Berita

KKM Umum Pemberian Dos Penggalak Kedua Untuk Individu Berisiko Tinggi Berumur 18-59 Tahun
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pemberian dos penggalak kedua kepada individu berisiko tinggi berumur 18 hingga 59 tahun dan juga petugas-petugas kesihatan barisan hadapan. Dalam pada itu, pemberian vaksin Can Sini sebagai dos penggalak secara heterologus akan diperluas kepada penerima lengkap tanpa mengira jenis vaksin dos primer. “Langkah ini bertujuan agar populasi Malaysia mendapat […]

Lelaki Disyaki Bunuh Isteri, Bayi Direman Seminggu
JOHOR BAHRU, 5 Julai (Bernama) — Seorang lelaki yang disyaki membunuh isteri dan bayinya yang baru berumur tiga bulan di sebuah rumah di Kampung Bakar Batu di sini direman tujuh hari bermula hari ini. Tempoh reman hingga 11 Julai terhadap pencuci kapal berumur 24 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Nur Izzaty Muhammad Zahari di Mahkamah Majistret di sini […]

Banjir Di Baling, Mayat Dua Sekeluarga Ditemukan Berpelukan
BALING, 5 Julai (Bernama) — Mayat dua daripada tiga sekeluarga yang dilaporkan hilang dalam kejadian banjir dan fenomena kepala air yang melanda Kampung Iboi, Kupang di sini petang semalam, ditemukan pasukan penyelamat pada 9.30 pagi tadi. Dua mangsa tersebut, Salmah Mat Akib, 53, dan menantunya, Nurul Anis Abu Hassan, 23, yang hamil empat bulan, ditemukan […]

Banjir Di Baling: Warga Emas Berpaut Pada Pokok Elak Dibawa Arus Deras
BALING, 5 Julai (Bernama) — Seorang wanita warga emas yang dihanyutkan air dalam kejadian banjir yang melanda beberapa kampung di sini petang semalam, sempat berpaut pada sebatang pokok pinang sebelum diselamatkan. Mangsa, Hasnah Ismail, 58, berkata sebaik melihat air naik dengan cepat dan masuk ke dalam rumah, dia dan suami memanjat sebatang pokok rambutan berhampiran […]

Ibu Goreng Ikan Keli Kesayangan Dibelanya, Budak Menangis Hiba Peluk Lauk
Baru-baru ini tular sebuah klip video yang memaparkan seorang budak lelaki menangis selepas mendapat tahu ibu telah goreng ikan keli peliharaannya, lapor Suarasumut.com. Menerusi video yang dimuat naik di laman media sosial TikTok oleh Nialailatu0, memaparkan gelagat kanak-kanak lelaki itu sewaktu menjamu selera. @nialailatu0 ♬ suara asli – Nialailatu0 – Nialailatu0 Difahamkan, ikan keli peliharaannya […]

Banjir Di Baling: Tiga Sekeluarga Termasuk Wanita Hamil Dikhuatiri Hilang
BALING, 5 Julai (Bernama) — Tiga sekeluarga termasuk seorang wanita hamil empat bulan dipercayai hilang selepas rumah didiami mereka dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir yang melanda Kampung Iboi, Kupang di sini petang semalam. Abd Rahman Said, 71, berkata ketiga-tiga mangsa adalah ahli keluarganya iaitu isterinya Salmah Mat Akib, 53, menantunya Nurul Hanis Abu Hassan, […]

Tiada Kelibat Zii Jia, Axelsen Di Masters Malaysia
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) — Peminat badminton tanah air terlepas peluang menyaksikan aksi jaguh perseorangan utama negara Lee Zii Jia dan pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen di kejohanan badminton Masters Malaysia yang akan membuka tirai esok. Berdasarkan jadual perlawanan terkini dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), nama Zii Jia dan Axelsen tiada dalam senarai […]

Waktu Bekerja Empat Hari Seminggu Belum Sesuai Dilaksana Di Malaysia – Cuepacs
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) — Waktu bekerja empat hari seminggu masih belum sesuai dilaksanakan di Malaysia ketika ini, menurut Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs). Presidennya Datuk Adnan Mat berkata ia berikutan terdapat perkara lain melibatkan hal-hal kebajikan serta kadar gaji semasa pekerja yang belum diselesaikan kerajaan dan majikan. “Tumpuan seharusnya diberikan […]

Runtuhan Salji Di Marmolada: Enam Terbunuh, Lapan Cedera, 17 Hilang
ROM, 4 Julai (Bernama) — Enam orang maut, lapan cedera manakala 17 lagi hilang selepas bongkah besar glasier Marmolada di utara Itali pecah mencetuskan runtuhan salji pada Ahad, lapor Agensi Berita Itali (ANSA), Isnin. Dua daripada mangsa yang maut masih belum dikenal pasti. Tiga lagi mangsa adalah warga Itali dan seorang warga Czech, menurut ANSA. Pasukan penyelamat […]

