Berita

Berita
Gempa Bumi Dilapor ‘Gegar’ Papua, Indonesia Sebentar Tadi
Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.4 dilaporkan telah berlaku di Papua, Indonesia pada jam 1.49 petang tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu terletak di 1.6° Selatan dan 136.7° Timur. Ia berlaku dengan kedalaman 46 km dan 453km Barat dari Jayapura, Indonesia. Pun begitu, gempa tersebut tidak memberikan ancaman tsunami kepada Malaysia. GB […]
Berita
Tiket Penerbangan Mahal: Jangan Ambil Kesempatan Musim Perayaan – PM
BERA, 17 April (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengingatkan pengendali syarikat penerbangan agar tidak mengambil keuntungan secara berlebihan dengan menaikkan harga tiket ke Sabah dan Sarawak terlalu tinggi pada musim perayaan ini. Menurutnya berdasarkan laporan media, harga tiket berkenaan dikatakan naik sehingga 500 peratus pada musim perayaan, dan beliau […]
Berita
Debat Perdana Anwar Dan Najib Pada 12 Mei
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Debat Perdana antara Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan berlangsung pada 12 Mei ini di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, di sini pada pukul 9 malam. Pengarah Komunikasi PKR Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata format debat perdana yang dijangka […]
Berita
Garis Panduan Pengurusan Dan Pengoperasian Sekolah 4.0 Diumum Bulan Ini – Radzi
KOTA BHARU, 17 April ( Bernama) — Kementerian Pendidikan (KPM) dijangka membentangkan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 pada bulan ini, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin. Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) berkaitan garis panduan tersebut ketika ini di peringkat akhir perincian sebelum diumumkan. “Kami mengambil kira semua pandangan termasuk daripada […]
Berita
Saintis Dilapor Berjaya Temui Penawar Penyakit Serangan Jantung Pertama Di Dunia
Penawar bagi penyakit serangan jantung dilaporkan telah ditemui iaitu dengan menggunakan cara penjejakan genetik yang mencipta vaksin COVID-19 sebelum ini. Memetik laporan Daily Mail, kod genetik yang dipanggil sebagai mRNA itu menghasilkan protein untuk menjana sel jantung yang sihat. Hasil penyelidikan yang dilakukan oleh para saintis di King’s College London itu boleh membawa kepada penawar […]
Berita
Lelaki Pecah Rekod Dunia, Tonton Filem Spider-Man: No Way Home 292 Kali Di Pawagam
Florida – Seorang lelaki dari Amerika Syarikat telah berjaya mencipta rekod dunia selepas menonton filem Spider-Man: No Way Home di pawagam sebanyak 292 kali. Memetik laporan The Direct, lelaki yang dikenali sebagai Ramiro Alanis itu telah menonton filem tersebut antara 16 Disember 2021 dan 15 Mac 2022. Secara puratanya, Ramiro menonton lebih daripada tiga kali […]
Berita
Kerajaan Hormati, Tak Campur Tangan Keputusan Mahkamah Kes Basikal Lajak – Wee
ISKANDAR PUTERI, 16 April (Bernama) — Kerajaan menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara dan denda ke atas pemandu wanita terlibat nahas basikal lajak lima tahun lepas di Johor Bahru selepas disabitkan kesalahan baru-baru ini. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata masyarakat perlu memahami Malaysia mempunyai tiga cabang kuasa iaitu penggubalan […]
Berita
Kes Basikal Lajak: Rayuan Pemandu Wanita Didengar Isnin Ini
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Rayuan pemandu wanita terhadap hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja yang menaiki basikal lajak lima tahun lalu, akan didengar di Mahkamah Rayuan Putrajaya, Isnin ini. Menerusi semakan sistem mahkamah, rayuan Sam Ke Ting, 27, akan didengar di hadapan panel […]
Berita
Kanak-kanak Tunggang Basikal Lajak Secara Berbahaya Di Lekas, Video Lama – Polis
SEREMBAN, 16 April (Bernama) — Polis menjelaskan video tular berdurasi 44 saat di laman sosial Facebook yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak menunggang basikal lajak secara berbahaya di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) hari ini, merupakan video lama. Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata semakan mendapati kejadian tersebut dipercayai berlaku pada September 2019 sekitar pukul 1 tengah hari di Kilometer (KM) 39 hingga KM […]
Berita
Pemandu E-Hailing Nyaris Maut Dikelar Penumpang Perempuan
KUALA LUMPUR – Seorang pemandu e-hailing nyaris maut dikelar di leher oleh penumpang iaitu seorang remaja perempuan. Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.55 pagi di Jalan Kovil Hilir, Jalan Ipoh pada 13 April lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Assisten Komisioner Beh Eng Lai, mangsa yang berusia 63 tahun mengambil suspek, seorang remaja warga tempatan […]
Berita
Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Jatuh Tingkat 18
KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas terjatuh dari balkoni tingkat 18 sebuah kondominium awal pagi tadi. Mangsa berusia empat tahun yang tindilaporkan terjatuh dari salah satu unit di tingkat berkenaan ketika ibunya tiada di rumah. Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, polis menerima laporan daripada orang awam yang menemui […]
Berita
Tiga Warga Indonesia Ditahan Bantu Siasatan Penemuan Mayat Di Sepang
SEPANG, 16 April (Bernama) — Tiga lelaki warga Indonesia termasuk seorang pemastautin tetap ditahan di Padang Jawa, Shah Alam awal pagi ini bagi membantu siasatan berkaitan kes pembunuhan seorang lelaki warga Bangladesh yang mayatnya ditemukan di tepi Jalan Sepang-Salak di sini semalam (15 April). Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika […]
Berita
Bantuan Khas Kewangan RM1,000 Untuk Penjawat Awam Perak
IPOH, 16 April (Bernama) — Kerajaan Perak mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000, kepada setiap penjawat awam di negeri itu. Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata penyaluran bantuan khas tersebut, dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April 2022. “Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam memikul […]
Berita
KJ Jangka Kes Covid-19 Meningkat Selepas Sambutan Aidilfitri
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya menjangkakan jumlah jangkitan Covid-19 di negara ini akan meningkat selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. Beliau berkata, jangkaan itu dibuat memandangkan ramai yang akan pulang beraya di kampung tahun ini memandangkan sudah 2 tahun aktiviti berkenaan tidak dapat dilaksanakan. “Bila balik raya nanti akan berjumpa dan bergaul antara saudara mara […]
Berita
Empat Beranak Parah Ditetak Ketika Mahu Berbuka Puasa, Suspek Masih Diburu Polis
KOTA TINGGI – Satu keluarga parah ditetak ketika sedang menunggu untuk berbuka puasa dalam kejadian di Kampung Sedili Kecil Kuala Sedili semalam. Memetik Kosmo, kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam itu melibatkan seorang wanita berusia 34 tahun, ibu mentua berusia 50-an dan dua adik ipar berusia antara 16 dan 31 tahun dilaporkan parah. Ketua Polis […]
Berita
Saintis Dilapor Berjaya Cipta Alat Bantu Sperma Sihat Berenang & ‘Asingkan Diri’ Dari Sperma Tak Sihat
Sperma yang sihat adalah satu ‘bahan’ yang penting bagi mana-mana lelaki dan pasangannya untuk menimang cahaya mata. Dianggarkan, kira-kira 10 peratus lelaki, dilapor menghadapi masalah kesuburan, di mana sperma tidak sihat sering dipersalahkan. Bertentangan dengan kepercayaan ramai, lelaki yang menghadapi masalah kesuburan sebenarnya masih menghasilkan sperma yang sihat. Bagaimanapun, jumlah sperma sihat yang dihasilkan adalah […]
Berita
Manusia ‘Tanpa Kepala’ Ditemui Dalam Google Maps, Merayau Bawa Kapak & Nota ‘Misteri’
Pengguna aplikasi peta, Google Maps dilaporkan menemui imej misteri yang kelihatan seperti manusia memakai sut perlindungan diri namun tanpa kepala dan seluruh anggota badan seperti halimunan. Memetik Daily Star, imej tersebut yang dilihat berdiri ditengah jalan dikesan menggunakan peta Google di kawasan Limbungan Tentera Laut Brooklyn, Bandar Raya New York. Bagaimanapun, menurut laporan gambar tersebut […]
Berita
Gangguan Perkhidmatan Maybank Kembali Pulih, Hanya Aplikasi MAE Masih Dalam Selenggaraan
CYBERJAYA – Gangguan perkhidmatan melibatkan sistem perbankan Maybank kini dilapor sudah kembali pulih. Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Maybank melalui satu hantaran di Facebook sebentar tadi. “Kami ingin maklumkan kepada anda bahawa perkhidmatan ATM, Terminal Layan Diri (SST), M2U web dan perkhidmatan mudah alih sudah disambung semula,” kata kenyataan itu. Bagaimanapun, Maybank memaklumkan aplikasi MAE masih […]
Berita
Janin Bertali Pusat Ditemukan Di Tempat Penapisan Loji Kumbahan
TANJUNG MALIM, 16 April- Janin bayi yang masih bertali pusat ditemukan di tempat penapisan sampah loji kumbahan di Kota Malim Prima di sini semalam. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata janin yang tidak dapat dikenal pasti jantina itu dijumpai oleh pekerja yang melakukan kerja pembersihan sistem penapisan loji kumbahan itu yang memaklumkan kepada […]
Berita
Rakaman Video Siti Bainun Layan Saksi Didakwa Seperti ‘Hamba Abdi’ Ditayang Di Mahkamah
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) — Mahkamah Sesyen di sini hari ini ditunjukkan beberapa rakaman video yang memaparkan layanan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terhadap penghuninya yang didakwa layanan seperti ‘hamba abdi’. Antara rakaman tersebut adalah sambutan hari lahir Yasmin Nahar Mahmood, 19, yang ketika itu penghuni di rumah tersebut, video Yasmin bercuti bersama […]