Berita

Gara-Gara Ayam Peliharaan Buat Bising, Lelaki Nekad Bakar Jiran
Seorang lelaki dilaporkan telah menyimbah minyak dan kemudian membakar jirannya yang sedang berehat di atas kerusi gara-gara berang ayam milik mangsa sering buat bising, lapor The Thaiger. Saksi yang melihat kejadian itu berkata mangsa yang ‘diselubungi’ oleh api telah berlari keluar dari rumah. Melihat keadaan itu, jiran-jirannya yang lain segera mendapatkan air dan menyimbah mangsa […]

Letupan Besar ‘Musnahkan’ Sebuah Kelab Malam, Puluhan Mangsa Dilapor Cedera
Azerbaijan – Satu letupan besar dilaporkan berlaku di sebuah kelab malam di Baku hingga menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut dan puluhan lagi cedera, lapor Daily Star. Media tempatan melaporkan bahawa letupan yang berlaku sekitar 3.30 pagi waktu tempatan itu telah memusnahkan bangunan kelab tersebut. Pejabat pendakwa raya berkata terdapat satu kematian dan 31 orang mengalami pelbagai […]

Tumpahan Gam: Penduduk Dinasihat Tidak Gunakan Air Sungai Bariawa Dan Pegalan
KENINGAU, 2 April (Bernama) — Penduduk dinasihatkan tidak menggunakan air dari Sungai Bariawa dan Sungai Pegalan di sini susulan kejadian tumpahan gam akibat kemalangan membabitkan sebuah lori treler yang membawa muatan gam di Simpang Bariawa di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Keningau DSP Nor Rafidah Kassim berkata dalam kejadian pada 11.40 malam itu, sebuah lori treler […]

Empat Lelaki Ditahan Bersama 420 Bungkus Air Ketum Dan 75 Kilogram Daun Ketum
BALIK PULAU, 2 April (Bernama) — Polis menumpaskan sindiket memproses dan menjual air ketum selepas menahan empat lelaki bersama 420 bungkus air ketum dan 75 kilogram (kg) daun ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bukit, Bayan Lepas dekat sini semalam. Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata bertindak hasil maklumat […]

342 Penguat Kuasa Kesihatan Pantau Bazar Ramadan Di Terengganu
KUALA NERUS, 2 April (Bernama) — Seramai 342 anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu akan digerakkan untuk memantau tahap kebersihan dan keselamatan makanan di 4,938 gerai melibatkan 59 lokasi bazar Ramadan tahun ini. Pengarahnya Datuk Dr Kasemani Embong berkata anggota penguat kuasa itu akan dibahagikan kepada 130 pasukan operasi bagi memastikan semua 9,666 pengendali makanan […]

Dibanjiri Lautan Manusia, Suasana Tarawih Pertama Di Masjid Hagia Sophia Selepas 88 Tahun
ISTANBUL – Buat kali pertama dalam tempoh 88 tahun, Masjid Besar Hagia Sophia di Istanbul, Turki mengadakan solat tarawih semalam. Memetik laporan Astro Awani, detik bersejarah itu menyaksikan ribuan jemaah hadir menunaikan ibadah solat terawih pada malam pertama bulan Ramadan. Pada 2020, statusnya kembali sebagai masjid yang dibuka untuk ibadah bermula 24 Julai tahun itu. […]

Anak Autisme Mampu Berdikari Jika Dapat Rawatan Terapi Awal
PASIR GUDANG, 2 April – Kanak-kanak autisme mempunyai peluang lebih besar untuk hidup berdikari sekiranya diberikan rawatan terapi secepat mungkin. Pengerusi Persatuan Kanak-kanak Autisme Negeri Johor Ruwinah Abdul Karim berkata sehubungan itu, ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak perlu lebih peka dengan tingkah laku anak-anak mereka dan segera mendapatkan nasihat serta rawatan daripada pakar. “Masyarakat […]

LHDN Tukar Waktu Operasi Sepanjang Bulan Ramadan
KUALA LUMPUR, 2 April – Kaunter perkhidmatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di semua Pejabat Cawangan LHDN akan beroperasi dari 8 pagi hingga 4.30 petang, pada Isnin hingga Jumaat sepanjang bulan Ramadan ini, kecuali di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. LHDN dalam satu kenyataan hari ini berkata bagi keempat-empat negeri itu, perkhidmatan bermula dan tamat […]

Banjir : Mayat Wanita Warga Emas Hanyut Ditemukan Hari Kelima
IPOH, 2 April – Mayat seorang wanita warga emas yang dilaporkan hanyut dibawa arus banjir kilat di Cameron Highlands, Pahang pada Selasa lepas ditemukan pada hari ini kira-kira 11.45 pagi tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata mayat Mariam Bertampan, 62, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat […]

Agong, Raja Permaisuri Jalani Kuarantin Kendiri Setelah Positif Covid-19
KUALA LUMPUR, 2 April – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara setelah disahkan positif COVID-19. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan berkata Al-Sultan Abdullah akan menjalani kuarantin kendiri hingga […]

