Berita

Tular Ibu Bawa Anak Naik ‘Flying Fox’, Polis Buka Kertas Siasatan
Rakaman video memaparkan aksi seorang ibu yang menaiki flying fox sambil memegang anak kecilnya seperti yang tular di media sosial akhir-akhir ini sudah diterima polis. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, pihaknya telah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian yang dilapor berlaku di sebuah lokasi di daerah berkenaan. “Pada 13 November Balai Polis Kuala […]

Semua Pengundi Termasuk Positif COVID-19 Boleh Keluar Mengundi, Ini SOP KKM
Semua pengundi serta pesakit dijangkiti COVID-19 yang layak, perlu mematuhi beberapa langkah am bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar pada hari mengundi Sabtu ini. Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan berkata petugas kesihatan akan ditempatkan di pusat mengundi bagi memantau dan melicinkan urusan pengundian individu positif Covid-19. “Semua pengundi yang layak akan keluar mengundi pada 19 […]

Ini Tiga Pampasan Percuma Kepada Pengguna LRT Laluan Kelana Jaya
Seperti yang sedia maklum, perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya telah pun diumumkan akan kembali beroperasi sepenuhnya mulai 6 pagi nanti (14 November) sejak penggantungan pada petang Selasa minggu lalu. Pengumuman tersebut dikongsikan melalui laman rasmi Twitter @AskRapidKL. Difahamkan perkhidmatan tersebut beroperasi dua hari lebih awal daripada yang telah dijadualkan setelah mendapat kelulusan daripada Agensi Pengangkutan Awam […]

“Ini Kali Pertama Saya Melihat..” Ahli Geosains Terkejut Ular Sawa Gergasi Telan Buaya 5 Kaki
“Ini Kali Pertama Saya Melihat..” Ahli Geosains Terkejut Ular Sawa Gergasi Telan Buaya 5 Kaki Seorang ahli geosains di US berkongsi rakaman ngeri seekor buaya berukuran lima kaki yang dikeluarkan daripada perut ular sawa Burma sepanjang 18 kaki dalam kejadian di Florida baru-baru ini. Ahli geosains berkenaan, Rosie Moore, 26 tahun, bersama pasukan saintis yang […]

Letupan Mengejut Di Istanbul, Punca Disyaki Bom
Satu letupan mengejut berlaku di laluan pejalan kaki popular di Istiklal Avenue, Istanbul hingga menyebabkan kematian dan kecederaan dilaporkan pada Ahad, lapor Al-Jazeera. Perkara itu dimaklumkan oleh seorang pegawai kanan (Turkiye) seperti yang dilapor Al-Jazeera, bagaimanapun punca letupan masih belum dikenal pasti. Gabenor Istanbul Ali Yerlikaya menerusi ciapan berkata, letupan itu berlaku kira-kira 4.20 petang […]

Pemilik Berkeras Taknak Jual Rumah, Pemaju Bina Kondo Di Sekeliling
Sebuah syarikat pemaju di Singapura tekad mendirikan kondominium mengelilingi dua unit rumah teres gara-gara pemiliknya tidak mahu menyerahkan tanah mereka untuk dijual, lapor Mothership baru-baru ini. Difahamkan, kondominium yang merupakan projek pegangan bebas syarikat pemaju berkenaan dijadualkan siap pada 2023 dan mereka perlu membinanya di atas tanah lot di kawasan terbabit, Dalam menjayakan projek tersebut, […]

Pakar Forensik Lakar Semula Wajah Mumia Hamil, Pertama Kali Di Dunia
Sekumpulan pakar forensik berjaya melakar semula wajah mumia Mesir purba yang hamil buat pertama kali di dunia selepas 2,000 tahun kematiannya dengan menggunakan teknik 2D dan 3D. Menurut The Mirror, mumia tersebut dikenali sebagai ‘The Mistery Lady’ yang dipercayai meninggal dunia dengan kandungan berusia 28 minggu. Difahamkan usianya pada ketika itu sekitar 20 hingga 30 […]

Pencakar Langit Baharu Dubai, Bakal Jadi Kediaman Tertinggi Di Dunia
Pemaju hartanah Binghatti dengan kerjasama syarikat barang kemas mewah Jacob & Co. menyasarkan bangunan pencakar langit baharu di Dubai menjadi struktur kediaman tertinggi di dunia, lapor Gulf. Dalam proses itu, syarikat pemaju berkenaan telah mencipta istilah baharu yang dinamakan sebagai ‘hyper-tower’. Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Seni Bina Binghatti, Muhammad Binghatti berkata pihaknya mencipta jenama […]

Banjir: Enam Negeri Terjejas, Bilangan Mangsa Meningkat Dalam Tempoh 24 Jam
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) — Sebanyak enam negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Johor dan Kelantan dilaporkan terkesan dengan bencana banjir sehingga 12 tengah hari tadi melibatkan 10 daerah, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Dalam kenyataan hari ini ia memaklumkan bilangan mangsa pula meningkat daripada 1,359 kepada 2,388 orang dalam tempoh 24 […]

LRT Laluan Kelana Jaya Dibuka Esok Mulai 6 Pagi
Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya yang tergendala sejak petang Selasa lalu dilaporkan akan kembali beroperasi sepenuhnya pada 14 November (esok) bermula 6 pagi. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata perkhidmatan itu beroperasi dua hari lebih awal daripada yang dijadualkan setelah diberikan kelulusan daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat […]

