Berita

Dua Ditahan Dipercayai Memandu Dalam Keadaan Mabuk
Terdapat dua individu ditahan kerana dipercayai mabuk dalam penguatkuasaan Ops Mabuk Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Ampang Jaya pada Sabtu semalam. Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menjalankan Ops Mabuk di Jalan Pandan Utama bermula pada jam 9.30 malam dan berakhir jam 12.00 tengah malam tadi. Sepanjang operasi […]
Berita
Tulang Manusia Berusia 1.4 Juta Tahun Ditemukan Di Burgos, Sepanyol
BURGOS (Sepanyol), 25 Sept (Bernama) — Tengkorak berusia 1.4 juta tahun, fosil manusia tertua pernah ditemukan di benua Eropah dan dipercayai mampu mengubah pengetahuan mengenai prasejarah manusia, menurut saintis yang terlibat dalam penemuan itu. “Kami masih belum mengetahui spesies manusia pertama berdasarkan penemuan itu,” ahli arkeologi Aurora Martin, yang juga penyelaras am Muzium Evolusi Manusia […]
Luar Negara
Disyaki Enggan Dijaga Lagi, Bayi Perempuan Ditemui Di Sawah
Seorang pencari rumput terkejut apabila menjumpai seorang bayi perempuan masih bernyawa di sawah padi dalam satu kejadian di Sewon, Jogja pada Khamis baru-baru ini, lapor Tribun Jogja. Pegawai Perhubungan Awam Polis Bantul, Inspektor Nengah Jeffry berkata, bayi tersebut ditemui oleh pencari rumput berkenaan, Kadiyo, 70 tahun yang merupakan penduduk Srandakan, Bantul. Ketika Kadiyo ternampak bayi […]
Berita
Dipercayai Gagal Brek, 38 Pekerja Kilang Cedera Bas Jatuh Tebing Malam Tadi
ALOR GAJAH (Bernama) — Sebanyak 38 pekerja sebuah kilang di Batu Berendam, berdepan detik cemas selepas bas dinaiki mereka menggelungsur ke bawah tebing dalam satu kejadian di Jalan Simpang Gading-Kesang Pajak, semalam. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Abu Bakar Katain, berkata 13 mangsa termasuk pemandu yang cedera agak parah dihantar ke Hospital […]
Berita
Penguin Maharaja Bakal Pupus Menjelang 2050 – Saintis Australia
CANBERRA, 24 Sept (Bernama) — Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja berdepan kepupusan dalam tempoh 30 tahun, lapor Xinhua, memetik penyelidik Australia. Seorang saintis penyelidikan kanan di Bahagian Antartika Australia (AAD) Barbara Wienecke, mendedahkan bahawa penguin maharaja yang menjadi ikonik boleh mengalami kepupusan menjelang 2050. Penguin maharaja merupakan endemik Antartika dan adalah yang terbesar daripada […]
Berita
“Saya Tak Cemerlang Akademik”, Menang Emas Ragbi, Atlet Kedah Menangis Sebak, Mahu Buat Mak Ayah Bangga
Atlet muda dari Kedah, Aisyahtulfitriah Abdul Mohd.Hasbi, 18, diangkat sebagai wira selepas berjaya membantu squad ragbi wanita negeri jelapang padi itu merangkul pingat emas sulung pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) pada Khamis, 22 September 2022. Memetik Kosmo, semangat juang yang ditonjolkan oleh Aisyahtulftriah telah membuahkan hasil apabila pasukan ragbi Kedah berjaya mengalahkan Selangor 17-12 sekaligus […]
Berita
Taufan Talas Landa Jepun, Dua Terbunuh Dilaporkan Setakat Ini
Dua orang terbunuh Taufan Talas landa Jepun Sekurang-kurangnya dua dilaporkan maut dan ratusan ribu rumah terputus bekalan elektrik selepas Taufan Talas yang turut membawa hujan lebat dan angin kencang dilapor melanda tengah Jepun hari ini. Seorang lelaki berusia 40-an maut dalam kejadian tanah runtuh dan seorang lagi lelaki berusia 29 tahun ditemui mati selepas keretanya […]
Berita
Kanak-Kanak Lelaki Maut Kemalangan Libatkan Dua Kenderaan
JASIN, 24 Sept (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dalam kejadian kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Kesang Garing, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Jasin DSP Mispani Hamdan berkata kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, melibatkan kereta Produa Alza yang dinaiki empat beranak dalam perjalanan dari Kesang menghala […]
Berita
Disangka Meninggal Dunia, Wanita 72 Tahun Pulang Ke Rumah Selepas Keluarga Adakan Pengebumiannya
Wanita 72 tahun pulang ke rumah selepas keluarga adakan pengebumian Seorang wanita berusia 72 tahun di bandar Chennai, India yang dianggap sudah mati oleh keluarganya pulang semula ke rumah dalam keadaan sihat. Dia yang merupakan penduduk di Ambedkar Nagar berjalan pulang ke rumahnya dengan membawa beg pakaian sekaligus mengundang rasa pelik dan terkejut penduduk kampung […]
Berita
Lima Maut, Bas Mini Diseret Lori Sejauh 2 Kilometer
Lima maut, bas mini diseret lori sejauh 2 Kilometer Kemalangan maut membabitkan sebuah lori dan bas mini mengorbankan lima orang di Tol Bawen-Unggaran Km 438+500 B pagi tadi, lapor Detik.com. Polis mendedahkan bas mini itu diseret sejauh dua kilometer dibahagianbelakang lori yang membawa muatan kayu balak itu. “Bas mini itu merempuh lori Fuso yang dalam […]
Berita
