Berita

Kes Cacar Monyet Dikesan Babitkan Pengembara Transit Di Singapura – MoH
SINGAPURA, 6 Jun (Bernama) — Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura pada 4 Jun lepas dimaklumkan Kementerian Kesihatan New South Wales, mengenai satu kes cacar monyet melibatkan pengembara yang transit di Singapura pada 2 Jun. Dalam satu kenyataan pada Isnin, MOH memaklumkan bahawa pengembara itu tiba di Sydney pada 3 Jun dan disahkan positif cacar monyet. “Beliau berlepas dari […]

Ayah Maut, Anak Kecil Cedera Dilanggar Pemandu Disyaki Mabuk
Seorang lelaki maut, manakala anak kecilnya yang baru berusia tiga tahun mengalami pendarahan dalaman di kepala selepas dilanggar pemandu disyaki mabuk dalam satu kejadian di Kampar, Perak pada Ahad, lapor Sinar Harian. Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, si ayah yang berusia 42 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan […]

Nenek Terjatuh Dari Tingkat 21, Tak Mati
Seorang wanita bertaraf ‘nenek’ yang terjatuh dari tingkat 21 di sebuah pangsapuri dalam satu kejadian di Indonesia baru-baru ini dilapor terselamat daripada maut, lapor Tribun. Ketua Polis Kelapa Gading, Vokky Sagala berkata, mangsa yang dikenali sebagai An, 55 tahun itu tergelincir dari balkoni di kediamannya. “Polis Kelapa Gading menerima laporan bahawa seorang wanita jatuh dari […]

1,021 Terima Darjah Kebesaran, Bintang & Pingat Sempena Hari Keputeraan Agong
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) — Seramai 1,021 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2022 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Bekas Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri (B) Mohamed Hashim Mohd Ali mendahului senarai penerima dengan dikurniakan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang […]

Terowong Dadah Bawah Tanah Hubungkan US-Mexico Ditemui
Siapa yang gemar menonton filem-filem dari Hollywood, pasti sudah maklum tentang jenayah dadah yang melibatkan dua negara berjiran, iaitu Amerika Syarikat (US) dan Mexico. Umumnya, melihat daripada sudut geografi, kedua-dua negara ini hanya terletak ‘bersebelahan’ saja, US di kedudukan utara dan Mexico di selatan. Meskipun kedua-duanya dipisahkan dengan pagar sempadan antara yang ‘terpanas’ di dunia, […]

Pasangan Suami-Isteri Maut, Motosikal Terbabas Di Jalan Banting-Dengkil
SHAH ALAM, 6 Jun (Bernama) — Sepasang suami isteri maut setelah motosikal yang ditunggangi mereka terbabas di Jalan Banting- Dengkil awal pagi semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata dalam kejadian pada kira-kira 6 pagi itu, motosikal ditunggangi pasangan muda yang dalam perjalanan dari arah Dengkil menghala ke […]

59 Rohingya Tanpa Dokumen Termasuk Lima Kanak-kanak Ditemui Di Pulau Satun
SATUN (Selatan Thailand), 5 Jun (Bernama) — Kira-kira 59 orang pendatang tanpa izin Rohingya termasuk lima kanak-kanak yang kelaparan dan lesu ditemui di sebuah pulau di wilayah selatan Satun di Thailand, berhampiran sempadan Malaysia pada Sabtu, kata pegawai. Gabenor Satun, Ekkarat Leesen berkata pegawai penguatkuasa menemui 31 lelaki, 23 wanita dan lima kanak-kanak yang kelaparan di pulau Koh Dong, […]

Pemuda 22 Tahun Ditahan, Seludup 10kg Kokain Guna Kerusi Roda
Pihak berkuasa lapangan terbang Charlotte, Carolina Utara dilaporkan telah merampas lebih 10kg kokain yang disembunyikan di dalam sebuah kerusi roda elektrik, lapor portal Newsweek. Menurut Pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat, seorang penumpang yang menggunakan kerusi roda elektrik itu ditemui semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Charlotte Douglas pada hari Selasa lalu. Suspek […]

Berang Kena Minta Cerai, Lelaki Nekad Jerut Leher Isteri Guna Tali
Berang isteri mohon cerai daripadanya, seorang lelaki bertindak nekad menjerut leher isterinya menggunakan seutas tali, lapor portal Divisi Humas Polri. Menurut Ketua Polis Sukabumi AKBP Dedy Darmawansyah, melalui Ketua Polis Daerah Jampang Tengah AKP Usep Nurdin dalam keterangan rasminya pada Jumaat lalu, kejadian itu berlaku di rumah mangsa di Kampung Cigombong, Bojongjengkol, Daerah Jampang Tengah […]

Gadis Kelahiran Pulau Pinang Raih Anugerah Pelajar Terbaik RUMC
GEORGE TOWN, 5 Jun (Bernama) — Seorang pelajar Royal College of Surgeons in Ireland & University College Dublin (UCD) kampus Malaysia (RUMC) yang berasal dari Pulau Pinang muncul sebagai pelajar terbaik RUMC bagi tahun 2022. Lebih manis, Por Chia Yin pelajar ijazah perubatan RUMC turut meraih Anugerah RUMC tempat pertama dalam Pembedahan, Psikiatri, Perubatan Keluarga […]

