Berita

Jenayah Pecah Rumah Dijangka Meningkat Aidilfitri Tahun Ini – Polis
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) — Kes jenayah pecah rumah dijangka meningkat pada musim Aidilfitri tahun ini susulan peralihan ke fasa endemik. Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang berkuatkuasa di seluruh negara sejak dua tahun lepas telah menyebabkan penurunan kes jenayah pecah rumah pada musim perayaan. “Pada […]

Elak Sesak, Ini Cadangan Waktu Perjalanan Untuk Pengguna LPT 1 & KL-Karak Dari 30 April – 2 Mei
Sempena menyambut perayaan Hari Raya Aidifitri, Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT) mengesyorkan kepada pengguna yang mahu menggunakan kedua-dua lebuhraya tersebut mengikuti jadual cadangan waktu perjalanan yang dikeluarkan bagi menghindar terperangkap dalam kesesakan jalan. Cadangan itu bagi kenderaan-kenderaan pengguna yang akan masuk ke Plaza Tol Gombak dari Kuala Lumpur atau Selangor […]

Banjir Di Segambut: “Dalam Kegembiraan Nak Raya, Keluar RM10k KWSP..Ini Yang Berlaku?”
Banjir di Segambut, Kuala Lumpur pada semalam sekali lagi menjadi ‘muka depan’ beberapa laporan berita di media sosial. Warga kota raya diuji hanya beberapa hari sebelum balik beraya. Sebilangan besar rakyat di negara ini baru sahaja ‘menikmati’ RM10,000 yang dikeluarkan daripada Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak minggu lepas. Justeru, mungkin wang tersebut […]

PBB Jangka Lebih 500 Bencana Alam Berlaku Setiap Tahun Menjelang 2030
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kepada orang ramai bahawa dunia akan berdepan dengan risiko kerosakan yang teruk di masa akan datang. Hal ini berlaku akibat perubahan iklim dan peningkatan bilangan bencana di seluruh dunia. Dalam satu laporan terkini, PBB untuk Disaster Risk Reduction (UNDRR) mengesan antara 350 dan 500 bencana alam dari skala sederhana […]

Gempa Bumi Landa Kundasang Sebentar Tadi
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan berlakunya gempa bumi lemah di Kundasang, Sabah tepat pukul 9:28 pagi sebentar tadi. Menurut MET Malaysia, gempa bumi tersebut bermagnitud 3.7 pada skala ritcher dengan koordinat 6.1 darjah utara dan 116.6 darjah timur. Dalam pada itu, pusat gempa tersebut berada pada jarak 14 kilometer barat laut dari Ranau, Sabah […]

Perak Benar Solat Sunat Aidilfitri Dalam Kawasan Perumahan
IPOH, 26 April – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah memberi perkenan untuk membenarkan Solat Sunat Aidilfitri diadakan di tempat terbuka dan kawasan lapang dalam kawasan perumahan di negeri itu tanpa penjarakan fizikal pada 1 Syawal. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata baginda bertitah dengan […]

Rasmi, Elon Musk Beli Twitter RM 191 Billion
Manusia terkaya di dunia dan juga pengasas jenama Tesla, SpaceX dan beberapa syarikat teknologi lain, Elon Musk secara rasmi telah membeli aplikasi sosial popular, Twitter. Menurut laporan GSM Arena, beliau membayar sebanyak USD 44 billion (RM 191 billion) bagi menjadi pemilik aplikasi tersebut, dengan setiap saham perlu dibayar USD 54.20 ( RM 236) seunit. Bagaimanapun, […]

Ebit Lew Menangis Jumpa Anak Punk Jalanan Di Jakarta, “Di Sebalik Tatu Mereka Ada Air Mata..”
Pendakwah terkenal, Ebit Lew menangis jumpa anak punk jalanan di Jakarta, Indonesia baru-baru ini dan frasa ringkas yang terbit di bibirnya berbunyi, “Di sebalik tatu mereka ada air mata..” Setiap orang mempunyai kisah hidup yang berbeza. Ada yang hidup dalam penuh kesenangan, namun ada pula yang hidup dengan suasana sebaliknya, malah jauh lagi untuk kelihatan […]

Bakal Jemaah Haji Perlu Jawab Surat Tawaran Dalam Tempoh Tujuh Hari
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) — Lembaga Tabung Haji (TH) mengingatkan 14,306 bakal jemaah haji tahun ini supaya memberi maklum balas terhadap surat tawaran tunai haji dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh surat berkenaan dikeluarkan. Pengarah Eksekutif Haji TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata disebabkan kesuntukan masa, TH memohon kerjasama bakal […]

JPJ: Op Poket Dipergiat Kesan Kesalahan Sering Dilakukan
MELAKA, 25 April (Bernama) — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka akan giat melaksanakan Op Poket sempena Aidilfitri ini bagi meningkatkan keberadaan penguat kuasa di jalan raya dalam mengesan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan pemandu kenderaan. Pengarah JPJ Melaka Muhammad Firdaus Shariff berkata antara kesalahan berkenaan ialah memotong barisan dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu dengan memfokus […]

