Berita

UDA Bekerjasama Dengan CIDBEC & BSI Malaysia, Perkasa Pendigitalan Pembangunan Hartanah
KUALA LUMPUR, 1 April 2022 – UDA Holdings Berhad (UDA), syarikat pemaju hartanah, pengurusan aset, fasiliti dan perhotelan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan CIDB e-Construct Services Sdn Bhd (CIDBEC), sebuah anak syarikat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan British Standards Institution (BSI) Malaysia, hari ini. Menerusi MoU tersebut, UDA mengeratkan jalinan kerjasama dengan CIDBEC dan […]

Pengerusi MAIS Saran Perbanyak Amalan dan Ibadah Sepanjang Bulan Ramadhan
Shah Alam – YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyarankan supaya umat Islam mengambil peluang untuk memperbanyakkan amalan terpuji dan ibadah sepanjang bulan Ramadhan ini. Bermula 1 April 2022, negara memasuki fasa peralihan endemik, namun ia bukan halangan untuk setiap umat Islam meningkatkan ibadah dan mengambil […]

Treler Melintang Alami Masalah Brek, Semua Lorong Di Jalan Tun Razak Terhalang
KUALA LUMPUR – Trafik dilaporkan sesak di hadapan TRX menghala ke RHB di Jalan Tun Razak ekoran sebuah treler yang menghalang semua lorong. Treler berkenaan melintang antara keempat-empat lorong, dikatakan mengalami masalah brek bocor dan menyebabkan aliran trafik sesak dari Jalan Yew. Menurut kemaskini di laman Twitter ITIS Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), polis trafik […]

Malaysia, Indonesia Sepakat Perkasa Bahasa Melayu
JAKARTA, 1 April – Malaysia dan Indonesia akan terus sama-sama memperkasakan bahasa rumpun Melayu yang berkemungkinan dijadikan sebagai Bahasa ASEAN satu hari nanti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Kedua negara sepakat untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara di setiap persidangan antarabangsa. “Kita berterima kasih kepada Bapak Presiden kerana bersetuju dengan Malaysia […]
Bunuh Gelandangan, Dua Lelaki Berdepan Hukuman Mati
MELAKA, 1 April – Dua lelaki hari ini dihadapkan ke Mahkamah majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang gelandangan bulan lepas. Dua orang tertuduh masing-masing berusia 20 tahun, didakwa secara bersama membunuh Mohd Eddie Hafiez Yusof, 42, di hadapan kedai di Jalan Persisiran Bungai Raya dalam daerah Melaka Tengah di sini, […]

Profesor Roshana Direhatkan Dari Tugas – UITM
Profesor Dr. Roshana Takim dilapor telah direhatkan daripada tugas pengajaran bermula 1 April 2022 sehingga siasatan lengkap dilaksanakan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM). Dalam satu kenyataan Jabatan Komunikasi UiTM memaklumkan keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti yang telah diadakan pada 31 Mac lalu. “Keputusan ini dibuat bagi memastikan siasatan dapat dilaksanakan secara berkesan […]

Syukur Dah Boleh Rapat Saf Sejadah, Masjid ‘Dibanjiri’ Jemaah Solat Jumaat
Solat Jumaat hari ini merupakan Solat Jumaat ‘rapat saf’ yang pertama kali diadakan di seluruh negara selepas Perdana Menteri mengumumkan berkaitan fasa ‘peralihan ke endemik’ yang bermula pada 1 April. Menerusi perkongsian ringkas Bernama menunjukkan ‘kemeriahan’ suasana orang ramai menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Solat Jumaat ini diimamkan oleh Ustaz Rodhi […]

Tiga Maut, Pesawat Latihan Tentera Udara Korea Berlanggar Sesama Sendiri Di Udara
SEOUL – Dua pesawat latihan tentera udara Korea Selatan dilapor telah bertembung dan terhempas di Tenggara Bandar Sancheong, Korea Selatan sekitar jam 1.36 petang pada Jumaat. Dalam satu laporan pegawai bomba dan penyelamat memaklumkan bahawa, pesawat latihan KT-1 itu bertembung antara satu sama lain semasa latihan menyebabkan tiga terkorban dan seorang mengalami cedera parah. Menurut […]

Gembira Tak Terkata, Suami Isteri ‘Karok’ Lagu Balik Kampung Rentas Tambak Johor
JOHOR BAHRU – Sebak dan teruja. Begitulah perasaan rata-rata rakyat Malaysia yang terkandas di Singapura selama 2 tahun yang akhirnya dapat kembali pulang ke tanah air sendiri bermula tengah malam tadi. Pelbagai ragam dan detik indah berjaya dirakam lensa kamera yang menjadi viral di media sosial. Senyum indah, tumpahnya air mata kegembiraan dan pelukan erat […]

Bersyukur Dah Boleh Rapat Saf, Orang Ramai Hadir Solat Subuh Berjemaah Di Masjid
SEREMBAN – Pengumuman Perdana Menteri berkaitan fasa ‘peralihan ke endemik’ bermula 1 April 2022 nyata memberi kegembiraan kepada rakyat Malaysia. Apatah lagi, pengumuman tersebut turut ‘dihadirkan’ sekali dengan beberapa kelonggaran khusus untuk kita semua termasuklah umat Islam yang kini dibenar merapatkan saf ketika solat berjemaah dan solat Jumaat. Susulan daripada itu, beberapa negeri kemudian mengambil […]