Padah Seludup Pistol Dalam Ayam, Lelaki ‘Sangkut’ Di Airport
Tindakan seorang penumpang yang disyaki cuba menyeludup masuk senjata ke dalam pesawat mengundang padah apabila dia ditangkap pegawai keselamatan dalam kejadian di US, baru-baru ini, lapor Mirror. Menurut laporan, suspek terbabit dilapor menyeludup sepucuk pistol secara helah dengan menyumbatnya ke dalam badan seekor ayam mentah semasa di Lapangan Terbang Fort Lauderdale-Hollywood. Difahamkan, suspek menyembunyikan senjata […]

Lelaki Terkandas 18 Tahun Di Lapangan Terbang Dilapor Meninggal Dunia
Lelaki Terkandas 18 Tahun Di Lapangan Terbang Dilapor Meninggal Dunia Seorang lelaki warga Iran yang menjadi sumber inspirasi kepada filem “The Terminal” dilaporkan meninggal dunia pada usia 76 tahun. Memetik laporan Mirror UK, lelaki yang dikenali sebagai Mehran Karimi Nasseri itu mengalami serangan jantung di Terminal 2F Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris. Lelaki […]

Empat Sekeluarga Maut Nahas Dua Kenderaan
ALOR GAJAH 13 Nov (Bernama) — Empat sekeluarga maut, seorang cedera parah manakala seorang lagi selamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyata Estima yang dinaiki merempuh sebuah pacuan empat roda (4×4) di Simpang Tiga Jalan Kolam Machap, di sini hari ini. Dalam kemalangan pada 7.45 pagi itu, Ibrahim Daud, 71, bersama isterinya, Latipah Dorahim, 66, dan menantu, Syazana Tharin, 30, serta cucu […]

Hakim Danish Rangkul Gelaran Juara Idemitsu Asia Talent Cup 2022
Pelumba negara, Hakim Danish, 15 dinobatkan sebagai juara Idemitsu Asia Talent Cup yang berlangsung di ATC di Litar Antarabangsa Mandalika, Indonesia hari ini. Hakim yang mengekalkan momentumnya berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-2 dan berjaya mengumpul mata pada musim ini dengan kutipan 187 mata secara keseluruhan. Pungutan mata itu sekaligus berjaya membawanya untuk merangkul gelaran […]

LRT Kelana Jaya Dijangka Beroperasi Lebih Awal – PM
BERA, 13 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memaklumkan laluan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dijangka beroperasi dengan selamat lebih awal daripada jangkaan asal 15 Nov ini. Beliau berkata setakat ini, semua sistem keselamatan dan sistem kawalan tren automatik (ATC) adalah stabil berdasarkan data pengujian yang dilakukan […]

Simpan Duit RM4 Sehari, Kanak-Kanak Tular Hadiahkan Cincin Emas Buat Ibu
Simpan Duit RM4 Sehari, Kanak-Kanak Tular Hadiahkan Cincin Emas Buat Ibu THAILAND – Seorang kanak-kanak perempuan meraih pujian setelah membeli cincin emas sebagai hadiah hari jadi buat ibunya di sebuah kedai emas yang terletak di wilayah Isaan di Maha Sarakham. Memetik laporan The Thaiger, kanak-kanak yang berusia 10 tahun itu berhasrat untuk membeli cincin emas […]

Gempa Kuat 6.3 Magnitud Dilapor Gegar Pantai Pusat Chile
Gempa Kuat 6.3 Magnitud Dilapor Gegar Pantai Pusat Chile Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 magnitud pada skala Ritcher berlaku berhampiran pantai Pusat Chile pada jam 10.24 pagi tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gempa bumi tersebut dikesan terletak pada 37.5 darjah di Selatan dan 73.5 darjah di Barat dengan kedalaman 10 kilometer. Gegaran […]

Dua Pesawat Dilapor Bertembung & Terhempas Ketika Pertunjukan Udara
Dua Pesawat Dilapor Bertembung & Terhempas Ketika Pertunjukan Udara Pihak penerbangan Amerika Syarikat mengesahkan bahawa dua pesawat era Perang Dunia Kedua dilaporkan bertembung dalam satu pertunjukan udara di Dallas semalam. Menurut laporan Agency France Press, dua pesawat yang terlibat itu adalah Boeing B-17 Flying Fortress dan Bell P-63 Kingcobra. Dalam pertunjukan udara Wing Over yang berlangsung […]

Baru Keluar Dari Kereta, Wanita Dilapor Maut Digilis Lori
Baru Keluar Dari Kereta, Wanita Dilapor Maut Digilis Lori ENGLAND – Seorang wanita dipercayai telah dilanggar dan digilis oleh sebuah lori selepas baru sahaja keluar dari keretanya di daerah Dartford Heath. Memetik laporan Daily Mail, pemandu yang tidak diketahui identitinya itu telah dilanggar kira-kira jam 2.45 pagi pada Sabtu lalu. Berikutan kejadian itu, dia kemudiannya […]

Gempa Bumi Pada 5.4 Magnitud Landa Nepal
MOSCOW, 13 Nov (Bernama) — Gempa bumi berukuran 5.4 magnitud melanda Nepal pada Sabtu, kata Pusat Seismologi Kebangsaan India. Menurut kenyataan pusat berkenaan, gempa bumi itu berlaku pada 14:27 GMT dengan kedalaman 10 kilometer. Menurut Sputnik pusat gempa itu terletak 212 kilometer tenggara bandar Joshimath di India, lapor All India Radio. Ia berlaku tiga hari selepas gempa bumi […]