Berita

Tular Aksi Honda Civic Dikejar Polis Di Langkawi, Diarah Berhenti Tapi ‘Degil’
LANGKAWI — Tular sebuah video yang menyaksikan sebuah kereta jenis Honda Civic berwarna putih dikejar oleh kenderaan polis peronda pada semalam. Menurut satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook, Polis Langkawi menjelaskan bahawa anggota polis peronda yang menjalankan rondaan pada ketika itu melihat kelibat kenderaan berkenaan sekitar jam 10 malam. Difahamkan, pengadu cuba mengarahkan pemandu […]

Pagar Stadium JIS Roboh Lepas Dirasmikan, Penyokong Berang Persoal ‘Kualiti Bertaraf Dunia’
Baru-baru ini, tular sebuah klip video yang memaparkan sebahagian pagar di dalam kawasan stadium baharu Indonesia, Jakarta International Stadium (JIS) roboh, lapor BolaStylo.com. Namun apa yang menarik perhatian ramai, kejadian pagar roboh itu berlaku tidak lama selepas stadium tersebut dirasmikan baru-baru ini sebagai fasiliti yang dianggap bertaraf antarabangsa. Sewaktu pelancaran grand launching JIS kelmarin, Gabenor […]

Guna Rumput Campuran, Ini Lima Fakta Menarik Jakarta International Stadium Yang Baru Rasmi
Mungkin ramai yang belum mengetahui mengenai fakta stadium terbaharu di Indonesia yang baru dirasmikan iaitu Stadium Antarabangsa Jakarta (Jakarta International Stadium – JIS). Pada 24 Julai semalam, JIS telah dirasmikan dan disusuli satu perlawanan persahabatan antara kelab bola sepak tempatan, Persija Jakarta dengan pasukan Chonburi dari Thailand. Berbalik kepada konteks, JIS dibina dengan pelbagai kelengkapan […]

Polis Buru Tiga Individu Disyaki Terlibat Samun Gerai Makan
JOHOR BAHRU, 25 Julai (Bernama) — Polis sedang giat mencari tiga individu dipercayai terlibat dalam kejadian samun di sebuah gerai makan di Jalan Arung, Tampoi Khamis lepas. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Rupiah Abd Wahid berkata ketika kejadian kira-kira 6 petang itu, seorang wanita berusia 18 tahun sedang berseorangan membantu menguruskan gerai makan […]

Mati Di Penjara Kluang: Polis Beri Jaminan Siasatan Menyeluruh Dilaksanakan
Kes individu mati di Penjara Kluang, pihak polis beri jaminan siasatan menyeluruh dilaksanakan JOHOR BAHRU, 25 Julai (Bernama) — Polis Johor hari ini memberi jaminan siasatan menyeluruh sedang dilaksanakan berhubung kematian seorang banduan lelaki di penjara Kluang, bulan lepas. Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata hasil siasatan nanti adalah berdasarkan laporan bedah siasat […]

Negara Terima Tiupan Angin Lemah Pelbagai Hala, Potensi Ribut Petir Beberapa Negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) meramalkan ribut petir dijangka bakal melanda di beberapa negeri Pantai Barat Semenanjung, Sarawak dan Sabah. Menurut Met Malaysia dalam satu kenyataan, rantau negara ketika ini sedang menerima tiupan angin lemah dari pelbagai hala dan dijangka akan berterusan sehingga 27 Julai ini. “Keadaan ini berpotensi menyebabkan pembentukan awan ribut petir pada […]

Penganggur Didenda RM2,000 Menyamar Sebagai Anggota Polis
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) — Gara-gara menyamar dengan memperkenalkan diri sebagai anggota polis kepada dua warga asing, seorang penganggur didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Majistret Wan Nur Fariha Najwa Wan Azaham menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh, 53, yang mengaku bersalah memperkenalkan diri sebagai anggota polis kepada Ramjan dan Mohammad […]

Bermula Dari Golongan Guru, Ini Apa Yang Rakyat Panama Tuntut Dari Kerajaan Sepanjang 3 Minggu ‘Protest’
Tunjuk perasaan yang bermula dari golongan guru, inilah penjelasan sebenar apa yang rakyat Panama tuntut dari kerajaan dalam ‘protest’ selama tiga minggu. Panama merupakan salah satu negara yang sedang menangani rusuhan berserta krisis kewangan. Di sini, kita akan melihat desakan daripada pihak penunjuk perasaan (rakyat) dan maklum balas daripada pihak kerajaan. Ribuan penunjuk perasaan di […]

PM Ingatkan Majikan Ambil Serius Pelaksanaan Gaji Minimum
PM Ingatkan Majikan Ambil Serius Pelaksanaan Gaji Minimum KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) — Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan majikan bahawa gaji minimum kini ditetapkan pada kadar RM1,500, berkuatkuasa sejak 1 Mei lepas. Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata sehingga Julai ini, berdasarkan statistik MYFutureJobs, lingkungan gaji bagi kekosongan jawatan yang paling banyak ditawarkan di seluruh […]

KKM Ingatkan Fasiliti Kesihatan Peka Situasi Semasa ‘Monkeypox’
PUTRAJAYA, 25 Julai (Bernama) — Berikutan pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa jangkitan monkeypox kini adalah Kejadian Kecemasan Kesihatan Awam Yang Menjadi Kebimbangan Antarabangsa (PHEIC), Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan semua fasiliti kesihatan agar peka dengan situasi semasa monkeypox serta meningkatkan pengesanan kes dalam kalangan pesakit yang berisiko. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam kenyataan hari ini […]

