Berita

Adik Bunuh Abang, Berang Ditanya Kenapa Pinjam Motor Lama Sangat
Seorang remaja lelaki bertindak menikam abang kandung sendiri gara-gara berang ditegur kenapa pinjam motosikalnya terlalu lama, lapor Tribun News. Menurut Tribun, kejadian menyayat hati itu berlaku di Kelurahan Batu Amapar di Jakarta Timur, Indonesia sekitar pukul 3.30 pagi waktu tempatan hari ini. Mangsa, Bambang Febrianto, 38 tahun, maut di tempat kejadian akibat ditikam oleh adiknya, […]

Polis Tahan Penyanyi Lelaki Terlibat Kes Keganasan Rumah Tangga
KUALA LUMPUR, 20 April – Seorang penyanyi lelaki ditahan polis kerana dikatakan memukul dan menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya selepas berlaku perselisihan faham di Kota Damansara, semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata suspek berusia 45 tahun itu ditahan di kediamannya hari ini susulan laporan yang dibuat oleh bekas […]

Terpedaya ‘Labur Tiga Minit, Untung Tiga Peratus’, Jurujual Rugi Lebih RM380,000
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) — Gara-gara terpedaya dengan tawaran syarikat pelaburan mata wang asing yang menawarkan keuntungan tiga peratus dalam tempoh tiga minit selepas sesuatu pelaburan dibuat, seorang jurujual wanita berputih mata apabila mengalami kerugian sebanyak RM382,517. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur ACP Mohd Mahidisham Ishak berkata mangsa berusia 36 tahun, telah melayari […]
Pesawah Petik Kes Najib, Berjaya Tangguh Hukuman Penjara Sementara Tunggu Rayuan
PUTRAJAYA, 20 April – Seorang pesawah berjaya dalam permohonannya di Mahkamah Rayuan di sini hari ini untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara tujuh tahun kerana menyebabkan kecederaan teruk kepada rakan sekampung sementara menunggu keputusan rayuan terakhirnya dengan memetik kes Datuk Seri Najib Tun Razak. Peguam Mohd Azrul Hasyimi Mohamad yang mewakili Mohamad Faiz Mohd Ruseli telah […]

Kes Bella: Saksi Nafi Dibayar Beri Keterangan Palsu Di Mahkamah
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) — Penghuni Rumah Bonda Yasmin Nahar Mahmood hari ini menafikan dakwaan peguam bela, bahawa beliau dibayar untuk memberi keterangan palsu di mahkamah pada perbicaraan kes pengasas rumah kebajikan itu, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella. Saksi pendakwaan kelima berusia […]

Polis Kedah Akan Siasat Punca Insiden Tahanan Lolos
GEORGE TOWN, 20 April (Bernama) — Siasatan mengenai punca yang menyebabkan 528 warga asing terdiri daripada etnik Rohingya yang ditahan di Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Kedah meloloskan diri akan dilakukan oleh polis Kedah. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata memandangkan depot berkenaan terletak di Kedah maka siasatan adalah di bawah bidang kuasa negeri itu. […]

JAKIM Saran Umat Islam Baca Doa Qunut Nazilah Semasa Solat Witir Khas Untuk Palestin Mulai Malam Ini
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyeru kepada umat Islam agar melaksanakan bacaan doa Qunut Nazilah bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin. Dalam satu kenyataan media hari ini memaklumkan JAKIM melaksanakan inisiatif ini melalui masjid-masjid utama Jakim iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk melaksanakan bacaan Doa Qunut Nazilah semasa solat sunat […]

Tak Sangka, Ada ‘Juadah’ Khas Untuk Kucing Sempena Raya Tahun Ni, Terpaling ‘Purr-fect’
Macam yang anda semua tahu, kucing sekian lama menjadi kawan yang paling akrab dengan manusia. Tak susah pun nak cari pecinta kucing di luar sana. Walaupun kucing dengan kita berbeza spesis dan status, tetapi rasa cinta dan kasih sayang yang wujud memang real, kan? Kalau tak percaya, anda tanyalah rakan-rakan terdekat yang begitu menyayangi kucing, […]

