Berita

Korea Utara Tembak Peluru Berpandu Balistik, Provokasi Ketibaan Kapal US
Korea Utara dilapor melepaskan tembakan peluru berpandu balistik di luar kawasan pantai timur negara sebagai ujian pertama yang diketahui umum sejak Jun, maklum jurucakap tentera Korea Selatan. Menurut BBC, tembakan peluru berpandu balistik tersebut berlaku selepas sebuah kapal karier pesawat US tiba di Korea Selatan dalam satu latihan, disusuli lawatan Timbalan Presiden US, Kamala Harris. […]

Suri Rumah Didakwa Buat Laporan Polis Palsu Berhubung Institusi Milik NGO
SHAH ALAM, 26 Sept (Bernama) — Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membuat laporan polis palsu berhubung sebuah institusi milik badan bukan kerajaan (NGO). Zuraina Zamri, 45, didakwa membuat laporan palsu dengan memberikan maklumat secara bertulis kepada seorang anggota polis di Balai Polis Taman Sri Muda, Seksyen 25, […]

Buat Loan RM262,000 & Bank Silap ‘Transfer’ RM26 Juta, Kisah Benar Kekasih ‘Sakau’ Duit Bank Yang Berakhir Di Penjara
Kes kesilapan transaksi wang oleh pihak bank ke akaun individu secara tidak sengaja bukanlah perkara baharu dalam isu-isu kewangan, malah ia pernah menjadi satu episod jenayah global yang panjang beberapa tahun lalu. Sebelum ini, pernah berlaku beberapa kes pihak bank tersilap melakukan transaksi ke dalam akaun individu hingga membuatkan si penerima itu terkedu sebentar kerana […]

Pan Gon Bangga Walaupun Harimau Malaya Tewas Kepada Tajikistan
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) — Tiada kekesalan, tetapi sebaliknya berbangga. Biarpun gagal menamatkan penantian 44 tahun Malaysia untuk menjulang Piala Raja Thailand selepas tewas 0-3 dalam penentuan sepakan penalti kepada Tajikistan pada perlawanan akhir, ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Kim Pan Gon memuji anak buahnya kerana meletakkan semangat juang dan kekuatan mental yang […]

Ekonomi Jatuh Teruk, Menteri Kewangan Pakistan Letak Jawatan
Menteri Kewangan Pakistan Miftah Ismail mengumumkan peletakan jawatan pada Ahad disebabkan negara itu menghadapi krisis ekonomi yang terburuk sejak banjir melanda beberapa bulan lepas, lapor Wion News. Beliau memaklumkan mengenai peletakan jawatannya dalam satu kenyataan di laman Twitter selepas pertemuan bersama mantan Perdana Menteri dan Perdana Menteri Pakistan. “Dalam pertemuan dengan Mian Nawaz Sharif (bekas perdana […]

Spekulasi PRU15 Makin Kencang, Belum Dapat Ilham Bubar Parlimen – Ismail Sabri
NEW YORK, 26 Sept (Bernama) — Ketika spekulasi mengenai tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 semakin kencang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob belum membuat keputusan bila beliau akan membubarkan Parlimen. Perdana Menteri berkata sebarang keputusan mengenai tarikh pembubaran Parlimen bergantung kepada perbincangan dalam kalangan pemimpin tertinggi UMNO pada 30 Sept ini. “Pada 30 hari bulan, petang […]

Saintis Temui Virus Covid Baharu Dalam Kelawar, Dipercayai ‘Kalis’ Terhadap Vaksin Sedia Ada
Saintis Temui Virus Covid Baharu Dalam Kelawar, Dipercayai ‘Kalis’ Terhadap Vaksin Sedia Ada Saintis mendakwa bahawa telah menemui koronavirus baharu dalam kelawar yang kalis terhadap vaksin sedia ada, lapor Time. Difahamkan, virus tersebut mampu menjangkiti sel manusia walaupun telah mendapat perlindungan imun daripada vaksin COVID-19. Menurut Penolong Profesor di Paul Allen School of Public Health […]

Malaysia Tewas Penalti, Gagal Bawa Pulang Piala Raja Thai
Malaysia Tewas Penalti, Gagal Bawa Pulang Piala Raja Thai Pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya tunduk kepada skuad Tajikistan menerusi sepakan penalti 0-3 dalam perlawanan akhir Piala Raja Thai edisi ke-48 yang berlangsung di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, Thailand sebentar tadi. Skuad Tajikistan yang berada pada ranking ke-109 dunia itu nyata berada pada […]

Mahasiswa Rakyat Malaysia Ditahan Di Mesir Telah Dibebaskan – Saifuddin
PUTRAJAYA, 25 Sept (Bernama) — Seorang mahasiswa rakyat Malaysia di Universiti Al-Azhar yang sebelum ini ditahan pihak berkuasa Mesir sudah pun dibebaskan pada petang 24 Sept. Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dalam satu kenyataan malam ini berkata, mahasiswa itu berada dalam keadaan baik dan akan meneruskan pengajian di universiti tersebut. Katanya, Kementerian Luar bekerjasama rapat […]

Tular Panah Anjing Hingga Mati, Lelaki Diburu Polis
Tular Panah Anjing Hingga Mati, Lelaki Diburu Polis Dalam satu kenyataan hari ini, pihak polis sedang mengesan seorang lelaki yang tular di media sosial selepas dipercayai bertindak memanah seekor anjing menggunakan busur panah hingga mati. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata satu laporan telah dibuat oleh orang awam yang terkesan menerusi […]