KJ Bakal Bentang Akta Haramkan Semua Alat Merokok, Seru Rakyat Sokong Untuk Diluluskan
KJ Bakal Bentang Akta Haramkan Semua Alat Merokok, Seru Rakyat Sokong Untuk Diluluskan Satu akta untuk mengharamkan rokok, vape dan semua alat merokok kepada golongan yang lahir selepas tahun 2007 akan dibentangkan di Parlimen pada minggu hadapan. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin menerusi media sosial miliknya sebentar tadi. “Bayangkan negara […]

Lelaki Rentung Dalam Kemalangan Empat Kenderaan Di Permas Jaya
JOHOR BAHRU, 25 Julai (Bernama) — Seorang lelaki rentung dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan berhampiran Jambatan Permas Jaya, Lebuhraya EDL, Pasir Gudang menghala ke Bakar Batu di sini, pagi tadi. Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Faiz Sulaiman berkata kemalangan berlaku kira-kira pukul 6.10 pagi itu membabitkan kereta BMW, Perodua Myvi, Honda City serta […]

Polis Sukar Kesan Pekerja Ubah Suai Rumah Zalina Azman
SHAH ALAM, 25 Julai (Bernama) — Polis sukar menjejaki pekerja yang membuat kerja pengubahsuaian di rumah bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman ekoran proses tersebut telah lama dijalankan. Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata status kewarganegaraan pekerja tersebut juga tidak dapat dipastikan melainkan mereka sendiri tampil ke hadapan untuk […]

Kutipan Mat Kilau Cecah RM90 Juta Selepas 33 Hari Tayangan
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) — Filem biografi epik, “Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan” yang telah mencetuskan fenomena luar biasa, berjaya meraih kutipan tiket berjumlah RM90 juta selepas 33 hari ditayangkan di seluruh negara, Singapura dan Brunei. Pengarahnya Mohd Syamsul Mohd Yusof atau lebih dikenali sebagai Syamsul Yusof berkata filem itu menjadi filem pecah panggung tertinggi […]

Kemalangan Gerik: Polis Rakam Percakapan Pemandu Toyota Hilux Dalam Masa Terdekat
IPOH, 25 Julai (Bernama) — Polis akan merakam percakapan pemandu pacuan empat roda Toyota Hilux yang terlibat dalam kemalangan mengakibatkan lima sekeluarga maut di Kilometer 62 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Sabtu lepas. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pemandu wanita berusia 53 tahun itu kini dirawat di Hospital Jeli, Kelantan akibat […]

Dituduh Sering Habiskan Makanan, Remaja Dirantai & Dikurung Kebuluran Ibu Bapa Sendiri
Dituduh Sering Habiskan Makanan, Remaja Dirantai & Dikurung Kebuluran Ibu Bapa Sendiri Seorang remaja berusia 15 tahun disyaki telah menjadi mangsa pengabaian dan penderaan oleh bapa dan ibu tirinya setelah rakaman yang memaparkan keadaannya tular di media sosial. Memetik laporan Kompas.com, video tersebut memaparkan keadaan mangsa yang ketika itu memakai baju berwarna merah dan duduk […]

Kosmetik Kandungi Bahan Bahaya Akan Ditarik Balik 24 Jam Dari Pasaran – Dr Noor Azmi
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) — Produk kosmetik dan ubat-ubatan yang mengandungi bahan berbahaya kepada kesihatan pengguna akan diarah ditarik balik dari pasaran dalam masa 24 jam, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali. Dr Noor Azmi berkata bagi produk yang mendatangkan risiko kecil atau produk yang tidak mencapai standard kualiti yang ditetapkan, […]

Lelaki Terkejut, Temui Tong ‘Misteri’ Berisi 248 Janin Yang Diawetkan Dalam Hutan
Lelaki Terkejut, Temui Tong ‘Misteri’ Berisi 248 Janin Yang Diawetkan Dalam Hutan RUSIA – Seorang nelayan di Rusia terkejut apabila mendapati empat tong air yang dijumpainya di suatu kawasan hutan terpencil mengandungi 248 janin bayi yang diawet dalam larutan formalin, lapor Daily Star. Penemuan yang memeranjatkan dan misteri itu berlaku terhadap seorang nelayan di kawasan […]

Tokoh Korporat Ternama, Tan Sri Mustapha Kamal Meninggal Dunia
Tokoh korporat ternama, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 7.45 pagi hari ini. Memetik laporan Astro Awani, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) akibat sakit tua. Difahamkan, Allahyarham yang berusia 73 tahun akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara hari ini. “Buat masa ini jenazah […]

Pasangan Suami Isteri Ditahan, Polis Rampas Dadah Bernilai RM2 Juta Di Ipoh
IPOH, 25 Julai (Bernama) — Polis menahan pasangan suami isteri dalam dua serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini kerana disyaki terlibat dengan aktiviti mengedar dadah dan merampas dadah bernilai RM2 juta pada Khamis lepas. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya menahan lelaki tempatan berusia 34 tahun itu di sebuah pusat makanan […]