Berita

Lelaki Maut Terjatuh Dalam Larutan Besi Panas Kerana Tersadung Kaki
PEORIA, ILLINOIS – Seorang pekerja lelaki berusia 39 tahun maut secara tragis selepas tersadung kaki dan terjatuh ke dalam tong besi cair yang bersuhu hampir 1,500C. Mangsa Steven Dierkes, sedang bekerja di Caterpillar Mapleton Foundry di Illinois, Amerika Syarikat ketika kemalangan itu berlaku. Koroner Daerah Peoria, Jamie Harwood berkata, kejadian itu tidak mengandungi sebarang unsur […]

Vietnam Tambah Luka Harimau Muda
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) — Skuad Harimau Muda kebangsaan menamatkan perjuangan mereka pada Kejohanan Piala Asia B-23 2022 tanpa sebarang keputusan positif selepas mengalami satu lagi kekalahan di tangan Vietnam dalam aksi terakhir Kumpulan C di Tashkent, Uzbekistan, hari ini. Skuad Harimau Muda bimbingan Brad Maloney yang tewas 0-2 kepada Vietnam gagal menyerap asakan […]

Penerjun Profesional Maut Terjatuh Dari Ketinggian 800 Meter, Payung Terjun Gagal Terbuka
ROM – Seorang penerjun udara warganegara Britain maut terjatuh dari ketinggian 800 meter apabila payung terjun yang digunakannya gagal terbuka, lapor akhbar Daily Star semalam. Mangsa, Dylan Morris Roberts, 33 yang merupakan seorang pencinta sukan ekstrem telah terbunuh dengan tragis di Gunung Dolomites, Itali. Dylan melakukan aksi terjunan dari cerun gunung itu bersama lima orang […]

KFC Australia Terpaksa Letak Kubis Dalam Burger Ekoran Kekurangan Bekalan Salad
KFC di Australia meletakkan kubis dalam burgernya kerana mengalami kekurangan bekalan salad disebabkan oleh harga yang melambung tinggi, lapor Bloomberg pada 7 Jun lalu. Kebiasaannya, burger yang dihidangkan akan menggunakan salad. Namun, campuran salad dan kubis akan digunakan di dalam menu burger di seluruh restoran KFC di seluruh negara kata syarikat itu kepada para pelanggan. […]

Pegawai Kesihatan Kontrak Jalani Khidmat Wajib Layak Dapat Kemudahan – Khairy
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) — Kerajaan bersetuju memberi kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal kepada pegawai perubatan, pergigian dan farmasi lantikan kontrak yang sedang menjalani khidmat wajib, demikian menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata mesyuarat Kabinet hari ini juga bersetuju, untuk memanjangkan kemudahan Cuti Tugas Khas Perubatan serta Cuti Tibi, Kusta dan Barah kepada […]

Berang Cintanya Ditolak Seorang Janda, Lelaki Nekad Cekik Anak Mangsa Hingga Mati
JAMBI – Lelaki berusia 56 tahun nekad membunuh seorang kanak-kanak 5 tahun gara-gara cintanya ditolak oleh ibu mangsa, lapor Tribun Bogor. Kejadian sadis itu dilaporkan berlaku di Daerah Bungo, Jambi, Indonesia. Menurut Tribun Bogor, mangsa telah mati dibunuh oleh lelaki tersebut di dalam sebuah bilik hotel kerana ibu kepada mangsa yang merupakan seorang janda menolak […]

Pameran LIMA Kembali Mei Depan – Hishammuddin
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) — Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LlMA) akan dianjurkan pada 23 Mei hingga 27 Mei tahun depan di Pulau Langkawi, Kedah selepas penganjurannya pada 2021 terpaksa dibatalkan susulan penularan COVID-19. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata LIMA ‘23 diadakan susulan kejayaan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) […]

Cuaca Tidak Menentu Pengaruhi Pendaratan Serta Harga Ikan
PORT DICKSON, 8 Jun (Bernama) — Cuaca tidak menentu mempengaruhi pendaratan ikan di negeri ini menyebabkan berlakunya pengurangan bekalan sumber protein itu, kata Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) Kasim Tawe. Beliau berkata secara keseluruhan stok bekalan ikan masih stabil cuma perubahan cuaca di luar jangkaan memberi kesan kepada pengeluarannya dan menyebabkan kenaikan harga ikan […]

Review Siri Viu Original Seribu Nina Dan Menang RM1,000
Rebut peluang menangi wang tunai berjumlah RM1,000 dalam peraduan “Review dan Menang” drama Viu Original Seribu Nina bermula 1 Jun hingga 10 Jun 2022. Anda hanya perlu memuat naik video Review siri Seribu Nina di platform media sosial anda sama ada di Facebook, Instagram atau TikTok dan tag @viumalaysia bersama tanda pagar #SeribuNina #ViuOriginal. Penghantar […]

Harga Minyak Terus Meningkat, RON97 Kini RM4.72 Seliter
Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa harga runcit petrol bagi RON97 naik sebanyak 2 sen seliter daripada RM4.70 kepada RM4.72 seliter. Menerusi satu kenyataan media, kementerian itu juga memaklumkan bahawa harga bagi RON95 dan diesel kekal iaitu masing-masing pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter. Penetapan harga baharu itu berkuat kuasa bagi tempoh 9 Jun 2022 […]

