Berita

Kes Cuai Khatan: Pemuda Peroleh Ganti Rugi Berjumlah RM3.1 Juta
KUALA LUMPUR, 7 April – Seorang pemuda berumur 22 tahun yang terpotong kepala alat sulitnya ketika berkhatan 12 tahun lepas, memperoleh ganti rugi berjumlah RM3.1 juta selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan tuntutan samannya terhadap kerajaan Malaysia dan empat lagi. Turut dinamakan sebagai defendan dalam saman itu ialah pegawai perubatan dan pengarah Hospital […]

Lebih 100,000 Saman Trafik Tertunggak Sejak 2016 Milik Warga Singapura – Bukit Aman
KUALA LUMPUR, 7 April – Sebanyak 108,757 saman tertunggak direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan pelbagai kesalahan trafik dilakukan oleh warga Singapura bagi tempoh 2016 hingga tahun lepas. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim berkata daripada jumlah itu sebanyak 21,452 saman trafik belum dijelaskan pada 2016, sebanyak 19,275 […]

Rangka Kanak-Kanak Perempuan Ditemukan
SEREMBAN, 7 April (Bernama) – Polis menemukan rangka dipercayai milik seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di kawasan belukar berhampiran tangki air di Taman Bukit Zamrud, di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata penemuan rangka manusia pada kira-kira 11 pagi itu membabitkan tengkorak, gigi geraham dan cebisan tulang yang dipercayai […]

Bekas Pengarah 1MDB Mengaku RM2.28 Billion Masuk Ke Akaun Peribadi Najib
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) — Seorang saksi dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini menukar keterangannya dan mengaku di Mahkamah Tinggi di sini bahawa sejumlah RM2.28 bilion daripada wang dana negara itu masuk ke akaun peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di antara tahun 2011 dan 2014. Bercanggah dengan keterangannya sebelum […]

Harga Dedak Naik, Harga Daging Dijangka Meningkat Menjelang Raya
ALOR SETAR – Selepas peningkatan harga ayam proses pada awal bulan ini, pembeli dijangka akan berdepan dengan kenaikan harga daging menjelang sambutan Aidilfitri ini. Memetik laporan Utusan Malaysia, Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, harga daging dijangka melambung berikutan kenaikan harga dedak bermula hari ini. Menurutnya, kenaikan harga dedak itu dimaklumkan sendiri […]

Polis Tahan Tiga Individu, Rampas Dadah Bernilai RM40,540
KUCHING, 7 April (Bernama) – Polis menahan seorang lelaki tempatan dan dua wanita warga Vietnam selepas disyaki memiliki dadah pelbagai jenis bernilai RM40,540 dalam dua serbuan di bandar raya ini, Isnin lepas. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak Supt Wong Leong Meng berkata lelaki berkenaan ditahan bersama sejumlah dadah pada kira-kira 2.30 petang. […]

Kos Haji Tahun Ini Dijangka Cecah Lebih RM25,000 Seorang
KUALA LUMPUR , 7 April – Lembaga Tabung Haji (TH) menjangkakan kos menunaikan haji bagi seorang jemaah muassasah pada tahun ini meningkat kepada lebih RM25,000 susulan kenaikan berkaitan cukai dan caj perkhidmatan baharu yang dikenakan kerajaan Arab Saudi. TH dalam kenyataan hari ini memaklumkan kos berkenaan merupakan peningkatan 12 peratus berbanding RM22,900 bagi seorang jemaah […]

Peluang Temukan Tiga Lagi Penyelam Dalam Keadaan Selamat Adalah Tinggi – Polis
MERSING, 7 April (Bernama) – Peluang menemukan tiga lagi penyelam warga asing yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, di sini, dalam keadaan selamat adalah tinggi, kata Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing. Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan pengalaman ketiga-tiga penyelam itu iaitu Adrian Peter, 46, yang merupakan warga Britain dan anak […]

Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti Perlukan Kajian Mendalam – Annuar Musa
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) — Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2022 berhubung Anti Lompat Parti memerlukan kajian dan penelitian mendalam sebelum ia dibentangkan di Parlimen. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata langkah itu penting bagi mengelakkan sebarang masalah berhubung tindakan lompat parti timbul pada masa akan datang. “Apabila nak lakukan perkara […]

Ribut Petir Dan Hujan Lebat Diramal Landa Hampir Seluruh Malaysia Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga malam ini. Menurut MetMalaysia, ribut petir dan hujan lebat diramal akan melanda sembilan negeri sehingga jam 7.00 malam ini iaitu di seluruh negeri Perlis, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Selain itu, di negeri Kedah, daerah yang terlibat adalah […]

Polis Buka Kertas Siasatan Berhubung Insiden Wanita Dipukul
PUTRAJAYA, 7 April (Bernama) — Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan cedera berhubung insiden pertengkaran dan pergelutan antara seorang wanita dan bekas teman lelakinya di Taman Equestrian, Presint 5 di sini pada 26 Mac lepas. Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz dalam satu kenyataan […]

