Berita

Seluar Jean Levi Dari 1880-An Dilelong Pada Harga US$87,400
Seluar Jean Levi dari 1880-an dilelong pada harga US$87,400 WASHINGTON, 14 Okt (Bernama) — Sepasang seluar jeans Levi dari 1880-an yang ditemui di dalam lombong terbiar dilelong pada harga US$87,400. Seluar jeans itu dijumpai di sebuah lombong terbiar di barat Amerika oleh ahli arkeologi denim Michael Harris dan dijual di Durango Vintage Festivus iaitu sambutan denim […]

Budak Empat Tahun Tersangkut Dalam Mesin Basuh Ketika Main Sorok-Sorok Berjaya Diselamatkan
Budak Empat Tahun Tersangkut Dalam Mesin Basuh Ketika Main Sorok-Sorok Berjaya Diselamatkan Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dilaporkan terperangkap dalam mesin basuh di rumahnya di Jalan Bariang Cubadak, Sumatera Barat semasa bermain sorok-sorok, lapor Suara.com. Kanak-kanak itu dikatakan sedang bermain sorok-sorok bersama adik beradiknya dan secara tiba-tiba dia tersangkut di dalam mesin basuh tersebut. […]

Lelaki Mabuk Nekad Jadikan Anak Sebagai Tebusan, Nak Suruh Isteri Pulang Ke Rumah Semula
Lelaki Mabuk Nekad Jadikan Anak Sebagai Tebusan, Nak Suruh Isteri Pulang Ke Rumah Semula Seorang lelaki mabuk dilaporkan nekad menjadikan bayinya yang berusia lapan bulan sebagai tebusan bagi mendapatkan isterinya semula, lapor The Thaiger. Dilaporkan bahawa isteri lelaki itu meninggalkannya buat seketika untuk tinggal di wilayah lain. Lelaki itu pada awalnya melawat ibu bapanya sebelum […]

Pembedahan Buang Tumor Sambil Ahli Muzik Bermain Seksofon
Pembedahan buang tumor sambil ahli muzik bermain Seksofon ROM, 13 Okt (Bernama) — Seorang pemain muzik Itali berusia 35 tahun menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di otaknya sambil meniup seksofon, di sebuah klinik di Rom pada Khamis, lapor agensi berita Itali (ANSA) pada Khamis. Pembedahan di Paideia International Hospital itu diketuai pakar bedah otak, Christian Brogna, pakar dalam bidang pembedahan […]

Bakal Dilelong, Harga Bola Ikonik “Hand Of God” Diego Maradona Dianggar Cecah Hingga RM15 Juta
Bakal Dilelong, Harga Bola Ikonik “Hand Of God” Diego Maradona Dianggar Cecah Hingga RM15 Juta Bola yang digunakan legenda bola sepak Argentina, mendiang Diego Maradona untuk menjaringkan gol popularnya, ‘Hand of God‘ ketika menentang England pada Piala Dunia 1986 bakal dilelong bulan depan dengan anggaran harga RM13.28 juta hingga RM15.9 juta. Memetik The Guardian, bola […]

Viral Air Laut Didakwa Tiba-tiba Surut, Penduduk Kampung Gempar & Resah Takut Tsunami Berlaku
Viral Air Laut Didakwa Tiba-tiba Surut, Penduduk Kampung Gempar & Resah Takut Tsunami Berlaku Tular baru-baru ini sebuah video yang memperlihatkan air laut di Pantai Sampur Bangka Belitung (Babel), Indonesia menjadi surut hingga terlihat hamparan pasir yang luas dan jelas. Memetik Kompas.com, penduduk dan masyarakat yang melihat kejadian tersebut menzahirkan kerisauan air yang surut itu […]

Bursa Malaysia Diiktiraf Bursa Saham Terbaik Bagi Penyenaraian Islamik
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia Bhd dinobatkan sebagai Bursa Saham Terbaik Bagi Penyenaraian Islamik menerusi Tinjauan Perkhidmatan Penyedia Islamic Finance News (IFN) 2022. Tinjauan Perkhimatan IFN tersebut menyenaraikan sembilan penyedia perkhidmatan paling cemerlang dalam industri kewangan Islam global dari serata dunia bagi 2022 yang dipilih serta pengundian oleh kelompok terbabit. IFN merupakan […]

Pemuda Kongsi Dapat Tebus Makanan Percuma Di Kedai-kedai Ini Sempena Hari Jadi
Pemuda Kongsi Dapat Tebus Makanan Percuma Di Kedai-kedai Ini Sempena Hari Jadi Malaysia sememangnya syurga makanan dan tak susah pun untuk kita bertemu dengan deretan kedai-kedai viral, tak kira yang menawarkan juadah tempatan mahupun dari dunia luar di mana-mana. Lebih menarik, ada kedai-kedai ini turut aktif di media sosial untuk mendekati pelanggan. Jadi, untuk memastikan […]

Polis Selamatkan Lelaki Warga Bangladesh Dilarikan Lima Suspek
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) — Seorang lelaki warga Bangladesh yang tangan dan kakinya dirantai kerana dipercayai berhutang diselamatkan polis di sebuah bangunan kosong di Seri Kembangan di sini, Ahad lepas. Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai, berkata mangsa berusia 45 tahun ditemukan susulan penahanan dua lelaki warga Bangladesh dipercayai suspek utama berumur 34 dan […]

