Berita

Lelaki Tonton ‘Spider-Man: No Way Home’ 292 Kali
Seorang lelaki di Florida, US telah tonton filem aksi Marvel Spider-Man: No Way Home sebanyak 292 kali selama tiga bulan, sekaligus berjaya memecah rekod dunia, lapor CNN. Menurut CNN, lelaki tersebut, Ramiro Alanis mengganggarkan bahawa dia telah membelanjakan lebih RM14,000 untuk membeli tiket wayang filem tersebut selama tempoh tiga bulan. Imbas kembali, sebelum ini Alanis […]

Lelaki Maut Teguk Pencuci Lantai, Disyaki Bunuh Diri
Seorang lelaki yang merupakan pekerja di sebuah salon dilapor maut di kediamannya gara-gara disyaki bunuh diri dengan meneguk cecair pencuci lantai, lapor Kompas.com. Menurut laporan, kejadian tragis itu didakwa berlaku di kediaman mangsa di Kota Bekasi, Jakarta pada waktu sekitar tengah hari 18 April semalam. Difahamkan, saksi yang juga merupakan rakan sekerja menemui jasadnya kerana […]

Budak Kencing Dalam Botol Di Restoran, Netizen Berpendapat ‘Ia Tak Jadi Masalah’
Tular gambar seorang wanita yang membantu seorang budak lelaki untuk kencing ke dalam botol di medan selera Plaza Tiong Bahru, Singapura baru-baru ini. Menurut Mothership, gambar kontroversi yang dimuat naik di laman Facebook komuniti “COMPLAINT SINGAPORE” itu mendapat perhatian orang ramai. Berdasarkan gambar itu, budak lelaki tersebut sedang berdiri di atas kerusi sambil kencing ke […]

Pengeluaran Khas KWSP: Peringatan, Tidak Perlu Buat Tiga Benda Ini
Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akhirnya telah dikreditkan ke akaun ahli secara berperingkat mulai 18 April hari ini. Difahamkan, tarikh asal sebenar pengkreditkan Pengeluaran Khas KWSP tersebut sebenarnya dijadualkan bermula 20 April ini. Bagaimanapun hasil suara dan rintihan rakyat, akhirnya Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menetapkan pengkreditan tersebut diawalkan bermula 18 […]
Wanita Didakwa Palsu Dokumen Dapatkan Tender Berjumlah RM21 Juta
KOTA KINABALU, 18 April (Bernama) — Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, di sini hari ini atas 50 pertuduhan memalsukan dokumen bagi mendapatkan tender perkhidmatan bekalan makanan bermasak di asrama sekolah bernilai RM21 juta sekitar 2014 hingga 2018 lepas. Rita Pengeran, 31, memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu […]

Ikan Lumba-lumba Terdampar Di Pantai Mati Selepas ‘Ditunggang’ Pengunjung
Seekor ikan lumba-lumba yang terdampar sakit di Pantai Quintana, Texas baru-baru ini mati selepas pengunjung pantai cuba ‘menunggangnya’ untuk berenang bersama, lapor Metro UK. Menurut badan bukan kerajaan (NGO) Texas Marine Mammal Stranding Network (TMMSN), pada awalnya pihaknya menerima laporan daripada pengunjung mengenai seekor ikan lumba-lumba yang terdampar di pantai tersebut. Kemunculan ikan lumba-lumba yang […]

Nelayan Temui Mayat, Leher Dijerut Tali & Diikat Di Pokok
Mayat seorang lelaki dalam keadaan leher dijerut tali dan diikat pada sebatang pokok ditemui di satu lokasi di Pulau Melaka, Melaka hari ini, lapor Utusan. Merujuk Utusan, mayat yang dipercayai warga tempatan berusia 27 tahun itu ditemui dalam keadaan terduduk oleh seorang nelayan di lokasi kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari tadi. Menurut Ketua Polis […]

Khairy Bakal Umum ‘Sesuatu’ Sebelum Menjelang Aidilfitri
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi akaun Tiktok miliknya sebentar tadi memaklumkan bakal mengumumkan ‘sesuatu’ sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri ini. Selain itu, beliau juga mengatakan akan memaklumkan beberapa lagi perkara penting pada minggu hadapan. “Minggu depan saya akan umumkan ‘update’ berkenaan dengan sambutan hari raya. Jeng…jeng…jeng…,” katanya pada bahagian akhir video tersebut. Di […]

Thailand: 1,917 Nahas Jalan Raya, 277 Kematian, Dalam Tempoh 7 Hari Songkran
BANGKOK, 18 April (Bernama) — Seramai 1,869 orang cedera manakala 278 lagi maut dalam 1,917 kes nahas jalan raya yang direkodkan sepanjang tujuh hari sambutan Songkran (seven dangerous days’ of Songkran) dari 11 hingga 17 April – termasuk dua hari sebelum dan selepas sambutan perayaan itu dari 13 hingga 15 April. Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Keselamatan Jalan Raya, Nirat Pongsitthaworn […]
Petani Maut, Dua Cedera Parah Dalam Kemalangan
ALOR SETAR, 18 April (Bernama) — Seorang petani maut manakala dua lagi cedera parah selepas dua kenderaan bertembung dalam kemalangan di Jalan Kampung Padang Gelanggang, di Ayer Hitam dekat Kubang Pasu awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Rodzi Abu Hassan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa yang maut dikenali […]

