Berita

Berita
Cederakan Isteri Dengan Rotan: Pemilik Restoran Dipenjara 10 Tahun, Empat Sebatan
TAWAU, 13 April – Seorang pemilik restoran dihukum penjara 10 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen Tawau hari ini kerana mencederakan isterinya menggunakan sebatang rotan minggu lepas. Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang berusia 34 tahun yang mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut. Mohd Faizal didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan […]
Berita
Filipina: Angka Korban Akibat Ribut Tropika Megi Meningkat 56
MANILA, 13 April (Bernama) — Angka korban akibat ribut tropika Megi yang melanda Filipina sejak Ahad meningkat kepada 56 termasuk 47 mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh, menurut pihak berkuasa pada Rabu, lapor Xinhua. Datuk Bandar Baybay City, Jose Carlos Cari berkata pasukan penyelamat setakat ini telah menemukan 47 mayat di 10 perkampungan di wilayah Leyte. “Sebahagian […]
Berita
Lelaki Warga Myanmar Maut Ditikam, Tiga Rakan Senegara Ditahan
SHAH ALAM, 13 April (Bernama) — Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita warga Myanmar bagi membantu siasatan kematian seorang lelaki yang juga rakan senegara mereka dalam kejadian di belakang sebuah kedai di Seksyen 25 di sini, Isnin lepas. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata kejadian itu dilaporkan oleh orang awam […]
Berita
Ayah Dr MAZA Meninggal Dunia
Ayah kepada pendakwah terkenal yang juga Mufti Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin meninggal dunia hari ini. Menerusi perkongsian daripada ‘Insta-Story’ miliknya, beliau memaklum berita sedih tersebut dan memohon orang ramai untuk mendoakan keampunan untuk Allahyarham ayahandanya. Berita sedih berkenaan turut dikongsikan oleh beberapa laman facebook sebentar tadi. Tiga hari lepas, beliau […]
Berita
PDRM Gerakkan Unit MPV dan URB Cegah Jenayah Musim Perayaan
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan pasukan Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi mencegah jenayah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri awal Mei ini. Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Aidi Ismail berkata pihaknya menjangkakan orang ramai akan menggunakan peluang cuti Hari Raya Aidifitri dan cuti […]
Berita
Kes Bella: Hakim Dan Semua Pihak Terlibat Lawat Lokasi Kejadian
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) — Hakim dan semua pihak yang terlibat dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda yang didakwa mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella, hari ini melawat lokasi kejadian di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju yang merupakan tempat tinggal mangsa. Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi tiba […]
Berita
Tujuh Individu Didakwa Miliki Kereta Mewah Hasil Kegiatan Judi Haram
SHAH ALAM, 13 April – Tujuh individu termasuk dua wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tujuh pertuduhan berkaitan kes pengubahan wang haram dalam pengumpulan dan pemilikan harta hasil daripada kegiatan judi haram. Kesemua tertuduh membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan oleh juru bahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim […]
Berita
Pemilik Tadika Didakwa Dedahkan Dua Kanak-Kanak Kepada Kecederaan, Lemas
MUAR, 13 April – Seorang pemilik tadika swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendedahkan dua kanak-kanak lelaki di bawah jagaannya kepada kecederaan dan lemas, Februari lepas. Wanita berusia 57 tahun itu yang juga guru di tadika yang beroperasi sejak Oktober 2016 itu, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim […]
Berita
Aidilfitri: Jangan Berhutang, ‘Balas Dendam’ Berbelanja
KUALA LUMPUR, 13 April – Saban tahun, orang ramai akan berbelanja sakan membeli pelbagai barangan seperti pakaian dan langsir baharu, menukar peralatan atau perabot rumah terutama ketika membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tambahan pula, kemeriahan Syawal tahun ini pastinya amat dirindui selepas lebih dua tahun tidak dapat meraikannya berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) […]
Berita
Turki Sasar Jadi ‘Kuasa Besar Logistik’ Menjelang 2053: Erdogan
ANKARA, 13 April (Bernama) — Turki berhasrat muncul sebagai kuasa besar logistik, selaras dengan wawasan 2053 negara itu, kata Presidennya Recep Tayyip Erdogan. Kedudukan Turki yang strategik di segi tiga perdagangan Eropah-Asia-Afrika, menawarkan peluang besar terutama dalam sektor pengangkutan, katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet. Turki membuat pelaburan besar bernilai US$172 bilion dalam […]
Berita
JKM Nafi Poster ‘Bantuan Warga Emas One-Off Sehingga RM500’
