Berita

Polis Tahan Pemain Bola Sepak Bantu Siasatan Kes Rogol Remaja Perempuan
KOTA BHARU, 31 Mei (Bernama) — Polis menahan seorang pemain bola sepak liga tempatan bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan, di sini Ahad lalu. Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata tangkapan suspek berusia 28 tahun itu, dibuat di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini malam Ahad lalu, selepas mangsa […]

Hoki Piala Asia: Malaysia Sah Mara Ke Final, Benam Jepun 5-0
Malaysia kini secara sahnya berjaya mara ke peringkat akhir Kejohanan Hoki Piala Asia 2022 selepas membenam skuad hoki Jepun dengan keputusan 5-0. Dalam perlawanan yang mendebarkan itu, skuad hoki kebangsaan melakukan asakan bertali arus sehingga menyebabkan pemain Jepun banyak ‘hilang bola’. Gol-gol yang dijaringkan pemain Malaysia disumbangkan oleh Shello Silverius pada minit ke-15 di suku […]

Lelaki Alami Masalah Mental Didiagnos Hidap DID, Miliki 10 Identiti Berbeza
Seorang lelaki di Munich, Jerman yang didiagnos mengalami masalah mental didakwa memiliki 10 jenis personaliti dan usia masing-masing yang berbeza, lapor Mirror. Memetik Mirror, Leonard Stöckl mempunyai 1o personaliti yang berbeza iaitu Kovu, 4 tahun , Hektor, 8 tahun, Ana, 16 tahun , Cosmo, 17 tahun, Ash, 18 tahun, Jessy, 19 tahun, Leo, 21 tahun, […]

Pegawai Polis Meninggal Dunia, Kanser Saraf Merebak Ke Hati
Seorang pegawai polis wanita yang bertugas di Kuantan, Pahang dilaporkan telah meninggal dunia pada 31 Mei hari ini sekitar jam 1.40 petang tadi. Difahamkan, menurut laman Facebook rasmi Polis Kuantan, pegawai polis berkenaan meninggal dunia kerana menghidapi komplikasi kanser saraf. “Dimaklumkan bahawa Sarjan RF 106972 Roslina binti Ismail, 52 tahun yang bertugas di Cawangan Stor […]

22 Mayat Penumpang Pesawat Terhempas Di Himalaya Ahad Lalu Berjaya Dibawa Keluar
Pasukan Mencari dan Penyelamat Nepal hari ini berjaya membawa keluar kesemua 22 mayat penumpang termasuk kru di dalam sebuah pesawat yang dilapor terhempas ke lereng gunung Himalaya pada Ahad. Kerajaan Nepal telah membentuk panel untuk menyiasat kejadian berkenaan dan sekali gus mencadangkan langkah untuk mencegah ia berlaku pada masa akan datang. Kesemua mangsa iaitu dua […]

Lelaki Bakar Rumah Diburu Polis
JERTIH, 31 Mei (Bernama) – Seorang lelaki yang dipercayai penagih dadah diburu polis kerana disyaki membakar sebuah rumah di Kampung Keruak di Hulu Besut, di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata lelaki tempatan berusia 40an itu dipercayai sedang bersembunyi di dalam hutan di sekitar kampung tersebut selepas melakukan perbuatan […]

“Confirm” Tak Cukup Sepinggan, Rupanya Ini Helah Mak Masak Ketam Kari Cili Sampai Ketagih
Makanan laut memang mempunyai tarikan tersendiri dan tiada seorang pun yang mampu menolak rasa enak serta kelazatan menjamu selera dengan makanan laut. Boleh dihidangkan dalam pelbagai gaya masakan, rasa manis ketam, sotong, udang dan isi ikan mampu membuatkan kita kecur air liur biarpun sekadar membayangkannya sahaja. Walaupun ramai yang kata masakan berasaskan makanan laut ini […]

MB Perak Saran Rakyat Tanam Sayur, Ternak Haiwan Untuk Kegunaan Sendiri
GOPENG, 31 Mei (Bernama) — Kerajaan Negeri Perak menyarankan supaya rakyat di negeri itu menanam sendiri sayur-sayuran dan memelihara haiwan ternakan untuk kegunaan sendiri susulan kekurangan bekalan makanan yang dihadapi ketika ini. Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata langkah itu juga merupakan antara inisiatif bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat yang terkesan akibat […]

PICKids Kepada Kanak-Kanak Mencapai Usia 5 Tahun Tamat Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan penutupan PICKids kepada kanak-kanak yang telah melepasi usia lima tahun. Timbalan Menteri Kesihatan 1, YB Dato’ Dr Noor Azmi Bin Ghazali, dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pada 31 Mei 2022, hari ini merupakan hari terakhir pemberian dos pertama PICKids kepada kanak-kanak yang telah mencapai usia lima tahun. “Semenjak pelancaran […]

