Berita

PRU15: Sultan Nazrin Berkenan Menerima Menghadap Pengarah SPR Negeri
IPOH, 20 Nov (Bernama) — Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menerima menghadap Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak Mohd Nazri Ismail di Istana Kinta bagi menyembah maklum keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Mohd Nazri tiba kira-kira 10.23 pagi dan turut kelihatan ke sesi menghadap itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi […]

“Saya Rasa Saya Dah Cuba Yang Terbaik, Tapi….” – Khairy
Calon Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin hari ini secara terbuka meluahkan kekesalan kerana dirinya sudah cuba sehabis baik, namun ia dilihat tidak cukup bagi rakyat selepas tewas mendapatkan tempat di Parlimen Sungai Buloh. “Saya rasa saya telah cuba yang terbaik. Tetapi saya tidak cukup baik. “Kekalahan adalah satu kerugian, tidak kira betapa dekatnya diri dengan […]

“InsyaAllah, Kerajaan Persekutuan Akan Dapat Dibentuk Dalam Masa Terdekat.” – Muhyiddin
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Kerajaan Persekutuan akan dapat dibentuk dalam masa terdekat setelah perbincangan dijalankan bersama parti politik yang sehaluan dengannya. Menerusi laman Facebook, Muhyiddin memaklumkan mengenai kunjungan yang diterima olehnya pada pagi ini (Ahad) setelah tiada parti yang memperoleh majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) sekali gus […]

Ahmad Zahid Dimohon Letak Jawatan – Onn Hafiz
JOHOR BAHRU 20 Nov (Bernama) — Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini berkata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu meletak jawatan pada kadar segera susulan kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Beliau yang juga Pengarah Operasi Pilihan Raya BN Johor berkata Ahmad Zahid perlu […]

“BN Anggap Keputusan PRU15 Isyarat Besar Rakyat Buat Kami” – Zahid Hamidi
“BN Anggap Keputusan PRU15 Isyarat Besar Rakyat Buat Kami” – Zahid Hamidi Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam satu kenyataan yang dimuat naik sebentar tadi memaklumkan bahawa BN menerima dan menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat menerusi Pilihan Raya Umum (PRU15) yang diadakan hari ini. Katanya lagi, BN menganggap keputusan yang ditunjukkan merupakan […]

RASMI PRU15: GPS Menang Lima, BN & PN Menang Satu Kerusi Setakat Ini
PRU15: Keputusan rasmi GPS menang lima kerusi setakat ini BERNAMA melalui kemas kini di laman facebooknya memaklumkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) rasmi memenangi lima kerusi Parlimen setakat ini. Berdasarkan hantaran tersebut, kerusi-kerusi berkenaan adalah Parlimen Igan , Mukah, Batang Sadong, Lawas dan Betong. PRU15 (Parlimen): Keputusan rasmi pertama, GPS menang di Igan – SPR#PRU15#PRU15BERNAMA#MalaysiaMemilih#AndaPenentu — […]

Notis Kesiapsiagaan Dikeluarkan Untuk Beberapa Daerah Di 10 Negeri Ini, Risiko Banjir Dalam Tempoh 24 Jam
Notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat- Agensi Pengurusan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri pada hari ini telah mengeluargkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat bagi 12 negeri di Malaysia. Negeri yang pertama dalam senarai itu ialah Johor di daerah Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Mersing dan Muar. Seterusnya, di Kedah pula […]

Cuaca Tak Baik, Proses Pengundian 11 Pusat Mengundi Di Parlimen P.220 Baram Digantung
11 Pusat Mengundi di Parlimen P.220 Baram digantung kerana keadaan cuaca teruk Proses pengundian di 11 Pusat Mengundi di Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.220 Baram terpaksa digantung berikutan keadaan cuaca yang tidak baik. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keadaan cuaca yang tidak baik itu menyebabkan petugas SPR tidak dapat sampai ke tempat bertugas sama ada melalui […]

Dua Maut, Empat Kanak-Kanak Cedera Selepas Pacuan Empat Roda Terbabas Di LPT 1
Dua maut, empat kanak-kanak cedera selepas pacuan empat roda terbabas Sebuah pacuan empat roda telah terbabas di KM200 LPT1 berhampiran Kampung Paya Bungor, Kuantan pada hari ini. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, kejadian itu telah menyebabkan dua maut dan empat orang kanak-kanak cedera selepas kereta pacuan empat roda yang dinaiki mereka itu terbabas. Berita lanjut […]

PRU15: Dua Warga Emas Meninggal Dunia Di Pusat Mengundi
PRU15: Dua warga emas meninggal dunia selepas membuat undi Dua pengundi warga emas meninggal dunia selepas menunaikan tanggungjawab mereka dalam PRU kali ke-15 pada hari ini. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Johor, dua pengundi warga emas yang masing-masing mengundi di Parlimen Sembrong dan Pulai meninggal dunia di pusat mengundi sejurus mereka membuang undi. #PRU15: Dua pengundi […]

