Berita

Berita
Wanita Warga Emas Maut Dalam Kebakaran Di Jonker Walk
MELAKA, 8 Jun (Bernama) — Seorang wanita warga emas maut selepas terperangkap dalam kebakaran di bangunan rumah kedai dua tingkat di Jonker Walk, di sini malam tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata dalam kejadian pada 9.37 malam itu, mangsa, Koo Kim Foong, 75, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di tingkat atas premis […]
Berita
Ustaz Kazim Elias Luah Rasa Perit, “Lama Dah Tak Bermimpi, Tak Tidur Lena…”
Seperti sedia maklum, isu seorang penceramah bebas yang mengatakan dirinya telah disihir, Datuk Mohd. Kazim Elias masih hangat dibualkan, malah sebelum ini terdapat enam individu tampil memohon maaf dan mengaku sebagai si pelaku. Terdahulu, menerusi laman Facebooknya miliknya, beliau turut meluahkan rasa kesal dengan beberapa individu yang dipercayai dari kalangan VIP yang mengambil kesempatan terhadap […]
Berita
Kepulauan Filipina Digegar Gempa Bumi Pagi Tadi
Satu gegaran gempa bumi sederhana yang bermagnitud 5.0 pada skala Ritcher dilaporkan berlaku di Rantau Kepulauan Filipina pada pukul 4.37 pagi tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi tersebut terletak 6.7° utara dan 127.1° timur dengan kedalaman 10 km, iaitu 151 km dari Davao, Filipina. Walau bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan terhadap Malaysia setakat […]
Berita
Ubah Suai Rumah Tanpa Kelulusan, Majlis Bandaraya Seremban Bakal Ambil Tindakan
SEREMBAN – Majlis Bandaraya Seremban (MBS) akan mengambil tindakan terhadap pemilik rumah yang didapati melakukan pengubahsuaian kediaman tanpa kelulusan di Mantin, Negeri Sembilan seperti yang tular di media sosial semalam. Datuk Bandar MBS, Datuk Masli Razali berkata, pihaknya telah mengeluarkan notis arahan dan sitaan di tapak binaan sebanyak tiga kali kepada pemilik bangunan itu untuk […]
Berita
MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 Siap 98 Peratus, Dijangka Beroperasi Januari Tahun Depan
KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) — Pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya Fasa Dua dari Kampung Batu ke Putrajaya Sentral kini sudah mencapai tahap 98 peratus siap, kata Pengarah Projek MRT Putrajaya Line Datuk Amiruddin Ma’aris. Beliau berkata operasi fasa dua dijangka bermula Januari tahun depan sekali gus akan membolehkan tren melalui keseluruhan laluan […]
Berita
Wanita Dicekup Khalwat Dengan Duda, Beri Alasan Nak Hadir Kelas Senam Aerobik
KOTA BHARU – Seorang wanita berstatus isteri orang ditangkap sedang berkhalwat dengan seorang lelaki berstatus duda di sebuah hotel bajet di sini pada Selasa, lapor Sinar Harian. Pasangan itu masing-masing berumur 56 dan 65 tahun telah dicekup pada jam 11.30 malam oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah (BPUS) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik). […]
Berita
‘Ruma 33, Glomac’ Terjual Sepenuhnya Walaupun Baru Tiga Bulan Dilancarkan
Kuala Lumpur, 7 Jun 2022 – Projek kediaman lereng bukit Glomac yang dikenali sebagai Ruma 33, telah habis dijual sejak pelancarannya Disember tahun lepas. Ini menandakan adanya permintaan untuk rumah berkualiti tinggi di kalangan pembeli hartanah. Dengan nilai pembangunan kasar (gross development value /GDV) dalam sekitar RM28.5 juta, projek rumah teres dua tingkat ini terletak […]
Berita
Padah Pukul Isteri Dengan Kerusi, Lelaki Dipenjara Lima Bulan
KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) — Tindakan seorang lelaki memukul isterinya menggunakan kerusi membawa padah apabila dia dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman itu ke atas A. Ramasamy, 48, selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kecederaan ke atas L. Suria Mala, 44, dengan memukul menggunakan kerusi […]
Berita
Siasatan Punca Kematian Dua Remaja Ambil Masa Dua Bulan – Polis
KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) — Siasatan punca kematian dua remaja yang meninggal dunia di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua bulan kerana melibatkan pakar dari agensi lain, kata Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar. Beliau berkata pasukan perubatan sudah melakukan proses bedah siasat terhadap dua […]
Berita
Lelaki Rempuh Suami Isteri OKU Direman Empat Hari
MELAKA, 7 Jun (Bernama) — Seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan mengakibatkan kematian pasangan suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) di Jalan Serkam Pantai, Merlimau, Jasin semalam, ditahan reman empat hari bermula hari ini. Perintah reman terhadap operator kilang berusia 24 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nabihah Mohd Noor di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di […]