Pakai Kasut Orang Asli, Penerbit Filem Kelvin Redvers Dihalau Dari Karpet Merah
Penerbit filem berketurunan Orang Asli, Kelvin Redvers tidak dibenarkan berjalan di atas karpet merah di Cannes Film Festival untuk tayangan perdana filem Valeria Bruni Tedeschi’s Les Amandiers kerana pakai kasut Orang Asli. Mengetahui akan ada banyak orang memerhati di acara tersebut termasuklah ‘paparazi’, dia mengambil peluang untuk mengetengahkan identiti dan budaya keturunan suku kaumnya dengan memakai sepasang kasut […]

Miliki, Jual Walkie-Talkie Tidak Diperakui MCMC, Peniaga Didenda RM14,000
KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) – Seorang penjual alat komunikasi hari ini didenda berjumlah RM14,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana menjual dan memiliki 16 unit walkie-talkie yang tidak diperakui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC). Hakim M.M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Lee Wan Ying, 35, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas wanita […]

Ibu, Rakan Lelaki Dan Nenek Tidak Mengaku Salah Dera Dua Kanak-Kanak
GEORGE TOWN, 31 Mei (Bernama) – Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendera dua kanak-kanak dipercayai anaknya, masing-masing berusia tiga dan lima tahun dalam kejadian pertengahan bulan ini. Wanita berumur 28 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu didakwa melakukan penderaan dan penganiayaan kepada anak lelakinya […]

Ramai Beratur Beli Pizza Wak Doyok, Sekali Ada Orang Koyak Stiker Jumpa ‘Brand’ Lain
Bila sebut saja nama Wak Doyok, warga Malaysia mesti akan kenal dengan usahawan dan personaliti fesyen ini. Yela, dengan penampilan berjambang siap dengan pakai suit, trademark bergaya yang dibawa oleh Wak Doyok memang lain dari yang lain. Baru-baru ni, Wak Doyok dah ceburkan diri pula dalam bidang perniagaan pizza. Katanya, dia buat jenama baru Pizza […]

Cubaan Dua Lelaki Seludup 1.35 Tan Daun Ketum Ke Johor Gagal
ALOR SETAR, 31 Mei (Bernama) — Cubaan dua lelaki menyeludup daun ketum seberat 1.35 tan ke Johor Bharu gagal apabila mereka ditahan dalam satu operasi di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berdekatan hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gurun, malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah Supt Mohd Mahiri Hussin […]

Infinix Membawa Peranti Permainan Mudah Alih Yang Dinaik Taraf Untuk Rakyat Malaysia
KUALA LUMPUR, 31 MEI 2022 – Perhatian Gamers! Infinix, jenama yang sedang meningkat naik di dalam pasaran elektronik telah melancarkan telefon bimbit pintar dengan visual mantap yang dinanti-nantikan iaitu Infinix NOTE 12 Series serba baharu yang bakal mengubah cara anda bermain permainan video! Bersiap sedia untuk menaik taraf permainan anda dengan Infinix Note 12 Series […]

Chulio Terima Pingat ‘Jasamu Dikenang’
BATU GAJAH, 31 Mei (Bernama) — Chulio, seekor anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima pingat ‘Jasamu Dikenang’ atas kejayaan mengesan mayat lelaki warga emas pada 11 Mei lepas. Anjing jenis German Shepherd dari United Kingdom itu menerima pingat daripada Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Mohamad Roy Suhaimi Sarif sempena […]

HFMD: Hanya Tiga Kes Dimasukkan Ke ICU Setakat Ini – KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) — Sehingga 28 Mei lepas, hanya tiga kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) daripada 65,535 kes yang dilaporkan, dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata kes pertama dan kes kedua dimasukkan ke ICU kerana mengalami komplikasi […]

Da’i Syed Bebas Dua Tuduhan Jenayah Seksual
PETALING JAYA, 31 Mei (Bernama) — Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta. Hakim Jamaludin Mat memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk melepas […]

Malaysia Kecam Sekeras-Kerasnya Pencerobohan Israel Ke Atas Masjid Al-Aqsa
KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) — Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan dan pencerobohan oleh pelampau dan pegawai Israel di Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya pada Ahad. Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Selasa berkata pencerobohan yang dirancang di tapak suci umat Islam dan perhimpunan perarakan bendera di Kota Lama adalah satu provokasi dan pelanggaran […]

Ubah Suai Flat Melampau Tanpa Kelulusan, MPAJ Perjelas Sebab Terpaksa Dirobohkan
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memaklumkan bahawa pihaknya terpaksa merobohkan struktur tambahan haram di sebuah rumah flat yang di ubah suai tanpa kelulusan. Menurut MPAJ dalam satu kenyataan, pemilik rumah yang di ubah suai tanpa kelulusan tersebut jelas menggunakan ruang harta bersama yang bukan hak mutlaknya tetapi dikongsi secara bersama. “Kediaman berstrata seperti flat, apartmen […]