Berita

Polis Terengganu Tahan Tiga Individu Disyaki Lakukan Pemerasan Guna Video Lucah
KUALA TERENGGANU, 25 April (Bernama) — Polis Terengganu menahan dua lelaki dan seorang wanita yang disyaki terbabit dengan beberapa kes pemerasan menggunakan panggilan video (VC) lucah di negeri ini. Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata tangkapan pertama menerusi Op Cantas VC itu membabitkan pasangan suami isteri masing-masing berumur 27 tahun dan 23 tahun di Sungai Petani, Kedah […]

Kehadiran Gajah Ganggu Pekebun Kelapa Sawit Di Mersing
MERSING, 25 April (Bernama) — Pekebun di Kampung Air Papan di sini merayu agar pihak berkaitan dapat memindahkan kumpulan gajah liar yang mengganggu tanaman kelapa sawit mereka sejak lebih setahun lalu. Seorang pekebun Mohd Mesan, 72, berkata dia yang bergantung sepenuhnya dengan hasil kelapa sawit enggan mengambil risiko untuk melakukan tanaman semula berikutan khuatir usahanya itu […]

Warga Emas Didakwa Lakukan Persetubuhan Luar Tabii Dengan Kucing
JOHOR BAHRU, 25 April (Bernama) — Seorang lelaki warga emas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan seekor kucing. Bagaimanapun, hukuman ke atas individu tersebut belum diputuskan memandangkan pihak pendakwaan memohon tarikh sebutan untuk serahan dokumen pada 25 Mei ini. Suspek didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan […]

Ibu Achey Meninggal Dunia, Sebak Dengar Berita ‘Pemergian’ Masa Pulang Dari Tempat Kerja
Kisah pemergian orang-orang tersayang adalah satu hal yang menyedihkan bagi kita semua, lebih-lebih lagi jika ia daripada kalangan ahli keluarga sendiri. Malah lebih menyedihkan, jika berita kematian itu adalah melibatkan ibu atau bapa kita sendiri. Sejurus mendengarnya, jiwa seolah-olah ‘direntap’ dengan sangat kuat. Dalam masa sama, mereka ditakdirkan pergi meninggalkan kita semua ketika waktu genting, […]

14 Kucing Terperangkap Dalam Kebakaran, Ditemui Tidak Sedarkan Diri
Sebanyak 14 ekor kucing yang terperangkap dalam satu kebakaran di sebuah rumah di Singapura baru-baru ini ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri. Menurut Singapore Civil Defence Force (SCDF), kebakaran tersebut berlaku di Blok 422, Jalan Fajar di sana pada 21 April, kira-kira 8:30 pagi hari kejadian. “Kebakaran tersebut melibatkan barang/kandungan yang berada di kawasan servis […]

Rabies: Kes Kedua Di Selangor Libatkan Warga Emas 85 Tahun
SHAH ALAM, 24 April (Bernama) — Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan seorang lagi lelaki warga emas disahkan dijangkiti rabies di daerah Kuala Langat pada 22 April lepas, menjadikannya kes kedua di negeri ini setakat ini. Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata kes terbaru itu melibatkan pesakit berusia 85 tahun yang dimasukkan ke […]

KKM Jangka Umum Kelonggaran SOP Rabu Ini
PORT DICKSON, 24 April (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka mengumumkan kelonggaran beberapa prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 pada Rabu ini, kata Menterinya Khairy Jamaluddin. Beliau berkata perancangan KKM itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Saya sudah maklumkan kepada Perdana Menteri tentang perancangan KKM, nanti hari Rabu saya akan umumkan,” […]

Wanita Dihukum Penjara, Kantoi Menyamar Jadi Doktor Lebih 3 Tahun
Seorang wanita di Perancis telah dijatuhi hukuman penjara dua tahun kerana menyamar sebagai doktor dan pakar oftalmologi selama bertahun-tahun tanpa sebarang latihan perubatan. Memetik laporan Oddity Central, wanita berusia 31 tahun itu mula memutuskan untuk menjadi seorang doktor pada tahun 2018. Difahamkan, wanita itu sebenarnya mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Hartanah. Pun begitu, […]

Rebah Pada Rakaat Ke-20, Lelaki Dilapor Meninggal Dunia Ketika Solat Tarawih
Baling – Seorang jemaah lelaki dilaporkan telah meninggal dunia ketika menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah semalam. Memetik laporan Utusan, kejadian tersebut berlaku di Masjid Tunku Intan Safinaz di Kampung Lanai, Baling, Kedah. Difahamkan, jemaah yang dikenali sebagai Zamri Saad, 51, itu rebah ketika menunaikan solat tarawih pada rakaat ke-20. Tidak lama kemudian, arwah disahkan […]

2,000 Ekor Babi Berhampiran Ladang Dijangkiti ASF ‘Hilang’
SEREMBAN, 24 April (Bernama) — Kira-kira 2,000 ekor babi di 19 ladang tidak berlesen di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson, dipercayai dibawa keluar dari kawasan itu tanpa pengetahuan pihak berkuasa berkaitan. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Bakri Sawir berkata kesemua babi itu yang ditempatkan berhampiran dengan ladang […]

