Berita

Lelaki Ditahan Polis Kerana Halang Penjawat Awam Iringi Orang Kenamaan
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) — Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menghalang penjawat awam yang sedang mengiringi orang kenamaan dan memandu secara gopoh di Lebuh Raya Sultan Iskandar menghala ke susur masuk ke Jalan Sultan Abdul Halim, di sini, pada Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata pihaknya menerima satu […]

Malaysia Ucap Selamat Tinggal Pada Piala Uber 2022
BANGKOK, 9 Mei (Bernama) — Satu lagi kekalahan. Satu lagi penyingkiran pada peringkat kumpulan. Cabaran Malaysia pada Piala Uber 2022 berakhir selepas mereka ditunjukkan jalan keluar awal oleh tuan rumah, Thailand, berikutan kekalahan 1-4 pada perlawanan kedua Kumpulan C di Impact Arena, di sini hari ini. Walaupun membuat beberapa ‘kejutan’ dalam skuad selepas mereka tewas […]

Polis Sahkan Lelaki Terbaring Atas Jalan Disamun Dan Dipukul, 2 Lelaki Diburu
Polis Cheras memaklumkan bahawa lelaki yang ditemui terbaring dan tidak sedarkan diri di tepi jalan di Taman Tenaga, Cheras telah disamun dan dipukul. Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Muhammad Idzam Hj. Jaafar berkata pihak polis telah mengesan video yang memaparkan keadaan lelaki tersebut di media sosial. Pihaknya juga telah menerima laporan polis berhubung kejadian tersebut […]

Polis Siasat Video Tular Anggota Trafik Kasari Lelaki
GEORGE TOWN, 9 Mei (Bernama) — Polis Pulau Pinang membuka Kertas Enkuiri Polis (KEP) berhubung kejadian seorang anggota trafik mengasari seorang lelaki di sekatan jalan raya (SJR), di Bukit Mertajam dekat sini, yang videonya tular di media sosial semalam. Ketua Polis negeri Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan kejadian berlaku pada pukul 1.15 pagi semalam […]

Gali Kubur & Rogol Mayat Remaja OKU, 17 Lelaki Disiasat Polis
Pakistan – Mayat seorang remaja perempuan dilaporkan telah dirogol oleh lelaki yang tidak dikenali dalam kejadian di kampung Chak Kamala, Gujrat. Memetik laporan portal Opindia, Timbalan Setiausaha Agung Liga Muslim Pakistan (PMLN), Attaullah Tarar memaklumkan bahawa seramai 17 suspek telah disoal siasat setakat ini. Menerusi kenyataan di Twitter, beliau juga memaklumkan bahawa siasatan kes itu […]

Sukan SEA: Yan Yee & Ker Ying Sumbang Pingat Emas Keempat Negara
HANOI, 9 Mei (Bernama) — Kilauan pingat emas terus dituai skuad terjun kebangsaan selepas pasangan Ng Yan Yee-Ong Ker Ying mempamerkan aksi cemerlang untuk mendominasi saingan final acara 3 meter (m) papan anjal seirama wanita Sukan SEA ke-31 di Pusat Akuatik My Dinh di sini, hari ini. Yan Yee-Ker Ying yang pertama kali bergandingan di […]

Operasi Ke Atas Ukraine ‘Satu-Satunya Keputusan Yang Tepat’ – Putin
MOSCOW, 9 Mei (Bernama) — Operasi ketenteraan khas Rusia di Ukraine adalah untuk menghalang pencerobohan ke atas wilayahnya dan ia “satu-satunya keputusan yang tepat”, kata Presiden Vladimir Putin pada Isnin. Berucap pada sambutan ke-77 Victory Day di Red Square, Moscow, Putin berkata tentera berjuang untuk penduduk di Donbass dan keselamatan Rusia, lapor Agensi Anadolu (AA). […]

Polis Tahan Semula Dua Pelatih PUSPEN Bukit Chabang
KANGAR — Dua pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Chabang, Beseri yang melarikan diri pada Sabtu, ditahan semula hari ini. Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah berkata kedua-dua tahanan lelaki itu, ditahan di hadapan sebuah kilang di Chuping pada 1.00 tengah hari tadi. “Ketika ditahan, kedua pelatih masing-masing berusia 51 dan […]

Thomas Cup: Malaysia Benam England 5-0
BANGKOK, 9 Mei (Bernama) — Skuad badminton lelaki Malaysia memulakan kempen pusingan Akhir Piala Thomas 2022 dengan penuh bergaya setelah membenam England 5-0 dalam saingan peringkat pembukaan Kumpulan D di Impact Arena, di sini, hari ini. Jaguh perseorangan Malaysia, Lee Zii Jia terbukti terlalu kuat sebagai tandingan Toby Penty apabila berjaya mendahului dengan selesa 8-0 […]

Sukan SEA: Tze Liang Butir Emas Ketiga Negara, Ke-12 Peribadi
HANOI — Skuad terjun kebangsaan meneruskan momentum cemerlang di Sukan SEA ke-31 apabila atlet negara Ooi Tze Liang membutirkan pingat emas ketiga Malaysia selepas mengungguli saingan final acara 1 meter (m) papan anjal lelaki di Pusat Akuatik My Dinh di sini, hari ini. Tze Liang menampilkan persembahan terpuji dengan mengumpul 377.70 mata dalam keseluruhan enam […]

