Berita

Gempa Kuat 6.3 Magnitud Dilapor Gegar Pantai Pusat Chile
Gempa Kuat 6.3 Magnitud Dilapor Gegar Pantai Pusat Chile Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 magnitud pada skala Ritcher berlaku berhampiran pantai Pusat Chile pada jam 10.24 pagi tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gempa bumi tersebut dikesan terletak pada 37.5 darjah di Selatan dan 73.5 darjah di Barat dengan kedalaman 10 kilometer. Gegaran […]

Dua Pesawat Dilapor Bertembung & Terhempas Ketika Pertunjukan Udara
Dua Pesawat Dilapor Bertembung & Terhempas Ketika Pertunjukan Udara Pihak penerbangan Amerika Syarikat mengesahkan bahawa dua pesawat era Perang Dunia Kedua dilaporkan bertembung dalam satu pertunjukan udara di Dallas semalam. Menurut laporan Agency France Press, dua pesawat yang terlibat itu adalah Boeing B-17 Flying Fortress dan Bell P-63 Kingcobra. Dalam pertunjukan udara Wing Over yang berlangsung […]

Baru Keluar Dari Kereta, Wanita Dilapor Maut Digilis Lori
Baru Keluar Dari Kereta, Wanita Dilapor Maut Digilis Lori ENGLAND – Seorang wanita dipercayai telah dilanggar dan digilis oleh sebuah lori selepas baru sahaja keluar dari keretanya di daerah Dartford Heath. Memetik laporan Daily Mail, pemandu yang tidak diketahui identitinya itu telah dilanggar kira-kira jam 2.45 pagi pada Sabtu lalu. Berikutan kejadian itu, dia kemudiannya […]

Gempa Bumi Pada 5.4 Magnitud Landa Nepal
MOSCOW, 13 Nov (Bernama) — Gempa bumi berukuran 5.4 magnitud melanda Nepal pada Sabtu, kata Pusat Seismologi Kebangsaan India. Menurut kenyataan pusat berkenaan, gempa bumi itu berlaku pada 14:27 GMT dengan kedalaman 10 kilometer. Menurut Sputnik pusat gempa itu terletak 212 kilometer tenggara bandar Joshimath di India, lapor All India Radio. Ia berlaku tiga hari selepas gempa bumi […]

Lebih 90% Pekerja Twitter Di India Dipercayai Dipecat
Lebih 90% Pekerja Twitter Di India Dipercayai Dipecat Twitter Inc dipercayai telah memecat lebih daripada 90% pekerja di India pada hujung minggu lalu. Menurut laporan Indian Express, syarikat itu mempunyai lebih 200 pekerja di India. Susulan pemecatan itu, baki pekerja yang tinggal kini hanya ada sebahagian kecil sahaja. Difahamkan, kira-kira 70 peratus daripada pekerja yang […]

Bayi Dihempap Pokok Ru Dilapor Meninggal Dunia
Bayi Dihempap Pokok Ru Dilapor Meninggal Dunia Seorang bayi lelaki berusia setahun lima bulan dilaporkan meninggal dunia selepas enam jam bertarung nyawa di Hospital Melaka awal pagi ini berikutan dihempap pokok ru bersama ibunya semalam. Memetik Sinar Harian, pemergian bayi terbabit dikongsikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Puteri, Tuminah Kadi. Beliau berharap agar […]

Dr. Zul Puji Lirik Lagu ‘Aku Maafkan Kamu’, Netizen ‘Usik’ Minta Kolaborasi Dengan Malique
Dr. Zul Puji Lirik Lagu ‘Aku Maafkan Kamu’, Netizen ‘Usik’ Minta Kolaborasi Dengan Malique Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memuji makna yang terdapat pada lirik lagu rap Aku Maafkan Kamu, nukilan Malique dan warganet ada yang meminta agar mereka berdua berkolaborasi untuk menghasilkan sebuah lagu. Bagi sesiapa yang meminati Malique, penampilan fesyen atau […]

Bayi Lima Bulan & Ibu Cedera Dihempap Pokok Ru Ketika Berkelah Di Tanjung Puteri
Dua termasuk bayi berusia lima bulan dilaporkan cedera selepas dihempap oleh sebatang pokok ru ketika berkelah bersama keluarga di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka pada Sabtu, 12 November 2022. Menurut laporan, seorang bayi lelaki dan ibunya cedera dihempap pokok tumbang dalam kejadian kira-kira 6.30 petang tadi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi […]

Kapal Persiaran Membawa 800 Penumpang Dijangkiti COVID-19 Berlabuh Di Sydney
MOSCOW, 12 Nov (Bernama) – Kapal persiaran Majestic Princess dengan kira-kira 800 penumpang yang dijangkiti COVID-19 berlabuh di Sydney Harbour, Sputnik memetik laporan penyiar ABC pada Sabtu. Menurut laporan itu, pihak berkuasa kesihatan Australia sedang bekerjasama dengan pengendali kapal persiaran yang membawa 3,300 penumpang dan 1,000 anak kapal memandangkan mereka yang berada dalam kapal itu […]

Kajian Dapati Pakai Stokin Buat Tidur Malam Lebih Nyenyak & Sukar Terjaga Tengah Malam
Kajian Dapati Pakai Stokin Buat Tidur Malam Lebih Nyenyak & Sukar Terjaga Tengah Malam Tidur di waktu malam adalah perkara penting dalam kehidupan setiap orang untuk merehatkan tubuh badan mereka selepas seharian berjaga atau bekerja. Secara purata, manusia menghabiskan 1/3 masa untuk tidur. Jadi, sebolehnya kita tidak mahu tidur malam kita terganggu. Namun, kaki yang […]

