Berita

Berita
Infinix Membawa Peranti Permainan Mudah Alih Yang Dinaik Taraf Untuk Rakyat Malaysia
KUALA LUMPUR, 31 MEI 2022 – Perhatian Gamers! Infinix, jenama yang sedang meningkat naik di dalam pasaran elektronik telah melancarkan telefon bimbit pintar dengan visual mantap yang dinanti-nantikan iaitu Infinix NOTE 12 Series serba baharu yang bakal mengubah cara anda bermain permainan video! Bersiap sedia untuk menaik taraf permainan anda dengan Infinix Note 12 Series […]
Berita
Chulio Terima Pingat ‘Jasamu Dikenang’
BATU GAJAH, 31 Mei (Bernama) — Chulio, seekor anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima pingat ‘Jasamu Dikenang’ atas kejayaan mengesan mayat lelaki warga emas pada 11 Mei lepas. Anjing jenis German Shepherd dari United Kingdom itu menerima pingat daripada Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Mohamad Roy Suhaimi Sarif sempena […]
Berita
HFMD: Hanya Tiga Kes Dimasukkan Ke ICU Setakat Ini – KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) — Sehingga 28 Mei lepas, hanya tiga kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) daripada 65,535 kes yang dilaporkan, dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata kes pertama dan kes kedua dimasukkan ke ICU kerana mengalami komplikasi […]
Berita
Da’i Syed Bebas Dua Tuduhan Jenayah Seksual
PETALING JAYA, 31 Mei (Bernama) — Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta. Hakim Jamaludin Mat memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk melepas […]
Berita
Malaysia Kecam Sekeras-Kerasnya Pencerobohan Israel Ke Atas Masjid Al-Aqsa
KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) — Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan dan pencerobohan oleh pelampau dan pegawai Israel di Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya pada Ahad. Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Selasa berkata pencerobohan yang dirancang di tapak suci umat Islam dan perhimpunan perarakan bendera di Kota Lama adalah satu provokasi dan pelanggaran […]
Berita
Ubah Suai Flat Melampau Tanpa Kelulusan, MPAJ Perjelas Sebab Terpaksa Dirobohkan 
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memaklumkan bahawa pihaknya terpaksa merobohkan struktur tambahan haram di sebuah rumah flat yang di ubah suai tanpa kelulusan. Menurut MPAJ dalam satu kenyataan, pemilik rumah yang di ubah suai tanpa kelulusan tersebut jelas menggunakan ruang harta bersama yang bukan hak mutlaknya tetapi dikongsi secara bersama. “Kediaman berstrata seperti flat, apartmen […]
Berita
Pelakon Veteran, Aripah Damanhuri Meninggal Dunia
Pelakon veteran, Aripah Damanhuri dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pagi ini. Berita pemergian pelakon itu telah dimaklumkan sendiri oleh anak lelakinya, Fais Al-Hajari di Facebook sebentar tadi. Menurutnya, ibunya telah meninggal dunia pada jam 8.15 pagi. “Mak akhirnya pergi juga. Bagi sesiapa yang mengenali mak, dukacita dimaklumkan mak baru sahaja meninggal […]
Berita
Rasuah Pengurusan Jenazah: SPRM Tahan 4 Kakitangan Hospital
SHAH ALAM, 30 Mei (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor hari ini menahan empat kakitangan di sebuah hospital di negeri ini kerana disyaki meminta dan menerima suapan antara RM1,000 dan RM5,000 setiap seorang bagi kerja-kerja berkaitan pengurusan jenazah. Menurut sumber, dua suspek merupakan pembantu kesihatan dan dua lagi adalah penolong pegawai perubatan berusia antara 35 […]
Sukan
Anak Gadis The Rock Ikut Jejak Langkah Ayah, Bakal Sertai WWE
Anak perempuan The Rock ikuti jejak langkah ayahnya, bakal sertai World Wrestling Entertainment (WWE) tidak lama lagi, lapor Daily Mail. Bagaimana acuan begitulah kuihnya, Simone Alexandra Johnson, 20, anak kepada ahli gusti profesional terkenal Dwayne Johnson, (The Rock) mengumumkan bakal membuat penampilan sulungnya di WWE. Difahamkan, Simone telah membuat pendaftaran dalam siaran itu sejak dua […]
Berita
Bom Lama Dijumpai Di Kepong Tidak Aktif Dan Berbahaya – Polis
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) — Sebutir bom lama yang dijumpai orang awam ketika menjalankan kerja-kerja pembinaan di Jalan Taman Pusat Kepong, di sini tengah hari tadi tidak lagi aktif dan berbahaya. Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata perkara itu disahkan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur yang bergegas […]
Berita
Digelar ‘Spidergirl’, Kanak-kanak Miliki Empat Tangan & Empat Kaki