Patung Lilin Bintang Badminton Lee Chong Wei Dipamerkan Di Singapura
SINGAPURA, 13 Okt (Bernama) — Madame Tussauds Singapura hari ini mempamerkan patung lilin bekas pemain badminton no.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei. “Kami berbangga dipilih sebagai Madame Tussauds pertama yang mempamerkan Lee, seorang bintang sukan terbaik di rantau ini, kini berada di Singapura, dan berdiri sebaris dengan nama-nama tersohor dalam ‘Hall of Fame’ Sukan di sini,” kata pengurus besar Madame […]

Britain Dilapor Akan Bekalkan Peluru Berpandu, Dron Kepada Ukraine
Britain Dilapor Akan Bekalkan Peluru Berpandu, Dron Kepada Ukraine Britain mengumumkan bakal membekalkan peluru berpandu kepada Ukraine bagi mempertahankan negara itu dalam menentang serangan Rusia pada Rabu. Memetik AFP, buat pertama kalinya Britain membekal senjata roket itu kepada negara berkenaan bagi membantu sekutunya daripada serangan udara Rusia. Menteri Pertahanan Britain, Ben Wallace dalam satu kenyataan […]

PRU15: UMNO, BN Akan Bergerak Solo – Zahid
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) — UMNO dan Barisan Nasional (BN) hari ini memutuskan untuk bergerak secara solo bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini berikutan keputusan PAS untuk memperkukuh kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN). “Dengan keputusan ini, UMNO bersama BN akan terus bergerak solo dengan mengekalkan imej parti yang […]

Kelahiran Hidup Malaysia 2021 Rekod Penurunan Tertinggi Dalam Satu Dekad
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) — Jumlah kelahiran hidup pada 2021 merekodkan penurunan tertinggi dalam satu dekad dengan 439,744 kelahiran berbanding 471,504 kelahiran pada 2020, menurut laporan Perangkaan Penting Malaysia 2022 yang dikeluarkan hari ini. Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata Kadar Kelahiran Kasar (CBR) turut merekodkan penurunan daripada 14.5 kelahiran pada […]

Kes Mayat Wanita Ditemui Di Ipoh, Mangsa Kemungkinan Orang Hilang
TELUK INTAN, 13 Okt (Bernama) — Mayat seorang wanita yang ditemukan dalam keadaan reput berhampiran persimpangan lampu isyarat di Jalan Tambun, Ipoh semalam berkemungkinan besar adalah individu yang dilaporkan hilang sebelum ini. Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata siasatan awal mendapati terdapat persamaan mangsa dengan individu yang dilaporkan hilang sebelum ini dan pihaknya masih menunggu […]

Waspada, Ribut Petir & Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Negeri Malam Ini
Waspada, Ribut Petir & Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Negeri Malam Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri yang dijangka berlaku sehingga jam 10 malam ini. Dalam kenyataaan tersebut, Met Malaysia meramalkan cuaca buruk berlaku di seluruh negeri Perlis, Pahang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bagi negeri […]

Rekod Bersih, Malaysia Tak Pernah Kalah Perlawanan AFC Lawan Indonesia Sejak 4 Tahun Lalu
Rekod Bersih, Malaysia Tak Pernah Kalah Perlawanan AFC Lawan Indonesia Sejak 4 Tahun Lalu Malaysia telah mencatatkan kemenangan untuk empat tahun berturut-turut dalam perlawanan bola sepak menentang Indonesia. Memetik Asean Football menerusi laman Facebook milik mereka, Malaysia telah berjaya meraih kemenangan dalam semua perlawanan bola sepak menentang negara itu dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia (AFC) […]

Premis BubbleBee Di Meru Ipoh Dirempuh Kereta, Shuib Luah Rasa Syukur Tiada Kemalangan Jiwa Berlaku
Premis BubbleBee Di Meru Ipoh Dirempuh Kereta, Shuib Luah Rasa Syukur Tiada Kemalangan Jiwa Berlaku Pelakon dan pelawak tanah air, Shuib Sepahtu memaklumkan berlaku satu kemalangan di sebuah kedai BubbleBee cawangan Meru di Ipoh sebentar tadi. Dalam hantaran yang dikongsikan di Facebook miliknya, ia memaparkan sebuah kereta terperosok ke dalam premis berkenaan. Dalam kejadian itu, […]

Hari Mengundi Disyor Pada Sabtu, Elak Operasi Sekolah Terjejas – Radzi
PUTRAJAYA, 13 Okt (Bernama) — Hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disyor diadakan pada Sabtu supaya pengoperasian sekolah tidak terjejas, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin. Beliau berkata pelaksanaan hari mengundi pada Sabtu akan memudahkan persiapan semua pihak terutama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). “Secara umumnya kita lihat (hari mengundi) pilihan raya dibuat pada hari minggu, kita […]

Racun Merpati, Dua Warga Indonesia Dipenjara
SHAH ALAM, 13 Okt (Bernama) — Dua lelaki warga Indonesia masing-masing dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memberikan bahan beracun kepada sekumpulan burung merpati Julai lepas. Hakim Rasyihah Ghazali menjatuhkan hukuman itu ke atas Fathur Rosi Arsijo, 22, dan Abdul Rahman Sauji, 32, selepas mereka mengekalkan pengakuan bersalah. Kedua-dua pekerja […]

Pemandu E-Hailing Didakwa Bunuh Kanak-Kanak Lelaki Empat Tahun
JOHOR BAHRU, 13 Okt (Bernama) — Seorang pemandu e-hailing didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, awal Oktober lepas. Chan Wan Jie , 28, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Dia didakwa menyebabkan kematian kanak-kanak […]