Berita

Berita
Jenazah Tiga Mangsa Banjir Di Baling Selamat Dikebumikan
BALING, 6 Julai (Bernama) — Jenazah tiga mangsa banjir bersama janin berusia empat bulan yang terkorban dalam bencana itu yang berlaku di daerah ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Charuk Bemban Dalam di sini kira-kira pukul 5.30 pagi tadi. Jenazah ibu yang hamil empat bulan, Nurul Anis Abu Hassan, 23, bersama janinnya serta ibu mentuanya yang lumpuh Salmah Mat Akib, […]
Berita
Kenaikan OPR Bakal jejas Sosio Ekonomi Rakyat, Pertumbuhan Ekonomi Negara
KUALA LUMPUR (Bernama) — Bank Negara Malaysia digesa untuk tidak menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kerana ia akan memberi implikasi yang besar kepada sosio ekonomi rakyat, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhan. Pakar Ekonomi, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata mengekalkan OPR pada kadar semasa iaitu 2.0 peratus merupakan satu tindakan yang […]
Berita
Penganggur Dakwa Tikam Ibu Selepas Terdengar ‘Bisikan’
MELAKA, 5 Julai (Bernama) — Seorang penganggur bertindak menikam ibu kandungnya yang berusia 63 tahun di rumah mereka di Kampung Paya Luboh, Tanjung Kling di sini hari ini selepas mendakwa terdengar ‘bisikan’ bahawa wanita itu menyembah berhala. Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata mangsa, Rozizah Md Dom, yang merupakan pesara guru, maut di tempat […]
Berita
Dakwaan Tanaman Durian Punca Banjir, Ahli Parlimen Mahu Projek Dihentikan
BALING, 5 Julai (Bernama) — Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berharap projek tanaman durian Musang King di Gunung Inas di sini dihentikan, selepas ia didakwa sebagai antara punca kejadian banjir dan fenomena kepala air yang berlaku di beberapa buah kampung di daerah ini, petang semalam. Beliau berkata sebelum ini pihaknya yang […]
Jenazah Ibu, Bayi Tiga Bulan Dikebumi Dalam Satu Liang Lahad
JOHOR BAHRU, 5 Julai (Bernama) — Suasana pilu menyelubungi pengebumian bayi berusia tiga bulan dan seorang wanita yang disyaki dibunuh suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Bakar Batu di sini semalam. Jenazah Hajar Nursyahirin Rosman, 26, dan anak lelakinya Hans Mohd Thakif Amir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu dalam satu liang lahad […]
Berita
Bantuan RM1,000 Setiap Keluarga Mangsa Banjir, RM10,000 Untuk Keluarga Kehilangan Nyawa
BALING, 5 Julai (Bernama) — Kerajaan Persekutuan menyalurkan bantuan peringkat awal bernilai RM1,000 kepada setiap keluarga mangsa banjir di sini manakala keluarga yang terlibat dengan kehilangan nyawa akan diberi sumbangan bernilai RM10,000. Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus berkata setakat ini sumbangan telah disalurkan kepada lebih 100 keluarga yang ditempatkan di beberapa […]
Berita
Wanita Dilapor Maut Dipercayai Ditikam Anak Sendiri Di Bahagian Leher 
Tangga Batu – Seorang pesara guru dilaporkan maut selepas dipercayai ditikam di leher oleh anak kandungnya dalam kejadian di Kampung Paya Luboh kira-kira jam 3 petang tadi. Memetik laporan Astro Awani, mangsa yang baharu kematian suami kira-kira sebulan lalu telah ditemui di dalam bilik tidur kediamannya dalam keadaan berlumuran darah. Difahamkan, mangsa dipercayai ditikam oleh […]
Berita
Polis Sahkan Suspek Kes Kelar Isteri Dan Bayi Negatif Dadah
Polis Sahkan Suspek Kes Kelar Isteri Dan Bayi Negatif Dadah Lelaki yang disyaki membunuh isteri dan bayi lelakinya di Kampung Bakar Batu, di sini disahkan negatif dadah, lapor Kosmo. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan perkara tersebut dan berkata ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati […]
Berita
Bunuh Isteri & Anak: “Saya Maafkan…,” Bapa Mangsa Redha, Tak Akan Berdendam Dengan Suspek
Bapa kepada wanita yang disyaki telah dibunuh oleh suaminya di kediaman mereka di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru semalam berkata bahawa dia tidak berdendam dengan suspek dan keluarganya. “Saya tidak akan berdendam dengan keluarga menantu kerana lebih mengenali menantu,” katanya. Memetik laporan Astro Awani, beliau turut mendedahkan bahawa bapa kepada suspek telah berkali-kali memohon maaf […]
Berita
Cadangan Kerja Empat Hari Seminggu Adalah Di Peringkat Kajian Sahaja – JPA
Cadangan waktu bekerja empat hari dalam seminggu seperti yang diuar-uarkan di media sebelum ini hanyalah di peringkat penilitian dan kajian sahaja. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sentiasa terbuka mendapatkan input menyeluruh daripada pihak-pihak berkepentingan bagi mengkaji kebolehlaksanaan cadangan tersebut secara empirikal. Bagaimanapun jelasnya, pelaksanaan cadangan tersebut […]
Isteri Ketua Kampung Maut Dicekik