Tangisan, Sorakan Kegembiraan Sambut Pembukaan Semula Tambak Johor, Linkedua
JOHOR BAHRU, 1 April – Sebak. Begitulah dapat digambarkan perasaan ramai rakyat Malaysia di sini yang telah dengan sabar menantikan detik pembukaan semula Tambak Johor, yang pernah disifatkan sebagai antara laluan darat tersibuk di dunia, tepat 12 tengah malam tadi. Dua minit sebelum menjelang detik itu, kelihatan ramai orang berjalan kaki daripada arah Kompleks Kastam […]

Penunggang Motosikal Mula Banjiri Sempadan Singapura-Malaysia Malam Ini
Susulan fasa peralihan endemik, sebilangan besar penunggang motosikal kelihatan sedang bersiap sedia di Woodlands Checkpoint untuk memasuki sempadan Singapura-Malaysia yang akan dibuka tidak lama lagi. Memetik ciapan Bernama di Twitter, keadaan di Tambak Johor kelihatan meriah pada sekitar jam 11.24 malam tadi. Kelihatan ramai yang menunggu termasuk mereka yang mempunyai ahli keluarga bekerja di Singapura […]

Tiga Lelaki Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM22,000 Di Jempol
SEREMBAN, 31 Mac (Bernama) — Polis menahan tiga lelaki tempatan selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu dan heroin keseluruhan bernilai RM22,000, dalam dua serbuan berasingan di Jempol dekat sini Selasa lepas. Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata bertindak atas maklumat aktiviti dadah kira-kira pukul 4 petang, membawa kepada tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki […]
Polis Kesan Taktik Baharu Macau Scam Guna Gambar Waran Tangkap
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Polis mengesan taktik baharu sindiket Macau Scam yang menghantar gambar kononnya waran tangkap bagi memperdaya mangsa. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata sindiket terbabit akan menghubungi mangsa dengan menyamar sebagai pegawai polis atau kakitangan mahkamah sebelum menghantar gambar waran tangkap berkenaan. Beliau berkata polis tidak akan menghantar gambar […]

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP Kini Dibuka, Ini Cara Nak Mohon
Permohonan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini dibuka kepada orang ramai sejak awal malam tadi. Untuk pengetahuan, pengeluaran khas ini adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran kesan daripada pandemik COVID-19. Bayaran akan menggunakan simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu dan sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun […]

‘Hacker’ Perolehi Data Pengguna Melalui “Permintaan Palsu”
Syarikat pemilik Facebook, Meta dilapor telah memberikan maklumat pengguna kepada penggodam maklumat yang berpura-pura menjadi pegawai penguatkuasa undang-undang pada tahun lalu. Perkara ini dalam langkah mengukur risiko langkah yang digunakan dalam kes-kes kecemasan. Menurut laporan AFP, perkara ini didedahkan oleh salah seorang sumber daripada pihak syarikat tersebut yang identitinya tidak mahu didedahkan atas sebab sensitiviti. […]

KKM Kesan Dua Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan dua produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual. KKM melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) memaklumkan bahawa produk yang dikenal pasti adalah LS Repairing Cream dan Luffiya Treatment Foundation. Menurut Pengarah NPRA, Norhaliza A Halim, kedua-dua produk berkenaan dikesan mengandungi bahan racun berjadual jenis merkuri yang dilarang […]

Data MySejahtera Hak Mutlak Kerajaan Malaysia – Khairy
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Setiap data dan maklumat yang diperolehi menerusi penggunaan aplikasi MySejahtera, adalah hak milik penuh dan mutlak kerajaan Malaysia, Dewan Negara diberitahu hari ini. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata perkara itu merupakan antara terma utama yang terkandung dalam Perjanjian Ketakdedahan (NDA) antara Majlis Keselamatan Negara di pihak kerajaan dengan KPISOFT […]

Kerajaan Belum Luluskan Bayaran Kepada Pengendali MySejahtera – Khairy
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Kerajaan belum meluluskan atau membuat apa-apa pembayaran kepada pengendali aplikasi MySejahtera, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata kerajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM), akan memastikan sebarang keputusan berhubung kos pembayaran akan mengambil kira kepentingan negara dan rakyat. “Justeru, rundingan yang masih berjalan ketika ini akan diusahakan sebaik mungkin untuk […]
Dua Juta Belia Bakal Terima e-Tunai Berjumlah RM150 Bermula April Ini
PUTRAJAYA – Kira-kira dua juta belia bakal menerima kredit e-tunai di bawah inisiatif ePemula yang bakal dijalankan bulan depan. Menurut Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), inisiatif di bawah Bajet 2022 ini memperuntukkan RM300 juta kepada golongan belia yang layak melalui aplikasi e-dompet pilihan. “Belia yang layak akan menerima kredit e-tunai sebanyak RM150 setiap seorang melalui aplikasi […]