Berita

Ladang Terbakar 8 Hektar, Petani Jadi Hero Bajak Tanah Sekeliling Sepantas Mungkin, Elak Api Merebak Ke Rumah
Seorang petani tekad bajak tanah di sekeliling kawasan ladang barli di Kent, England yang terbakar dengan sepantas mungkin bagi mengelakkan api merebak hingga ke rumah, lapor Metro UK. Difahamkan, kebakaran marak yang berlaku pada sekitar 3:15 petang baru-baru ini di sebuah ladang barli di Lenham – antara Maidstone dan Ashford – itu telah ‘menelan’ sebahagian […]

Wanita 70 Tahun Ditusuk Ikan Layar Pada Pangkal Peha
Seorang wanita telah ditusuk oleh muncung ikan layar (sailfish) yang tajam pada pangkal pehanya dalam satu kejadian di US baru-baru ini, lapor Metro. Uk. Wanita berkenaan, Katherine Perkins yang ditikam oleh ikan berkenaan ketika itu sedang berdiri di atas bot yang terletak kira-kira dua batu dari Persisiran Stuard, Florida di US. Sebelum waktu kejadian, teman-temannya, […]

Tak Dapat Ikan, Pemancing Terkejut Jumpa Potongan Badan Manusia
Seorang pemancing terkejut selepas jumpa potongan badan manusia ketika sedang memancing berhampiran semak samun dalam kejadian di Jawa Tengah baru-baru ini, lapor TribunJabar.id. Menurut pemancing yang dikenali sebagai Dedi itu, dia menjumpai dua potongan tangan manusia di sekitar semak-samun berhampiran jambatan Jalan Nakula, dekat bangunan Al Aqsho di wilayah Semarang. Sementara itu, seorang saksi tempatan, Paryanti, […]

Van Terbabas: Seorang Maut, Sembilan Cedera Termasuk Kanak-kanak
IPOH, 24 Julai (Bernama) — Seorang wanita maut manakala sembilan individu cedera termasuk seorang kanak-kanak lelaki apabila van dinaiki terbabas dalam satu kemalangan di KM 178.7 Lebuhraya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) arah selatan di sini, petang tadi. Jurucakap Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai […]

Gembira Bertukar Tragedi, Lelaki Maut ‘Disedut’ Ke Dalam Lubang Kolam
Seorang lelaki maut selepas ‘disedut’ ke dalam lubang benam (sinkhole) sebuah kolam renang sepanjang 13 meter dalam satu kejadian di Tel Aviv baru-baru ini, lapor The Times of Israel menerusi Daily Star. Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku di sebuah kediaman di bandar Karmi Yosef, kira-kira 40 kilometer dari ibu negara, lubang di bawah kolam itu […]

Enam Lelaki Direman Bantu Siasatan Kes Bakar Remaja Lelaki
KUALA TERENGGANU, 24 Julai (Bernama) — Enam lelaki direman selama lima hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan kes seorang remaja yang melecur dipercayai dibakar beberapa rakannya di Kemaman, Jumaat lepas. Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman di Mahkamah Majistret Kemaman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. […]

Jenazah Lima Sekeluarga Maut Kemalangan Selamat Dikebumikan
BUTTERWORTH, 24 Julai (Bernama) — Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan di KM62, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, di Perak semalam selamat dikebumikan di Masjid Jamek Haji Abdul Rashid, Sungai Dua di sini hari ini. Jenazah lima beranak itu tiba di masjid berkenaan kira-kira pukul 1 tengah hari dan lebih 200 orang terdiri […]

Ngeri, Wanita Dilapor Maut Dibaham Seekor Buaya Besar Di Kalimantan Utara
Ngeri, Wanita Dilapor Maut Dibaham Seekor Buaya Besar Di Kalimantan Utara INDONESIA – Mayat seorang wanita yang sedang memancing di sungai terpaksa diambil dari perut seekor buaya sepanjang 19 kaki yang telah membunuhnya, lapor Daily Star. Mangsa hanya dikenali sebagai Fatimah sedang memancing pada waktu malam di sungai apabila rakan-rakannya terdengar dia menjerit meminta bantuan […]

Dianggap Bayi ‘Ajaib’, Wanita Dilapor Sempat Lahirkan Anak Ketika ‘Nazak’ Dihempap Lori
Dianggap Bayi ‘Ajaib’, Wanita Dilapor Sempat Lahirkan Anak Ketika ‘Nazak’ Dihempap Lori India – Seorang bayi dilaporkan telah dilahirkan ketika ibunya dihempap hingga mati oleh sebuah lori dalam kemalangan di Uttar Pradesh pada 20 Julai lalu. Memetik laporan Daily Star, kelahiran bayi itu telah dianggap sebagai satu keajaiban selepas dia ‘terkeluar’ dari rahim ibunya semasa […]

48 Kejadian Jangkitan Salur Pernafasan Dilapor Di Perak
IPOH, 24 Julai (Bernama) — Sebanyak 48 kejadian jangkitan virus pada saluran pernafasan atas (URTI) dilaporkan di Perak sehingga Khamis (21 Julai). Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Hijau negeri Mohd Akmal Kamarudin berkata daripada jumlah itu, 40 wabak jangkitan dilaporkan membabitkan pelajar sekolah menengah. “Ini diikuti masing-masing satu wabak di sekolah rendah, […]

