Berita

Racun Merpati, Dua Warga Indonesia Dipenjara
SHAH ALAM, 13 Okt (Bernama) — Dua lelaki warga Indonesia masing-masing dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memberikan bahan beracun kepada sekumpulan burung merpati Julai lepas. Hakim Rasyihah Ghazali menjatuhkan hukuman itu ke atas Fathur Rosi Arsijo, 22, dan Abdul Rahman Sauji, 32, selepas mereka mengekalkan pengakuan bersalah. Kedua-dua pekerja […]

Pemandu E-Hailing Didakwa Bunuh Kanak-Kanak Lelaki Empat Tahun
JOHOR BAHRU, 13 Okt (Bernama) — Seorang pemandu e-hailing didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, awal Oktober lepas. Chan Wan Jie , 28, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Dia didakwa menyebabkan kematian kanak-kanak […]

Individu Positif COVID-19 Akan Dibenar Mengundi
Individu positif COVID-19 akan dibenar mengundi KUALA TERENGGANU, 13 Okt (Bernama) — Individu yang positif COVID-19 namun tidak kritikal, akan dibenarkan mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata bagaimanapun individu tersebut perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelak. Menurut […]

Pemandu E-Hailing Didakwa Bunuh Kanak-Kanak Lelaki Empat Tahun
JOHOR BAHRU, 13 Okt (Bernama) — Seorang pemandu e-hailing didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, awal Oktober lepas. Tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Dia didakwa menyebabkan kematian kanak-kanak lelaki itu di sebuah rumah di […]

PAS Kekal Tidak Bubar DUN Kelantan, Terengganu Dan Kedah – Abdul Hadi
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) — PAS mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pentadbiran parti berkenaan iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah. Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan kira-kira empat jam di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini. Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata […]

VAR Akan Digunakan Ketika Final AFC, Kali Pertama Di Malaysia – Stanley
Perlawanan akhir Piala AFC antara Kuala Lumpur (KL) City FC menentang kelab Oman, Al-Seeb yang bakal berlangsung pada 22 Oktober ini bakal menggunakan video bantuan pengadil (VAR), lapor Sinar Harian. Malah menurut Sinar Harian, perlawanan akhir Piala AFC itu merupakan perlawanan bola sepak pertama di Malaysia yang menggunakan bantuan VAR buat pertama kali. Ketua Pegawai […]

Warga Emas Maut Dibelasah Pemuda Ketika Sedang Tunai Solat Di Masjid
Warga Emas Maut Dibelasah Pemuda Ketika Sedang Tunai Solat Di Masjid Seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun di Desa Hutapadang, Sumatera Utara, Indonesia dilapor maut selepas diserang seorang pemuda ketika sedang solat asar di Masjid, lapor Kompas.com. Kejadian berlaku pada Sabtu 8 Oktober lalu di Masjid Al-Mukhlisin, Desa Hutapadang. Ketua Polis Daerah Mandailing Natal, […]

Tuntutan Sulu: Kerajaan Persekutuan Tak Akan Serahkan Sabah – Wan Junaidi
Tuntutan Sulu: Kerajaan Persekutuan tak akan serahkan Sabah – Wan Junaidi KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) — Sabah tidak akan diserahkan atau berada di bawah pentadbiran Filipina dan kerajaan Persekutuan akan terus mempertahankan kedaulatan wilayah Malaysia, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Beliau berkata demikian bagi menjelaskan jawapan beliau kepada […]

Lapor Diri Di Balai Sebagai Mejar Jeneral, Lelaki Menyamar Polis Ditahan Polis
Hasrat seorang lelaki di Thailand yang sangat bercita-cita untuk menjadi anggota polis sehingga sanggup menyamar dengan berpakaian seragam penguatkuasa itu akhirnya musnah apabila dia ditahan polis pada Jumaat. Suspek, 30 tahun yang lengkap berpakaian seragam polis melaporkan dirinya bersedia untuk berkhidmat di sebuah balai polis di daerah Din Daeng di Bangkok pada 9:30 pagi pada […]

UMNO Pekan Masukkan Nama Najib Dalam Senarai Calon Parlimen Pekan
UMNO Pekan Masukkan Nama Najib Dalam Senarai Calon Parlimen Pekan Umno Pekan dilaporkan menyenaraikan nama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama dengan lima calon lain bagi mempertahankan kerusi parlimen itu pada PRU15 akan datang, lapor Sinar Harian. Timbalan Ketua UMNO Pekan, Datuk Seri Zamri Ramly berkata, keputusan itu dibuat berikutan bekas pemimpin […]

Kes Basikal Lajak: Rayuan Kerani Akan Didengar 31 Mac Tahun Depan
Kes basikal lajak: Rayuan kerani akan didengar 31 Mac tahun depan PUTRAJAYA, 13 Okt (Bernama) — Mahkamah Rayuan menetapkan 31 Mac tahun depan bagi mendengar rayuan kerani Sam Ke Ting terhadap sabitan kesalahan, hukuman penjara enam tahun dan denda kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja yang menunggang basikal lajak pada 2017. Seorang […]