Jurulatih Renang Antara Empat Ditahan Edar Syabu Bernilai RM10.3 Juta
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) — Polis menahan empat lelaki termasuk seorang jurulatih renang yang disyaki mendalangi sindiket penyeludupan dan pengedaran syabu, dalam serbuan di Selangor dan Johor pada 22 dan 23 April lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata polis turut merampas syabu seberat 287 kilogram yang […]

Ayob Khan Sahkan Pegawai Polis Wanita Buat ‘Live’ TikTok Daripada Narkotik
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) — Pegawai polis wanita yang tular di media sosial kerana membuat ‘live’ atau rakaman video secara langsung menerusi TikTok semasa operasi di sebuah premis hiburan merupakan pegawai polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman. Pengarah JSJN Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata hasil siasatan awal mendapati TikTok pegawai […]

Tol Percuma, Diskaun Tol Hingga 50% Untuk Pulang Balik Kampung Raya Ini – PM
Pihak kerajaan bersetuju untuk memberikan tol percuma serta diskaun tol kepada rakyat Malaysia yang akan pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri. Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut dilakukan selepas sesi rundingan bersama-sama dengan 30 buah syarikat konsesi lebuh raya. “Tol percuma dan diskaun ini melibatkan 30 lebuh raya di seluruh […]

Pekerja Balak Bakar Kereta Polis Direman Tujuh Hari
KUANTAN, 25 April (Bernama) — Seorang pekerja balak warga Indonesia yang dipercayai membakar kereta peronda polis ketika mengamuk di Kampung Selengkong Nenasi, Pekan, pada Sabtu direman tujuh hari. Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin ketika dihubungi berkata lelaki berusia 30-an itu direman bermula hari ini sehingga 1 Mei bagi membantu siasatan mengikut […]

Kelonggaran SOP Diumum Rabu Ini Selamat, Cermat – Khairy
KAJANG, 25 April (Bernama) — Kelonggaran beberapa prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang bakal diumumkan Rabu ini bersifat selamat dan cermat, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata kerajaan tidak mahu tersilap langkah dan mengelak usaha yang dilakukan untuk mengawal wabak COVID-19 selama ini disia-siakan. “KKM (Kementerian Kesihatan) telah bincang panjang lebar, kita akan bentangkan pada kabinet Rabu […]

Enam Warga Sarawak Ditipu Sindiket Pekerjaan Di Kemboja
KUCHING, 25 April (Bernama) — Enam lelaki dari Sarawak didakwa diperdaya sindiket penipuan untuk bekerja di Kemboja, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri. Beliau berkata mangsa yang berusia antara 19 hingga 39 tahun berasal dari Kuching dan Padawan itu kononnya telah ditawarkan dengan gaji yang lumayan. “Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati mangsa-mangsa telah ditawarkan peluang […]

JIPS Diarah Siasat Pegawai Polis Wanita Buat ‘Live’ Tiktok – Razarudin
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) — Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman diarah membuat siasatan secara menyeluruh berhubung seorang pegawai polis wanita membuat rakaman video secara langsung menerusi aplikasi TikTok ketika operasi di sebuah pusat hiburan. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan namun meminta JIPS melakukan siasatan […]

OP Pagar laut: APMM Lakukan Rampasan Bernilai RM13.4 Juta Sejak 2018
PASIR PUTEH, 25 April (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan merampas 11 bot nelayan asing yang menceroboh perairan negara dan menggagalkan dua cubaan menyeludup masuk rokok menerusi Operasi Khas Pagar Laut sejak 2018 hingga kini. Pengarah Maritim Malaysia Kelantan Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata operasi khas itu dilaksanakan dalam tempoh sambutan […]

Polis Terengganu Tahan Tiga Individu Disyaki Lakukan Pemerasan Guna Video Lucah
KUALA TERENGGANU, 25 April (Bernama) — Polis Terengganu menahan dua lelaki dan seorang wanita yang disyaki terbabit dengan beberapa kes pemerasan menggunakan panggilan video (VC) lucah di negeri ini. Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata tangkapan pertama menerusi Op Cantas VC itu membabitkan pasangan suami isteri masing-masing berumur 27 tahun dan 23 tahun di Sungai Petani, Kedah […]

Perkhidmatan Maybank Tergendala, Ada Pengguna Dakwa Baki Akaun Jadi ‘RM0.00’
Maybank sebentar tadi memaklumkan bahawa pihaknya sedang mengalami masalah teknikal berkaitan beberapa perkhidmatan buat sementara waktu. Menerusi laman Facebook rasmi, Maybank memaklumkan antara perkhidmatan yang tergendala ialah FPX, kad debit serta perkhidmatan lain yang berkaitan. “Dimaklumkan bahawa penggunaan kad debit tidak tersedia buat sementara waktu dan kami sedang mengalami kelambatan yang berselisih di aplikasi MAE, […]