Berita

Fasiliti Nuklear Israel ‘Diserang’ Landak Perosak
Sebuah fasiliti nuklear paling ‘terahsia’ di Israel berada dalam ancaman bahaya gara-gara ‘diserang’ landak perosak yang menjadikan kawasan itu sebagai ‘rumah’ mereka. Menurut Daily Star, Pusat Penyelidikan Nuklear Shimon Peres di Negev, Tel Aviv itu mula didatangi kawanan landak sejak beberapa tahun yang lalu. Difahamkan, pada awalnya haiwan itu datang sebagai satu kumpulan yang kecil, […]

Pemuda Cedera Ketika Menangkap Pelarian Rohingya Lolos
BANDAR BAHARU, 21 April (Bernama) — Seorang pemuda cedera di kaki selepas terjatuh dari motosikalnya yang ditendang pelarian etnik Rohingya ketika cuba menahan mereka selepas lolos dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dekat sini, semalam. Menceritakan kejadian itu, Mohamad Ashraf Firdaus Mohd Yusof, 30, berkata dia bersama beberapa orang penduduk kampung bertindak mengejar sekumpulan pelarian itu […]

Kebakaran Rumah Di Semporna Berulang, Mangsa Pasrah Mulakan Kembali Kehidupan
SEMPORNA, 21 April (Bernama) — Kehilangan segala harta benda dalam kejadian kebakaran rumah pada tahun 2015, Angelista Bastara sama sekali tidak menyangka kejadian itu berlaku sekali lagi malam tadi, namun beliau pasrah untuk memulakan kembali kehidupannya. Angelista, 45, berkata tragedi malam tadi menyebabkan semua harta benda yang dikumpul selepas kebakaran tahun 2015 itu musnah sekelip mata, […]

Viral Proton Preve Didakwa Lawan Arus Dipercayai Di Lebuhraya Seremban – Port Dickson
Sebuah rakaman yang menunjukkan kereta Proton Preve bewarna hitam didakwa dipandu secara melawan arus menjadi tular di platform TikTok hari ini. Insiden tersebut dipercayai berlaku di Lebuhraya Seremban – Port Dickson. Rakaman berkenaan dimuat naik oleh akaun TikTok Utusan, dipercayai dirakam oleh pengguna lebuh raya yang menggunakan laluan itu. Ketika kereta berkenaan dipandu melawan arus, […]

Polis Lulus Permohonan Enam Syarikat Jual Bunga Api Di Kelantan
KOTA BHARU, 21 April – Polis Kelantan meluluskan enam syarikat yang memohon bagi penjualan bunga api pada musim perayaan Aidilfitri kali ini, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat. Beliau berkata daripada 13 permohonan yang diterima, hanya enam sahaja diberikan kelulusan untuk menjual bunga api iaitu jenis ‘pop-pop’ dan ‘happy boom’ kerana ia tidak membahayakan […]

Video Buli Pelajar Asrama Sekolah Sibu Tular, Polis Kenal Pasti Suspek Dan Mangsa Terlibat
SIBU – Baru-baru ini, tular satu video pendek kejadian buli di salah sebuah asrama sekolah di Sibu. Video berkenaan mula tular di laman Facebook semalam (20 April 2022) dan sempat mendapat perhatian warganet. Dalam video berdurasi 23 saat itu, dapat dilihat beberapa individu sedang membuli seorang lelaki yang dikenalpasti pihak polis merupakan pelajar sekolah berkenaan. […]

Polis Buru Lelaki Siku Pembonceng Wanita Atas Motosikal
Klang – Pihak polis kini sedang mengesan penunggang motosikal yang tular selepas bertindak menyiku seorang wanita ketika di Jambatan Teluk Gadong, Jalan Sungai Bertih baru-baru ini. Memetik laporan Kosmo, video berdurasi 11 saat itu telah dikesan oleh pihak Polis Daerah Klang Selatan di laman Facebook, kira-kira pukul 8.30 malam tadi. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, […]

KPDNHEP Umum Harga Maksimum Skim Harga Maksimum Bagi Musim Hari Raya Puasa 2022
PUTRAJAYA, 21 April 2022 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) terus komited untuk memastikan Keluarga Malaysia dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup (COL) ketika ini. Kementerian telah melaksanakan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam pada 5 Februari 2022 dan sedang berkuatkuasa sehingga 5 Jun 2022 sebagai langkah […]

Malaysia Dapat 14,306 Kuota Haji – Idris Ahmad
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) — Seramai 14,306 jemaah haji dari Malaysia dibenarkan untuk mengerjakan haji tahun ini iaitu 45 peratus daripada kuota biasa yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi. Perkara itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad pada majlis pengumuman jumlah kuota haji Malaysia bagi 1443H hari ini yang […]

‘Unboxing’ Samsung A33 5G, ‘Smartphone’ Kelas Pertengahan Terhebat 2022 Setakat Ini
Samsung Galaxy A33 5G merupakan salah satu telefon pintar 5G terawal di Malaysia, sekaligus menjadikan ianya peranti kelas pertengahan terhebat 2022 setakat ini. Baru-baru ini kami berkesempatan membuat ‘unboxing’ telefon pintar tersebut. Ternyata, peranti kelas pertengahan ini menawarkan prestasi keseluruhan yang mengagumkan pada harga berpatutan, RM1,499. Tanpa membuang masa, jom kita tengok ciri-ciri ditawarkan peranti […]
Bekas Penyelia Rancangan Tanah Tak Mengaku Salah Palsu Dokumen
KUANTAN, 21 April (Bernama) — Seorang bekas penyelia rancangan tanah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan memalsukan dokumen berkaitan senarai akaun penerimaan bayaran tunai, dua tahun lepas. Muhammad Aizat Ziadi, 33, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain. Tertuduh yang beralamat […]