Dua Kampung Di Baling Dilanda Banjir Selepas Hujan Lebat Tiga Jam
BALING, 4 Julai (Bernama) — Hujan lebat berterusan selama tiga jam menyebabkan dua buah kampung iaitu Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas di Mukim Kupang di sini dilanda banjir petang tadi. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling Rasidah Kassim berkata hujan lebat yang bermula kira-kira 2 petang tadi mengakibatkan air Sungai Kupang melimpah ke kawasan penempatan […]

Moratorium Sewa Enam Bulan Bagi Pengusaha Makanan Di Kampus
PUTRAJAYA, 4 Julai (Bernama) — Moratorium bayaran sewa selama enam bulan akan diberikan kepada pengusaha dan penyedia perkhidmatan makanan di dalam kampus institusi pengajian tinggi (IPT) awam mulai bulan ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata langkah itu akan membolehkan tanggungan kos sewa itu diserap […]

Pastikan Tiada Penyelewengan Dan Ketirisan Minyak Masak Bersubsidi Dari Kilang Ke Sempadan – PM
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) — Kerajaan mengerahkan pihak penguat kuasa untuk menggempur daripada peringkat kilang pembungkusan hingga ke sempadan negara bagi memastikan tidak berlaku sebarang penyelewengan minyak masak paket bersubsidi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya operasi akan dilaksana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Polis Diraja Malaysia […]

Aidiladha: Lebih 2 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Karak, LPT1
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) — Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1) ANIH Berhad menjangkakan sejumlah 2,352,000 kenderaan bakal menggunakan lebuh raya berkenaan sempena sambutan Aidiladha, bermula 8 hingga 11 Julai ini. Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad Radzimah Mohd Radzi berkata susulan itu pihaknya telah mengambil beberapa langkah termasuk […]

Filem Mat Kilau ‘Terpantas’, Raih RM47 Juta Dalam Masa 11 Hari
Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan kini merupakan filem terpantas ‘laku keras’ dengan meraih RM47 juta kutipan dalam masa 11 hari tayangan. Kenyataan itu dimuat naik oleh pengarahnya sendiri, Syamsul Yusof menerusi laman Instagram miliknya, syamsulyusoffilm. “Mat Kilau merupakan filem terpantas meraih kutipan sebanyak RM47 juta dalam tempoh 11 hari. Bakal mengatasi box office rekod Munafik 2 […]

Bank Negara Dijangka Naikkan OPR Sekali Lagi – Moody’s
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) — Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka naikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 2.25 peratus pada Mesyuarat Dasar Monetari (MPC) keempatnya pada minggu ini, kata Moody’s Analytics. Mesyuarat MPC dua hari BNM dijadualkan bermula esok. Sementara itu, MIDF Research berkata BNM akan “mempertimbangkan untuk satu lagi […]

Penganggur Didakwa Bunuh Teman Wanita
KLANG, 4 Julai (Bernama) — Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya di rumah lelaki itu pada bulan lepas. Tertuduh, 24, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid yang kemudiannya menetapkan 7 Sept depan untuk sebutan kes bagi mendapatkan laporan kimia, […]

Seorang Jemaah Haji Meninggal Dunia – Idris
MAKKAH, 4 Julai (Bernama) — Seorang jemaah haji lelaki berusia 62 tahun telah meninggal dunia di sini, minggu lepas. Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad dan menurut beliau kematian warga emas tersebut disebabkan oleh jangkitan kuman yang teruk. Warga emas berasal dari Kuala Nerang, Kedah itu meninggal […]

KKM Gesa Orang Awam Elak Guna Empat Produk Kosmetik Ini, Dikesan Ada Racun Berjadual
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa orang awam supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan empat jenis produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual. Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, empat produk tersebut ialah Biela Beauty Glowing Night (mengandungi merkuri); BL Skincare Day Cream 1 (hydroquinone […]

Penumpang Panik, Dinding Kapal Terbang Pecah Gara-gara Skru Longgar
Sejumlah penumpang pesawat Emirates panik dalam kejadian mengerikan selepas dinding kapal terbang berkenaan pecah gara-gara skru longgar, lapor Daily Mail. Rasa ‘tidak sedap hati’ mula menyelubungi mereka apabila masing-masing terdengar bunyi dentuman kuat selepas 45 minit berlepas. Difahamkan, skru pada ‘hidung’ gear longgar dan tercabut. Menurut penumpang, mereka terdengar bunyi yang ‘meresahkan’ sejurus berlepas dan […]

Uganda Umum Temui Simpanan Emas Bernilai RM52.8 Trillion
Kerajaan Uganda mengumumkan mereka menemui satu simpanan emas bernilai RM52.8 trillion dengan berat 31 juta tan metrik yang siap untuk dilombong, lapor Mining Review Africa. Jurucakap Kementerian Tenaga dan Pembangunan Mineral, Soloman Muyita berkata, pengumuman terbuka itu dibuat adalah untuk menarik pelombong emas dan pelabur dalam sektor kripto. “Emas yang ditemui itu boleh mula dilombong […]