Seorang budak perempuan di India diberi nama gelaran Spidergirl gara-gara hidup dengan memiliki empat tangan dan empat kaki sejak dilahirkan, lapor Mirror baru-baru ini. Difahamkan, kanak-kanak perempuan itu mempunyai dua tangan tambahan dan dua kaki ‘diikat’ pada pinggangnya. Dia tinggal bersama ibunya, Usha Devi di Kampung Hemda di Nawada, Bihar di India. Menurut Mirror, ibunya […]
Berita
Pesawat TUDM Terbang Rendah, Orang Ramai Dinasihat Jangan Cemas
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) — Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas jika melihat pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbang rendah di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang. TUDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia adalah latihan sempena persiapan Istiadat Perbarisan Hari Ulang Tahun TUDM ke-64 yang akan diadakan pada Rabu ini di Pangkalan Udara Subang. “Sepanjang latihan […]
Luar Negara
Tembakan Sekolah Texas: Kanak-kanak Lumur Darah Pada Badan, Pura-pura Mati Elak Ditembak Suspek
Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun pura-pura mati dengan melumurkan darah rakan kelasnya pada badan untuk elak ditembak semasa insiden tembakan sekolah di Uvalde, Texas baru-baru ini. Menurut CNN News, M (bukan nama sebenar) merupakan salah seorang pelajar yang terselamat dalam insiden itu. Ketika kejadian, M sedang menonton filem Lilo and Stitch di dalam kelas bersama […]
Berita
Kecederaan Lecur Bella Disebabkan Air Termos Tumpah, Bukan Mesin Penapis Air – Saksi
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) — Seorang penghuni Rumah Bonda hari ini mengakui bahawa kecederaan melecur dialami remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella adalah disebabkan tumpahan air termos dan bukannya daripada mesin penapis air. Saksi bersetuju dengan cadangan peguam Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali bahawa Bella bermain […]
Berita
Kedudukan Bulan Tidak Ikut Kriteria, Syawal Berakhir Esok – Jabatan Mufti Selangor
Hari ini yang bertarikh 30 Mei 2022 sepatutnya adalah hari terakhir bulan Syawal pada asalnya. Pendek kata, jumlah hari bagi Syawal tahun ini adalah menyamai jumlah bilangan hari pada Ramadan lalu, iaitu hanya 29 hari. Namun menurut Jabatan Mufti Negeri Selangor, data kedudukan bulan dan matahari seperti yang direkodkan dalam cerapan terbaharu menunjukkan terdapat perubahan […]
Tragedi
Jatuh Dari Jejantas Sekolah, Pelajar Dilapor Parah, Pinggang Patah
Seorang pelajar di sebuah sekolah menengah dilapor cedera parah akibat jatuh dari jejantas berketinggian 10 meter pada Isnin, lapor AWANI. Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, pelajar perempuan tingkatan dua tersebut terjatuh ketika menggunakan jejantas berkenaan ketika kira-kira pukul 7:30 pagi. Difahamkan, jejantas yang digunakan pelajar tersebut menghubungkan dua blok akademik di sekolah […]
Berita
14 Mayat Ditemukan Di Lokasi Nahas Pesawat Nepal
KATHMANDU, 30 Mei (Bernama) — Empat belas mayat ditemukan di lokasi nahas pesawat penumpang Nepal di kawasan berbukit terpencil di daerah Mustang Nepal, lapor Xinhua, memetik Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal pada Isnin. “Empat belas mayat ditemukan di lokasi tetapi identiti mereka masih belum didedahkan,” kata agensi penerbangan itu dalam satu kenyataan. Pesawat Twin Otter […]
Berita
Polis Sedang Giat Mengesan Penunggang Motosikal Hayun ‘Helmet’
Seremban – Polis kini menjalankan siasatan berkaitan insiden penunggang motosikal yang menganggu jalan raya di Jalan Temiang-Pantai seperti yang tular di media sosial sejak semalam. Memetik laporan Utusan, siasatan awal polis mendapati bahawa kejadian itu berlaku pada hari yang sama. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata ia berlaku pada waktu tengah hari […]
Berita
Pesawat Nepal Yang Hilang Ditemukan Terhempas: Tentera
KATHMANDU, 30 Mei (Bernama) — Pesawat Nepal yang hilang dengan 22 penumpang di dalamnya ditemukan terhempas, lapor Xinhua, memetik Tentera Nepal pada pagi Isnin. “Pesawat Tara Air ditemukan terhempas di Sanosware di Bahagian-2 Perbandaran Luar Bandar Thasang di daerah Mustang,” kata jurucakap tentera Brigedier Jeneral Narayan Silwal dalam satu kenyataan. “Butiran lanjut mengenainya akan menyusul.” […]
Berita
Salmonella: Syarikat Import Mentega Kacang Jenama Jif Diminta Tarik Balik Produk Di Pasaran
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) telah meminta syarikat yang mengimport produk mentega kacang berjenama ‘Jif’, untuk menarik balik produk itu daripada pasaran. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia berdasarkan semakan yang dilakukan KKM ke atas data Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM), yang mendapati produk berkenaan […]