Berita

Indonesia Henti Op Carilamat Penyelam Remaja Warga Belanda
MERSING, 18 April (Bernama) — Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia menghentikan Op Carilamat mengesan penyelam warga Belanda Nathen Renze Chesters pada 7 malam tadi. Remaja berusia 14 tahun itu dilaporkan meninggal dunia selepas empat hari hilang ketika menyelam di Pulau Tokong Sanggol di sini dan disyaki hanyut ke perairan Indonesia. Pengarah Zon Maritim […]

Lebih 30 Peratus Harga Tiket Kapal Terbang Telah Diturunkan – KSU MOT
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) — Lebih 30 peratus harga tiket penerbangan telah diturunkan susulan kesediaan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) untuk bertolak ansur menurunkan kadar harganya pada musim perayaan. Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Isham Ishak bagaimanapun berkata suruhanjaya itu akan mengeluarkan kenyataan rasmi bagi melihat secara terperinci kadar perbandingan penurunan harga tiket penerbangan dalam […]

KD Jebat Patahkan Cubaan 21 Bot Nelayan Asing Masuk Perairan Negara
IPOH, 18 April (Bernama) — Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya mengekang cubaan pencerobohan 21 buah Bot Nelayan Asing (BNA) daripada memasuki perairan negara berhampiran perairan Pulau Perak petang semalam. TLDM dalam kenyataan memaklumkan penyaluran maklumat yang pantas menerusi Pusat Kawalan Maritim (MCC) Barat telah mengatur gerak aset terhampir iaitu Kapal Diraja (KD) Jebat […]

Kes Basikal Lajak: Kerani Wanita Dibebaskan Dengan Jaminan Sementara Rayuan Didengar
PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) — Seorang kerani wanita yang ditahan di penjara atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, hari ini dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 serta seorang penjamin, sementara rayuannya didengar di Mahkamah Rayuan. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk P. Ravinthran bersama-sama Datuk Lee Heng Cheong dan […]

Lelaki Maut, Basikal Yang Dinaikinya Dirempuh Kereta
Lipis – Seorang penunggang basikal dilaporkan maut selepas dirempuh oleh sebuah kereta yang terbabas dalam kejadian pada Ahad di kilometer 15 Benta-Jerantut. Memetik laporan Astro Awani, kereta tersebut hilang kawalan dari arah hadapan dan memasuki laluan basikal. Difahamkan, mangsa, Mohamad Awang, 66, berbasikal ke Jerantut untuk membeli barangan dapur dan telah dirempuh kereta jenis Proton […]

Satu Daripada Lima Umat Manusia Berdepan Kemiskinan, Kelaparan Akibat Krisis Ukraine – Guterres
PRAGUE, 18 April (Bernama) — Krisis di Ukraine boleh mengakibatkan lebih satu daripada lima orang, atau sekitar 1.7 bilion populasi dunia berdepan kemiskinan dan kelaparan, menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres. “Kita melihat tragedi itu berlaku di Ukraine. Tetapi tanpa disedari, krisis itu turut mendatangkan kesan buruk terhadap negara membangun. “Krisis itu […]

Gunung Berapi Anak Krakatau Dilapor Meletus Lagi
Gunung Anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda dilaporkan telah meletus malam tadi sehingga mengeluarkan abu setinggi 800 meter. Memetik laporan Tribun News, orang ramai telah dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan itu dalam radius 2 kilometer. Badan Geologi Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral berkata Gunung Anak Krakatau telah meletus sekitar jam 9.15 malam. Keadaan abu […]

Empat Lelaki Ditahan, Didakwa Rogol Biawak Secara Beramai-Ramai
India – Empat lelaki dilaporkan telah ditahan selepas didakwa merogol seekor biawak jenis Bengal Monitor di Sahydari Tiger Reserve, berhampiran kampung Gothane di Maharashthra. Memetik laporan India Today, kesemua suspek adalah pemburu yang disyaki memasuki kawasan itu dan melakukan jenayah tersebut. Jabatan Hutan Maharashtra dikatakan mendapat tahu mengenai kejadian tersebut setelah telefon bimbit milik tertuduh […]

Wanita Terkejut Dapat Tahu Anak Angkat Yang Diasuhnya Sebenarnya Anak Kandung Suami
Seorang wanita di United Kingdom terkejut setelah mengetahui bahawa anak angkat yang dibesarkan selama ini adalah anak kandung kepada suaminya. Memetik laporan Mirror, ibu kepada lima anak itu sentiasa menginginkan keluarga yang besar namun selepas dikurniakan tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki, dia mula menghadapi masalah kesihatan dan tidak lagi dapat mengandung. Selepas itu, […]

Time Travel Ke Dunia Lain, Teroka ‘Lubang Cacing’ Mungkin Tidak Mustahil – Kajian
Kembara masa atau disebut sebagai time travel ke dunia lain mungkin tidak mustahil boleh dilakukan satu masa nanti, lapor Daily Star. Lebih daripada 1,500 muka surat dokumen telah diterbitkan bagi memberi penerangan mengenai Program Kerja Rahsia Pentagon mengenai mahluk asing dan masa depan di angkasa lepas. Menurut dokumen yang dikeluarkan Pentagon itu, pengembaraan masa dan […]

