Berita

PRU15: Pengundian DUN Tioman Tangguh
KUANTAN, 19 Nov (Bernama) — Proses pengundian bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman hari ini ditangguhkan ekoran kematian calon Perikatan Nasional (PN) Md Yunus Ramli awal pagi ini. Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang Datuk Zamree Hamli yang memaklumkan perkara itu berkata proses pengundian bagi Parlimen Rompin dan dua lagi DUN di bawahnya iaitu […]

PRU15: Calon PN DUN Tioman Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) — Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman Md Yunus Ramli meninggal dunia kira-kira 3.30 pagi ini di Hospital Rompin, Pahang. Perkara itu disahkan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Wan Rohimi Wan Daud kepada Bernama. Md Yunus daripada Pas yang sebelum ini pernah bertanding di kerusi sama pada PRU14 […]

PRU15: Pengeluaran Kertas Undi DUN Tioman Ditangguhkan
KUANTAN, 19 Nov (Bernama) — Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Rompin Datuk Ahmad Nasim Mohd Sidek memaklumkan pengeluaran kertas undi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N41 Tioman ditangguhkan hari ini susulan kematian calon Perikatan Nasional (PN) Md Yunus Ramli awal pagi ini. “Penangguhan hanya melibatkan DUN berkenaan sahaja manakala pemilihan bagi kawasan Parlimen Rompin akan […]

PRU15: Pengundi Teruja, Hadir Awal Sebelum Pusat Mengundi Dibuka
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) — Keterujaan rakyat Malaysia untuk memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jelas kelihatan hari ini, dengan pengundi hadir ke pusat-pusat mengundi lebih awal sebelum pintu pagar dibuka malah ada juga yang sanggup berpayung dalam barisan akibat hujan. Antaranya pasangan suami isteri, Marita Talib, 54, dan Shahruddin Hussin, 62, […]

Bayi Lelaki Ditemukan Di Hadapan Rumah Di Kajang
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) — Seorang bayi lelaki dipercayai berusia 14 hari ditemukan ditinggalkan di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Saujana Impian, Kajang, di sini semalam. Ketua Polis Derah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata polis menerima laporan berhubung penemuan bayi itu pada 11.39 malam daripada pengadu yang juga pemilik rumah teres berkenaan. Beliau […]

Qatar Kuat Kuasa Perintah Larang Jual Minuman Beralkohol Di Stadium Semasa Piala Dunia
Qatar Kuat Kuasa Perintah Larang Jual Minuman Beralkohol Di Stadium Semasa Piala Dunia Qatar pada hari ini telah mengumumkan larangan penjualan minuman beralkohol kepada peminat di dalam stadium semasa perlawanan Piala Dunia yang berlangsung selama sebulan, lapor The New York Times. Keputusan mengenai larangan penjualan minuman beralkohol itu telah disahkan pada pagi tadi oleh pegawai […]

PRU15: Tambang Percuma Esok Untuk Semua Rangkaian Rel & Bas Rapid KL, Penang & Kuantan
Rakyat Malaysia boleh menikmati tambang percuma bagi rangkaian perkhidmatan pengangkutan awam Prasarana pada hari PRU15 esok. Bersempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pihak Prasarana Malaysia Berhad yang dikenali sebagai Prasarana akan memberikan tambang percuma untuk sepanjang hari bagi semua perkhidmatan di bawah kendaliannya pada Sabtu ini. Difahamkan, tambang percuma ini akan meliputi semua perkhidmatan yang ditawarkan […]

Profesor Di UNITEN, Dr M A Hannan Diiktiraf Saintis Paling Berpengaruh Dunia
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) — Pakar kejuruteraan elektrik Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Profesor Dr M A Hannan diiktiraf sebagai saintis paling berpengaruh di dunia daripada Clarivate Analytics berdasarkan laporan Highly Cited Researchers 2022. UNITEN dalam kenyataan hari ini berkata pengiktirafan itu berdasarkan penerbitan kajiannya yang signifikan dalam bidang kejuruteraan tenaga boleh diperbaharui serta tersenarai […]

Pilihan Raya Parlimen Padang Serai Tidak Akan Diadakan Esok – SPR
Pilihan Raya Parlimen Padang Serai Tidak Akan Diadakan Esok – SPR Suruhanjaya Pilihan Raya pada hari telah mengeluarkan satu kenyataan berkaitan Pilihan Raya bagi Parlimen P017 Padang Serai yang perlu diadakan semula. “Pilihan Raya Parlimen Padang Serai perlu diadakan semula, namun ianya tidak akan diadakan esok, 19 November,” kata pengerusi SPR dalam kenyataan tersebut. Kenyataan […]

Terlantar Selepas Diserang Sawan, Adik Yusuf Mohon Bantuan Semua, Perlu Dana RM 6,922 Untuk Rawatan
Terlantar Selepas Diserang Sawan, Adik Yusuf Mohon Bantuan Semua, Perlu Dana RM 6,922 Untuk Rawatan Biasanya, jika kanak-kanak sudah mencecah usia dua tahun, mereka sudah mula berjalan dan bergerak dengan aktif. Malah ada juga yang mula petah berkata-kata dan mempelajari bagaimana untuk membaca dengan baik. Namun begitu, ada juga yang diuji dengan penyakit tertentu, tidak […]