Aras Air 8 Lokasi Sungai Di 7 Buah Negeri Termasuk Selangor & Kelantan Kini Di Paras Bahaya
Aras Air 8 Lokasi Sungai Di 7 Buah Negeri Termasuk Selangor & Kelantan Kini Di Paras Bahaya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengeluarkan status aras air semasa di beberapa negeri di Malaysia dan aras air di tujuh lokasi dilapor pada paras bahaya. Berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh pihak JPS, terdapat beberapa lokasi yang mencatatkan […]

Terkenal Dalam Drama Kung Fu, Pelakon Terkenal Hong Kong, Yu Chi-Ming Meninggal Dunia
Terkenal Dalam Drama Kung Fu, Pelakon Terkenal Hong Kong, Yu Chi-Ming Meninggal Dunia Berita pemergian pelakon terkenal yang banyak membintangi drama dan filem berteraskan seni mempertahankan diri, kung fu itu diumumkan oleh anak lelakinya menerusi laman Instagram milik mendiang semalam. Hantaran tersebut menunjukkan gambar monokromatik mendiang Yu sedang berkerusi roda, bersama kapsyen yang bertulis, “Selamat […]

Banjir Kuala Selangor Mungkin Berpunca Daripada Takungan Banjir Kilat Di Meru – Amirudin
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) — Banjir di Kuala Selangor berkemungkinan berpunca daripada pengaliran air banjir kilat di Meru, Klang ke kawasan berkenaan, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari. Beliau berkata ini kerana pihaknya telah mengalihkan pam untuk mengalirkan air yang bertakung di beberapa kawasan terjejas banjir di Meru. “Macam hari ini, air yang […]

Beberapa Kawasan, Jalan Di Kluang & Johor Baharu Dipercayai Dilanda Banjir Kilat
Kejadian banjir kilat dipercayai berlaku di beberapa kawasan di Kluang dan Johor Bahru susulan hujan lebat berterusan. Berdasarkan sebuah video daripada netizen yang dimuat naik di halaman rasmi Astro Radio Traffic, keadaan menunjukkan jalan dipenuhi air banjir. Menurut Jabatan Penerangan Johor Bahru, terdapat beberapa kenderaan yang terpaksa berpatah balik ketika dalam perjalanan dari pusat bandar […]

JPS Keluarkan Notis Kemungkinan Banjir Kilat Di Enam Negeri
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) — Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat bagi enam negeri melibatkan Johor, Terengganu, Kedah, Sabah, Sarawak dan Selangor. JPS dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 3 petang tadi memaklumkan ia berdasarkan maklumat ramalan hujan daripada sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS Malaysia. […]

Dompet Matawang Kripto FTX Didakwa Kena Godam, Lebih RM 2.8 Bilion Lesap
Tindakan pegawai daripada FTX, pengendali dompet matawang kripto ketiga terbesar di dunia meminta para pelanggannya memadam aplikasi tersebut dan tidak mengakses laman webnya buat sementara waktu menerusi Telegram mengesahkan khabar angin bahawa syarikat itu telah digodam. Sebelum ini, FTX didakwa telah digodam menyebabkan matawang kripto bernilai kira-kira USD 600 juta (RM 2.8 bilion) lesap daripada […]

“Patutlah Dia Suruh Bawa Isteri Sekali,” Lelaki Bimbang Kawan Lama Ajak Jumpa, Kata Nak Bongkar Sesuatu
Tengah sibuk bekerja, Rizal (bukan nama sebenar) terdengar bunyi mesej masuk bertalu-talu. Bila diperiksa, rupanya kawan lama zaman sekolah yang menghubungi. Lepas bertahun senyap tanpa khabar berita, tiba-tiba si kawan hantar mesej ajak jumpa. Terus automatik terfikir di benak Rizal, “Mesti nak sesuatu ni.” “Zal, kita jumpa esok boleh? Aku ada satu rahsia besar nak […]

LRT Dijangka Kembali Beroperasi Tidak Lama Lagi – Wee
LRT dijangka kembali beroperasi tidak lama lagi – Wee KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) — Sistem isyarat dan komunikasi bagi transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya dalam keadaan baik dan berkemungkinan besar dapat kembali beroperasi tidak lama lagi, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong “Hari ini, mereka akan menguji 38 set tren di sepanjang laluan dengan […]

FTX Digodam, Gesa Pengguna Jangan “Download” Sebarang “Upgrade”
FTX Digodam, Gesa Pengguna Jangan “Download” Sebarang “Upgrade” FTX dalam saluran Telegramnya berkata bahawa ianya telah digodam dan mengarahkan penggunanya untuk tidak muat turun sebarang upgrade baharu serta memadam semua aplikasi FTX, menurut laporan Coindesk. “Wallets” FTX dan FTX AS difahamkan telah digodam dengan lebih daripada RM 2.77 bilion hilang dari bursa pada lewat hari […]

Bank Islam Mohon Maaf, Saran Pengguna “Download” Versi Terbaharu Aplikasi GO
Bank Islam Mohon Maaf, Saran Pengguna “Download” Versi Terbaharu Aplikasi GO Bank Islam pada hari ini dalam ciapan Twitter rasminya telah mengeluarkan satu notis berkaitan Aplikasi GO. Menurut kenyataan itu, aplikasi GO tersebut telah dikemaskini ke versi 3.2.o3. Bank Islam turut mengarahkan pengguna aplikasi tersebut untuk memadam aplikasi lama dan muat turun aplikasi versi terbaru […]