Polis Kesan Warga Asing Enggan Pakai Pelitup Muka, Tunjuk Isyarat Lucah
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian tular seorang lelaki warga asing yang berang ketika ditegur tidak memakai pelitup muka sehingga mengeluarkan kata kesat dan menunjuk isyarat lucah kepada pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Jalan Ampang. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata rakaman video berdurasi 18 saat […]

JKDM Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai RM4.5 Juta Termasuk Cukai
KOTA BHARU, 17 April (Bernama) — Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas lebih 5.83 juta batang rokok putih bernilai RM4.5 juta termasuk cukai dalam tiga operasi berasingan antara akhir bulan lepas dan Khamis lalu. Pengarahnya Mohd Nasir Deraman berkata rokok itu dipercayai diseludup masuk dari negara jiran untuk dipasarkan di negeri ini. Beliau berkata rampasan dilakukan di Jalan […]

Pengeluaran Khas KWSP Diawalkan 18 April Esok – Tengku Zafrul
Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dijadualkan 20 April ini akan diawalkan 18 April esok. Perkara tersebut disahkan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi satu kenyataan sebentar tadi. “Ramai yang message dan komen dalam social media saya, “YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?” “Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah […]

Anggota Polis Maut Kemalangan Jalan Raya
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Seorang anggota polis meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kenderaan jenis jip di Jalan Kampong Sri Cheeding, Jenjarom, petang semalam. Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata ketika kejadian pada 4.45 petang itu, Koperal Muhamad Nazri Mohd Nor, 31, yang bertugas di Balai […]

Pegawai Kanan Bomba Perak Cedera, Isteri Parah Dalam Kemalangan
IPOH, 17 April (Bernama) — Seorang pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak cedera apabila kereta yang dipandunya melanggar bahagian belakang sebuah lori sampah di Taman Chepor Impian di sini hari ini. Jurucakap JBPM Perak berkata Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya menerima panggilan kecemasan pada 1.33 tengah hari tadi. “Mangsa, Taufik Asyarun Zainuddin berusia lingkungan […]

Puluhan Bangkai Naga Laut Terdampar Di Pantai
Puluhan bangkai naga laut ditemui terdampar di sebuah pantai di Australia baru-baru ini hingga mengejutkan kebanyakan pengunjung di sana, lapor Daily Star. Menurut laporan, kemunculan puluhan bangkai naga laut di pantai tersebut dipercayai adalah disebabkan fenomena hujan yang berlangsung beberapa minggu ketika ini. Difahamkan, sebahagian pakar turut terkejut dengan kehadiran luar biasa haiwan berkenaan yang […]

Ibu Tunggal Kutip Barangan Terpakai Besarkan Empat Anak
MELAKA, 17 April (Bernama) — Berdepan pelbagai reaksi negatif termasuk herdikan kata-kata kesat ketika mengutip barangan terpakai tidak mematahkan semangat seorang ibu tunggal, Umi Nur Faizah Fauzan Ali Halimi, 39, untuk meneruskan pekerjaan itu bagi membesarkan empat anak perempuannya. Umi Nur Faizah yang mesra dipanggil Umi berkata dia terpaksa melakukan pekerjaan yang dianggap kotor, jijik […]

Lalat Askar Hitam Urus Sisa Buangan Sampah Secara Lestari – Tuan Ibrahim
TANAH MERAH, 17 April (Bernama) — Projek Pengurusan Sisa Lestari menggunakan lalat askar hitam atau Black Soldier Fly (BSF) mampu memantapkan pengurusan sisa buangan organik harian termasuk di tempat pelupusan sampah secara lestari. Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata projek itu dibiayai Geran Pemangkin Bandar Rendah Karbon (GeRAK) di […]

Tindakan Pemimpin Parti Haluan Kanan Di Denmark Bakar Al-Quran Dikecam
Sweeden – Seorang pemimpin parti berhaluan kanan di Denmark dilaporkan telah meletakkan senaskah al-Quran di atas lantai sebelum membakarnya di kawasan yang majoritinya penduduk beragama Islam dalam kejadian pada Khamis lalu. Memetik laporan TRTWorld, lelaki tersebut telah diiringi oleh polis dan pergi ke kawasan awam terbuka di selatan Linkoping sebelum meletakkan kitab suci al-Quran itu […]

Malaysia Kecam Sekeras-Kerasnya Tindakan Provokasi Bakar Al-Quran Di Sweeden
PUTRAJAYA, 17 April (Bernama) — Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokasi oleh pemimpin Stram Kurs, Rasmus Paludan yang membakar senaskhah al-Quran di Linkoping, Sweden. Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Ahad menyifatkan tindakan itu melangkaui batas dan norma hak kebebasan bersuara. “Tindakan itu merupakan suatu usaha provokasi dan menghasut kebencian yang mesti ditolak semua […]