Polis Kesan Cubaan Dapatkan Data Peribadi Di Media Sosial
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan taktik terbaharu cubaan untuk mendapatkan data peribadi (phishing) melalui hantaran mesej di media sosial. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata berdasarkan risikan dilakukan pihaknya, pengguna laman sosial akan menerima mesej […]

Suami Isteri Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM214,776
NIBONG TEBAL, 18 April (Bernama) — Polis menahan suami isteri dan menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang mencampurkan serbuk dadah serta dibungkus menjadi pelbagai jenis minuman segera seperti jus buah-buahan, coklat, teh dan minuman tiga dalam satu, dalam serbuan di sebuah rumah di Simpang Ampat, di sini 13 April lepas. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) […]

Wanita Antara Enam Ditahan Edar Dadah Hampir RM400,000
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) — Seorang wanita antara enam individu ditahan polis kerana disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang menerusi Op Gaston pada Khamis dan Jumaat lepas, yang melibatkan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM386,757. Kesemua suspek berumur lingkungan 20 hingga 45 tahun itu, ditahan dalam beberapa serbuan berasingan di kondominium […]

Maybank Alami Gangguan Perkhidmatan, Ini Beberapa Servis Terganggu
Maybank sebentar tadi memaklumkan bahawa pihaknya sedang mengalami masalah teknikal berkaitan beberapa perkhidmatan buat sementara waktu. Menurut kenyataan di laman Facebook rasmi, antara yang tergendala dan terganggu buat masa ini adalah penggunaan kad debit serta beberapa fungsi lain. “Harap maklum bahawa penggunaan kad debit tidak tersedia buat sementara waktu, dan kami sedang mengalami kelambatan berselang-selang […]

Pengeluaran Khas KWSP Sudah Mula Dikreditkan, Pemohon Boleh Periksa Akaun
Tarikh pengkreditan Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah diawalkan dari 20 April ke 18 April hari ini. Demikianlah seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi satu kenyataan pada semalam. Menurut Tengku Zafrul, pengkreditan Pengeluaran Khas KWSP itu akan dijalankan secara berperingkat-peringkat bermula dari hari ini. Justeru, bagi mana-mana […]

Lelaki ‘Kasanova’ Didakwa Tipu Kerani Wanita
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) — Seorang lelaki ‘kasanova’ didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang kerani syarikat swasta yang dijanji mahu dikahwini sehingga memperdayakan mangsa untuk menyerahkan wang dan barang kemas berjumlah RM152,500. Hisyah Sayuti, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali. […]

Lendir Gergasi Dalam Hidung, Lelaki Derita Sukar Bernafas & Hilang Deria Bau
Lendir gergasi yang ‘bersarang’ dalam hidung seorang lelaki di UK sejak 10 tahun dahulu akhirnya berjaya dikeluarkan baru-baru ini, lapor Metro UK. Menurut Metro UK, selepas bertahun-tahun lelaki tersebut, Tony mengalami kesukaran bernafas, akhirnya dia mulai bingung apabila deria baunya hilang. Dia juga berasakan ada sesuatu yang ‘bergerak’ dalam lubang hidungnya dan akhirnya membuat keputusan […]

Perintah Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan 30 April Hingga 2 Mei, 7 dan 8 Mei – Wee Ka Siong
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menjalankan Pra-Ops Hari Raya Aidilfitri dari 25 hingga 28 April nanti. Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini. Menerusi ciapan ringkas Bernama, Pra-Ops itu melibatkan pemeriksaan bas ekspres. Dalam pada itu, perintah larangan pemanduan kenderaan barangan akan bermula dari 30 April hingga 2 […]

Dipecat Kerana Tak Suka Majikan Sambut Hari Lahirnya, Lelaki Terima Ganti Rugi RM1.9 Juta
Amerika Syarikat – Seorang lelaki yang mengalami masalah keresahan melampau (anxiety disorder) dilaporkan telah mendapat wang berjumlah RM1.9 juta selepas majikannya berkeras menyediakan majlis kejutan hari jadi buatnya. Memetik laporan NBC News, lelaki itu meminta kepada majikannya agar tidak meraikan hari lahirnya kerana ia boleh mencetuskan serangan panik ke atas dirinya. Bagaimanapun, rayuannya tidak diendahkan oleh […]

Bertahun Anak Merantau, Bapa Tya Arifin Menangis Sebak Pertama Kali Tengok Pejabat Anak Di Malaysia
Sungguh, di atas muka Bumi, hanya ada dua insan hebat sahaja yang sentiasa percaya dengan kebolehan diri dan tetap tersenyum dengan apa jua pencapaian yang kita berjaya gapai. Hebat atau biasa-biasa sahaja, pada mereka berdua, itulah kebahagiaan terbesar apabila melihat impian kita menjadi realiti. Siapakah dua insan hebat itu? Tidak lain dan tidak bukan, sudah […]