Bekas KSN Tan Sri Dr Ali Hamsa Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) — Bekas Ketua Setiausaha Negara ( KSN ) Tan Sri Dr Ali Hamsa meninggal dunia pada usia 66 tahun di Hospital Dublin, Ireland pada Khamis. Perkara berkenaan disahkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan hari ini. Menyifatkan Ali sebagai tokoh besar dalam perkhidmatan awam negara, […]

Isteri Dibelasah 15 Lelaki Gara-gara Dituduh Curang
Seorang isteri di India dibelasah 15 individu secara terbuka gara-gara dituduh menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain, lapor Daily Star. Malah tidak cukup dibelasah, wanita curang itu juga turut dipaksa berkahwin dengan kekasih skandal pilihannya itu. Menurut Daily Star, adegan ngeri itu berlaku di sebuah perkampungan di Madhya Krishnapur dalam wilayah Bengal Barat pada malam […]

Tahanan Rohingya Lari Ikut Rakan
BANDAR BAHARU, 20 April (Bernama) — “Kami lari kerana semua rakan melarikan diri,” demikian alasan diberikan dua tahanan Rohingya yang diberkas sepasukan anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) di jalan Sungai Rambai, Relau dekat sini, malam tadi. Dua tahanan lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikesan sekitar 9.58 malam selepas bersembunyi kira-kira 18 […]

Digelar “Satan II” Oleh Barat, Rusia Dilapor Berjaya Uji Peluru Berpandu Balistik Antara Benua Baharu, Sarmat
Rusia dilapor berjaya menguji peluru berpandu balistik antara benua baharu, Sarmat hari ini yang memberikan isyarat baharu ditengah-tengah konflik negara itu dengan Ukraine. Peluru berpandu berkenaan dikatakan mempunyai keupayaan untuk menyasarkan mana-mana sahaja kedudukan di semua negara Eropah dan Amerika Syarikat. Senjata ini dipanggil sebagai ‘Satan II’ oleh Amerika Syarikat dan negara-negara Barat. President Putin […]

Ibu Bunuh Diri & Anak Kecil Mati Keracunan, Disyaki Kecewa Kerana ‘Orang Ketiga’
Seorang ibu tekad mengakhiri hidupnya dengan sangat tragis bersama-sama dua anaknya dengan bunuh diri disyaki kerana ‘orang ketiga’, lapor Tribun News. Menurut Tribun News, wanita tersebut yang berumur 29 tahun dilapor meracuni kedua-dua anaknya sebelum dia menggantungkan dirinya sendiri. Difahamkan, kejadian tragis itu dilapor berlaku di rumah sewa mangsa di Perum Cibunar di Garut, Jawa […]

Penyakit Hepatitis Misteri Dilapor Serang Kanak-kanak Di 5 Negara Eropah & Amerika
Penyakit Hepatitis yang tidak diketahui asal-usulnya dan pertama kali menjangkiti kanak-kanak di United Kingdom (UK) kini dilapor dikesan di empat lagi negara Eropah dan Amerika Syarikat, dedah Agensi Kesihatan Kesatuan Eropah. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Jumaat lalu berkata, pihaknya sedang memantau lebih 84 kes jangkitan Hepatitis teruk yang dilaporkan di Britain sejak 5 April lalu. […]

Lelaki Tetak Empat Ahli Keluarganya Ditangkap Polis
KOTA TINGGI, 20 April – Seorang lelaki yang diburu selepas disyaki tetak empat ahli keluarganya menggunakan parang di sebuah rumah di Kampung Sedili Kecil, Kuala Sedili, di sini, Khamis lepas akhirnya ditangkap polis. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata lelaki berusia 38 tahun yang bekerja di sebuah ladang nanas itu, ditahan di […]

Ada Tahanan Rohingya Jalan Kaki Tanpa Kasut Lebih Dua Jam Sebelum Ditangkap – Saksi
NIBONG TEBAL, 20 April – Ratusan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap awal pagi ini dilihat sanggup berjalan lebih dua jam tanpa memakai kasut, demikian menurut saksi. Menceritakan detik itu, saksi yang ingin dikenali sebagai Nathan, 48, berkata beliau tiba di ladang sawit miliknya setelah dimaklumkan oleh pekerjanya yang tinggal […]

Adik Bunuh Abang, Berang Ditanya Kenapa Pinjam Motor Lama Sangat
Seorang remaja lelaki bertindak menikam abang kandung sendiri gara-gara berang ditegur kenapa pinjam motosikalnya terlalu lama, lapor Tribun News. Menurut Tribun, kejadian menyayat hati itu berlaku di Kelurahan Batu Amapar di Jakarta Timur, Indonesia sekitar pukul 3.30 pagi waktu tempatan hari ini. Mangsa, Bambang Febrianto, 38 tahun, maut di tempat kejadian akibat ditikam oleh adiknya, […]