Trafik LPT Dilapor Perlahan 29.7KM Dari TP Gombak-Km 44.5, Gombak-Bukit Tinggi Sebentar Tadi
Sehari sebelum PRU15, beberapa badan lebuhraya melaporkan beberapa kesesakan di berapa laluan, khususnya menghala ke Pantai Timur, bermula pada jam 12 tengah hari. Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), aliran trafik didapati perlahan pada laluan menghala ke arah timur (Kuantan) iaitu pada Greenwood dan MRR2 menghala ke Plaza Tol Gombak. Kesesakan ini dilaporkan berlaku adalah dalam […]

Tiga Tertuduh Didapati Bersalah, Malaysia Sokong Keputusan Mahkamah Berhubung MH17
Malaysia sokong keputusan mahkamah berhubung MH17 BERA, 18 Nov (Bernama) — Malaysia menyokong dan berpuas hati dengan keputusan mahkamah di Belanda yang mendapati tiga tertuduh dalam kes pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014, bersalah melakukan jenayah itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata keputusan oleh Mahkamah Daerah The Hague itu […]

Pastikan Tiada “Blackout”, TNB Minta Orang Ramai Elak Kerja Mengorek Tanah Esok, Takut Terkena Kabel Elektrik
Pastikan Tiada “Blackout”, TNB Minta Orang Ramai Elak Kerja Mengorek Tanah Esok, Takut Terkena Kabel Elektrik Sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membuat persiapan rapi bagi memastikan perjalanan hari pengundian esok berjalan dengan baik. Berdasarkan sebuah kenyataan di Facebook, TNB Careline berkata pihaknya akan memastikan bekalan elektrik bagi semua […]

Dua Lelaki Baiki Lampu Jalan Maut Terkena Renjatan Elektrik
Dua lelaki baiki lampu jalan maut terkena renjatan elektrik KOTA KINABALU, 18 Nov (BERNAMA)– Dua lelaki dipercayai kontraktor maut akibat terkena renjatan elektrik ketika sedang membaiki lampu jalan dalam kejadian di Apartment Bukit Melinsung, Papar pagi ini. Jurucakapa Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi berkata pihaknya menerima laporan […]

Trending #RIPTwitter Hari Ini, Twitter Didakwa Bakal Berkubur Petang Ini?
Tanda pagar #RIPTwitter tiba-tiba menjadi treding hari ini susulan tersebar dakwaan bahawa netizen dilapor bakal meninggalkan platform tersebut dan beralih ke aplikasi-aplikasi lain bermula petang ini. Menurut The Wrap, perkara tersebut terjadi selepas terdapat laporan bahawa berlaku pergolakan dalaman yang semakin meningkat selepas Twitter diambil alih oleh Elon Musk. Para pekerjanya didakwa mahu meletak jawatan […]

“Saya Harap Arsenal Jadi Juara EPL Musim Ini…”, Pengakuan Jujur Ronaldo
Ronaldo berharap Arsenal akan memenangi Liga Perdana Inggeris musim ini Penyerang sensasi MU, Chistiano Ronald mengakui bahawa beliau mahu kelab lawannya, Arsenal memenangi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL)pada musim ini sekiranya kelabnya gagal dalam perebutan kejuaraan, lapor Daily Mail. Ronaldo telah menjadi bualan utama tajuk berita menjelang pembukaan Piala Dunia Qatar selepas dia memberikan komen […]

21 Rakyat Palestin Maut Dalam Kebakaran Kediaman Di Semenanjung Gaza
GAZA, 18 Nov (Bernama) — Sekurang-kurangnya 21 rakyat Palestin termasuk tujuh kanak-kanak terbunuh manakala lebih 30 lagi cedera dalam kebakaran membabitkan bangunan kediaman di Jabaliadi di Tal-Za’tar, utara Semenanjung Gaza pada Khamis, lapor Xinhua memetik sumber keselamatan dan perubatan. Angka korban dijangka meningkat memandangkan beberapa mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal, kata pengarah sebuah hospital, Salah Abu Laila. Menurut saksi […]

Seorang Lelaki Maut Dalam Kemalangan Babitkan Tiga Treler, Dua Kenderaan Di Slim River
IPOH, 18 Nov (Bernama) — Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk tiga treler di KM382.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan, berhampiran Slim River, awal pagi tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat perkak negeri berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 1 pagi tadi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River […]

Kajian Dapati Jumlah Sperma Lelaki Seluruh Dunia Menurun, Krisis Global Ancam Kewujudan Manusia
Kajian Dapati Jumlah Sperma Lelaki Seluruh Dunia Menurun, Krisis Global Ancam Kewujudan Manusia Satu laporan telah memberi amaran bahawa penurunan berterusan kiraan sperma bagi lelaki di seluruh dunia adalah sebuah krisis yang mampu mengancam kewujudan manusia, lapor Metro UK. Analisis utama seumpanya itu telah menunjukkan penurunan jumlah sperma di kalangan lelaki dari Amerika Selatan dan […]

Pakar Temui Rel Trem Tertua Di Asia Peninggalan Penjajah Belanda
Satu laluan rel trem zaman penjajah Belanda ditemui ahli arkeologi di lokasi projek pembangunan Mass Rapid Transit (MRT) Jakarta Fasa 2 di Jakarta Pusat, semalam, lapor Kompas.com. Ahli arkeologi dari Universiti Indonesia, Charunia Arni Listya pada Rabu berkata pembinaan trem di Batavia hanya digunakan sebagai medan percubaan kerajaan kolonial Belanda dan setelah berjaya, Belanda membina […]