Berita
PERKESO Laksana Semula Program Saringan Kesihatan (HSP), Kini Menerusi Platform SEHATi
KUALA LUMPUR – Sejajar dengan usaha bagi memangkin penjagaan seterusnya tahap kesihatan pekerja khususnya ketika negara dalam Fasa Peralihan Ke Endemik, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan melaksanakan semula Program Saringan Kesihatan atau Health Screening Programme (HSP), bermula 1 Jun 2022. Program pemeriksaan kesihatan percuma buat pencarum PERKESO ini mula diperkenal pada tahun 2013, namun operasinya […]
Kemalangan Maut ‘Temiang Bypass’: Pegawai Penyelidik Mengaku Tidak Bersalah
SEREMBAN, 7 Jun (Bernama) — Seorang pegawai penyelidik sebuah syarikat utiliti mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu kereta secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang basikal warga emas, pada 1 Jun lepas. Individu berkenaan yang berusia 26 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Intan […]
Berita
Polis Tahan Tiga Lelaki, Rampas 145 Ketulan Ganja
SHAH ALAM, 7 Jun (Bernama) — Polis menahan tiga lelaki dan merampas 145 ketulan mampat dadah jenis ganja di kawasan letak kereta sebuah pasar raya di Bangsar, Kuala Lumpur, 31 Mei lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor ACP Ahmad Jefferi Abdullah berkata kesemua yang berusia 23 hingga 49 tahun berkenaan ditahan sekitar 2 petang […]
Berita
Keputusan SPM 2021 Bakal Diumum 16 Jun Ini
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2021 bakal diumumkan pada Khamis, 16 Jun ini. Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui satu kenyataan media pada hari ini, Selasa, 7 Jun 2022. Difahamkan, calon-calon SPM boleh mendapatkan keputusan tersebut daripada sekolah masing-masing pada pukul 10.00 pagi 16 Jun ini. Bagi calon […]
Berita
Ruam Timbul Isi Cecair, Waspada 7 Tanda & Gejala Cacar Monyet Ini
Ketahui 7 tujuh tanda dan gejala cacar monyet Monkeypox atau cacar monyet telah menular di beberapa buah negara seperti Afrika dan beberapa lagi negara lain termasuk kes yang dilaporkan di Singapura baru-baru ini. ‘Monkeypox‘ merupakan sejenis jangkitan virus yang mempunyai beberapa persamaan dengan cacar air (smallpox). Menurut sejarah awal virus ini, ia pertama kali ditemui dalam […]
Sukan
Ronaldo Jadi Manusia Pertama Di Bumi Capai 450 Juta ‘Follower’ Di Instagram
Bintang sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo menjadi manusia pertama di planet bumi yang capai 450 juta pengikut di Instagramnya. Siapa sahaja yang tak kenal dengan sosok pemain yang pernah memenangi penghargaan bolasepak tertinggi, Ballon D’or sebanyak lima kali dan itu sudah cukup membuktikan tentang kehebatannya. Bukan sahaja pencapaiannya pemain bintang itu di atas padang dengan melakar […]
Berita
Pemain Didakwa Terbabit Kes Rogol Direhatkan Oleh KUFC
KOTA BHARU, 6 Jun (Bernama) — Kelantan United Football Club (KUFC) merehatkan seorang pemain pasukan yang didakwa terbabit dalam kes rogol remaja bawah umur. Ketua Pegawai Operasi KUFC, Wan Mohd Zul Ikman, dalam kenyataan hari ini, berkata pemain itu direhatkan daripada menyertai sesi latihan pasukan dan perlawanan Liga Premier sehingga dimaklumkan kelak. Menurutnya langkah itu […]
Berita
Penjawat Awam Maut Dirempuh Pemandu Dipercayai Mabuk
IPOH, 6 Jun (Bernama) — Seorang penjawat awam maut selepas kenderaan dinaiki bersama isteri dan anaknya bertembung dengan sebuah kereta dipandu oleh seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol di Kilometer (KM) 1, Jalan Kuala Dipang-Malim Nawar, Kampar, kiri-kira 39km dari sini, malam tadi. Dalam kejadian jam 11.45 malam itu, mangsa, Mohd Nazri Sham Aring, 42, […]
Berita
Gempa Bumi Sederhana ‘Gegar’ Papua, Indonesia Sebentar Tadi
Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 dilaporkan telah berlaku di Papua, Indonesia pada 4.29 petang tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu terletak di 2.8° Selatan dan 139.0° Timur. Ia berlaku dengan kedalaman 87km dan 193km Barat dari Jayapura, Indonesia. Pun begitu, gempa bumi tersebut tidak memberikan ancaman tsunami kepada Malaysia. GB sederhana […]
Berita
Lelaki Positif Ganja Disyaki Punca Kemalangan Babit Lima Kenderaan Ditahan
SEREMBAN, 6 Jun (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki positif dadah jenis ganja yang disyaki menyebabkan nahas membabitkan lima kenderaan di Kilometer 243.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata lelaki berusia 28 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi itu ditahan di lokasi kejadian sejurus kemalangan. “Ketika ditahan dia berada dalam keadaan khayal dan […]