Berita

Trafik Perlahan, Kenderaan ‘Beratur’ Di Plaza Tol Gombak
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan keadaan trafik bagi laluan Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK) agak perlahan setakat 12:39 tengah hari tadi. Laman Twitter rasmi LLM Trafik sebentar tadi menunjukkan trafik perlahan sebelum masuk Plaza Tol Gombak dari Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) ke arah Kuantan. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan barisan kenderaan […]

201 Penduduk Dimasukkan Ke Hospital Selapas Terhidu Bahan Kimia Di Nigeria
KANO (Nigeria), 5 Jun (Bernama) — Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan Nigeria (NEMA) berkata 201 penduduk Kuarters Sharada di Kano dimasukkan ke hospital selepas terhidu bahan kimia daripada silinder yang dirungkai oleh pekerja. Penyelaras Wilayah NEMA Kano, Nuradeen Abdullahi, memberitahu pemberita bahawa mangsa dikejarkan ke tiga hospital – Hospital Pakar Murtala Muhammad, Hospital Perindustrian Sharada dan Hospital […]

Tubuh Ibu Dikerat 15, Gara-gara Tak Puas Hati Pembahagian Harta Pusaka Ayah
Parit Buntar – Seorang lelaki berumur 42 tahun ditahan kerana disyaki membunuh dan mengerat 15 bahagian badan ibunya gara-gara tidak puas hari tentang pembahagian harta pusaka. Ketua Polis Perak, Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan potongan-potongan daging menyerupai anggota badan manusia pada 3:30 petang kelmarin. Menurutnya, potongan daging mayat mangsa […]

Ustaz Kazim Elias Terima Bon 1 Juta Euro Dari Individu VIP
Sebelum ini, isu penceramah bebas terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias yang dipercayai telah disihir mendapat perhatian ramai. Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh beliau tempoh hari. Selain itu, beliau juga turut mendedahkan bahawa terdapat seramai enam individu tampil bersemuka memohon maaf kepadanya kerana telah melakukan perbuatan sihir tersebut ke atasnya. Terkini, menerusi laman Facebooknya miliknya, beliau […]

Wanita Hamil Tujuh Bulan Ditemukan Mati Dengan Kesan Tembakan Di Pasir Mas
KOTA BHARU, 5 Jun (Bernama) — Seorang wanita hamil tujuh bulan ditemukan mati dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta di tepi jalan di Kampung Repek, Pasir Mas, dekat sini petang semalam. Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata peniaga berusia 26 tahun itu ditemukan dalam kereta miliknya jenis Nissan Cefiro di tepi jalan […]

Tesla Mahu Kurangkan 10 Peratus Pekerja, Dipercayai Kerana Faktor Ekonomi Meleset
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk merancang untuk kurangkan pekerja yang sebanyak 10 peratus, dipercayai atas faktor kegawatan ekonomi, memetik The New York Times. Bagaimanapun, pengurangan tenaga kerja itu tidak dikenakan ke atas pekerja di bahagian pemasangan kereta, bateri atau panel solar. Namun, bilangan jam setiap pekerja akan bertambah. “Tesla akan mengurangkan pekerja sebanyak […]

Kelayakan Piala Asia 2023: Liridon Tercicir, De Paula ‘Lolos’
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) — Impian pemain naturalisasi Liridon Krasniqi untik beraksi pada pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023 berkecai selepas gagal berada dalam senarai 23 pemain skuad Harimau Malaya bagi saingan itu di sini minggu depan. Bagaimanapun, dua lagi pemain naturalisasi Guilherme De Paula dan Mohamadou Sumareh boleh menarik nafas lega selepas masih diberi […]

“Tak Ada Pilih-pilih Nak Berapa Tahun Macam Dulu..”, Wanita Ini Kongsi Cara Buat Passport ‘Format’ Terkini
Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, semua perkara kini berada di hujung jari…termasuklah cara buat passport! Jika terdahulu sesiapa sahaja yang kehilangan atau kerosakan kad pengenalan, wajar untuk ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang mana kita terpaksa mengorbankan masa sehari suntuk ‘membuatnya’. Namun begitu, sebenarnya kini terdapat perkhidmatan untuk memudahkan urusan masalah […]

Rasmi Di PBB, Turki Kini Tukar Nama Kepada Türkiye
Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini mengesahkan bahawa kerajaan Turki secara rasminya menukar nama negara mereka kepada Türkiye selaras dalam semua bahasa. Menurut laporan The Guardian, pertukaran nama negara tersebut dibuat oleh Kerajaan Turki ekoran mahu memperkukuhkan lagi jenama (branding) mereka di pentas global. Malah ia juga bertujuan bagi membezakan nama negara itu dengan […]

HFMD: Perlis Rekod 1,174 Kes Setakat Semalam
KANGAR, 4 Jun (Bernama) — Sebanyak 1,174 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di Perlis sejak awal Januari hingga semalam, kata Pengarah Kesihatan negeri Dr Sirajuddin Hashim. Beliau berkata bagi minggu epid (ME) ke-22 iaitu dari 29 Jun hingga hari ini, negeri itu merekodkan 238 kes dengan tiga lokaliti wabak dikenal pasti masih aktif melibatkan dua taska dan satu tabika. […]

