Berita

Bekas MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim Kini Dirawat Di ICU
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini sedang dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU). Perkara berkenaan dikongsikan melalui satu hantaran di laman facebook rasminya hari ini. Keadaan beliau pada ketika ini sangat sensitif terhadap persekitaran luar. Pihak hospital juta dilapor mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan jumlah pelawat telah dihadkan. […]

Rogol Remaja 14 Tahun: Penceramah Bebas Diserah Kepada Polis KL
SHAH ALAM, 23 Julai (Bernama) — Seorang penceramah bebas yang disyaki merogol seorang remaja perempuan berumur 14 tahun akan diserahkan kepada Polis Kuala Lumpur hari ini. Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata ia bagi membuat siasatan lanjut berhubung kejadian rogol yang dilaporkan turut berlaku di negeri itu. “Hari ini reman tamat di Kuala […]

Jari Lelaki Putus, Cuba Cabut Mata Kail Lekat Di Mulut Ikan Jerung
Jari lelaki dilaporkan putus akibat digigit oleh seekor jerung yang dipancing ketika cuba untuk cabut mata kail pada rahang pemangsa akuatik itu. Seorang nelayan di Florida, Amerika Syarikat (AS) berdepan dengan keadaan yang mengerikan selepas jari kelingkingnya dilaporkan putus digigit ikan jerung semasa dia cuba untuk cabut mata kail pada ikan tersebut. Memetik laporan akhbar […]

Manfaat Tempurung Kelapa Jadikan Arang, Jana Pendapatan
PORT DICKSON, 23 Julai (Bernama) — Bukan setakat buah, malah segala yang ada pada kelapa, daripada pokok sehingga daunnya, daripada akar sehingga pelepahnya, tiada satu pun tidak berguna melainkan semuanya boleh dimanfaatkan oleh peniaga kelapa. Usahawan muda Mohd Izswan Anuar, 31, yang mengusahakan penjualan kelapa milik bapanya mempunyai pendekatan tersendiri dengan mempelbagaikan hasil perniagaan keluarga hampir […]

Rancang Bercuti Di Korea 8 Hari, Pasangan Habiskan 7 Hari Kuarantin Kerana Covid
Rancang Bercuti Di Korea 8 Hari, Pasangan Habiskan 7 Hari Kuarantin Kerana Covid Keterujaan satu pasangan warga Singapura untuk bercuti ke Korea Selatan selama lapan hari tidak kesampaian selepas mereka disahkan positif COVID-19 pada hari pertama mereka menjejakkan kaki di negara itu. Mereka akhrinya terpaksa menghabiskan masa menjalai kuarantin selama tujuh hari di dalam bilik […]

Demonstrasi #TURUN Dilapor Berlangsung Di KL Sebentar Tadi
Sekumpulan penunjuk perasaan dilaporkan berkumpul di kompleks beli-belah Sogo di tengah pusat bandar Kuala Lumpur dipercayai bagi mengadakan demonstrasi #Turun pada petang Sabtu, 23 Julai 2022. Difahamkan, kumpulan demonstrasi itu berkumpul di luar pusat membeli beli-belah tersebut sekitar jam 2 petang tadi menurut laporan daripada beberapa sumber yang tular di media sosial. Menerusi laman media […]

Cuaca Panas Melampau, London Balut Jambatan Guna Aluminium Foil, Pantul Semula Cahaya
Dunia kini dilanda fenomena cuaca panas melampau hingga ada jalan raya dan bumbung di beberapa buah negara dilaporkan sedang mencair. Gelombang panas yang mampu membawa kepada kematian pada minggu lalu telah mencetuskan kejadian infrastruktur pelik di seluruh dunia. Ia juga dikatakan berkait dengan dunia yang semakin dimamah usia. Dalam pada itu, jalan raya, jambatan, landasan […]

Pesakit Pertama Cacar Monyet Di Thailand Hilangkan Diri
BANGKOK, 22 Julai (Bernama) — Pesakit cacar monyet pertama Thailand menghilangkan diri di pulau peranginan Phuket sebaik beliau dimaklumkan mengenai keputusan ujian saringannya. Pegawai kesihatan dan pihak berkuasa tempatan sedang mempergiat usaha untuk mengesan lelaki berusia 27 tahun itu untuk memberikan rawatan perubatan yang sewajarnya dan membendung penularan penyakit berkenaan. Ketua Kesihatan Wilayah Phuket Dr. Kusak Kukiattikoon […]

Pembantu Kedai Cedera Dalam Kejadian Rompak Dan Bakar
KUANTAN, 23 Julai (Bernama) — Seorang wanita warga Indonesia cedera dalam kejadian rompak dan bakar di sebuah kedai runcit di Felda Tersang Satu, Raub awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Raub Supt Kama Azural Mohamed berkata wanita berusia 40 tahun yang juga pembantu kedai itu cedera di muka dan kepala, dipercayai akibat diserang seorang lelaki […]

Cemas, Juruterbang Sempat Daratkan Pesawat Penuh Penumpang Sebelum Meninggal Dunia
Juruterbang sebuah pesawat dari syarikat penerbangan Indonesia, Citilink dilaporkan sempat melakukan pendaratan kecemasan di Bandara Juanda, sebelum dia dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia. Memetik laporan berita Detik, juruterbang tersebut yang sedang melakukan perjalanan Surabaya-Makassar dilaporkan meninggal dunia sebaik sahaja pesawat itu melakukan pendaratan kecemasan. Sebelum itu, juruterbang berkenaan dilaporkan jatuh sakit ketika baru […]