Rakyat Malaysia Didapati Bersalah Seludup Dadah Ke Singapura Akan Jalani Hukuman Gantung 27 April Ini
KUALA LUMPUR – Seorang rakyat Malaysia, Nagaenthran K. Dharmalingam didapati bersalah menyeludup dadah ke Singapura akan menjalani hukuman gantung sampai mati pada 27 April ini. Berdasarkan laporan ringkas Astro Awani, Nagaenthran didapati beralah menyeludup 42.72 gram heroin dari Malaysia ke Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands pada April 2009. Dia dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Singapura […]
Harga Runcit RON97, RON95 Dan Diesel Kekal
KUALA LUMPUR, 20 April – Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel dikekalkan bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 27 April. Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada RM3.81 dan RM2.05 seliter, manakala diesel ditetapkan RM2.15 seliter. “Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar […]
Ribut Petir Landa Kesemua Negeri Hingga Malam Ini
Ribut petir dijangka akan landa kesemua negeri di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak sehingga malam ini, menurut jangkaan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia). Data terkini yang dikeluarkan oleh MET Malaysia pada sebentar tadi melibatkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Kulai Krai dan Gua Musang), Terengganu (Besut dan Hulu Terengganu) […]
Adun Perak Didakwa Ambil Dadah
BUKIT MERTAJAM, 20 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, V.R.Terence Naidu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengambil dadah pada Januari lepas. Terence Naidu, 54, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta […]

Wang Lebih RM400,000 Milik Isteri Addy Kana Dan Syarikatnya Kini Hak Kerajaan
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) — Wang milik isteri kepada ‘Datuk Addy Kana’, Alyaa Syuhaila Mohamad Shariff berjumlah RM353,723.81 dan wang RM75,846.82 milik syarikatnya, Nine Nine International yang didakwa diperoleh melalui hasil daripada aktiviti haram, kini menjadi harta kerajaan. Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan wang itu dilucut hak kepada kerajaan selepas Timbalan Pendakwa […]

Tiket Bas Balik Raya Laris Bak Pisang Goreng Panas
SHAH ALAM, 20 April- Kurang dua minggu lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam Fasa Peralihan ke Endemik, jualan tiket bas ekspress ke semua destinasi di semenanjung negara dilihat laris dijual ‘bak pisang goreng panas’. Tinjauan Bernama di Terminal 17, di Seksyen 17, di sini mendapati sebagaimana kelaziman tiket bas ekspres ke Pantai […]
Dua Ditahan Ragut Wanita Di Port Dickson
SEREMBAN, 20 April (Bernama) — Polis menahan dua lelaki terbabit dalam kes ragut seorang wanita berusia 56 tahun di sebuah pusat beli-belah di Regina Mall, Port Dickson, dekat sini dalam kejadian pada Isnin lepas. Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson menahan lelaki berumur 28 dan 26 […]

Penceramah Yang Ditahan Dalam Kes Amang Seksual Dibebaskan Dengan Jaminan Polis
KUALA TERENGGANU, 20 April (Bernama) — Penceramah bebas yang sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan mengenai kes amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP Suffian Sulaiman berkata ia susulan tempoh tahanan reman ke atas lelaki berusia 61 itu berakhir hari ini. “Polis sedang melengkapkan […]

Polis Lancar Op Kesan Jejak 171 Pelarian Rohingya Lari Dari Depot
ALOR SETAR, 20 April (Bernama) — Polis Kedah melancarkan Op Kesan bagi mengesan baki 171 pelarian Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, dekat Bandar Baharu kira-kira 4.30 pagi tadi. Ketua Polis Kedah Wan Hassan Wan Ahmad berkata 171 pelarian itu terdiri daripada 131 lelaki dewasa, 28 wanita dewasa dan 12 kanak-kanak […]

Empat Peguam Pemerhati Dibenar Ikuti Prosiding Bicara Kes Aniaya Bella
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) — Mahkamah Sesyen hari ini membenarkan permohonan empat peguam dilantik oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk bertindak sebagai peguam pemerhati dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella. Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian selepas peguam Datuk Khairul […]
Kes Tuntutan Palsu RM150,000: Pemilik, Pengurus Besar Syarikat Direman
JOHOR BAHRU, 20 April (Bernama) — Seorang pemilik syarikat pembinaan dan seorang pengurus besar syarikat pangkalan pelabuhan direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu berjumlah hampir RM150,000. Tempoh reman sehingga Ahad ini terhadap pemilik syarikat berusia 30 tahun dan pengurus besar syarikat yang berusia 39 tahun itu dikeluarkan […]

Enam Etnik Rohingya Lari Dari Depot Maut Ketika Melintas Lebuh Raya – Polis
NIBONG TEBAL, 20 April (Bernama) — Enam daripada 528 tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap maut akibat dilanggar kenderaan semasa melintasi Kilometer 168 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala selatan iaitu berhampiran kawasan Jawi di sini pagi tadi. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata dalam […]