Seorang wanita yang merupakan isteri kepada Ketua Kampung Felda Mengkuang maut dipercayai dicekik dalam kejadian samun di rumahnya di Felda Mengkuang, Bera pagi tadi, lapor Kosmo!. Menurut Kosmo!, mangsa, Siti Zuliana Said, 52 tahun ditemui meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala suaminya pula cedera dan pengsan kerana dipukul dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu. […]
Berita
Bintang Bola Sepak EPL Ditahan, Didakwa Terlibat Jenayah Rogol
Seorang bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) telah ditahan dalam serbuan yang dibuat polis sekitar jam 3 pagi, di Utara London atas tuduhan terlibat jenayah rogol seorang wanita. Ketika serbuan itu dibuat, pemain berkenaan difahamkan sedang tidur nyenyak di rumah agamnya. Pemain itu diberkas selepas enam buah kereta polis tiba di pekarangan rumah mewahnya yang bernilai […]
Berita
Kejayaan Filem Mat Kilau Bukti Dasar Kerajaan Tepat, Bantu Penerbit Tempatan
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) — Kejayaan filem dan penerbitan yang menerima dana galakan daripada kerajaan membuktikan dasar serta program yang disalurkan menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) adalah tepat dalam membantu penerbit filem tempatan. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Prof Dr Md Nasir Ibrahim berkata filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan […]
Luar Negara
Siput Babi Gergasi Serang Florida, Satu Pekan Kena ‘Lockdown’
Sebuah pekan di Florida, Amerika Syarikat terpaksa menjalani perintah berkurung (lockdown) selepas diserang ‘gerila’ siput babi gergasi sebesar tikus baru-baru ini, lapor Daily Star. Menurut laporan Daily Star, Jabatan Pertanian dan Perkhidmatan Pengguna (FDACS) Florida mengumumkan bahawa haiwan itu telah dikesan di kawasan sekitar New Port Richey di Pasco County. Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan […]
Berita
Tiada Pembalakan Aktif Di Kawasan Hutan Simpan Gunung Inas – Takiyuddin
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) — Laporan rasmi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) mengesahkan tiada aktiviti pembalakan aktif di kawasan Hutan Simpan Gunung Inas sehingga mengakibatkan kejadian kepala air dan banjir kilat di Baling, semalam. Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata sebaliknya, terdapat pembangunan ladang hutan di kompartmen lapan, Hutan Simpan […]
Berita
Abang Viva Tiba Di Kedah, Jalankan Misi Banjir Di Baling
Berikutan banjir yang yang melanda sebuah perkampungan di Baling Kedah semalam, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar turut menghadirkan diri untuk sama-sama laksanakan misi bantuan di sana. Menerusi siaran langsung (Live) yang disiarkan menerusi laman Facebook miliknya, Azwan Omar atau Abang Viva telah tiba di kawasan banjir tersebut awal pagi tadi sekitar jam 5.30 […]
Berita
Akademi Bola Sepak Villarreal Bakal Dibuka Di KL Ogos Ini, Pertama Di ASEAN
Kelab bola sepak yang bersaing dalam saingan La Liga di Sepanyol, Villarreal mengumumkan sebuah akademi bola sepak miliknya bakal dibuka di Kuala Lumpur (KL), menurut laman web rasmi Villareal CF. Akademi itu akan menjadi yang pertama di Asia Tenggara dan dijangka mula beroperasi pada Ogos tahun ini. Apabila beroperasi kelak, akademik berkenaan mampu menenmpatkan lebih […]
Berita
Wanita Didakwa Buat Hantaran Gambar Lucah Di Twitter
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) — Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat penghantaran dengan memuat naik gambar lucah di akaun Twitter, tahun lepas. Amira Nur Afiqah Agus Salim, 25, operator di sebuah syarikat perhotelan, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di […]
Berita
Penyanyi Legenda Indonesia & Lagu Widuri, Bob Tutupoly Meninggal Dunia
Penyanyi veteran, Bob tutupoly dilaporkan meninggal dunia hari ini, Julai 2022 pada usia 82 tahun setelah sekian lama menanggung sakit. Penggiat muzik, Stanley Tulung telah memaklumkan berita Bob Tutupoly meninggal dunia kepada detikHot sekitar jam 12.30 tengah malam tadi. “Terima kasih untuk semua yang sudah Uncle Bob berikan kepada Indonesia dalam industri seni di Indonesia. […]
Berita
KKM Umum Pemberian Dos Penggalak Kedua Untuk Individu Berisiko Tinggi Berumur 18-59 Tahun
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pemberian dos penggalak kedua kepada individu berisiko tinggi berumur 18 hingga 59 tahun dan juga petugas-petugas kesihatan barisan hadapan. Dalam pada itu, pemberian vaksin Can Sini sebagai dos penggalak secara heterologus akan diperluas kepada penerima lengkap tanpa mengira jenis vaksin dos primer. “Langkah ini bertujuan agar populasi Malaysia mendapat […]