Abang Umum Ganjaran RM12,000 Jika Jumpa Acap Sebelum Hari Raya
CYBERJAYA – Abang kepada Mohammad Ashraf Hassan, peserta Gopeng Ultra Trail 2019 yang hilang sejak tiga tahun lepas, menawarkan ganjaran RM12,000 kepada individu yang berjaya menemui adiknya sebelum Syawal ini. Abang kepada Mohammad Ashraf atau lebih dikenali sebagai Acap, Mohd Zahiruddin, 38, mengumumkan ganjaran tersebut setelah pelbagai usaha dilakukan oleh keluarganya bagi membawa pulang Acap. […]

Dua Kilang Proses Makanan Diarah Tutup Kerana Kotor
GEORGE TOWN, 2 April – Kilang memproses produk berasaskan kacang soya dan kilang memproses mee dan kuetiau telah diarah tutup selama dua minggu kerana kotor dan menjijikkan, termasuklah terdapatnya najis tikus di ruang pemprosesan makanan dan stor. Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Mohd Wazir Khalid berkata […]

Sri Lanka Isytihar Darurat Susulan Krisis Ekonomi
COLOMBO, 2 April (Bernama) — Presiden Gotabaya Rajapaksa pada Jumaat mengisytiharkan darurat susulan krisis ekonomi dan peningkatan inflasi di Sri Lanka, lapor Xinhua. Menurut Rajapaksa pengisytiharan darurat itu demi kepentingan keselamatan dan ketenteraman awam serta membolehkan penyelenggaraan bekalan dan perkhidmatan yang penting dilaksana untuk rakyat. Darurat akan berkuat kuasa di seluruh negara mulai Jumaat. Sri Lanka dicengkam krisis ekonomi sejak […]

Will Smith Letak Jawatan Daripada Akademi Filem
HOUSTON (Texas), 2 April – Will Smith pada Jumaat meletak jawatan daripada Akademi Seni dan Sains Motion Picture selepas insiden menampar pelawak Chris Rock ketika anugerah Oscar hujung minggu lalu, lapor Agensi Anadolu (AA). “Saya akan bertanggungjawab sepenuhnya atas perbuatan saya. “Tindakan saya ketika penyampaian Anugerah Akademi ke-94 adalah mengejutkan, menyakitkan dan tidak boleh dimaafkan,” […]

T20, M40, Kedai Makan Punca Bekalan Minyak Masak Paket Kurang
RANTAU PANJANG – Antara punca kekurangan bekalan minyak masak paket didapati kerana golongan T20, M40 dan pengusaha kedai makan yang turut menggunakan bahan mentah bersubsidi itu. Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, minyak masak paket itu telah diperuntukkan untuk golongan B40 namun dikatakan kurang bekalan di pasaran. “Ada […]

Peniaga Telur Penyu Di Pasar Payang Akur Larangan Penjualan
KUALA TERENGGANU, 2 April – Berbaki dua bulan lagi sebelum pelaksanaan larangan menjual telur penyu di Terengganu, kebanyakan peniaga di Pasar Besar Kedai Payang telah pun bersedia untuk mematuhi peraturan tersebut. Walaupun berasa sedikit terkilan kerana tidak lagi dapat memenuhi permintaan pelanggan tetap yang menggemari telur eksotik itu, mereka akur dengan keputusan kerajaan Terengganu demi […]

Presiden AS, PBB Ucap Selamat Menyambut ‘Ramadan Kareem’
WASHINGTON, 2 April – Presiden Joe Biden mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada masyarakat Islam di Amerika Syarikat (AS) dan di seluruh dunia, lapor Agensi Anadolu (AA). “Saya dan isteri (Jill) mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada masyarakat Islam di AS dan di seluruh dunia. “Masyarakat bersama berkumpul mengamalkan sikap memaafkan dan berdaya tahan, menunjukkan rasa simpati […]

Remaja Lelaki 16 Tahun Didakwa Bunuh Kanak-Kanak
KUANTAN, 2 April – Seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun pada bulan lepas. Remaja lelaki berusia 16 tahun itu didakwa menyebabkan kematian Muhammad Hafdan Mohd Qurbani Azhar di surau An-Nadwah Kompleks Asrama Cempaka Permata Camar, Jalan Pantai Sepat di sini, antara 3.45 petang […]
Tiga Sekeluarga Maut, Dua Parah Kemalangan Di Semporna
SEMPORNA, 2 April (Bernama) — Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi perempuan maut, manakala dua lagi ahli keluarga mereka parah, dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 12 Jalan Tagasan dekat sini semalam. Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Farhan Lee Abdullah berkata kemalangan pada 4.30 petang itu, melibatkan kereta jenis Perodua Kancil dan Ford Ranger yang berada […]

Polis Tumpas Dua Sindiket Pengedaran Dadah, Rampas Syabu, Ganja Bernilai RM1.2 Juta
GEORGE TOWN, 1 April (Bernama) — Polis Pulau Pinang menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah selepas menahan 11 individu dan merampas dadah jenis syabu dan ganja bernilai hampir RM1.2 juta dalam siri serbuan di sekitar negeri ini, baru-baru ini. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kedua-dua sindiket yang beroperasi di negeri ini sejak November […]