Detik-Detik Rumah Musnah & Hanyut Dalam Laut, Dihentam Ombak Kuat Ketika Taufan Fiona Di Kanada
Detik-Detik Rumah Musnah & Hanyut Dalam Laut, Dihentam Ombak Kuat Ketika Taufan Fiona Di Kanada Taufan Fiona yang melanda Nova Scotia di Kanada itu telah mengakibatkan pelbagai kemusnahan kepada penduduk di kawasan itu termasuk kediaman yang dihanyutkan ke dalam laut, lapor CNN News. Difahamkan, pasca ribut taufan itu telah membuatkan kebanyakan rumah di kawasan tepi […]

18 Terbunuh Dalam Serangan Ketika Solat Jumaat Di Masjid Nigeria
18 Terbunuh Dalam Serangan Ketika Solat Jumaat Di Masjid Nigeria ABUJA, Nigeria — Sekurang-kurangnya 18 orang dilaporkan terbunuh dalam serangan di masjid di negeri Zamfara pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu. Menurut laporan media tempatan, penyerang yang menyamar menjadi sebahagian daripada jemaah telah melepaskan tembakan ke arah jemaah yang sedang berkumpul untuk menunaikan solat Jumaat dengan […]

Tak Sengaja Telan, Pengetip Kuku Tersekat Dalam Kerongkong Bayi 8 Bulan
Tak Sengaja Telan, Pengetip Kuku Tersekat Dalam Kerongkong Bayi 8 Bulan Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan terpaksa dikejarkan ke hopital untuk menerima rawatan lanjut di Nashik, Barat India apabila tercekik pemotong kuku dalam kerongkongnya, lapor Metro UK. Kejadian itu disedari oleh ibu bapanya selepas mereka mendapati bayi berkenaan tertelan objek sepanjang dua inci tersebut […]

Lelaki Maut Dirempuh Kereta Semasa Berkonvoi
Seorang lelaki maut selepas melanggar sebuah kenderaan sebelum dirempuh kereta semasa perjalanan konvoi sekumpulan motosikal di Kilometer 202.9 Lebuhraya PLUS (arah utara) semalam, lapor Sinar Harian. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu mengenai kemalangan yang mengakibatkan mangsa yang menunggang Yamaha Y15 meninggal dunia. Beliau berkata, mangsa Muhammad Nasrul Adnan, 18, […]

NATO Bakal Ke Laut China Selatan, Dipercayai Kembangkan Pengaruh
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dilaporkan akan membuat ‘sempadan pertahanan’ baharu merentasi Laut China Selatan dalam masa terdekat untuk mengembangkan pengaruhnya ke Indo-Pasifik, lapor Sputnik. Perkara itu disahkan Menteri Luar Negeri Rusia, Sergey Lavrov apabila beliau menyentuh siri topik yang luas dalam sidang akhbar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu. Difahamkan, topik ‘kemaraan’ NATO ke […]

AirAsia Dinobat Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik Di Dunia
Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia telah terpilih sebagai Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik di Dunia di Skytrax World Airline Awards 2022 untuk tahun ke-13 berturut-turut. Merujuk carta yang dimuat naik Seasia, AirAsia melakar kejayaan buat negara apabila menjadi satu-satunya syarikat penerbangan tambah murah yang mewakili Malaysia dalam anugerah itu. Seperti yang dilapor Seasia, kejayaan AirAsia […]

Taburan Hujan Tinggi, Risiko Banjir, PRU15 Tidak Sesuai Tahun Ini – Tuan Ibrahim
SUNGAI PETANI, 25 Sept (Bernama) — Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak sesuai diadakan pada tahun ini disebabkan taburan hujan tinggi dan risiko bencana banjir yang dijangka berlaku pada pertengahan November ini. Beliau berkata berdasarkan ramalan keadaan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini, negara akan menerima […]

Bayi Perempuan Ditemukan Atas Jalan Raya Di Tambunan
KENINGAU, 24 Sept (Bernama) — Seorang bayi perempuan yang cukup sifat ditemukan ditinggalkan di atas jalan raya di Jalan Kampung Korikot, Tambunan dekat sini awal pagi semalam. Ketua Polis Daerah Keningau DSP Nor Rafidah Kasim berkata bayi perempuan itu, ditemukan orang awam pada pukul 1.05 pagi sebelum membuat laporan kepada pihak polis. Beliau berkata pihaknya […]

Anak Berlari Minta Bantuan Jiran, Tergamam Mak Ayah Dibunuh
Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun melarikan diri dan meminta bantuan kepada jiran tetangga selepas ibu bapanya dibunuh kejam oleh orang tidak dikenali dalam kejadian di Kalimantan Tengah pada Sabtu. Mangsa merupakan pasangan suami isteri iaitu Ahmad Yendianor, 46, dan Fatnawati,45, menetap di Palangkaraya ditemui tidak lagi bernyawa di rumahnya pada Sabtu (24 September 2022). […]

Banjir Kilat: 14 Kanak-kanak, Lima Guru Diselamatkan Di Johor Bahru
JOHOR BAHRU, 25 Sept (Bernama) — Tindakan pantas pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berjaya menyelamatkan kesemua 14 kanak-kanak dan lima guru di Tadika Umiku Sayang, Kampung Mohd Amin susulan banjir kilat yang melanda bandar raya ini, pagi ini. Pegawai Bomba Kanan II Nazarudin Yusof berkata tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat […]