Berita

PGA Rampas Rokok Tidak Bercukai Bernilai RM2 Juta
KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) — Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) melumpuhkan sindiket pengedaran rokok tidak bercukai dengan rampasan 8,207 karton rokok pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM2 juta, di Kepong Baru di sini, semalam. Komander Briged Tengah PGA Cheras SAC Zulkifli Jonit dalam kenyataan berkata susulan rampasan itu, PGA menahan seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun bagi membantu […]

Ibu Tunggal Berjuang Jalani Dialisis Hampir 21 Tahun
KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) — Bukan mudah bagi seorang ibu tunggal Noraziah Amdan mengharungi cabaran dan dugaan dalam menjalani rawatan dialisis sejak hampir 21 tahun lepas namun itu sahaja pilihan yang ada demi kelangsungan hidupnya. Noraziah, 59, mengalami kerosakan buah pinggang akibat penyakit darah tinggi sewaktu berusia pertengahan 30-an dan ia semakin kronik selepas melahirkan anak lelaki bongsunya pada awal […]

Monsun Barat Daya Dijangka Bermula 14 Mei, Banyak Kawasan Akan Terima Taburan Hujan Yang Rendah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Fasa Peralihan Monsun Barat Daya akan bermula pada 14 Mei 2022. Fasa Peralihan Monsun ini dijangka berterusan hingga pertengahan September 2022. Sepanjang tempoh ini, kurangnya pembentukan awan hujan seterusnya menyebabkan taburan hujan yang rendah di kebanyakan tempat. Menurut kenyataan MetMalaysia, kebanyakan tempat di seluruh negara […]

Dahului Kiraan Undi, Anak Mendiang Ferdinand & Imelda Marcos Bakal Ditabal Presiden Baharu Filipina
Anak kepada mendiang Ferdinand Marcos yang juga merupakan mantan Presiden Filipina dilapor mendahului kiraan undi dan bakal ditabal sebagai Presiden baharu negara berkenaan. Mengikut laporan Dailymail, hasil kiraan 90 peratus undi, Ferdinand ‘Bongbong’ Marcos Junior, 65, mendapat kira-kira 30 juta undian setakat pagi Selasa. Jumlah berkenaan 2 kali ganda mengatasi jumlah undian yang diraih pesaing […]

Jejak Je Kaki Dalam Rumah Terus Rasa Tak Sihat, Awas, Ini Mungkin Tanda Rumah Anda Ada ‘Penghuni Lain’
Pernah tak anda rasa tak sedap badan secara tiba-tiba ketika memasuki sesebuah bangunan, tapi terus rasa sihat lepas meninggalkan bangunan tersebut? Mungkin anda telah mengalami sindrom bangunan sakit, atau Sick Building Syndrome (SBS). Menurut portal MyHealth Kementerian Kesihatan (KKM), sindrom ini merupakan keadaan di mana seseorang individu mengalami simptom dan rasa tidak selesa tanpa sebab […]

Perintah Berkurung Di Perairan ESSZone Lanjut Hingga 25 Mei Ini
LAHAD DATU 10 Mei – Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok dilanjutkan sehingga 25 Mei ini. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata perintah dari pukul 6 petang hingga 6 pagi itu melibatkan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan serta Beluran. “Penduduk yang […]

Mira Filzah & Suami Timang Cahaya Mata Pertama, Selamat Lahir Anak Lelaki Pagi Tadi
Pelakon dan pengacara tanah air, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman selamat timang cahaya mata pertama di salah sebuah pusat perubatan pada jam 3.40 pagi tadi. Berita gembira itu dikongsikan sendiri suami kepada pelakon cantik itu, Wan Emir Wan Astar Mohammad Khair-il Anuar menerusi akaun Instagram miliknya. Menerusi kenyataan yang dimuat naik […]

Pengguna JRTB Diminta Waspada Kehadiran Gajah, Elak Buat Provokasi
IPOH, 10 Mei (Bernama) — Pengguna Jalan Raya Timur Barat (JRTB) yang menghubungkan Gerik ke Jeli diminta berhati-hati dengan kehadiran gajah yang sering berkeliaran di kawasan itu seperti yang tular menerusi beberapa rakaman video. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Yusoff Shariff berkata pengguna jalan raya perlu memperlahankan atau berhentikan kenderaan […]

Lelaki Kerah Kudrat, Kayuh Basikal 1,300 Km Balik Kampung Nak Jaga Ayah Uzur
Seorang lelaki sanggup mengerah kudrat pulang ke kampung dengan mengayuh basikal sejauh lebih 1,000 kilometer untuk menjaga ayahnya yang sakit, lapor Kompas. Lelaki berkenaan, Zulkifli Tanjung, 45 tahun dari Sumatera Barat berulang-alik dari Bukit Tinggi ke Bogor, Sumatera menggunakan basikal semata-mata mencurah bakti kepada ayahnya yang uzur di kampung. “Saya baru saja sampai dari Bogor, […]

Bekas Pemain NBA Adreian Payne Maut Ditembak
ANKARA, 10 Mei (Bernama) —Bekas pemain NBA, Adreian Payne, 31, maut akibat ditembak dalam satu insiden di Orlando, Florida pada Isnin, lapor Agensi Anadolu memetik polis. Syerif Kaunti Orange di Orlando berkata pihak polis menerima panggilan kecemasan pada 1.37 pagi waktu tempatan (0537GMT), mangsa disahkan meninggal dunia ketika di hospital. Payne bersama NBA sebanyak empat musim dengan menyertai Atlanta […]

41 Banduan Maut, 13 Cedera Dalam Rusuhan Penjara Dia Ecuador
QUITO, 10 Mei (Bernama) — Rusuhan penjara di wilayah Pichincha, Ecuador menyebabkan sekurang-kurangnya 41 banduan maut manakala 13 lagi cedera, lapor Xinhua, memetik agensi pengurusan penjara pada Isnin. Menurut kenyataan agensi pengurusan penjara itu, rusuhan tercetus pukul 2 pagi waktu tempatan (0800 GMT) di sel kawalan ketat selepas seorang ketua kumpulan jenayah dipindahkan ke sel itu atas […]

Kuat Kuasa Peraturan Untuk Ambil Tindakan Terhadap Pengabaian Haiwan
PUTRAJAYA, 10 Mei (Bernama) — Beberapa peraturan di bawah Pelan Strategik Kebajikan Haiwan Kebangsaan 2021-2030 termasuk berkaitan pemilikan haiwan bakal dikuatkuasakan bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka yang mengabaikan haiwan milikan. Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Norlizan Mohd Noor berkata Kod Amalan Kebajikan Haiwan (KAKH) sebelum ini tidak mempunyai ‘legal binding’ atau tidak terikat dengan undang-undang untuk […]

APMM Tahan Dua Bot Fiber Tangkap Siput Secara Haram Di Dua Lokasi Berbeza
KANGAR, 10 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis menahan dua bot fiber disyaki menangkap siput secara haram di dua lokasi berbeza pada kedudukan kira-kira satu batu nautika dari barat daya pantai Sungai Padang semalam. Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata APMM menahan bot tersebut […]

Gempa Bumi Kuat 6.3 Dilapor Gegar Laut Dekat Papua Sebentar Tadi
Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda Laut Bismarck, kira-kira 200 km dari pantai Papua New Guinea pada pagi Selasa. Memetik News Detik, gempa bumi tersebut bagaimana pun tidak memberi ancaman tsunami kepada kawasan sekitar. Pihak Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan bahawa peluang untuk kematian dan kerosakan dilaporkan akibat gempa bumi berkenaan […]

Gerabak LRT Laluan Kelana Jaya Alami Gangguan Teknikal, Ramai Terkandas Di Stesen Taman Jaya
Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) bagi laluan Kelana Jaya terjejas akibat masalah teknikal pagi ini. Menerusi Twitter rasmi Ask Rapid KL memaklumkan sebuah tren dari stesen Taman Jaya ke Putra Height mengalami masalah teknikal. Difahamkan gangguan tersebut bermula sekitar jam 8.30 pagi tadi dan kerja membaik pulih sedang giat dilakukan. Bagaimanapun, Rapid KL memaklumkan bahawa […]

Penyerang Muda Berbakat, Erling Haaland Sah Ke Manchester City
Penyerang muda berbakat yang diramal bakal menjadi pemain terbaik di dunia di masa depan, Erling Haaland dilaporkan sah berpindah ke kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City. Berita perpindahan berkenaan dimaklumkan oleh seorang wartawan sukan terkemuka berasal dari Itali, Fabrizio Romano di laman Twitter sebentar tadi. Melalui tweetnya, beliau memaklum kedua-dua belah pihak sudahpun […]

Ayah Rayu Bantuan Ramai, Kesan Anak Hilang Selepas Keluar Solat Subuh Di Masjid
Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya yang terletak di Bandar Tasik Selatan sejak awal pagi pada Ahad. Muhammad Al Muiz Al Mawardi itu tidak pulang selepas keluar untuk menunaikan solat Subuh di Masjid Al Muqarrabin sejak 8 Mei lalu. Dalam satu perkongsian daripada laman Facebook milik Al Mawardi memohon […]

Wajah Nampak Susut & ‘Lain’, Tular Foto Chef Popular, Burak Ozdemir Pakai Baju Pesakit Di Hospital
Memiliki lebih 34 juta pengikut di Instagram, Chef selebriti terkenal dari Turki, Burak Ozdemir dikhabarkan menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hopsital di sana, selepas tular beberapa keping gambarnya mengenakan pakaian yang sinonim dengan pesakit di hospital. Foto-foto berkenaan turut dikongsikan oleh beliau sendiri di laman Instagramnya. Dalam perkongsian berkenaan, memperlihatkan beliau sedang berada di atas […]

Tak Tahan Kena ‘Kutuk’, Pemuda Libas Kawan Baik Sendiri Dengan Sabit
Seorang lelaki di Jawa Timur, Indonesia ditahan pihak polis kerana didakwa menetak rakannya sendiri. Kejadian ini berlaku pada Khamis lalu, 5 Mei 2022. Difahamkan, suspek datang ke rumah mangsa pada hari tersebut dengan penuh emosi kemudian menghayunkan sebilah sabit yang dibawa ke arah mangsa. Bagaimanapun, mangsa sempat mengelak dengan menunduk ke bawah, bagaimanapun sabit berkenaan […]

Lelaki Ditahan Polis Kerana Halang Penjawat Awam Iringi Orang Kenamaan
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) — Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menghalang penjawat awam yang sedang mengiringi orang kenamaan dan memandu secara gopoh di Lebuh Raya Sultan Iskandar menghala ke susur masuk ke Jalan Sultan Abdul Halim, di sini, pada Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata pihaknya menerima satu […]