Berita

Ceroboh & Miliki Tanah Rizab, Ahli Parlimen Thai Dilarang Terlibat Politik Seumur Hidup
Seorang Ahli Parlimen (MP) Thailand dilarang daripada terlibat dalam sebarang aktiviti politik untuk tempoh seumur hidup. Mahkamah Agong Thailand membuat keputusan tersebut pada Khamis selepas mendapati MP berkenaan bersalah kerana menceroboh dan memiliki tanah rizab di wilayah kelahirannya di Ratchaburi. Menurut laporan Bangkok Post yang memetik kenyataan mahkamah, perbuatan MP tersebut dianggap serius dan mencabul […]

Dua Roket Hentam Stesen Kereta Api Di Ukraine, Lebih 30 Maut & 100 Cedera Setakat Ini
Lebih 30 orang dilapor maut dan 100 orang cedera setakat ini selepas sebuah stesen kereta api di Ukraine terkena bedilan roket. Menurut laporan AFP, stesen kereta api yang terletak di bandar Kramatorsk itu ketika ini dijadikan sebagai tempat perlindungan orang awam. ”Stesen kereta api ini terkena dua bedilan roket. Ada laporan kecederaan dan korban melibatkan […]

Ada Tadarus & Kelas Buat Biskut Raya, Ini Aktiviti Menarik Anda Boleh Buat Di Pusat Komuniti Desa April Ini
“Satu hentian pelbagai perkhidmatan” Pusat Komuniti Desa (PKD) Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) merupakan sebuah inisiatif di bawah KPLB untuk membantu meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan masyarakat luar bandar. PKD adalah penstrukturan semula Rural Transformation Centre (RTC) dan Mini Rural Transformation Centre (MRTC) yang dilaksanakan oleh kerajaan pada 11 Oktober 2018. Penstrukturan semula ini mengekalkan […]

Awas, Hampir Seluruh Negara Diramal Dilanda Hujan, Ribut Petir Hingga 6 Petang Ini
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemas kini jam 3.00 petang (8 April 2022) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa kawasan seluruh negara sehingga 6 petang ini. Antara negeri dan kawasan yang dijangka terlibat adalah seluruh negeri Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, […]

UNM Perkukuh Ikatan Dengan SAS Malaysia Bagi Menyokong Agenda Negara Melahirkan Lebih Ramai Pakar Data Di Tempat Kerja
Selangor, 8 April 2022 – Industri teknologi kini menggegar dunia dengan mata wang kripto, kecerdasan buatan (AI), NFT (non-fungible tokens) atau token digital, dan data raya. Perlu ditekankan bahawa dalam dunia masa kini, ilmu digital bukan lagi satu pilihan malah keperluan. Dengan semakin banyak syarikat menerima pakai pendekatan bekerja dari rumah, terdapat keperluan untuk seseorang […]

Jurulatih Selam Warga Asing Yang Ditemukan Selamat Masih Trauma
MERSING, 8 April (Bernama) — Jurulatih selam warga Norway Kristine Grodem yang ditemukan selamat di perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi semalam, masih berada dalam keadaan trauma. Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata siasatan menyeluruh tidak dapat dilakukan berikutan keadaan Grodem, 35, masih lemah dan tidak stabil. “Kita masih tidak membuat siasatan yang menyeluruh disebabkan […]

Layan Bazar Ramadan Dan Tunggu Jemputan Open House Raya – LCW
” Layan Bazar Ramadan Dan Tunggu Jemputan Open House Raya,” Itulah seloroh Dato’ Lee Chong Wei bila ditanya mengenai minatnya menjadi jurulatih badminton. Bercakap mengenai masa depan sukan badminton negara, mesti anda pernah terfikir kenapa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) atau mana-mana badan swasta yang lain melantik Dato’ Lee Chong Wei sebagai jurulatih? Bagi menjawab persoalan […]

Mayat Bayi Lelaki 4 Bulan Ditemukan Dalam Tong Sampah
SHAH ALAM, 8 April (Bernama) — Mayat bayi lelaki yang dianggarkan berusia empat bulan ditemukan di tempat pembuangan sampah di sebuah kondominium di Bandar Baru Klang, dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata mayat bayi berkenaan dijumpai oleh seorang lelaki di lokasi tersebut kira-kira 3 petang. “Hasil pemeriksaan oleh pihak Hospital Tengku […]

Pesawat Kargo DHL Alami Masalah Hidraulik Terbabas Ketika Mendarat Cemas, Ekor Pesawat ‘Patah’
Sekumpulan anggota Bomba dan Penyelamat bertungkus lumus memadam kebakaran selepas sebuah pesawat kargo jenis Boeing 757 milik DHL terbabas dan terkeluar dari landasan di Lapangan Terbang Juan Santamaria. Insiden berkenaan dilapor berlaku ketika pesawat kargo DHL berkenaan melakukan pendaratan kecemasan dan akibat daripada kejadian itu ekor pesawat telah patah dan hampir terpisah dari badan pesawat. […]

Viral Perbualan Getir Juruterbang Air France, Pesawat Alami Masalah Teknikal & ‘Sukar Dikawal’ Ketika Mendarat
Rakaman perbualan detik cemas antara juruterbang pesawat Boeing 777 Air France dalam perjalanan dari New York dengan pegawai pusat kawalan trafik udara (ATC) menjadi tular di media sosial baru-baru ini. Difahamkan, juruterbang berkenaan dilapor berdepan dengan situasi getir di mana pesawat yang dikendalikannya dipercayai mengalami masalah teknikal dan sukar dikawal hingga ketika mahu mendarat di […]

