksanakan bermula 3 Februari 2022. Menurut Noor Azmi, sebagai permulaan, pemberian vaksin Pfizer untuk kanak-kanak akan dilaksanakan di Lembah Klang bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah perubatan melalui hospital-hospital. […]
Vaksin Untuk Kanak-kanak Adalah Selamat & Berkesan – Timb. Menteri Kesihatan
Dalam sesi sidang media Program Imunisasi Kanak-kanak (PICKids) sebentar tadi, Timbalan Menteri Kesihatan 1, Dato’ Dr Haji Noor Azmi Ghazali memaklumkan bahawa vaksinasi untuk kanak-kanak adalah selamat dan berkesan. “Saya ingin menekankan bahawa vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak adalah selamat dan berkesan. “Ini juga disokong dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kolej Pediatrik, Academy of Medicine Malaysia […]
TERKINI: Kes Positif Covid-19 Hari Ini Kembali Lepasi Angka 5k
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 5,439 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini. Angka itu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,850,408 kes. Kes positif harian COVID-19 setakat tengah hari 27 Januari 2022 menunjukkan peningkatan berbanding 4,744 kes semalam. Menurut rumusan sepintas lalu di […]

MAIS Lancar K-Guam, Tawar Khidmat Guaman Atas Talian Secara Percuma
SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menawarkan khidmat guaman atas talian secara percuma kepada orang ramai dengan melancarkan K-GUAM bagi memudahkan masyarakat mendapatkan khidmat nasihat perundangan syariah dengan lebih mudah dan pantas melalui platform atas talian. Pelancaran K-GUAM disempurnakan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS dalam Majlis […]
Pengurusan Kes Pecah Amanah RM6.6 Bilion Najib-Irwan Serigar 1 Mac
KUALA LUMPUR, 27 Jan – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 1 Mac depan bagi pengurusan kes Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah berhubung enam pertuduhan pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion. Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim ketika ditemui pemberita berkata Hakim Datuk Muhammad Jamil […]

Polis Kenal Pasti 12 Kawasan Panas Dan Hitam Kemalangan Maut, Tingkat Pemantauan Op Selamat 17
MELAKA, 27 Jan (Bernama) — Polis Melaka mengenal pasti 12 kawasan hitam (blackspot) dan panas (hotspot) yang sering menjadi lokasi kemalangan maut setiap kali tiba musim perayaan. Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata dengan jangkaan lebih 120,000 kenderaan akan memasuki negeri ini, sejumlah 220 pegawai dan anggota akan ditugaskan sepanjang Op Selamat 17 […]
Berhentikan Pekerja Tanpa Sebab, Majikan Diperintah Bayar RM23 Ribu
Majikan sebuah syarikat bengkel tayar dan membaiki kenderaan di Melaka diperintah Mahkamah Buruh untuk membayar wang berjumlah RM23,493.26 selepas memberhentikan seorang pekerja tanpa sebab munasabah. Menurut Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Melaka, Johana Bakar, majikan mendakwa mekanik berusia 36 tahun itu mempunyai masalah disiplin sehingga dia diberhentikan. Pun begitu, pihak majikan gagal membuktikan kepada Mahkamah […]
Tiga Lelaki Maut Kemalangan Di Rompin
KUANTAN, 27 Jan (Bernama) — Tiga lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas sebuah kereta Proton Saga dinaiki ketiga-tiga mangsa dipercayai terbabas sebelum merempuh sebuah kereta BMW X1 di laluan bertentangan, di Kilometer 98.5 Jalan Kuantan-Segamat di Rompin, pada 4.26 pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata setakat ini, […]
Aktiviti Seleweng Minyak Masak Bersubsidi Di Port Dickson, Tumpas
SEREMBAN, 27 Jan (Bernama) — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak masak peket bersubsidi satu kilogram (kg) dalam serbuan di sebuah premis di Bukit Pelandok, Port Dickson, semalam. Pengarahnya, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata minyak masak peket tersebut dipercayai digunakan sebagai bahan asas di dalam proses […]
Denmark Tarik Balik Sekatan COVID Mulai 1 Februari
COPENHAGEN, 27 Jan (Bernama) — Perdana Menteri Denmark Mette Frederiksen mengumumkan pada Rabu bahawa kebanyakan sekatan untuk memerangi COVID-19 di negara itu akan ditarik balik mulai 1 Feb, lapor Xinhua. “Kita sedang melalui fasa kritikal,” kata Frederiksen pada sidang media pada Rabu, selepas mengadakan mesyuarat dengan Jawatankuasa Wabak di Parlimen. “Hari ini kita boleh katakan […]
Gempa Bumi Landa Utara Kalimantan Pagi Tadi, Gegaran Dirasai Hingga Limbang & Lawas, Sarawak
Satu gegaran gempa bumi lemah dilapor berlaku di Utara Kalimantan, Indonesia pada 5.08 pagi tadi, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). Menurut jabatan itu, pusat gempa yang bermagnitud 3.0 pada skala Ritcher tersebut berlaku di koordinat 4.3° Utara dan 116.3° Timur. Difahamkan, ia berlaku pada jarak 46 kilometer Barat Daya dari Sapulut, Sabah dengan berkedalaman kira-kira […]