IJM Land Galakkan Rakyat Malaysia Pupuk Tabiat Kitar Semula Yang Lestari & Holistik
SEREMBAN, 8 JUN 2022 – Kitar semula sudah lama berada di dalam senarai kita untuk memupuk kesedaran terhadap alam sekitar, namun ramai rakyat Malaysia masih bergelut untuk menjadikan kitar semula sebagai satu tabiat yang konsisten. Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia, yang disambut pada 5 Jun setiap tahun, pemaju hartanah terkemuka di Malaysia, IJM Land Berhad […]

Dari ‘Meja Mufti’ Ke Stadium, Dr. Zulkifli Dijemput MFL ‘Turun’ Bukit Jalil Malam Ini
Mantan Mufti Wilayah, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al- Bakri dijemput oleh Malaysian Football League (MFL) untuk menonton perlawanan bola sepak di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam ini. Menerusi satu kenyataan di Facebook, bekas menteri di jabatan perdana menteri (hal ehwal agama) itu memaklumkan, jemputan tersebut disampaikan oleh presiden MFL sendiri. “Saya amat menghargai jemputan […]

Penganggur Dikhuatiri Lemas Terjatuh Dari Bot
KUALA PERLIS, 8 Jun (Bernama) — Seorang penganggur dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari bot di perairan Pantai Kuala Sungai Baru, di sini awal pagi semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar Supt Baeyah Abdul Wahab berkata Bukhari Yusof, 45, dipercayai jatuh dari bot ketika sedang tidur manakala dua kru bot berkenaan sedang sibuk menangguk siput di kedudukan tiga batu nautika […]

Polis Minta Mangsa Penipuan Tempahan Rumah Inap Buat Laporan
KUALA TERENGGANU, 8 Jun (Bernama) — Polis sedang menyiasat kes penipuan tempahan rumah inap seperti yang dilaporkan berlaku di negeri ini baru-baru ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu Supt M.Zambri Mahmud berkata pihaknya setakat ini menerima laporan daripada seorang mangsa yang baru-baru ini telah menerima pesanan ringkas daripada satu nombor telefon yang mengaku sebagai pemilik […]

Syahmi Sazli Umum Akan Berhenti Niaga Air Balang, Ini Sebabnya
Youtuber terkenal tanah air, Syahmi Sazli mengumumkan bahawa perniagaan air balang yang diusahakannya akan dihentikan pada minggu ini. Pengumuman mengenai perkara itu dibuat menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Syahmi Sazli Production sebentar tadi. Difahamkan, pemberhentian operasi perniagaan itu dibuat atas beberapa faktor, salah satunya adalah mengenai rasa bimbang terambil hak […]

PKNS Tekad Tingkatkan Taraf Hidup Dengan Kediaman Mampu Milik ‘Residensi Idaman Selangorku’
Cyberjaya, Selangor, 7 Jun 2022 – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini menyerahkan kunci kepada pemilik 864 unit Residensi Idaman Selangorku (Jenis D) di Selangor Cyber Valley. Dua blok pangsapuri yang dibina di kawasan pembangunan yang menarik, berdaya maju dan selamat ini bakal menjadi kediaman bagi keluarga baharu, profesional bujang, warga emas dan juga […]

Mayat Bayi Enam Bulan Ditemui Dalam Bekas Makanan
Mayat seorang bayi berusia enam bulan ditemui dalam sebuah bekas makanan di bilik sewa dalam satu kejadian di Indonesia baru-baru ini. Menurut CNN Indonesia, mayat bayi tersebut dijumpai oleh seorang wanita yang ketika itu mahu membersihkan bilik sewanya di Biringkanaya, Kota Makassar di Sulawesi Selatan. Difahamkan, wanita (saksi) yang juga pemilik bilik sewa berkenaan terkejut […]

Wanita Warga Emas Maut Dalam Kebakaran Di Jonker Walk
MELAKA, 8 Jun (Bernama) — Seorang wanita warga emas maut selepas terperangkap dalam kebakaran di bangunan rumah kedai dua tingkat di Jonker Walk, di sini malam tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata dalam kejadian pada 9.37 malam itu, mangsa, Koo Kim Foong, 75, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di tingkat atas premis […]

Ustaz Kazim Elias Luah Rasa Perit, “Lama Dah Tak Bermimpi, Tak Tidur Lena…”
Seperti sedia maklum, isu seorang penceramah bebas yang mengatakan dirinya telah disihir, Datuk Mohd. Kazim Elias masih hangat dibualkan, malah sebelum ini terdapat enam individu tampil memohon maaf dan mengaku sebagai si pelaku. Terdahulu, menerusi laman Facebooknya miliknya, beliau turut meluahkan rasa kesal dengan beberapa individu yang dipercayai dari kalangan VIP yang mengambil kesempatan terhadap […]

Kepulauan Filipina Digegar Gempa Bumi Pagi Tadi
Satu gegaran gempa bumi sederhana yang bermagnitud 5.0 pada skala Ritcher dilaporkan berlaku di Rantau Kepulauan Filipina pada pukul 4.37 pagi tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi tersebut terletak 6.7° utara dan 127.1° timur dengan kedalaman 10 km, iaitu 151 km dari Davao, Filipina. Walau bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan terhadap Malaysia setakat […]