Hujan Lebat Sejak Awal Pagi, Beberapa Kawasan Di Pulau Pinang Dilanda Banjir Kilat
GEORGE TOWN, 24 Sept (Bernama) — Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir kilat, namun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini. Hujan lebat sejak 5 pagi itu mengakibatkan kawasan Bayan Lepas, Bayan Baru serta Bukit Jambul terjejas dan beberapa laluan utama ditenggelami air sehingga menyukarkan kenderaan ringan melalui jalan tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri […]
Berita
Roger Federer Akhiri Karier Dengan Kekalahan Dalam Piala Laver
Juara Grand Slam 20 kali Roger Federer bersara dari dunia Tenis Roger Federer yang sebak melambai tangan mengucapkan selamat tinggal kepada sukan tenis profesional selepas bergandingan dengan seteru hebat Rafael Nadal pada malam penuh emosi di Piala Laver. Pemain berusia 41 tahun itu menerima tepukan gemuruh dari penonton selepas keluar dari gelanggang buat kali terakhir […]
Berita
Israel Bukan Lagi Rakan Kongsi Palestin Dalam Proses Damai – Abbas
Israel bukan lagi rakan kongsi Palestin dalam proses damai – Abbas NEW YORK, 24 Sept (Bernama) — Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Jumaat berkata Israel memutuskan untuk tidak lagi menjadi rakan Palestin dalam proses damai, lapor Xinhua. “Jelas bahawa Israel mengabaikan resolusi undang-undang antarabangsa, dan memutuskan enggan menjadi rakan kongsi kami dalam proses damai,” kata Abbas […]
Berita
Bermula 21 Sept Lepas, Aplikasi Go Bank Islam Hanya Disokong Sistem Operasi Android Versi 9 & Ke Atas
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dalam satu kenyataan berkata, aplikaso Go miliknya hanya akan disokong oleh sistem operasi Android untuk versi 9 dan ke atas bermula 21 September 2022. Dalam kenyataan BIMB menerusi laman Facebook rasmi milik mereka berkata, ia merupakan salah satu usaha untuk memastikan perbankan dalam talian pelanggan berada dalam keadaan selamat dan […]
Berita
Tiga Lelaki Ditahan Curi Kabel Di Pandan Indah
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) — Polis menahan tiga lelaki tempatan disyaki mencuri kabel tembaga bernilai RM20,000 di sebuah pusat komersial di Pandan Indah, Ampang minggu lepas. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata lelaki pertama ditahan di Batu 6 Jalan Gombak, kira-kira jam 10.30 pagi semalam manakala dua lagi rakannya ditahan di Jalan Air […]
Berita
Hilang Kerja & Tiada Duit, Lelaki Nekad Jalan Kaki Pulang Ke Kampung Sejauh 1,350KM
Hilang Kerja & Tiada Duit, Lelaki Nekad Jalan Kaki Pulang Ke Kampung Sejauh 1,350KM Seorang lelaki yang kehilangan pekerjaan memutuskan untuk berjalan kaki sejauh 1,350 kilometer untuk pulang dari Songkhla ke Buriram, yang terletak di timur laut Thailand. Kisah lelaki berusia 42 tahun ini diketahui selepas dia singgah di sebuah berek tentera untuk meminta air […]
Berita
Wanita Warga Emas Ditemukan Maut Dengan Kesan Kecederaan
SEREMBAN, 24 Sept (Bernama) — Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dengan kesan kecederaan pada anggota badan di sebuah rumah di Jalan Kedidi 7, Taman Paroi Jaya dekat sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat wanita berusia lingkungan 70-an itu pada 8.25 malam. “Siasatan mendapati […]
Berita
Lari Dari Tahanan, Warga Malaysia Terlibat Skandal Penipuan, Rasuah Terbesar Tentera Laut Amerika Ditahan Semula
Penjenayah Malaysia dalam skandal Navy AS berjaya ditangkap semula Seorang ahli perniagaan Malaysia yang terlibat dalam skandal penipuan terbesar dalam sejarah Tentera Laut AS berjaya ditangkap semula selepas dia melarikan diri dari tahanan dua minggu lalu. Suspek dilapork berjaya ditangkap di Venezuela ketika cuba menaiki penerbangan ke Rusia. Dia sebelum ini dikesan telah memotong gelang […]
Berita
Syarikat Telco Australia Digodam, Data 10 Juta Pengguna Mungkin Dicuri
Maklumat Peribadi Pelanggan Optus Digodam Maklumat peribadi pelanggan Optus sejak tahun 2017 mungkin digodam secara besar-besaran, dedah Ketua Pegawai Eksekutif Kelly Bayer Rosmarin. Bayer Rosmarin melaporkan, bahawa syarikat itu masih tidak pasti berapa banyak maklumat peribadi pelanggan yang akan digodam. Menurutnya, senario kes terburuk akan melibatkan 9.8 juta maklumat peribadi yang akan digodam. “Kami percayai […]
Tragedi
Remaja Lelaki Maut, Rakan Wanita Tak Sedarkan Diri, Disambar Petir Ketika Berkhemah
Seorang remaja lelaki maut disambar petir ketika berkhemah di salah sebuah kawasan Bukit Waruwangi, Kabupaten Serang Indonesia pada jam 11.30 pagi (waktu tempatan). Difahamkan, mangsa tiba di tapak perkhemahan tersebut sekitar jam 10.40 pagi (waktu tempatan) dan seterusnya telah mendirikan sebuah khemah yang telah mereka sewa dan disediakan di kawasan tersebut. Menurut Ketua Polis Cilegon, […]