Polis Johor Siasat Pekerja Bas Ekspres Kasari Penumpang
JOHOR BAHRU, 5 Jun (Bernama) – Polis menyiasat dakwaan beberapa pekerja syarikat bas ekspres bertindak kasar dan tidak sopan terhadap seorang penumpang di Terminal Bas Larkin di sini, Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Raub Selamat berkata siasatan itu dilakukan susulan video tular di media sosial berdurasi 45 saat yang memaparkan […]

Luka Tetak Dan Potong Punca Kematian Wanita Warga Emas
IPOH, 5 Jun (Bernama) – Hasil bedah siasat ke atas keratan mayat wanita warga emas yang dipercayai dibunuh anaknya di sebuah rumah di Taman Kerian, Parit Buntar mendapati punca kematiannya adalah akibat luka tetakan dan potongan tubuh. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata proses bedah siasat ke atas keratan mayat wanita berusia 68 […]

Aktiviti Skuter Elektrik Di Dataran Merdeka Tidak Dibenarkan – DBKL
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) — Aktiviti skuter elektrik di Dataran Merdeka tidak dibenarkan kerana ia adalah sebahagian jalan awam yang tidak diwartakan untuk aktiviti berkenaan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan itu selari dengan arahan kerajaan baru-baru ini bahawa tiada kebenaran diberikan terhadap aktiviti skuter elektrik di jalan awam […]

Aliran Trafik Menghala Ke Plaza Tol Gombak Dilapor Sesak
KUALA LUMPUR – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan trafik sesak di beberapa lokasi sepanjang Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak petang ini. Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi laman Facebook melaporkan bahawa trafik perlahan dari MRR2 ke Plaza Tol Gombak arah Kuantan pada jam 4.30 petang tadi. Selain itu, kesesakan juga turut dikesan berlaku di Hentian […]

Ingatkan Motosikal Hilang Dicuri, Rupanya Di Balai Polis
Bayan Lepas – Pihak Polis menemui dua buah motosikal yang ditinggalkan dalam keadaan kunci masih terletak di tempat kunci semasa melakukan tugas Ronda Cegah Jenayah (RCJ) pada 2 Jun baru-baru ini. Menurut kenyataan Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, bagi mengelakkan motosikal itu dicuri, ketua polis bahagian Bayan Lepas mengarahkan anggota bertugas tersebut membawa […]

Cemburu Mungkin Motif Wanita Hamil Ditembak
MACHANG, 5 Jun (Bernama) — Polis mengesyaki cemburu antara motif seorang wanita hamil ditemukan mati dengan kesan tembakan pada perut di dalam sebuah kereta di tepi jalan Kampung Repek, Pasir Mas, dekat sini petang semalam. Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata bagaimanapun polis akan melakukan siasatan menyeluruh dalam kes tersebut bagi menentukan motif […]

Bergelut Dengan ‘Kekasih Psiko’, Wanita Hampir Putus Jari Telunjuk
Seorang wanita hampir putus jari telunjuk ketika mempertahankan dirinya akibat bergelut dengan kekasihnya yang dikatakan seorang ‘lelaki psiko’. Nasib malangnya itu dikongsikan menerusi laman Twitter @elfucir yang menceritakan kejadian penuh bagaimana dirinya ‘dikerjakan’ oleh lelaki itu. Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila mangsa mahu mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan lelaki tersebut. Bagimanapun, lelaki itu dikatakan […]

Singapura Terpaksa Bergantung Bekalan Ayam Dari Thailand, Australia, Brazil Dan US
Singapura dilapor terpaksa bergantung bekalan ayam dari Thailand, Australia, Brazil dan Amerika Syarikat untuk menampung kekurangan bekalan itu, lapor Mothership. Menurut Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar Singapura, Desmond Tan, ia disebabkan sekatan eksport ayam yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia pada 1 Jun lalu. Bagaimanapun difahamkan, bekalan ayam di negara itu masih kekal stabil buat masa […]

Anak Kerat Ibu 15 Bahagian, Polis Percaya Mungkin Ada Masalah Mental
Pihak polis percaya suspek yang membunuh ibu kandungnya sendiri dengan mengerat mangsa kepada 15 bahagian di Taman Kerian, Parit Buntar baru-baru ini mungkin mempunyai masalah mental, lapor Sinar Harian. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pada awalnya pihak polis menjalankan siasatan berdasarkan laporan kes orang hilang yang dibuat oleh seorang lagi anak mangsa […]

Kanak-Kanak 12 Tahun Rompak Stesen Minyak, Bawa Keluar RM21K
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dilapor merompak sebuah stesen minyak dengan menggunakan senjata api dipercayai pistol dalam satu kejadian di Amerika Syarikat (US) baru-baru ini. Berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) premis tersebut bertarikh 1 Jun, suspek pada awalnya dilihat berdiri menunggu giliran di kaunter juruwang sambil menggalas satu beg bewarna gelap. Memetik News, […]