Aidilfitri: 28,000 Tiket Bas Konsortium E-Mutiara Habis Dijual
KOTA BHARU, 24 April (Bernama) — Sebanyak 28,000 tiket bas ekspres Konsortium E-Mutiara ke semua destinasi di Semenanjung bagi perjalanan bermula Selasa (26 April) sehingga 2 Mei ini sempena sambutan Aidilfitri habis dijual. Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail berkata antara tiket paling laris bagi tempoh itu adalah bagi perjalanan dari […]

Para Peluncur Maut: Cuaca, Angin Bukan Punca Berlaku Insiden – Polis
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) — Faktor cuaca dan angin bukanlah punca berlaku insiden seorang para peluncur maut selepas payung terjun dikendalikannya hilang kawalan dan merempuh sebatang pokok di Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu, semalam. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Arsad Kamaruddin berkata insiden itu berlaku dipercayai berpunca daripada masalah teknikal yang belum […]

Lelaki Dipenjara 18 Minggu & Sebatan, Pasang Kamera Intip Anak Sendiri Salin Pakaian
Singapura – Seorang lelaki telah dijatuhi hukuman penjara selama 18 minggu dan sebatan selepas didapati bersalah merakam video anak perempuannya sendiri yang berusia 13 tahun sedang membuka pakaian di dalam bilik, lapor CNA. Memetik laporan The Mothership, lelaki berusia 43 tahun itu telah mengaku memasang kamera pengintip yang menyerupai pengecas USB untuk merakam anak perempuannya […]

Aidilfitri: Anak Kelantan Di Perantauan Digalak Lakukan RTK-AG
KOTA BHARU, 24 April (Bernama) — Anak Kelantan di perantauan yang akan pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri di negeri ini digalakkan untuk melakukan ujian saringan RTK-AG bagi membendung penularan COVID-19. Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata walaupun bukan paksaan, inisiatif itu adalah antara kaedah terbaik dilakukan bagi menjamin keselamatan bersama khususnya kepada ibu bapa […]

Pekerja Balak Mengamuk Bakar Kereta Peronda Polis
KUANTAN, 24 April (Bernama) — Sebuah kereta peronda polis jenis Proton Waja musnah terbakar angkara tindakan seorang pekerja balak yang mengamuk di Kampung Selengkong Nenasi, Pekan,semalam. Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata kejadian berlaku sekitar pukul 11 malam apabila pihaknya menerima maklumat daripada penjaga tanah matau balak yang mengatakan terdapat seorang […]

Kanak-kanak Maut Digilis, Cuba Tahan Kereta Berundur
Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dilapor maut digilis ketika cuba menghentikan sebuah kereta yang sedang berundur, lapor Sinar Harian. Merujuk laporan, kejadian tragis itu berlaku dalam satu kejadian kira-kira pukul 2:15 petang di Kampung Keledang Luar Tawar di Baling, Kedah pada Sabtu baru-baru ini. Menurut Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, segalanya berlaku […]

Mike Tyson Tumbuk Lelaki Mabuk, Bengang Kena Provok
Bekas juara tinju dunia, Mike Tyson menumbuk seorang lelaki mabuk semasa dalam pesawat yang dinaikinya gara-gara hilang sabar selepas diprovok banyak kali, lapor TMZ Sports. Menurut laporan, kejadian yang berlaku kira-kira 10:30 malam itu terjadi semasa pesawat berkenaan baru hendak berlepas dari Lapangan Terbang San Fransisco menuju ke Florida. Difahamkan, menurut saksi kejadian, segalanya bermula […]

Polis Siasat Terperinci Kes Tiga Remaja Maut Bermotosikal
ISKANDAR PUTERI, 24 April (Bernama) — Polis akan melakukan siasatan terperinci kes tiga remaja maut dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal dua hari lepas di Taman Kota Masai, Pasir Gudan, di sini. Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata siasatan dilakukan demi memastikan keadilan kepada pihak terlibat selepas ada ahli keluarga mangsa mendakwa insiden itu tidak melibatkan […]

Kemalangan Maut Di Melaka Meningkat 50 Peratus Tiga Bulan Pertama Tahun Ini
MELAKA, 24 April (Bernama) — Sebanyak 48 kes kemalangan maut direkodkan di Melaka dari awal Januari hingga Mac lepas, iaitu meningkat 50 peratus berbanding 32 kes dalam tempoh sama tahun lepas. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Supt Amran @ Mohamad Zaki Omar berkata jumlah itu dilihat membimbangkan, membuatkan pihaknya mempergiatkan kempen kesedaran dan keselamatan jalan raya kepada pengguna […]

Pemimpin Korea Utara-Selatan Bertukar Surat, Jalin Hubungan ‘Mesra’
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un dilapor bertukar surat dan jalin hubungan ‘mesra’ dengan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in, lapor Aljazeera. Menurut Aljazeera, bagi media Korea Utara, tindakan Kim tersebut disifatkan sebagai berita positif yang jarang berlaku antara kedua-dua negara. Difahamkan, media Korea Utara melaporkan bahawa Moon menghantar surat kepada Kim awal minggu ini dan berkata, […]