Lelaki Beli Pajero Dengan Duit Syiling
Lelaki beli Pajero dengan duit syiling 15 sen hasil tabungan yang disimpannya selama berbulan-bulan untuk dihadiahkan kepada isteri. Seorang lelaki di Karawang, Jawa Barat tekad beli sebuah Pajero Sport untuk isterinya dengan menggunakan duit syiling bernilai 15 sen. Muhammad Endang Junaedi yang lebih mesra disapa Haji Endang datang ke ‘Showroom‘ Mitsubishi Motor di Karawang Jawa […]

Ibu & Dua Anak Kembar Ditemui Maut, Polis Jumpa Ubat Hama Dalam Tong Sampah
Seorang ibu & dua anak kembar ditemui maut di dalam sebuah rumah mewah di Lubukpakam, Indonesia, pada 6 April kelmarin. Menurut Tribun News, ketiga-tiga mayat mangsa ditemukan dalam keadaan seperti sedang tidur, selain buih turut terkeluar pada bahagian mulut mereka. Ketua Polis Tempatan, Irsan Sinuhaji berkata, selain bekas minuman yang berada di atas almari solek […]

Popular Dengan Lagu ‘Aidilfitri’, Ajai ‘Throwback’ Rakaman Suara Sanisah Huri Yang Kekal Merdu Tak Ditelan Zaman
Tiap kali datangnya Ramadan pasti bermacam-macam lagu Hari Raya Aidilfitri dimainkan, antara yang cukup terkenal ialah Aidilfitri, Selamat Hari Raya, Suasana Hari Raya dan banyak lagi. Tidak kurang juga, saban tahun lagu-lagu raya versi moden juga makin banyak dihasilkan. Seiring dengan arus moden, muzik, konsep dan pembawaannya juga agak berbeza berbanding lagu raya klasik. Walau […]

Polis Tingkat Penguatkuasaan Di Pintu Sempadan Elak Seludup Mercun
BALING, 7 April – Penguatkuasaan di pintu masuk sempadan negara di Bukit Kayu Hitam akan ditingkatkan bagi mengekang penyeludupan mercun dan bunga api khususnya menjelang sambutan Aidilfitri akan datang. Ketua Polis Kedah Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata pada masa ini hanya terdapat beberapa syarikat yang telah memohon untuk menjadi pengedar berlesen bagi membawa masuk […]

Bapa Maut, Anak Perempuan Cedera Kereta Rempuh Pokok Di Mukah
MUKAH, 7 April – Seorang lelaki maut manakala anak perempuannya cedera apabila kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pokok di Jalan Orang Kaya Setia Raja di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata dalam kejadian kira-kira 1.40 tengah hari, kereta dipandu Hassan Rajak, 51, sedang bergerak […]

Sultan Johor Titah Semua Aktiviti Selam Di Perairan Mersing Dihentikan Sementera
JOHOR BAHRU, 7 April – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menitahkan kesemua aktiviti menyelam di perairan Mersing dihentikan buat sementara waktu. Baginda bertitah ini berikutan insiden kehilangan empat penyelam sekitar Pulau Tokong Sanggul yang terletak berhampiran Pulau Sibu semalam. “Saya mahu kesemua aktiviti menyelam dihentikan sementara sehingga kita dapat kenal pasti apa sebenarnya […]

Keperluan Perakuan Sirim Terhadap Pelitup Muka Bukan Perubatan Ditunda Ke 1 jan 2023
PUTRAJAYA, 7 April – Penguatkuasaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan yang mengkehendaki pengilang dan pengimportnya membuat permohonan perakuan serta penandaan MS SIRIM ditangguhkan ke 1 Jan 2023. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata penangguhan itu bukan kerana kerajaan membuat pusingan U tetapi […]

Pelajar Hanya Mampu Lihat Dokumen Peribadi Terbakar
MELAKA, 7 April (Bernama) — Seorang pelajar berusia 20-an hanya mampu melihat barangan peribadi serta dokumen pengenalan diri miliknya hangus apabila gudang tempatnya menjalani latihan industri di Kawasan Perindustrian Krubong, di sini terbakar pagi tadi. Hanya mahu dikenali sebagai Siti Aishah, beliau ketika itu baru tiba di pejabat sebelum terdengar bunyi letupan dan melihat api berdekatan wayar pada alat […]

Pencipta Bersama Komik Doraemon, Fujiko Fujio A Meninggal Dunia
Pencipta bersama (co-creator) komik Doraemon, Fujiko Fujio A dilapor telah meninggal dunia pada pagi Khamis di kediamannya di Kawasaki, Tokyo pada usia 88 tahun. Merujuk Anime News Network, pihak polis pada awalnya menerima laporan mengenai kejadian Fujiko yang dilapor rebah sekitar pukul 8:40 pagi di kediamannya. Bagaimanapun figura manga Doraemon itu akhirnya disahkan meninggal dunia […]

Pegawai Bank Rompak Bank, Misi Gagal ‘Kantoi’ Guna Pistol Palsu
Seorang pegawai bank yang merompak sebuah bank ditahan polis selepas misi rompakannya musnah gara-gara pistol yang dibawanya ‘gagal’ menakutkan mangsa. Lebih malang, tindakan ‘ganas’ suspek yang membawa senjata palsu jenis ‘airsoft’ itu berjaya dipatahkan dengan mudah oleh pengawal keselamatan bank berkenaan. Memetik Tribun News, rompakan gagal tersebut dilapor berlaku di sebuah bangunan bank di Jakarta […]