Malaysia Negara Ke-3 Paling Mahir Bahasa Inggeris Di Asia
Malaysia duduki tempat ke-3 dalam negara paling mahir Bahasa Inggeris di Asia Malaysia menduduki tangga ke-3 di Asia dalam kaji selidik baru-baru ini yang menguji tahap kemahiran penguasaan bahasa Inggeris di negara-negara seluruh dunia. Menurut laman berita Mothership, tinjauan yang dibuat oleh EF Education First sebuah syarikat pendidikan Sweden telah menganalisis keputusan bagi 2.1 juta […]

Awas, Ribut Petir & Hujan Lebat Dijangka Landa 8 Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang bakal melanda sehingga 5 petang ini. Amaran kali ini menunjukkan hampir keseluruhan negeri-negeri di kawasan utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia bakal menghadapi ribut petir dan hujan lebat. Bermula dengan Kelantan, terdapat beberapa daerah yang akan mengalami […]

SPR Tetapkan Tarikh Baharu Pilihan Raya Dun Tioman Pada 7 Disember
Berikutan kematian calon Perikatan Nasional (PN) Md Yunus Ramli awal pagi tadi, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang yang tidak berlangsung hari ini akan diadakan pada 7 Disember ini. Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini mengatakan […]

PRU15: Pengundi Limbang, Baram Terpaksa Redah Banjir Tunai Kewajiban Mengundi
KUCHING, 19 Nov (Bernama) — Pengundi di empat pusat pengundian di Limbang dan Baram terpaksa meredah banjir untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan empat pusat pengundian yang terkesan akibat banjir itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Telahak dan SK Meritam di Limbang […]

Pesawat Langgar Trak Bomba, Dua Orang Dilaporkan Maut
Sebuah pesawat Airbus A320neo dipercayai telah mengalami kemalangan sewaktu ingin berlepas daripada Lapangan Terbang Jorge Chavez, Peru pada Jumaat. Dalam kejadian nahas tersebut, dua orang dilaporkan maut setelah sebuah pesawat LATAM Airlines yang sedang berlepas dari Lapangan Kapal Terbang Lima, telah melanggar sebuah trak bomba di landasan dan terbakar. Difahamkan, kapal terbang yang terlibat dalam […]

Zulfazil, Abang Kepada Zamani Slam Meninggal Dunia Malam Tadi
Abang kepada penyanyi popular, Zamani Slam dipercayai meninggal dunia malam tadi. Penyanyi Gerimis Mengundang tersebut telah menyatakan berita duka itu menerusi Facebook miliknya. Menurutnya, arwah abangnya telah menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat. “Dukacita saya dan keluarga ingin memaklumkan bahawa Abang saya iaitu Zulfazil bin Ibrahim telah menghembuskan nafas yang terakhir baru sebentar tadi..,” dalam satu kenyataannya […]

PRU15: 9 Peratus Keluar Mengundi Setakat 9 Pagi Tadi – SPR
PRI15: 9 Peratus Keluar Mengundi Setakat 9 Pagi – SPR Sehingga jam 9 pagi tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan bahawa statistik pengundi yang telah keluar untuk membuang undi adalah sebanyak 9 peratus bagi Hari Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). “Statistik keluar mengundi bagi Hari Mengundi PRU Ke-15 pada jam 9:00 pagi adalah sebanyak […]

PRU: Ahmad Zahid, Takiyuddin, Radzi Jidin Antara Calon Terawal Mengundi
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) — Sebaik pusat mengundi dibuka awal pagi ini, calon-calon bertanding termasuk pemimpin parti tidak ketinggalan hadir awal bagi menunaikan tanggungjawab mereka bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menariknya ada dalam kalangan mereka turut sama beratur bersama pengundi lain sementara menunggu pusat pengundian dibuka. Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden […]

PRU15: Pengundian DUN Tioman Tangguh
KUANTAN, 19 Nov (Bernama) — Proses pengundian bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman hari ini ditangguhkan ekoran kematian calon Perikatan Nasional (PN) Md Yunus Ramli awal pagi ini. Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang Datuk Zamree Hamli yang memaklumkan perkara itu berkata proses pengundian bagi Parlimen Rompin dan dua lagi DUN di bawahnya iaitu […]

PRU15: Calon PN DUN Tioman Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) — Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman Md Yunus Ramli meninggal dunia kira-kira 3.30 pagi ini di Hospital Rompin, Pahang. Perkara itu disahkan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Wan Rohimi Wan Daud kepada Bernama. Md Yunus daripada Pas yang sebelum ini pernah bertanding di kerusi sama pada PRU14 […]