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) — Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan kesahihan poster berhubung ‘Bantuan Warga Emas one-off sehingga RM500’ seperti yang sedang tular dalam media sosial. JKM, melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) hari ini menegaskan bahawa poster tular itu adalah palsu. Orang ramai disaran merujuk laman sesawang JKM menerusi www.jkm.gov.my untuk mendapatkan maklumat yang […]
Berita
Bomba Selamatkan Budak 1 Tahun Terperangkap Dalam Kereta Di Stesen Minyak
lPOH, 13 April – Seorang kanak-kanak lelaki terperangkap di dalam kereta yang terkunci di sebuah stesen minyak di Bandar Behrang, Tanjung Malim hari ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dalam satu kenyataan berkata Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim menerima panggilan mengenai insiden itu pada 8.44 pagi tadi. “Setibanya anggota di tempat […]
ATB 2 Gagalkan Cubaan Seludup Keluar Petrol Di Lahad Datu
LAHAD DATU, 13 April (Bernama) — Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar 60,000 liter minyak petrol bernilai RM624,000 ke Filipina dengan penahanan enam lelaki berhampiran Pantai Kampung Bakarat dekat sini, Isnin lepas. Komander ATB 2 Brig Jen Abdul Karim Ahmad berkata penahanan lima lelaki tempatan dan seorang warga Filipina berusia 23 […]
Berita
Sekurang-kurangnya 16 Cedera Dalam Kejadian Tembakan Di Stesen Keretapi Bawah Tanah New York
NEW YORK, 13 April – Sekurang-kurangnya 16 orang cedera dalam serangan bersenjata di stesen kereta api bawah tanah di Brooklyn, New York pagi Selasa, lapor Xinhua. “Lima mangsa dilaporkan dalam keadaan kritikal tetapi stabil dan kini menerima rawatan di hospital,” menurut kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Jabatan Bomba New York Laura Kavanagh. Sejurus selepas kereta api berhenti […]
Berita
Kes Lapan Penunggang Basikal Lajak Maut: Kerani Dipenjara Enam Tahun, Denda RM6,000
JOHOR BAHRU, 13 April – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 ke atas seorang kerani selepas didapati bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja basikal lajak, lima tahun lepas. Hakim Datuk Abu Bakar Katar memerintahkan hukuman penjara ke atas wanita berusia 27, itu […]
Tragedi
Uji Jaket Kalis Peluru Bertukar Tragedi, Remaja Maut Ditembak Rakan
Gara-gara saling berbalas tembakan, percubaan uji jaket kalis peluru sekumpulan remaja akhirnya bertukar tragedi apabila salah seorangnya maut ditembak, lapor Daily Mail. Menurut polis, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian tragis libatkan tiga remaja itu yang berlaku di Bandar Belleview, US pada Ahad baru-baru ini. “Mangsa cedera parah dengan kesan tembakan ketika ditemui di halaman […]
Berita
Enggan Tunduk Dengan Desakan, Rusia Mahu Tamatkan ‘Order Dunia’ Dikuasai Amerika
MOSCOW – Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov mendakwa tindakan ketenteraan Rusia ke atas Ukraine adalah untuk menamatkan order dunia yang dikuasai Amerika Syarikat. Dakwanya lagi, Amerika Syarikat sekian lama cuba menguasai dunia dengan melaksanakan peraturan sendiri dan melanggar undang-undang antarabangsa. Kenyataan dibuat beliau merujuk kepada dakwaan percubaan Amerika Syarikat mencipta ‘order dunia’ mengikut kehendak sendiri […]
Luar Negara
Detik Cemas Insiden Tembakan Dan Letupan Kereta Api Di Brooklyn Tular
BROOKLYN – Sekurang-kurangnya 13 mangsa dilaporkan cedera, termasuk tujuh yang ditembak dalam insiden tembakan rambang dan letupan kereta api bawah tanah di sini, pagi tadi. Detik cemas serangan berdarah itu turut beredar di media sosial, menunjukkan para penumpang berlari dan menjerit sejurus selepas kereta api berhenti di platform stesen. Kejadian penembakan itu dilaporkan berlaku pada […]
Berita
Tengah Sibuk Akad Nikah, Lelaki Ini Dilapor Selamba Curi Wang Hantaran Milik Pengantin
India – Perkahwinan merupakan satu detik istimewa buat pasangan pengantin dan disambut dengan sangat meriah. Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular satu kejadian di India yang memperlihatkan seorang lelaki mencuri wang di jambangan bunga pengantin. Memetik laporan Liputan6, lelaki itu dirakam mengambil satu persatu wang kertas yang tersangkut pada jambangan bunga itu. Tindakannya itu agak berani […]
Berita
Tiada Unsur Rasuah Dalam Pembinaan Jeti RM50,000 Di Miri, Sarawak
KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada unsur rasuah dalam projek pembinaan jeti kayu di Kampung Mutap, Miri, Sarawak yang tular di media sosial baru-baru ini. Sumber SPRM berkata kayu yang diguna dalam projek bernilai RM50,000 berkenaan adalah kayu belian asli dan disahkan oleh pakar. Menurut sumber itu, ibu […]