Hanya Kerana Tertumpah Gula, Wanita Tergamak Bunuh & Buang Mayat Anak Dalam Hutan
Hanya Kerana Tertumpah Gula, Wanita Tergamak Bunuh & Buang Mayat Anak Dalam Hutan KUPANG, INDONESIA – Seorang ibu tergamak membunuh anaknya yang berusia dua tahun dengan mencekiknya sehingga mati lalu membuang mayatnya di dalam hutan disebabkan marah dengan tindakan anaknya menumpahkan gula, lapor Kompas.com. Penyiasat Unit Penjenayah dan Siasatan Polis Pusat Peranginan Rote Ndao, Nusa Tenggara […]

Penantian Berakhir, Kehilangan Muhammad Iman Terjawab – Ibu
KUANTAN, 24 Julai (Bernama) — Penantian seorang ibu berakhir apabila kehilangan anak kesayangannya yang dicari hampir 10 bulan terjawab, semalam. Azmawati Ab Kadir, 55, ibu kepada Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain yang dilaporkan hilang 30 Okt tahun lepas berkata beliau bersyukur dan berasa lega apabila doanya selama tempoh pencarian itu telah dimakbulkan. “Saya doa supaya Allah […]

30 Individu Termasuk Penganjur Perhimpunan #Turun Dipanggil Beri Keterangan
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) — Polis memanggil seramai 30 individu termasuk penganjur perhimpunan #Turun untuk diambil keterangan. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata individu yang dipanggil untuk hadir pada esok dan Selasa itu akan dimaklumkan identiti mereka selepas polis selesai merakamkan keterangan masing-masing. “Polis akan melengkapkan kertas siasatan sebelum sebarang […]

Kemalangan Maut: Hilang Ibu Ayah, Kakak, Abang Ipar, Anak Saudara Sekelip Mata
GERIK, 24 Julai (Bernama) — Memori menghadiri konvokesyen menjadi kenangan terakhir bagi Muhammad Naim Mohd Rodhi sebelum ibu dan bapanya maut dalam nahas jalan raya di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, petang semalam. Anak bongsu berusia 26 tahun itu berkata dia menerima panggilan daripada ahli keluarganya pada petang semalam yang memaklumkan mengenai kemalangan tersebut […]

Pantas Merebak Ke Seluruh Dunia, WHO Isytihar ‘Monkeypox’ Sebagai Darurat Kesihatan Global
Pantas Merebak Ke Seluruh Dunia, WHO Isytihar ‘Monkeypox’ Sebagai Darurat Kesihatan Global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan cacar monyet sebagai darurat kesihatan global berikutan lonjakan kes di beberapa negara. Memetik laporan The Guardian, ia merupakan pengisytiharan ketujuh yang pernah dibuat oleh pertubuhan itu sejak tahun 2009 termasuk bagi pandemik COVID-19 dua tahun lalu. Darurat […]

Nahas Lima Sekeluarga: Trak Pikap Hilang Kawalan, Rempuh MPV – Polis
GERIK, 24 Julai (Bernama) — Siasatan awal polis mendapati, trak pikap jenis Toyota Hilux telah hilang kawalan dan bertembung dengan Perodua Alza dinaiki lima sekeluarga yang maut dalam satu kemalangan di KM62, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, semalam. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata akibat hilang kawalan, Toyota Hilux itu telah masuk […]

Peraduan Dari Page Milo Fans Tiada Kena Mengena Dengan Nestle
Peraduan Dari Page Milo Fans Tiada Kena Mengena Dengan Nestle Baru-baru ini tular mengenai satu peraduan di Facebook fan page (MILO FANS) yang dipercayai dianjurkan sempena Ulang tahun Milo ke-87. Bagaimanapun, pihak Nestle mengingatkan orang ramai bahawa akaun Facebook tersebut tidak dikendalikan oleh Nestle Malaysia. Sehubungan dengan itu, peraduan di akaun Facebook terbabit juga tidak […]

Pesakit Cacar Monyet Lari Dari Thailand Dijumpai Di Kemboja
BANGKOK, 24 Julai (Bernama) — Pesakit cacar monyet pertama Thailand yang menghilangkan diri dari pusat peranginan Phuket telah dijumpai di Phnom Penh pada Sabtu. Kementerian Kesihatan Kemboja memaklumkan lelaki warga Nigeria berusia 27 tahun itu telah dibawa ke hospital untuk rawatan, lapor Khmer Times. Lelaki itu dijumpai di sebuah rumah tetamu di Phnom Penh. Dia […]

Berang Aib Perceraian Dijadikan ‘Content’ TikTok, Lelaki Tergamak Tembak Isteri Hingga Mati
Berang Aib Perceraian Dijadikan ‘Content’ TikTok, Lelaki Tergamak Tembak Isteri Hingga Mati CHICAGO – Seorang wanita maut ditembak oleh bekas suaminya selepas mendedahkan aib perceraian mereka secara terbuka di media sosial TikTok, lapor Mirror UK. Suspek yang tinggal di kawasan Georgia, telah pergi ke rumah mangsa iaitu bekas isterinya di Near North Side pada Isnin […]

Rangka Ditemukan, Dipercayai Orang Hilang Sejak 10 Bulan Lepas
KUANTAN, 23 Julai (Bernama) — Polis menemukan satu rangka manusia dalam sebuah kereta yang ditarik keluar dari Sungai Api-Api di Nenasi, Pekan, dipercayai mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak hampir 10 bulan lepas. Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata mayat ditemukan dalam kenderaan Nissan Grand Livina yang dijumpai seorang lelaki […]