Wanita Dijumpai Di Sentul Bukan Zalina – Polis
SHAH ALAM, 23 Julai (Bernama) — Wanita kedua yang didakwa mirip bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman atau dikenali sebagai Zalina Azman yang ditemui di Sentul, Kuala Lumpur semalam, disahkan bukan pembaca berita itu yang dilaporkan hilang sejak 20 Nov tahun lepas. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata hasil semakan identiti melalui […]

Kaki Pancing Puas, Berjaya Tumpaskan Toman “Monster” Sungai Kedah Berat Lebih 8kg
Kaki Pancing Puas, Berjaya Tumpaskan Toman “Monster” Sungai Kedah Berat Lebih 8kg Ikan Toman seberat 18lbs bersamaan 8.16 kilogram berjaya ditumpaskan oleh seorang kaki pancing di Sungai Kedah. Kaki pancing bernama Ariff yang berusia 25 tahun ini berkata hobi memancing pada awalnya hanya untuk mengisi masa lapang sahaja. Bagaimanapun, hobi tersebut menjadi lebih serius pada […]

Tular Rakaman Usung Kepala Tepi Jalan, Lelaki Didakwa Penggal Kepala Isteri Disyaki Curang
Tular Rakaman Usung Kepala Tepi Jalan, Lelaki Didakwa Penggal Kepala Isteri Disyaki Curang Seorang lelaki berusia 55 tahun didakwa memenggal kepala isteri sendiri selepas mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Memetik India Today, tertuduh kemudian berjalan lebih kurang 12 kilometer menuju ke balai polis terdekat dengan kepala yang telah terpisah dari badan mangsa […]

Suhu Maksimum 51°C, Kuwait Dilapor Berdepan Cuaca Panas Melampau
Suhu Maksimum 51°C, Kuwait Dilapor Berdepan Cuaca Panas Melampau Negara Kuwait berdepan cuaca panas yang melampau dengan mencatatkan suhu maksimum 51 darjah celsius. Keadaan dilapor menjadi lebih teruk pada siang hari apabila cuaca panas dan lembab, terutamanya di kawasan pantai yang banyak habuk berterbangan. Pada sebelah malamnya pula keadaan masih lagi panas di kawasan pantai […]

Polis Mekah Tahan Warga Tempatan Bantu Wartawan Bukan Islam Masuk Ke Tanah Suci
JEDDAH, 22 Julai (Bernama) — Polis Mekah menahan seorang lelaki rakyat tempatan yang didakwa terlibat dalam membantu urusan seorang wartawan bukan Islam yang memegang kerakyatan Amerika Syarikat untuk memasuki tanah suci Mekah. Media antarabangsa melaporkan wartawan itu ialah Gil Tamary daripada saluran siaran bebas Israel, Channel 13. Laporan Agensi Berita Arab Saudi (SPA) pula memetik jurucakap Polis […]

60 Pendatang Tanpa Izin Ditahan Di Perkampungan Nelayan Kuala Gula
BAGAN SERAI, 23 Julai (Bernama) — Jabatan Imigresen menahan 60 pendatang tanpa izin dan merampas lima laras senapang angin serta peluru bebola besi dalam satu operasi penguatkuasaan di Perkampungan Nelayan Kuala Gula, tengah malam tadi. Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata operasi itu dijalankan susulan aduan awam diterima mengenai kegiatan pendatang tanpa izin yang menjalankan tangkapan […]

Beberapa Kawasan Di Negeri Sembilan Dinaiki Banjir Malam Ini
Beberapa kawasan di Negeri Sembilan pada malam ini didapati dinaiki banjir akibat cuaca hujan yang turun sejak beberapa jam yang lalu. Merujuk perkongsian di laman Facebook Negeri Sembilan Kini, terdapat beberapa kawasan kampung dan taman perumahan di negeri tersebut sudah terjejas. Laporan demi laporan dimuat naik menerusi laman Facebook berkenaan bermula kira-kira pukul 10:15 malam […]

Obses Nak Ramping, Wanita Hilang 40 Kg Amal Diet Ekstrem Sampai Gugur Rambut
Seorang wanita dilaporkan terlalu obses mahu kurus dan ramping hingga sanggup buang berat badan sebanyak 40 kilogram (kg) dalam masa setahun, lapor Oddity Central. Difahamkan, individu itu yang berusia 30 tahun pada awalnya memiliki berat badan 65 kg, namun kini, dia hanya memiliki berat 25 kg selepas melaksanakan diet ekstrem. Difahamkan, wanita yang berasal dari […]

Empat Kejadian Wabak Jangkitan Salur Pernafasan Dilapor Semalam – KKM
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) — Sebanyak empat kejadian wabak jangkitan salur pernafasan dilaporkan semalam menjadikan jumlah kumulatif wabak setakat ini sebanyak 251, dengan kebanyakan kejadian melibatkan pelajar dan murid sekolah. Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan tiga kejadian membabitkan pratadika dan satu institusi pengajian tinggi. Setakat semalam, Perak mencatat jumlah kejadian tertinggi dengan 48 kejadian, diikuti Selangor […]

Wany Hasrita Selamat Bernikah
Penyanyi terkenal tanah air, Wany Hasrita, 30, telah selamat bernikah bersama pasangannya, Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 30, sebentar tadi. Kedua-dua mereka sah bergelar suami isteri dengan dua lafaz nikah dalam majlis yang diadakan di Glam Hall, Damansara Perdana malam ini. Merujuk laporan Utusan Malaysia, pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Wany, iaitu Hasbullah Hassan, 56, turut […]