Remaja Cedera Parah, Tiga Jari Hancur Akibat Main Mercun
Indonesia – Seorang remaja berusia 20 tahun di Dusun Suki, Desa Sambilawang, Kabupaten Ponorogo, Jawa Timur dilaporkan telah kehilangan tiga jari tangan kanannya akibat bermain mercun. Difahamkan, insiden letupan mercun itu berlaku pada Isnin lalu. “Berlaku kemalangan akibat terkena letupan mercun, ada seorang pemuda yang menyalakan mercun sehingga mencederakan tiga jari kanannya,” kata seorang pengguna […]

Empat Penyelam Warga Asing Hilang: Mangsa Pertama Ditemui Selamat
CYBERJAYA – Seorang daripada empat penyelam warga asing yang dilaporkan hilang ketika menyelam di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, ditemui selamat. Mangsa yang merupakan warganegara Norway, Kristen Grodem, 35, dilaporkan tiba di Stadium Mersing dengan menaiki helikopter dari Unit Udara APMM, kira-kira jam 12.05 tengah hari tadi. Kristen yang juga jurulatih selam telah dihantar ke Hospital […]

Tiga Wakil Negara Berjaya Mara Ke Pusingan Seterusnya Di Terbuka Korea
Tiga wakil dari Malaysia telah berjaya menumpaskan saingan masing-masing dalam pusingan 16 Terbuka Korea 2022 yang berlangsung sebentar tadi. Kesemua mereka terdiri daripada pemain perseorangan wanita negara dan pasangan beregu campuran negara. Pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei telah menumpaskan pemain tuan rumah, Lee Se Yeon dengan kemenangan 21-17, 17-21 dan 21-12. Sementara itu, pasangan […]

Irdina Shahriman Duduki Ranking No.1, Cemerlang Capai Kelas Pertama CGPA 4.0 Di Virginia Tech
CYBERJAYA: Seorang pelajar Malaysia, Irdina Shahriman mencipta sejarah yang membanggakan negara apabila berjaya memperoleh keputusan cemerlang sekaligus menduduki tempat pertama dalam kalangan hampir 10,000 pelajar di Virginia Tech (VT), Amerika Syarikat. Irdina Shahriman yang mengikuti Program Pertukaran Sarjana Muda Amerika (ADTP) Yayasan Tenaga Nasional, mencapai purata mata gred kumulatif (CGPA) 4.0 secara konsisten di dalam […]

Enggan Lakukan Hubungan Intim ‘Bersama’, Wanita ‘Kejar’ Suami Isteri Guna Pedang Samurai
Bangkok – Seorang wanita di Thailand meraih perhatian setelah video yang memaparkannya menyerang suami isteri dengan membawa sebilah pedang samurai tular di media sosial. Memetik laporan The Thaiger, wanita tersebut bertindak sedemikian kerana pasangan suami isteri itu enggan melakukan hubungan intim bersamanya. Pasangan itu mendakwa bahawa mereka telah diugut beberapa kali sehingga terpaksa melarikan diri […]

Sempat Buka Puasa Sebelum Perlawanan, Karim Benzema Tetap Cergas Jaringkan Hat-trick
Penyerang berbisa Real Madrid, Karim Benzema berjaya mencuri tumpuan apabila tetap memberikan aksi yang terbaik ketika menentang Chelsea walaupun sedang berpuasa. Memetik laporan TBS News, Benzema, 34, berbuka puasa kira-kira 15 minit sebelum perlawanan Suku Akhir Liga Juara-Juara Eropah yang berlangsung awal pagi tadi itu bermula. Tanpa berlengah, pemain yang berasal dari Perancis itu terus […]

Jangan Ada Peningkatan Harga Pelitup Muka Selepas Perakuan MS SIRIM – Pakar
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) — Perakuan dan penandaan MS SIRIM bagi pelitup muka bukan perubatan yang akan dikuatkuasakan mulai 4 Julai depan, diharap tidak akan menyebabkan kenaikan harga produk itu di pasaran. Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatik) Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Malina Osman berkata ini kerana sesuatu produk yang perlu mendapat verifikasi atau disahkan […]

Risiko Alami Darah Beku Lebih Tinggi Sehingga Enam Bulan Selepas Dijangkiti COVID-19 – Kajian
Individu yang pernah dijangkiti COVID-19 berdepan risiko yang lebih tinggi untuk mengalami komplikasi darah beku yang lebih serius sehingga enam bulan selepas dijangkiti, walaupun dalam kes ringan. Perkara itu didedahkan menerusi satu kajian baharu di dalam jurnal perubatan BMJ yang menunjukkan berapa lama ancaman darah beku boleh berlarutan, berbanding penyelidikan sebelum ini yang hanya mengesan […]

Ayah Maher Zain Meninggal Dunia
Pemergian seseorang pasti meninggalkan kesan emosi, lagi-lagi orang yang disayangi. Begitulah nasib yang menimpa seorang penyanyi yang pernah membawa fenomena suatu ketika dahulu dengan lagu “Palestine Will Be Free”, Maher Zain. Penyanyi Sweden yang berasal dari Lubnan itu meluahkan rasa hiba dengan pemergian ayahnya, Mustafa Maher yang meninggal dunia pada hari ini menerusi foto pilu […]