Berita

Berita
4 Terbunuh, Beberapa Yang Lain Cedera Letupan Di Universiti Di Karachi, Pakistan
ISLAMABAD, 26 April (Bernama) — Empat orang maut dan beberapa mangsa cedera dalam satu letupan di premis sebuah universiti di Karachi, Pakistan pada Selasa, memetik laporan tempatan. Sebuah van yang diletakkan di premis universiti tiba-tiba meletup dan terbakar, lapor Xinhua. Jenis bahan letupan belum dapat dipastikan lagi dan polis memanggil skuad pemusnah bom untuk menentukan […]
Berita
Ikhtiar Terakhir Selamatkan Nagaenthran Daripada Hukuman Mati Gagal
SINGAPURA, 26 April (Bernama) — Mahkamah Rayuan Singapura pada Selasa menolak rayuan terakhir yang difailkan ibu Nagaenthran Dharmalingam untuk mencabar keputusan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap anaknya. Dengan keputusan itu menamatkan ikhtiar saat akhir warga Malaysia berusia 34 tahun itu yang dijadualkan dihukum gantung pada Rabu (27 April) selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman […]
Berita
Tular Kereta Langgar Penunggang Motosikal, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan
Polis mengesahkan video yang tular di media sosial semalam yang memaparkan penunggang motosikal dilanggar oleh sebuah kereta. Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Bin Ibrahim, penunggang motosikal itu telah dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta yang datang dari arah yang sama. “Mangsa telah terjatuh dan mengalami kecederaan di muka dan tangan. […]
Berita
Tempat Pelupusan Mercun Di Sentul Terbakar
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) — Tapak pelupusan mercun di Sentul Work dekat sini terbakar dalam kejadian kira-kira 6.30 petang tadi. Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan operasi pemadaman sedang dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Menurutnya terdapat mangsa dalam kejadian tersebut namun belum dapat dipastikan […]
Berita
Tempoh Perjalanan Mungkin Lebih Panjang, Pengguna Dinasihat Buat Persiapan Rapi
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) — PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihatkan orang ramai supaya membuat persiapan rapi dengan jangkaan tempoh perjalanan di lebuh raya lebih panjang terutama pada Sabtu dan Ahad ini serta 7 dan 8 Mei depan. Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata ia berikutan sebahagian besar pengguna lebuh raya dijangka merebut peluang […]
Berita
Wanita Dilapor Maut Lepas Bergaduh Dengan Anak Yang Menghidap Autisme & Kemurungan
Singapura – Seorang wanita dilapor meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya di kepala selepas bergaduh dengan dua anak lelakinya yang merupakan penghidap autisme dan mengalami kemurungan. Memetik laporan The Straits Times, insiden yang menimpa wanita berusia 52 tahun itu bermula setelah anak lelaki sulungnya mengesyaki bahawa dia mempunyai hubungan sulit. Difahamkan, pergaduhan antara mereka tercetus […]
Berita
Bekas Finalis Masterchef Malaysia Hadapi Tuduhan Bunuh, Bebas Dengan Jaminan
PUTRAJAYA, 26 April (Bernama) — Bekas finalis program MasterChef Malaysia 2012 yang menghadapi pertuduhan membunuh, dibenar diikat jamin oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini sementara menunggu kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Lee Swee Seng, Datuk Supang Lian dan Datuk M. Gunalan dalam keputusan sebulat suara, membenarkan Etiqah diikat […]
Berita
Pemandu Lori Tetak Ibu Mentua, Isteri, Dua Adik Ipar Dipenjara 15 Tahun, Lapan Sebatan
KOTA TINGGI, 26 April (Bernama) — Seorang pemandu lori dihukum penjara 15 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap empat ahli keluarganya dengan menggunakan parang panjang. Hakim Norsiah Ujang menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Hadi Hashim, 38, selepas dia mengaku bersalah atas empat pertuduhan. Mahkamah […]
Berita
Elon Musk Terima Kunjungan Delegasi Indonesia Hanya Dengan Berbaju T-Shirt
Pengasas Tesla, Elon Musk hari ini menerima kunjungan sebuah delegasi korporat dari Indonesia, namun apa yang menariknya, beliau kelihatan begitu ‘santai’ dengan berbaju t-shirt sahaja. Salah seorang ahli perniagaan Indonesia yang menyertai delegasi tersebut, Anindya Novyan Bakrie berkongsi detik bersejarah bertemu dengan orang antara terkaya di dunia itu menerusi laman Facebook miliknya hari ini. “Alhamdulillah […]
Berita
Pemadam Ada Bahan Kimia EDC Bawa Padah, Kanak-kanak Berisiko Hadapi Masalah Kesihatan
Pelbagai jenis pemadam yang mengandungi bahan kimia pengganggu endokrin (EDCs) yang dijual di negeri ini sehingga boleh menyebabkan masalah kesihatan. Memetik ringkas laporan Bernama, pemadam-pemadam buatan China itu yang mempunyai ciri-ciri khayalan seperti bentuk lucu, watak kartun dan bau buahan yang boleh menarik kanak-kanak meletakkannya ke dalam mulut mereka. Menurut laporan Plastics, EDCs and Health […]
Berita
Tiga Jenis Kenderaan Mikromobiliti Dilarang Digunakan Di Atas Jalan Raya
PUTRAJAYA, 26 April – Kenderaan mikromobiliti jenis Moped, Personal Mobility Devices (PMD) dan Personal Mobility Aids (PMA) adalah dilarang penggunaannya di atas jalan berkuat kuasa serta-merta, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Moped adalah kenderaan yang dipasang dengan dua atau tiga roda dan dipacu oleh sumber elektrik dengan kelajuannya tidak melebihi 50 […]
Berita
Fortifikasi Zat Besi & Asid Folik Ke Dalam Tepung Gandum, Selaras Cadangan WHO – Khairy
Kerajan setuju untuk melaksanakan fortifikasi tepung gandum 25 kilogram dan ke bawah secara mandatori dengan dua penambahan kandungan penting. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, fortifikasi ini adalah untuk memastikan paras zat besi dan asid folik dalam tepung gandum selaras dengan cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Difahamkan, merujuk cadangan WHO, 6.0 miligram (mg) bagi zat besi […]
Berita
Wanita Pilih Bidang Jahitan Selepas Hilang Kaki Akibat Kemalangan
SERI ISKANDAR, 26 April (Bernama) — Kehilangan kaki kanan selepas terlibat dalam kemalangan kira-kira 10 tahun lepas tidak mematahkan semangat seorang wanita untuk terus memajukan dirinya dengan menceburkan diri dalam bidang jahitan. Dianah Rabidi, 30, yang menetap di Changkat Sodang Seri Iskandar, di sini bersama ibunya berkata bukan mudah memulihkan semangat dirinya supaya meneruskan kehidupan namun dorongan orang sekeliling termasuk […]
Berita
Lelaki Warga Kanada Didenda RM800 Tunjuk Isyarat Lucah, Tak Pakai Pelitup Muka
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) — Seorang lelaki warga Kanada didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menunjukkan isyarat lucah kepada pengawal keselamatan sebuah pasar raya dan tidak memakai pelitup muka, dua minggu lepas. Majistret S. Mageswary menjatuhkan hukuman itu terhadap Theberge Travis Lee, 44, selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan […]
Berita
Polis Tahan Suami Isteri Seludup Mercun Di Pasir Mas
KOTA BHARU, 26 April (Bernama) — Polis menahan sepasang suami isteri selepas disyaki menyeludup mercun dan bunga api bernilai RM17,660 menggunakan kereta jenis Proton Saga di Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang, dekat sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Mohd Nasaruddin M Nasir berkata polis peronda mengesan pasangan berumur 38 dan 42 tahun itu berdekatan lampu isyarat […]
Berita
Kes Basikal Lajak: 11 Mei Pengurusan Kes Bagi Rayuan Kerani Wanita
KUALA LUMPUR, 26 April – Rayuan kerani wanita terhadap hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja yang menaiki basikal lajak lima tahun lepas, ditetapkan untuk pengurusan kes di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 11 Mei ini. Peguam Muhammad Faizal Mokhtar yang mewakili tertuduh memaklumkan tarikh pengurusan kes […]
Berita
Keluarga Tertinggi Di Dunia, Purata Masing-masing Setinggi 2 Meter
Sebuah keluarga di Esko, Minnesota di US secara rasminya diiktiraf sebagai keluarga tertinggi di dunia dengan memiliki ketinggian purata 203.29 sentimeter. Ketua keluarga tersebut, Scott Trapp memiliki ketinggian setinggi 202.7 sentimeter, manakala dua anak perempuannya, Savanna dan Molly masing-masing setinggi 203.6 sentimeter dan 197.26 sentimeter. Sementara itu, isterinya, Krissy Trapp pula menganggap dirinya merupakan yang […]
Berita
Gempa Bumi Kundasang: Gegaran Dirasai Di Gunung Kinabalu
RANAU, 26 April – Gegaran akibat gempa bumi lemah dengan magnitud 3.7 pada skala Richter pada 9.28 pagi tadi bukan sahaja dirasai di sekitar Kundasang di sini, tetapi turut dirasai di Gunung Kinabalu. Malim gunung Joeythine Musin, 29, berkata beliau bersama beberapa pendaki sedang mula turun dari Gunung Kinabalu pagi ini apabila tiba-tiba mereka merasai […]
Berita
Israel Buka Semula Lintasan Erez Untuk Pekerja Palestin
Israel buka semula Lintasan Erez untuk pekerja Palestin yang memasuki negara itu, selepas serangan roket dari arah Gaza kian reda. Kerajaan Israel akan membuka semula Lintasan Erez yang merupakan satu-satunya laluan dari Gaza ke negara itu untuk golongan pekerja selepas menutupnya dua hari lalu, lapor AFP baru-baru ini. Unit dari Kementerian Pertahanan Israel, COGAT memaklumkan, […]
Berita
Sepanyol Beku Akaun Bank, Sita Kapal Dan Harta Milik Oligarki Rusia
OVIEDO (Sepanyol), 26 April (Bernama) — Pihak berkuasa Sepanyol membekukan 12 akaun bank dan dana serta menyita tiga kapal layar dan 23 harta milik oligarki Rusia sejak krisis di Ukraine bermula, kata ketua setiausaha negara pada Isnin. Bercakap di parlimen Sepanyol, Oscar Lopez berkata rampasan itu sejajar dengan sekatan yang dikenakan Kesatuan Eropah ke atas […]