Kerajaan Setuju Struktur Semula Empat Syarikat Konsesi Lebuh Raya, Kurangkan Kadar Tol – PM
Kerajaan Setuju Struktur Semula Empat Syarikat Konsesi Lebuh Raya, Kurangkan Kadar Tol – PM Kerajaan pada hari ini telah bersetuju bagi cadangan penstrukturan semula empat syarikat konsesi lebuh raya bertol di bawah kendalian Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) dan pengurangan kadar tol bagi lebuh raya yang terlibat, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. […]

Rasmi, Lebuhraya DASH Dibuka 12.01 Tengah Malam Ini, Tol Percuma Sebulan
Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) secara rasminya akan dibuka beroperasi bermula pukul 12.01 tengah malam ini dan menariknya, tol diberikan percuma selama sebulan. Menerusi laman Facebook Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS), peringatan mengenai penggunaan lebuhraya itu diberikan kepada orang awam supaya tidak berlaku sebarang kecelaruan semasa melalui lebuhraya itu. “Ingat! Palang di lorong […]

Pesawat Boeing Berdepan Detik Cemas, Tayar Tercabut Ketika Berlepas Dari Landasan
Pesawat Boeing Berdepan Detik Cemas, Tayar Tercabut Ketika Berlepas Dari Landasan Sebuah pesawat jenis Boeing berdepan detik cemas apabila tayarnya yang seberat 100 kilogram tercabut beberapa saat selepas berlepas dari landasan, lapor Daily Mail. Tayar itu telah tercabut dari pesawat Dreamlifter dan telah terjatuh ke tanah dengan kesan asap dalam kejadian di lapangan terbang Taranto, […]

Komposer Lagu Suci Dalam Debu, Wan Zul Meninggal Dunia
Komposer Lagu Suci Dalam Debu, Wan Zul Meninggal Dunia Komposer dan penerbit album, Che Wan Zulkifli Che Wan Abdul Ghani atau lebih dikenali sebagai Che Wan meninggal dunia di Hospital Kemaman hari ini, lapor Kosmo. Allahyarham yang berusia 61 tahun itu menghembuskan nafas terakhirnya di wad Hospital Kemaman pada pukul 2.20 pagi tadi. Menurut adik […]

Penumpang Wanita Maut Dilanggar Treler, 4 Kecederaan Dilaporkan
Dilanggar treler semasa dalam perjalanan ke Raub, seorang penumpang wanita maut selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala di Kilometer 12, Jalan Bentong-Raub pada malam Sabtu. Lapor Sinar Harian, kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam, di mana sebuah treler merempuh kereta dan mengakibatkan mangsa berusia 57 tahun meninggal dunia di tempat kejadian. Menurut Ketua Polis […]

Wanita Di India Selamat Lahirkan Kembar Siam Miliki 4 Kaki 2 Kepala & Dada Bercantum
Wanita Di India Selamat Lahirkan Kembar Siam Miliki 4 Kaki 2 Kepala & Dada Bercantum Seorang wanita di India selamat melahirkan kembar siam yang mempunyai empat tangan, empat kaki dan dua kepala, namun kesemuanya melekat pada satu badan yang sama, lapor Mirror UK. Dipercayai ibu pasangan kembar itu, Jitendra Nayak 23, dikejarkan ke hospital pada […]

Santai Bertukar Panik, Tayar Myvi Tersangkut Dalam Pasir
Suasana santai lelaki bersama dua beranak ketika berada di tepi pantai bertukar panik apabila tayar kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki mereka tersangkut di pesisir Pantai Sentosa, Sekinchan semalam, lapor Sinar Harian. Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.08 petang dan kemudian bergegas ke tempat kejadian. […]

“Ini Adalah Ucapan Terakhir Saya…,” Bekas MB Pahang, Adnan Yaakob Umum Bersara
“Ini Adalah Ucapan Terakhir Saya…,” Bekas MB Pahang, Adnan Yaakob Umum Bersara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai dan juga bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob hari ini mengumumkan persaraannya, setelah 36 tahun berbakti kepada rakyat, lapor Astro Awani. Beliau berkata, kepercayaan yang telah diberikan rakyat kepadanya selama lapan penggal ini telah melayakkan […]

Pesawat Turkish Airlines Terpaksa Buat Pendaratan Kecemasan, Penumpang Mabuk Bikin Onar
Pesawat Turkish Airlines Terpaksa Buat Pendaratan Kecemasan, Penumpang Mabuk Bikin Onar Sebuah pesawat Boeing 777 Turkish Airlines dengan nombor penerbangan TK56 dari Istanbul ke Jakarta dilaporkan terpaksa melakukan pendaratan kecemasan ke Lapangan Terbang Kualanamu, Medan, Indonesia semalam. Memetik laporan CNN Indonesia, juruterbang memutuskan untuk melakukan pendaratan cemas selepas seorang penumpang yang mengamuk dan bertindak untuk […]