(Video) Penduduk Gempar, Angin Kuat Seakan Puting Beliung Landa Bukit Kayu Hitam Bikin Kecut Perut
Baru-baru ini, sempat tular sebuah rakaman video berdurasi kurang tiga minit yang menunjukkan fenomena angin kuat seakan-akan puting beliung, dikatakan berlaku di Bukit Kayu Hitam, Kedah petang semalam. Video yang diunggah di laman Facebook We Are Malaysians ini sempat mendapat sorotan warga net sehingga ditonton sebanyak 23.5 ribu kali di Facebook setakat ini. Dalam video […]
Jangan Salah Tema Warna Kalau Memenuhi Undangan, Ini Maksud Warna Tertentu Dalam Budaya Kaum Cina
Setiap kaum mempunyai budaya dan warisan yang tersendiri. Bahkan, ada sesetengah budaya yang masih lagi kekal dan dijaga sehingga ke hari ini. Ia mempunyai pelbagai makna dan sangat signifikan terutama apabila tibanya hari perayaan. Bagi masyarakat Cina, warna memainkan peranan penting di dalam hidup dan menjadi simbol yang sangat kuat untuk mereka. Sempena perayaan Tahun […]
(Video) Situasi Tegang Dengan Rusia, Amerika Hantar 300 Misil Pemusnah Kereta Kebal Javeline Ke Ukraine
Dunia ketika ini sedang mengikuti rapat perkembangan semasa dikawasan sempadan membabitkan Rusia-Ukraine berikutan kebimbangan bahawa peperangan bakal meletus di sana melibatkan kedua-dua buah negara tersebut. Ukraine yang mendapat sokongan kuat NATO dilapor menerima pelbagai bantuan persenjataan sebagai persedian sekiranya peperangan benar-benar terjadi. Terkini, Amerika Syarikat dilapor menghantar 300 misil Javelin yang merupakan senjata pemusnah anti-kereta […]
Bekalan Air Di Wilayah Petaling Dan Klang Pulih Sepenuhnya
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) — Bekalan air di kesemua 142 kawasan di Wilayah Petaling dan Klang yang terjejas berikutan insiden paip pecah di Seksyen 15, Shah Alam pada Selasa lepas, pulih sepenuhnya 7 pagi ini. Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya mengucapkan terima kasih kepada para […]

Sempat Sambut Hari Jadi Ibu Tercinta, Allahyarham Pian Cecupak Seakan Beri ‘Hint’ Nak Pergi Selamanya
Setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati. Itulah yang dilalui setiap daripada kita yang bergelar hamba di muka bumi ini. Tidak dinafikan, pemergian orang tersayang pastinya akan menyebabkan rasa sedih dan perit untuk ditelah dalam diri seseorang yang masih hidup. Lebih terasa apabila insan tersebut merupakan ‘penyeri’ dalam keluarga. Dalam satu kiriman daripada anak saudara […]

Pelawak, Pian Cecupak Meninggal Dunia
Pelawak tempatan, Pian Cecupak atau nama sebenarna Mohd Rafik Abdul Rahman meninggal dunia di kediamannya di Flat Sentul Murni, Taman Datuk Senu, Sentul sebentar tadi. Memetik daripada laporan Astro Awani, Allahyarham yang berusia 51 tahun menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 8 malam tadi. Difahamkan oleh seorang ahli keluarganya memberitahu Allahyarham terjatuh di bilik air dan […]

Lelaki Dakwa Beli Pulut Bakar Berintikan ‘Ubat Stapler’, Ini Aktanya Kalau Terjadi Kat Korang
Dawai kokot atau lebih dikenali ubat ‘stapler’ biasanya digunakan di pejabat dan ianya nampak tidak berbahaya tetapi penggunaannya dalam pembungkusan termasuk makanan boleh mencetuskan bahaya jika ditelan atau dipijak. Bayangkan korang tengah enak menjamah makanan kegemaran, tetiba korang tergigit satu benda keras dan bila dikeluarkan dari mulut ianya adalah dawai kokot, apa perasan korang? Mesti […]