Pelajar MRSM Maut, Ibu Cedera Parah Dalam Kemalangan
SEREMBAN, 4 Jun (Bernama) — Seorang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muadzam Shah, Pahang maut manakala ibunya cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 40 Jalan Seremban-Tampin berhampiran Rumah Rakyat Kendong, Rembau dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Rembau DSP Hazri Mohamad berkata dalam kejadian pada 9.20 malam itu, mangsa Shazman Sabarudin, 16, disahkan meninggal dunia […]

Remaja 17 Tahun Didakwa Buka Pusat Ujian COVID-19 Palsu, Tuntut Wang Kerajaan RM26 Juta
Seorang remaja lelaki di Jerman didakwa atas tuduhan buka pusat ujian Covid-19 palsu, serta turut ‘menipu’ kerajaan dengan wang tuntutan perubatan sebanyak RM26 juta. Memetik Oddity Central, ketika kemuncak pandemik Covid-19 di Jerman pada 2020 lalu, permintaan pemeriksaan COVID-19 sangat tinggi hingga kerajaan sanggup membayar semula kos dari pusat-pusat ujian COVID tertentu menerusi invois. Difahamkan, […]

Angka Korban Meningkat Ke 128 Akibat Hujan Lebat Di Brazil
RIO DE JANEIRO, 4 Jun (Bernama) – Angka kematian akibat hujan lebat di Recife, ibu negeri Pernambuco, Brazil, dan kawasan metropolitannya meningkat kepada 128, menurut pihak berkuasa tempatan pada Jumaat. Sementara itu, lebih 9,300 orang telah dipindahkan dan 34 bandaraya telah mengisytiharkan darurat, lapor Xinhua memetik kenyataan Gabenor Pernambuco Paulo Camara pada sidang media. Camara […]

Pemandu Diserang Sawan Rempuh Sembilan Kenderaan
MELAKA, 4 Jun (Bernama) – Seorang wanita yang patah hidungnya merupakan antara enam yang cedera dalam nahas melibatkan 10 kenderaan dirempuh pemandu yang diserang sawan, ketika menunggu lampu isyarat di Jalan Tun Abdul Razak, Lebuh Ayer Keroh di sini malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar berkata insiden pada […]

Lelaki Nekad Tembak Doktor, Tak Puas Hati Alami Sakit Belakang Lepas Dibedah
Seorang lelaki dilaporkan telah menembak mati empat mangsa termasuk doktor pakar bedah di sebuah hospital di Oklahoma pada Rabu lalu. Lelaki itu didakwa memilih lokasi tersebut untuk membunuh seorang doktor yang dipersalahkan atas kesakitan dialaminya selepas menjalani pembedahan baru-baru ini. Memetik CNN, Ketua Polis Tulsa, Wendell Franklin memaklumkan bahawa suspek bertindak membunuh diri sejurus selepas […]

Penganggur Didakwa Tipu Pemilik Kedai Emas, Libat Wang Lebih RM500,000
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) — Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu pemilik kedai emas berhubung pembelian barang kemas yang tidak wujud. Suspek didakwa menipu mangsa dengan memperdayakannya untuk menyerahkan wang tunai berjumlah RM560,000 miliknya bagi pembelian barang kemas itu yang mana wanita itu tidak akan […]

Permintaan ‘Perfume’ Dior Sauvage Dilapor Meningkat Semasa Perbicaraan Fitnah Johnny-Amber
Pada 1 Jun lalu, pihak juri telah memutuskan untuk berpihak kepada Johny Depp dalam kes saman fitnah membabitkan artikel yang ditulis oleh Amber Heard di Washington Post. Ekoran daripada itu, pihak mahkamah telah sebulat suara memutuskan bahawa Amber Heard perlu membayar ganti rugi sebanyak RM 41.45 juta kepada Johnny. Pun begitu, di sebalik kes perbicaraan […]

Pemain Bola Sepak Dibebaskan Dengan Jaminan Polis
KOTA BHARU, 3 Jun (Bernama) – Pemain bola sepak sebuah pasukan liga tempatan yang sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja berusia 18 tahun, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini. Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata ia susulan tempoh tahanan reman ke atas lelaki berusia 28 tahun itu berakhir […]

Kontena Hanyut: JLM Minta Feri Penumpang Dan RORO Laluan Langkawi – Kuala Perlis Lebih Berhati-Hati
Jabatan Laut Malaysia (JLM) memohon kepada komuniti perkapalan supaya lebih berwaspada mengelak sebarang insiden tak diingini ekoran beberapa unit kontena yang dilaporkan terjatuh di Thailand ditemukan hanyut ke perairan Pulau Langkawi, Kedah. Menurut kenyataan agensi itu, sebanyak enam unit kontena yang jatuh telah dikesan sampai ke laluan feri penumpang dan feri RORO Langkawi – Kuala […]

Bekas Diplomat, Anak Didakwa Edar Ganja
BENTONG, 3 Jun (Bernama) – Seorang bekas diplomat dan anak lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja dan memiliki minyak ganja, dua minggu lepas. Datuk Zainal Abidin Alias, 78, dan Mohamed Rizal, 53, didakwa bersama-sama mengedar ganja seberat 1,020 gram di sebuah rumah di Kampung Sum-Sum Hilir, […]