Viral Individu Bermain “Roller Blade” Di Tengah Highway
Viral sekumpulan individu bermain kasut roda atau roller blade di tengah lebuh raya baru-baru ini tanpa risaukan risiko nyawa mereka, lapor Indozone. Menurut Indozone, kejadian itu didakwa berlaku di Jalan Gatot Subroto, Jakarta di Indonesia baru-baru ini, selain turut tular di media sosial. Menerusi sebuah video tular berdurasi 45 saat, ia memaparkan sekumpulan pemain roller blade […]

Gempa Bumi Kuat Landa Timur Taiwan
TAIPEI, 9 Mei (Bernama) — Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda Lautan Pasifik pada 2.23 petang Isnin menggegarkan sebahagian besar Taiwan, menurut Agensi Berita Pusat (CNA). Gempa bumi berlaku di 89.5 kilometer di timur Kaunti Hualien Hall pada kedalaman 27.5 kilometer, lapor Pusat Seismologi Biro Cuaca. Gegaran paling kuat dirasai di Kaunti Yilan Kaunti, […]

Lelaki Jatuh Cinta Dengan Ibu Kandung Sendiri
Seorang lelaki yang berasal dari Michigan, Amerika Syarikat (AS) dilapor jatuh cinta dengan ibu kandung sendiri selepas bertemu kembali setelah terpisah selama 30 tahun, lapor Daily Star. Menurut Daily Star, Ben Ford, 32 tahun yang dibesarkan oleh keluarga angkat sejak lahir telah bertemu dengan ibu kandungnya, Kim West selepas mengutuskan surat dalam misi mencari keluarga […]

Lima Sekeluarga Cedera Rumah Meletup Dipercayai Kebocoran Gas Memasak
NIBONG TEBAL, 9 Mei (Bernama) — Lima sekeluarga mengalami kecederaan selepas rumah mereka di Taman Cenderawasih, di sini berlaku letupan dipercayai akibat kebocoran gas dalam kejadian malam tadi. Kejadian itu menyebabkan sekurang-kurangnya dua unit rumah lagi terutamanya di sebelah kiri dan kanan rumah mangsa rosak serta sebuah motosikal dan sebuah kereta yang masing-masing diletakkan di bahagian […]

Gagal Layak Ke Liga Juara-Juara Eropah, Gaji Pemain Man United Dipotong
Kegagalan gergasi Eropah, Manchester United (MU) untuk layak ke Liga Juara-Juara bakal menyaksikan gaji pemain-pemainnya akan dipotong sebanyak 25 peratus, lapor Daily Mail UK. Angan-angan skuad Red Devils untuk pergi lebih jauh nampaknya musnah selepas kelab itu tewas ‘teruk’ dengan kekalahan memalukan 0-4 kepada Brighton dalam saingan Liga Perdana Inggeris baru-baru ini. Kekalahan besar tersebut […]

Polis Kelantan Tahan Dua Suspek Bantu Siasatan Kes Rompakan Kedai Pajak Gadai
TUMPAT, 9 Mei (Bernama) — Polis Kelantan menahan dua individu bagi membantu siasatan kes rompakan wang tunai bernilai RM1 juta serta barangan kemas di sebuah kedai pajak gadai di Pasir Mas, dekat sini, yang berlaku Khamis (5 Mei) lepas. Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhammad Zaki Harun berkata lelaki dan wanita warga tempatan berusia 30-an […]

Pemandu Kedua Bas Ekspres Direman Bantu Siasatan Kes Cabul Penumpang
KUALA TERENGGANU, 9 Mei (Bernama) — Seorang pemandu kedua sebuah bas ekspres direman bagi membantu siasatan kes cabul seorang penumpang wanita yang sedang tidur ketika dalam perjalanan dari Kelantan ke Melaka awal pagi semalam. Perintah tahanan reman selama empat hari hingga Khamis itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Hairul Azhar Mohamad terhadap lelaki berumur 27 tahun itu […]

Mekanik Didakwa Bunuh Isteri Sehari Sebelum Aidilfitri
KAJANG, 9 Mei (Bernama) — Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah di Cheras sehari sebelum Aidilfitri. Tertuduh, 38, didakwa membunuh Siti Nadirah Mohd Nazul, 28, di sebuah rumah di Taman Koperasi Maju Jaya, Jalan Maju Jaya 5, Cheras antara 12 tengah malam hingga 3.30 pagi, 1 Mei […]

Kes Bunuh Kanak-Kanak: Sebutan Semula Pada 21 Jun
KUCHING, 9 Mei (Bernama) — Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 21 Jun depan untuk sebutan semula kes pasangan suami isteri yang didakwa membunuh kanak-kanak berusia empat tahun, Eric Chang Wei Jiw pada Mac lepas. Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Dora Undau menetapkan tarikh itu selepas permohonan dibuat oleh pihak pendakwaan bagi menunggu laporan kimia pada prosiding kes […]

Cincin Melekat Pada Kemaluan, Lelaki Tahan Sakit Lebih Sejam
Seorang lelaki terpaksa menanggung sakit lebih sejam gara-gara sebentuk cincin melekat pada kemaluan miliknya, lapor Sinar Harian. Menurut Sinar Harian, cincin tersebut ditanggalkan oleh sepasukan anggota bomba dalam usaha menyelamat di Hospital Ampang pada Ahad semalam. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis memaklumkan, maklumat tragedi ‘memilukan’ tersebut diterima mereka tepat pukul […]